11 October 2014

Kursus Kahwin Di Hasani Management @ Sungai Petani (Part 1)


Salam Readers..


Alhamdulillah akhirnya dapat juga menghadirkan diri ke kursus kahwin. Niat tu penting tau, kalau ikhlas nanti Allah permudahkan urusan kita dan harini bermulanya kursus perkahwinan sesi pertama. Saja ambil kursus di Hasani Management sebab di Penang semua kursus kawen under pejabat agama dan agak leceh sikit. Macam2 soalan depa tanya. Yuran pun murah cuma RM 80. Nak tau part 2 boleh baca 'sini' . 




Kalau orang2 belah utara ni, sebut Hasani memang fames la. Ada 4 branch di SP, Kulim, Kemunting dan Ipoh. Kami gerak dalam pukul 7 pagi, nampak tak betapa excitednya aku pegi jemput Ella di rumah dan 1st time drive jauh sikit. Hihi.. Tanpa pengetahuan mak ayah. Kursus mula dalam pukul 8 pagi hingga 4.30 petang.




Pemandu berhemah la katakan. Hihi




Banyak tips rumah tangga yang nina dapat. Nak share la dengan korang kot2 bila baca terus rasa nak kawen. Hihi.. Serius penceramah semuanya lawak2 dan sepanjang kursus kejanya ketawa dan bahasa yang digunakan agak 'kasar' supaya dapat memahamkan bakal2 suami dan isteri ni. Bagi kami biasa ler.



Bila mai time lunch semua habis lesap dengan pasangan masing2. Malu beb tengok pegang2 tangan lepas habis kursus. Erk.. so kami terjah ke OldTown, Central Square. Maklum la aku tak pernah masuk mall tu. Memang betul2 menghadap bangunan tempat kursus.






Kata penceramah/ustaz datang kursus ni dapat pahala ibadah dan pengetahuan umum. Katanya lagi salah satu kes penceraian kerana pasangan mengalami masalah kewangan. Jadi sebelum kahwin pastikan KEWANGAN anda kukuh. Terkejut bila dapat tau di Kuala Muda kes penceraian bagi tahun 2014 sebanyak 400 kes. Bapak banyak. 



Tips2 nak nak kongsi bila dah berumah tangga ni antaranya:


1. Bila dah kawen tu pandai2 la uruskan kewangan dan jangan ambil loan maksudnya rajin2 simpan duit.

2. Belajar untuk mempercayai pasangan.

3. Listkan kelemahan/keburukan dan kelebihan pasangan. Supaya masing2 tahu dan boleh berubah.

4. Belajar memasak. Kena rajin2 masak untuk suami.

5. Sebelum bersetubuh baca doa (tak sure doa apa) dan bagi salam sebelum masuk bilik. Takut dapat anak tidak berguna.

6. Bagi nama anak yang baik dan bermakna. Seeloknya cari nama dalam bahasa arab dan translate ke melayu.

7. Sebagai isteri, bila balik ke rumah MIL, kenalah tunjukkan kerajinan, kecekapan dan skill masak. Baru la jadi menantu pilihan.

8. Seeloknya cari la bakal suami yang tidak merokok.

9. Buat rekod perbelanjaan keluarga setiap bulan. 

10. Bagi perempuan, rajin2 la beri duit kepada ibubapa baru dapat berkat. 

11. Sebaik-baiknya sebelum berkahwin, cari ilmu dulu contohnya tahu baca doa mandi wajib dan etc. 

12. Carilah tarikh kahwin yang sesuai bukan time bakal isteri datang bulan. 

13. Si isteri jagalah aurat semasa balik kampung, jangan seksi2 sangat dedah kat family mertua. Banyak kes sumbang mahram. Terutama kalau ada adik ipaq yang cantik/hensem. Tergoda nanti. Hahaa..

14. Kena pandai berdandan untuk suami, jaga penampilan jangan terlalu selekeh. Di rumah la patut cantik bukan bila keluar berjalan kan. 





Itu jelah yang ustazah nina nak jelaskan di entri ni. Banyak lagi nak share dengan korang tapi tunggu next entri. Penat menaip dan harap2 boleh tolong sikit2 para pengantin termasuk tuan blog. Bila nak kawen nanti terus buka cari entri dalam blog. Haaa.. tersangat la bernas idea tu.  


9 comments:

Ema Johari said...

tandanya dah tak lama nak makan nasi minyak nina ni.

Yun Sing said...

Kak Nina nak kawen ke? :0

Aisy Nasiha said...

Oo.. entry SEO lah ni ya.. bagus juga buat tambah ilmu bagi para pengantin ya. Yang pengantin lama pun boleh juga ambil pengajaran kat sini

Liza Licha said...

tahniah dah pergi kursus :) licha dulu buat kat selangor. ok la semua pon diorang provide.

Hikayat Seorang Budak said...

eh, kenapa family x kasi bawak kete? hehe. p keje cmne?
banyak tny pulak aku. hihihi

Khai♥Rin : anies said...

Agree... org skrg kumpul fuit utk kawen je.pas kawen pape kedana...

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Masalah kewangan tu mmg x dinafikan.

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Selamat berkursus ye, Nina.

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Bila la zumal nak amik kursus nie. Hehe ;)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com