31 Jul 2014

Review Filem Guardian Of The Galaxy

Salam Readers..


Selamat hari raya ke 4! Harini nak rest kejap sebelum start kerja keesokkannya. Macam tahun lepas, keluar tengok wayang di hari raya. Filem yang ditunggu-tunggu dah pun keluar. Right on time! Nasib baik tak terserempak dengan kazen aku yang tengok movie sama di panggung yang sama. Aku tengok awal 30 minit dari dia. Hahaa.. 



Jadi sementara tunggu movie start. Kami lepak makan di OldTown, sambil makan boleh guna WiFi update apps Samseng. Haa.. line laju pulak. Kepada yang tak tengok lagi Samseng Galaxy. Cepat terjah wayang. Memang kelakar start cerita hinggalah ending. 







Guardian of the Galaxy ni nampak macam The Avangers. Jauh bezanya ialah karakter dalam filem ni tak datang dari filemnya sendiri. Filem yang lengkap dengan history setiap karakter, cerita setiap karakter. Yang bestnya, filem ni jadi rojak dengan style Star Wars / Star Trek dan sentuhan 80'an. Ohsem kan? 



Mengisahkan sekumpulan penjenayah antara galaksi yang disatukan. Pada mulanya, atas dasar kepentingan masing2. Menyaksikan superhero si Peter Quill ala Star Wars dan digelar 'Lord Star' . Gamora pula jadi hijau macam The Hulk, Rocket si rakun dan Groot si pokok yang tak ubah macam belangkas. Drax pula asyik teringat wife dan anak yang dah mati kena bunuh. Akhirnya menjadi sebuah team yang menjaga galaxy dan mereka suka buat lawak di angkasa. 






Cerita bermula di bumi dari hospital bila ibu Peter meninggal dan Peter berlari keluar melarikan diri sambil menangis dan diculik oleh Yohan, askar upahan. 26 tahun kemudian, Peter Quill menjadi seorang pencuri yang dikenali sebagai Star Lord. Scene lawak bermula bila Peter masuk dalam istana yang ditinggalkan sambil dengar lagu, menari-nari boleh pulak ada tikus serang dia semata-mata nak curi Orb yang Gamora, anak angkat Thanos mahukan.




Peter berjaya mendapatkan artifek bernilai Orb tanpa tahu Orb mempunyai kuasa luar biasa yang mampu memusnahkan galaksi jika berada di tangan pihak tak bertanggungjawab.




Orb tu kemudian dijual kepada orang tertentu dan time itu Gamora ekori Peter untuk dapatkan Orb. Tengah berlawan dengan Gamora, datang pula Rocket dan Groot. Jika sesiapa dapat tangkap Star Lord akan diberi ganjaran. Sibuk berlawan, last2 polis kepung dan semua masuk penjara. Paling suka watak Groot ! sampai kesudah dok cakap I'm Groot. Haha






Dalam penjara pun sambung gelak lagi. Tengah2 plan nak cabut lari, Groot siap ambil senjata. Beberapa minit lepas melarikan diri, datang team musuh iaitu saudara perempuan Gamora, Nebula dengan niat jahat atas arahan Ronan dan ayahnya, Thanos. Kree juga mencari Orb untuk memusnahkan planet Xandar yang dilindungi oleh Nova, polis galaksi. Dalam perjalanan ke planet apa entah untuk melihat benda yang berada dalam Orb tu. Boleh pulak semua main judi biawak? Erkk...






Suddenly, Drax mabuk dan kerana terlalu marahkan Ronan kerana membunuh keluargnya, dia hantar isyarat kepada Ronan. Bila tiba team jahat, berebut nak Orb tu. Malangnya, Gamora dan Peter tak dapat nak selamatkan Orb. Rocket tersangat marah dengan Drax, nasib baik ada Groot tolong pujuk memujuk. Aloloo sweet.




Ada juga scene dimana Peter menyelamatkan Gamora. Kononnya dah fall in love. Siap ajak Gamora menari. Macam la dia tau menari. Akhirnya mereka ambil keputusan untuk menyelamatkan Xander dari di musnahkan oleh Ronan and the gang. Semangat persahabatan tu penting. Kalau nak tengok macam mana Guardian of the Galaxy selamatkan planet Xander jangan lupa tengok eh. 



