30 July 2014

Hari Raya Aidilfitri 2014



Salam Readers..


Entry bergambar : Hari Raya Pertama, Kedua dan Ketiga :')



Hari raya ke 3 baru ada masa sikit untuk story cerita raya tahun ni. Itu pun dah letih, letih sebab makan je pun. Makan free setahun sekali. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua! macam mana suasana raya tahun ni? This year is better than last year sebab saudara mara berkumpul di tempat yang sama dan tahun ni aku dah start beri duit raya and my 2nd years wear hijab. Hehee  


Syawal tahun ini menjadi saksi pengaruh besar baju ber 'lace' dan menjadi pilihan aku juga dan wanita2 di Malaysia tapi baju kurung tetap di hati berbanding kebaya. Design sama macam tahun lepas tapi ada sikit beza la sebab beli di butik yang sama. Ofcos, my feveret still Baju Kurung Moden  :) 


Baju kurung moden by Salim Wahab D'Boutique. Warna krim tapi dalam gambar jadi pink
*Engineer Raam cakap aku macam nak pi kawad ! Grrr



Bercerita pasal menu raya pertama, tahun ni mak buat nasi briyani bersama rendang ayam. Makan sambil tengok tv drama pagi raya. Tahun ni takda pula drama kawan kolej berlakon macam tahun lepas. Petang raya selalunya tidoq jelah kerja aku. Hahaa *jimat tenaga



Menu raya kedua pula macam biasa berkumpul makan di rumah Pak Long, ada buat bacaan yassin sikit untuk ahli keluarga yang pergi meninggalkan kami dulu. Al-fatihah. Kali ini, nasi briyani + ayam masak merah + acar timun nenas. Sedap dan untuk mengelakkan malu, aku doublekan nasi dan ayam. Kuat makan sungguh.



Plan BBQ terpaksa tunda ke petang memandangkan mak cik terpaksa balik KL malam raya ke 2 sebab esoknya kerja. Jadi Pak Teh & The Gang bakar ayam dan ikan talapia petang tu juga. Balik rumah, mandi tukar baju ingatkan nak pi tolong, sekali Pak Teh whatsapp gambar. Semua dah siap, tunggu kami dan yang lain mai rumah. 

Meja dah siap. Berkelah ye


Sampai je dah nampak ayam panggang + ikan talapia bakar + tom yam + mihun, mee dan nasi ! Makan tom yam + mihun campur mee + ayam panggang. Dapat makan terus duduk diam2. Dah puas makan, tolong basuh pinggan dengan kazen Mimi, sekali mai si kenit tanya ada lesen moto tak? Motif kena bawa depa ronda kampung. Ada jugak gambar curi. Aku, Adik, Wahida naik moto yang di snap Mimi dan Atin. Dalam hati terdetik, confirm tak dapat tengok drama Rindu Awak 200% -_____-"   


Raya ke tiga, makan di rumah Njang. Menu nasi ayam panggang juga. Raya kalau tak makan ayam memang tak sah. Boleh gemok mendadak ni. Haha.. Itulah menu2 yang dimakan sempena 4 hari beraya. Untuk tahun 2014, ayam tetap menjadi pujaan setiap tukang masak. 



Nak sambung sikit part berselfie di hari raya.. Tahun ni kak Wawa beli monopod and hampir semua saudara pakai Samseng Samsung. Jom layan gambar2 selfie family Nina ! 



Family my kazen (dad side). Lelaki tu kazen kesayangan aku bersama anak2. 
Nadia dah macam kak Yong !


Tok Puteh Family ! (mum side)


Comelkan cicit ni. Namanya Haris. Dah besar mesti handsome. Sila isi borang siap2
Tiap2 tahun style candid yang sama.. Lawak !
Testing Monopod by Kak Wawa
Sila cari tuan blog dimana? Hihi
Kak Izy with Farhana. 
#Baju kurung from Vietnam sama dengan baju kurung merah. Selesa sangat 
Pak Ngah & Mak Ngah.. Memori Daun Pisang
#Song by Amelina ft Iwan



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN DARI NINA SEKELUARGA !


Tahun ni Krim & Merah 

19 comments:

Sal Bee Yah said...

wah..meriah!salam aidilfitri. maaf zahir batin.
p/s: rasa macam teringin nak beli monopod..hehe

Iola said...

cantik baju tu :D selamat hari raya.. singgah dari blog yun sing :)

Yun Sing said...

Meriahnya :D Laparlah pula tengok gambar-gambar tuh :3 Semua gambar cari-cari tak jumpa tuan blog.. hehehee.. scan-scan ternampak tengah betul-betulkan tudung.. *wakakakakaka*

Sya Mimie said...

Salam syawal nina.. Seronoknya dpt bergambar ramai2..
Meriah..

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Seronok tengok kemeriahan raya Nina...

Kathy R'bain said...

Sweet...

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Cantik baju raya awak.
Lauk-pauk semuanya nampak menyelerakan.

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Mmg comel si Haris tu.
Tapi, anak auntie sume heroes.

Cik Mimie said...

Wah, seronoknya..menu pun best2..hehehe :) Selamat hari raya nina :)

Siti Aisya Ibrahim said...

selamat hari raye...meriahnye makanan...jeles2... :D

Jomsantaisekejap Jss said...

Perghhh...tang gambar makanan yang tak boleh tahan tu..sedap2 semuanya.. nasib baik gambar..kalau depan mata dan tak ingat dah.. kita belasah je

aswadz said...

selamat hari raya. maaf zahir batin. byk btol gmbr makanan. terliur lak tgk.

Azlan Strider said...

ini yang dipanggil meriah raya...hehehe..baju cantik, food stylo and awesome people..hehehe..Selamat Hari Raya Nina... :D

Regards,
-Strider-

Myra Jay said...

Selamat hari raya Aidilfitri Nina..
Maaf andai ada salah silap terkasar bahasa ye :)

Nasi beriyani tu ai like.... teringin nak makan :D

Pha Is said...

meriahnya..

ain syafieqa said...

salam aidilfitri...cantik dua2 baju raya tu..

ain syafieqa said...

salam aidilfitri...cantik dua2 baju raya tu..

Khai♥Rin : anies said...

Bj mcm org nk nikah ;)

Annyss Aleeya said...

cantek baju raya awak. btw, baru sempat nak bw. hihi.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com