7 October 2014

Drama Kasih Berbisik (TV3)



Salam Readers..


Drama terbaru TV3 yang sedang diikuti hasil gabungan Primeworks Studios dan MediaCorp Eaglevision dibintangi pelakon dari 3 buah negara - Malaysia (Remy Ishak, Keith Foo, Tasha Shila, Normah Damanhuri), Singapura (Nurul Aini, Nick Mikhail) dan Indonesia (Demmy Febriana). Menariknya drama ini dirakam dalam format definisi tinggi (HD) untuk memberi kepuasa kepada penonton yang disiarkan bermula 1 October 2014, setiap Rabu pukul 9 malam.  







Sinopsis 'Kasih Berbisik' :


Kisah bermula di Bali, apabila Imran (Remy), seorang arkitek mengikut kawan baiknya, Andi (Nick) ke Bali untuk mencari idea baru serta peluang kerjasama di sana. Andi, seorang jurugambar profesional tertarik dengan keindahan seni pulau itu termasuk wanita dan tarian. Andi obses dengan kelembutan tarian Sulastri (Demmy). Pertama kali melihat Sulastri, Imran juga terpikat.



Ketika itu, Sulastri berhadapab dengan konflik cinta apabila kekasihnya, Dharma (Keith) didakwa atas tuduhan rasuah dan dipenjarakan. Dharma berasa kesal dan berjanji akan berubah sebaik dibebaskan dan akan kembali mendapatkan cinta Sulastri.






Imran dan Andi mula rapat dengan Sulastri. Cinta telah hadir antara Imran dan Sulastri selepas Imran menyelamatkannya dari lemas. Sebenarnya Imran telah berkahwin dengan Nora (Nurul Aini) di Singapura. Mereka berdua bahagia walaupun tidak dikurniakan anak. Imran tak mahu mengkhianati Nora tetapi dia tidak dapat melupakan Sulastri. Akhirnya, Imran berkahwin dengan Sulastri di Bali tanpa pengetahuan Nora.



Setahun kemudian Sulastri melahirkan bayi perempuan bernama Eka. 6 tahun Imran menyimpan rahsia perkahwinannya daripada Nora dan Sulastri. Kehadiran Eka, semakin mengikat kasih sayang Imran dan Sulastri. Pada masa yang sama, Dharma, bekas tunang Sulastri bertekad untuk mendapatkannya semula walau apa cara sekalipun. Dendam menguasai diri Dharma apabila mengetahui Imran telahpun mengahwini Sulastri dan merahsiakan perkahwinan pertamanya dari Sulastri.





Malangnya, kematian tragis Sulastri telah mencetuskan huru hara dalam hidup Imran. Imran tertekan dan membawa Eka pulang ke Singapura. Nora kecewa dengan penjelasan Imran dan tak menyangka Imran akan mengkhianatinya. Nora mula menjauhkan diri dan berubah menjadi seorang yang panas baran. Imran pula menjadi murung selepas kematian Sulastri. Lebih merumitkan keadaan bila Imran kemalangan dan mengalami trauma. Imran telah dibawa balik ke Perlis oleh ibunya, Mak Jah (Normah) untuk merawat. 



Di Perlis, sepupu Imran, Tina (Tasha) yang belajar dalam jurusan perubatan mengambil kesempatan untuk membuktikan cintanya kepada Imran. Dharma berdendam dengan Imran dan akan melakukan apa saja untuk memusnahkan hidupnya. Andi pula bertemu dengan Lily yang wajahnya persis Sulastri. Apakah misteri kematian Sulastri akan terungkai? Apakah kesudahan rumah tangga Imran dan Nora. Saksikan la.. 





6 comments:

Hikayat Seorang Budak said...

dia punya sinopsis rumit jugak ye jalan cerita dia. suka ost cite ni yg taufik batisah nyanyi :)

Farrah MF said...

OST citer ni pun best!

Belog Santai said...

Tak berkesempatan nak tengok lagi nina..tapi macam best je..

Khai♥Rin : anies said...

So far blm berkesempatan nk tgk asik blk lmbt je :(

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Sama ngan Raudzah.

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Owh..cite episode rupenye.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com