Dah masuk dalam kapal Ronan. Drax cakap gelapnya dan Groot dengan baik hati keluarkan cahaya. Woooww




Last scene buat penonton terharu dan sedih bila Groot dah tak ada. Rocket paling sedih. Bila Groot ada asyik buli ja, bila dah tak ada menangis teringatkan Groot. Overall, best juga dan ketawa memanjang dalam wayang dan tertanya2 dari mana datangnya penjenayah2 galaxy ni. Akan ada part 2, maybe dapat jawab semua soalan. Especially, ayah Peter yang berasal dari galaxy dan berkahwin dengan ibunya dari bumi. 






Teknologi rekabentuk CGI dalam movie ini membuatkan pesawat2 galaxy semuanya nampak hebat dan koreografi peperangan galaxynya sangat mengujakan penonton.



p/s: Aksi penjenayah2 menyelamatkan galaksi
* 4/5 * 

26 Jul 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

Salam Readers..



Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 


Buat kawan2 blogger dan juga pembaca setia blog. Disini nina ingin memohon ampun dan maaf jika selama ini ada terkasar bahasa, menguris hati atau pun perasaan ketika nina drop komen di blog korang ya. Berhati-hati semasa pulang beraya di kampung ya, ingatlah orang2 yang tersayang. 



Ikhlas dari   
Nor Amanina Ahmad Sekeluarga :')
Pulau Pinang

24 Jul 2014

Biodata Zul Ariffin

Salam Readers..


Siapa dah tengok drama Rindu Awak 200% mesti jatuh cinta dan melting tengok hero kan? Semua demam Rindu Awak ! Kali ke 3 tonton drama lakonan Zul lepas Nora Elena & Cik Paris Diva Kampung. Dia memang sesuai jadi pilot dengan tubuh tegap dan tinggi. Tertanya-tanya, pandai family Zill Faezrul cakap bahasa utara dengan fasih. Kalau baca novel memang senyum sorang2. Sweet tengok Zul dengan Mia Ahmad yang jadi tunangnya. Nak tau pasal Esyana. Nantikan drama terbaru bersama Ayda dalam Lokum Untuk Mama !
 




Biodata Zul Ariffin

Pelakon Drama Rindu Awak 200% 



 
Nama Penuh : Zulkifli Bin Ariffin


Nama Komersial : Zul Ariffin



Umur : 32 Tahun (2018)



Tarikh Lahir :  25 Oktober 1986



Asal : Taiping, Perak (*patut ler cakap utaqa)


Kacukan : Melayu + Belanda (Dutch)



Adik Beradik : Anak bongsu daripada 4 beradik (2 Lelaki &

2 Perempuan - Hanim & Rahayu Ariffin)



Kerjaya : Model, Pelakon & Duta



Cita-Cita : Sejak dari kecil ingin menjadi Leftenan Tentera




Bekas Teman Wanita : Gayatri Su-Lin Pillai (Chindian) & Zahirah MacWilson (Pelakon)



Pencapaian : Pelakon Harapan Lelaki #Festival Filem Malaysia Ke 26



Profil Rasmi Insta : http://instagram.com/zul_ariffin


Profil Rasmi Twitter : https://twitter.com/zul_ariffin86


Drama : Walau Sedetik Cuma (2014, TV Al-Hijrah - Sheera Iskandar), Kasih Bersulam Daun Palas (2013 - Nasha Aziz), Janji Adam (2013, TV3 - Elfaeza Ul Haq), Aira Airil (RTM1 - Hanez Suraya), Sangkar (2013, TV9 - Nabila Huda), Gerak Khas, Hati Untuk Siapa (Siti Saleha), Mr. Feminin (Yasmin Hani), Luluhnya Sebuah Ikrar (Ratu TV9 - Sara Ali), Nora Elena (TV3 - Siti Saleha), Cik Paris Diva Kampung (Liyana Jasmay), Kemaafan Terindah (Raya 2014 - RTM1 : Fauziah Ghous), Habibah VS Baby (TV9 - Faezah Elai), Rindu Awak 200% (Ayda Jebat) , Lokum Untuk Mama (Ayda Jebat & Adeline Tsen), Istikharah Cinta (Akasia TV3 - Faye Kusairi), Mr London Ms Langkawi (Astro Prima), M.A.I.D., Uda Dan Dara (2016)


Telemovie : Kabin Do Tepi Tasik, Mr. Feminin, Mendongak Ke Langit, Hatiku Di Kinabalu, M.A.I.D Pun Nak Raya, Rindu Awak 200% Raya



Filem : Penanggal, Evolusi KL Drift 2, Bikers Kental



Hero Drama Istikharah Cinta
Pelakon Harapan Lelaki #FFM26
Adik beradik Zul Ariffin... Siblings

Zul bersama arwah mak dan kakak



Last Updated : 8/12/2022

23 Jul 2014

MISSION: Ramadhan Blog Tour by Kaktus Oren

Salam Readers..




