22 August 2014

Hari Berkabung Negara - MH17 : 20 Jenazah Selamat Tiba Di KLIA


Salam Readers..



 


Alhamdulillah, hari ini kumpulan pertama jenazah mangsa nahas pesawat MH17 telah selamat tiba di tanah air setelah hampir 37 hari insiden MH17 ditembak jatuh. Sayu dan sebak tengok satu demi setu keranda di bawa turun dari pesawat. Kerja pun dah hold dulu demi menonton siaran langsung istiadat penghormatan jenazah di website Astro Awani.




Pesawat khas MAS yang berlepas dari Lapangan Terbang Schipol, Amsterdam pada pukul 9.40 malam tadi (waktu Malaysia) selamat mendarat di KLIA tepat pukul 9.45 pagi. Kesemua keranda dibawa turun dengan hormat oleh kumpulan pengusung terdiri dari anggota tentera ke van jenazah untuk di bawa ke destinasi terakhir masing2.




4 orang pilot yang membawa pulang jenazah



Bagi kedua-dua jenazah anak kapal iaitu Shazana dan Hakimi, mayat mereka disemadikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya tanpa dibawa pulang ke Pulau Pinang. Sedih tengok anak Hakimi yang masih kecil di ribaan ibunya.




Kawan arwah Hakimi.. Sangat terkesan





Al-fatihah buat kesemua mangsa yang beragama Islam. Semoga Roh mereka tenang di sana. 

2 comments:

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Al Fatihah... Moga roh mereka semua dicucuri rahmat...

Yun Sing said...

MH 17 dalam kenangan :'+

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com