Klik banner untuk join ! 


First time join segmen Rina ni. Macam best je dan nak ucapkan selamat hari lahir buat owner blog Kaktus Oren atau Rina Zaidi :)

Misi tinggal sehari saja lagi sebelum tamat ! 


22 Jul 2014

Ayda Jebat Dan Zul Ariffin

Salam Readers..

Semakin menjadi-jadi demam Rindu Awak 200% . Demam Zill Faezrul dan Armel Aisya merebak dari rumah hingga ke tempat kerja. Agak parah, semua pakat nak balik awal semata-mata nak tengok drama ni. Hebat penangan Zul Ariffin dan Ayda Jebat. Meh nak belanja korang tengok pasangan serasi. Sweet kan? Episod yang paling suka masa majlis bertandang di kampung Faez. Mesti episod 6 paling lawak !




Tak sabar nak tengok scene Faez dan Mel berhoneymoon di Istanbul dan sesi photoshoot gambar perkahwinan mereka selepas setahun berkahwin :)

21 Jul 2014

Majlis Iftar Pertama Team Mattel

Salam Readers..


Salam Ramadhan hari yang ke 23. Korang dah berbuka dengan officemate? Harini baru pertama kali join dan dalam sejarah berbuka bersama rakan sekerja, kalau dulu bersama housemate.



Selamat berbuka semua :)


*Autopublish

20 Jul 2014

Samsung Galaxy Grand 2

Salam Readers..

Alhamdulillah dapat juga Samseng Galaxy malam ni. Setelah 2 bulan bersabar melayan kerenah fon lama yang gelong. Boleh dikatakan beli hadiah besday untuk diri sendiri. Sob.. sob. Tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Galaxy Grand 2 smartphone pertengahan berbanding Galaxy Note atau Galaxy S. Kitew tak mampu nak pakai Note. Acece.. Mungkin rezeki baik sikit sebab warna Gold hanya ada satu saja lagi. Fuhh.. Terus grab it. Cantik :) 







Akceli dah lama usha phone brand Samseng Samsung ni. Tanya pendapat kengkawan yang banyak pakai samseng, tanya punya tanya. Siap tanya Google last2 pegi kedai terus. Takut juga kalau TER-beli dari China punya. Jadi serbu dealer. Beli yang ori janji puas hati dan semua apps kedai yang akan installkan. Mintak je dan rasanya pakai 8GB dulu kot sebelum tukar ke 16GB. Okay la dengan camera 8 MP dan Android 4.3 Jelly Bean. Sudah tiba bertukar angin. Dah berkurun pakai Nokia. Nak tau lebih boleh klik sini dan sini 

Armel Aisya Dan Zill Faezrul

Salam Readers..

Drama Rindu Awak 200% membuatkan orang mencari Armel Aisya dan Zill Faezrul. Tak lama lagi jadi trending macam Abang Zen dan Indah. Nantikan demam Rindu Mel & Faez ya. Tak sabar nak tunggu scene Zill menyakat isterinya Mel dan honeymoon di Istanbul. Kita layan gambar2 abang Pilot dengan wifeynya. Sweet tengok Zul Ariffin dan Ayda Jebat AF9 (seiras Wawa Zainal) . Saksikan mereka lagi dalam Telemovie Lokum Untuk Mama !






Sweet Like Candy !
Tak sabar nak tunggu endingnya.. 

19 Jul 2014

Hot Wheels Semakin Di Hati

Salam Readers..


Yes, finally I'm a collector Hot Wheels. Hati tertarik nak start kumpul semula koleksi kereta2 ala vintage dan sport. Kereta yang orang hadiahkan entah hilang kemana sejak darjah 2 lagi. Sayangnya sebab itu salah satu kereta yang boleh tukar kaler jika dimasukkan dalam freezer. 




Kalau sesiapa berminat nak beli boleh je tanya nina. Dah kerja di kilang proses kereta ni. Perkara pertama bila nak beli Hot Wheels mesti nina akan tengok hostamp di wheels okay ke tak, tengok berat dia dan jenis kereta. Paling suka kumpul kalau Hot Wheels tu ada tayar getah. Nilai kereta rubber wheels ni jauh lebih mahal sebab production kena order tayar tu.   


Sekarang dah ada koleksi kereta2 dari Volkswagen, Ford Mustang, Toyota Tundra, Ferrari, Lamborgini, Datsun, Mercedes, Jeep, BMW, Corvette, Monte Carlo, Plymouth dan dari jenis Asphalt Assault. 

17 Jul 2014

A Gift From Neil

Salam Readers..

Hadiah dari Intern India


Thank you so much for this gift Neil Banerjee
Have a safe journey to Mumbai, India :)


Lilin aromaterapi gituw


Yeah.. Ini la pemberian sebagai tanda ingatan dari intern India.
Tamat sudah 3 bulan praktikal di Malaysia. Btw buat semua blogger yang sudi singgah sini dan drop komen. In Shaa Allah ada masa nina akan terjah sorang2 ya. Harini dapat BW beberapa blog je. Nak bercuti panjang kena siapkan semua kerja. See ya !


Gadis Marah Hanya Kerana Peugot

Salam Readers..


Bila menyaksikan video seorang gadis bertudung yang mengamuk bagaikan orang histeria bila kereta peugot barunya dilanggar dari belakang oleh seorang warga emas berketurunan cina. Rasa macam nak tumbuk2 je muka pompuan tu. Kesian dan sedih bila kaum Hawa bertindak kurang ajar. Huhu *nangis lajulaju . Seriously memalukan orang Melayu dan ini bulan puasa sepatutnya kena banyakkan bersabar. 


Mesti lepas ni bangsa lain akan labelkan gadis bertudung semua perangai macam minah amuk ni. Huwaaa *kerana nila setitik habis baju biru


Dah malu baru nak minta maaf, zaman sekarang cepat je perbuatan kita orang boleh tau. Zaman teknologi canggih plus di tempat awam. Sepatutnya kena banyak istighfar. Semoga kes ni menjadi pengajaran buat gadis2 yang baru beli kereta di luar sana. Nasib baik uncle ni tak di apa-apakan. Agak2 ada orang nak buat parody tak? Hihi


p/s : menyampah pula dengar perbualan gadis ni kat Hitz Fm pagi tadi. Boleh cakap dia tak sedar dengan perbuatan tu. What the ?? Secara live minta maaf kat uncle tu. Nasib baik tak kena saman. Yang lawak uncle tu mintak gadis amuk ni pulangkan lock stereng kereta dia. Hahaa

16 Jul 2014

Anugerah Syawal TV3 (2014)

Salam Readers..


Telemovie Love You Mr. Arrogant Raya, Saya Sebenarnya Isteri Dia dan Kampung Girl | Tiga telemovie raya yang ditunggu-tunggu pada tahun ini. Woahh.. malam raya dah plan nak layan LYMA. Terpacak depan tv tu tanpa gangguan. Hahaa.. 





Jadual tayangan LYMA Raya, SSID Raya & Kampung Girl Raya . Kesinambungan drama adaptasi novel dalam telemovie raya, berikut jadual siarannya.


Malam Raya: LYMA Raya  -  9.00 malam
Raya Pertama: SSID Raya - 9.00 malam
Raya Kedua: Baju Raya Yaya -  10.30 pagi
Raya Ketiga: Kampung Girl Raya -  9.00 malam





Telemovie LYMA Raya akan ditayangkan pada malam raya 27 Julai 2014 pukul 9 malam.


Sinopsis:


Kecomelan pasangan Zara dan Irham makin terserlah bila Irham asyik merajuk dan mereka sering berbalah berkenaan bermacam perkara. Lebih2 lagi setelah mereka dikurniakan anak lelaki.


Sherry yang dulunya jahat muncul semula. Adakah Sherry akan buat perkara yang sama? 





Tayangan pada malam hari raya pertama. Dalam gambar ni, Izzue macam Dennis Trillo ( Marcel Temptation of Wife)


Sinopsis:


Firash dan Syafa di kurniakan sepasang anak kembar. Syafa seronok melihat gelagat Firash yang tidak tahu menjaga bayi dan membulinya. Rania pula kembali untuk mengganggu rumah tangga Firash dan Syafa. (Sumber: Zura Asyfar)





Ash dah tak sehensem masa kahwin dengan ain. Kena buli dengan isteri dia. Telemovie Kampung Girl Raya raya ke 3


Sinopsis:


Ain sarat mengandung 9 bulan dan mengidam pelbagai makanan yang pelik seperti daging unta, cempedak dan daging landak. Oleh itu, suaminya Asyraf harus memenuhi hasrat isterinya itu. 




p/s: Perasan tak LYMA dan SSID Raya kali ni berlaku konflik bila kena hadap semula musuh2 yang nak meruntuhkan rumah tangga diaorang? Jeng.. Jeng. Kita saksikan nanti tau. 

Kalau terlepas tengok a.k.a sibuk beraya boleh tengok di TONTON


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com