30 Nov 2014

Walk For Life by Community AIDS Service Penang (CASP) 2014

Salam Readers..


Bercharity lagi hujung bulan sempena Hari AIDS sedunia yang diraikan pada 1 Disember setiap tahun. Harini Community AIDS Service Penang (CASP) mengadakan Walk 4 Life di Esplanade (Padang Kota Lama). Berjalan 5KM beramai-ramai dengan diiringi abam2 polis yang gagah menaiki moto cross. Mula la berangan naik moto tu. *Gataii 


Berjaya berjalan dengan laju sempena World Aids Day. Acece



Seawal 6.30 pagi, gerak dari ofis menaiki van. Hanya 10 orang saja yang join sebab tempat adalah terhad. Baju disponsor dan untuk intern dikenakan bayaran RM 20. Sampai awal tu sebab nak zumba kononnya tapi kelakar tengok tukang warm up tu 'lembut' sangat tapi berpeluh. Yeahhh itu yang kita mahu. Hahaa..


Kita selfie dulu bersama intern a.k.a future bride
Walk 4 Life.. Ahaks



Best juga jalan secara pecut ni. Berjalan di kawasan street art memang ohsem. Banyak wall painting yang baru. Kami bertiga sibuk memotong secara fast motion bukannya apa cuma nak cepat sampai, nak cepat amek goodies, nak cepat duduk bawah kipas. Agak demand bunyinya. 


Previous entri, pusing mencari street art naik beskal sampai pening. Kali ni dah guna kaki, maka ambil kesempatan snap gambar sekitar jalan yang kami redahi. Amboii.. ayat nak kerlass je kan. Meh tengok camera 360 :)


At Love Lane !
Street Art Cafe
New painting
Boleh cuci mata je oke


Nak tahu apa yang excited sangat tu? Di perjalanan aku ternampak beberapa restoran2 marvelles sekitar art street. Kenapa? Kenapa? Kerana dalam twitter banyak kengkawan 'kaki makan' show off gambaq depa pi makan kat sini situ. Jeles hang tau. Menu sedap2 belaka. Oke dah keluaq habis bahasa utaqa. Heee


Toys Cafe 
Cameo Penang
Masjid Kapitan Keling
Selfie tengah jalan. Ohsem kan



Kalau ikutkan nak jelajah semua restoran ni tapi kan kan, Isnin hingga Jumaat aku kerja, acane nak mai makan. Mintak cuti boleh tapi siapa pulak nak teman. Oke sadis hidupku ini T____T tekak dah mula mengidam. Sob.. Sob


Lupakan pasal makan, kita sambung semula sesi nak menghabiskan jalan 5 KM henti-henti (snap gambar). Tak sabar nak zumba lagi. Herher.. Sesampainya kami di khemah, rehat kejap sambil minum sunquick pastu tengok show bebudak gadoh dengan buluh, abang2 bersilat.  


Fort Cornwallis area
Little India
Merehatkan diri yang fenat ini.. Hap hap mintak kipas
Don't try this at home.. Nak try buat kat rumah jiran
Abang dan kakak silat dari Kedah
ZUMBA Time ! Dah tension zumba dalam keadaan sesak


Part spoil bila terpaksa Zumba di tempat sempit. Ingatkan nak zumba kat padang perbandaran tu. Hurm.. ditambah budak kenit dok menari-nari di sebelah. Anak sapa la tu. Charity tamat sebelum tengahari. Haa.. Elok sangat la time untuk lunch. Asyik ingat nak makan je. Sempat la berselfie lagi sementara tunggu van datang ambil. Perut tak yah cakap. Memulas nak nasi..


Goodie dan Certificate
Feeling's macam ada kat London. Kah..kah
Berteduh di bawah pokok ketapang
Boleh makan 4 benda je.. rezeki jangan di tolak


p/s: Best dapat join charity. Rasa insaf dan lebih hargai hidup :) 


29 Nov 2014

Street Art George Town Penang (Part 3) & Straits Quay

Salam Readers..


Hipp Hipp Hooreyyy ! Dapat juga upload video si pengayuh basikal yang tersimpan dalam draf. Terpaksa cut into 3 videos sekali gus. Malas dah nak edit, tertangguh update entri pun sebab video panjang sangat. Sesiapa yang tak tengok lagi Part 1 dan Part 2 boleh jenjalan dulu. Peace :)


"Little Children on a Bicycle" located at Lebuh Armenian


Sebelum nina berceloteh pasal wall painting yang ada di Penang ni dan hasil lukisan artis muda dari Lithuana, mamat hensem bernama Ernest Zacharevic. Ada banyak lagi lukisan yang tak sempat bergambar sebab pening tengok map dan ada kenderaan di depan lukisan.




Kung Fu
Buaian melekat.. Kesian kami
Merenung ke dalam jendela..



Mencari setiap lukisan menaiki basikal tak terasa penat berjalan sana sini. Nasib baik bawa monopod, kalau tak mesti tak terciptanya video kami. Korang boleh tengok perangai sebenar nina in real life. Jangan jatuh hati sudah. Hahaa.. *perasan










Kami buat Le Tour De Street Art hingga cuaca mendung nak hujan. Itu tandanya nak kena stop kayuh dan tiba masanya memulangkan basikal yang disewa. Sebelum balik dapat juga makan ais kepal perisa anggur asam ko. Serius sedap, cuma RM 3 je. Ramai pelancong suka singgah makan ais kepal tu.



Located at Lebuh Pantai
Selfie sebelum balik.. Cc Tauke kedai. Memang handal menangkap gambar
Google . Ini la kedai ais kepal tu

Sedappp


Nak balik tu satu hal lagi, dah lupa tempat parking kereta. Haa kacau betol. Pusing sana sini hingga ingat jalan pulang. Please jangan park jauh2, nanti susah nak balik. Oke, destinasi terakhir JJCM ke Straits Quay (key), Tanjung Tokong. Memang besar gedabak marina tu. Singgah belanja Tira makan di Secret Recepi.



Straits Quay Entrance
Tarian sempena Deepavali
Muka memang tak boleh blah

Marina
Tak jumpa Charlie Brown Cafe ni !! luas nak cari


Rasa macam tak puas berjalan satu mall marina tu ditambah cuaca mendung. So takda feelings nak snap gambar. Kalau teringin nak tengok baby omputih boleh ke sini. Comel2 belaka. Nak kena teroka mall-mall baru buka di Penang. Banyak tempat makan best2. Next trip la. Hehee


27 Nov 2014

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015




Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!

26 Nov 2014

Giveaway Zalora Voucher RM150 by SueAKGoGeous

Salam Sejahtera,


Jom sertai GA RM150 Zalora Voucher terbaik ni dari SueAKGoGeous. Buat enam langkah-langkah berikut:


  1. Buat satu entri bertajuk 'Giveaway Zalora Voucher RM150 by SueAKGoGeous'.
  2. Publishkan entri tersebut dan masukkan URL ke ruangan komen di bawah.
  3. Follow blog SueAK.
  4. Follow Google Suriana abdul kadir.
  5. Masukkan blog SueAKGoGeous ke dlm bloglist anda.



Satu pemenang utama akan mendapat Online Voucher Coupon Code dari Zalora bernilai RM150.




Manakala dua pemenang saguhati akan mendapat Marybrown Lunch Box.
Tarikh GA ini ialah dari 21/11/2014 sehingga 12/12/2014.
Tiga pemenang bertuah akan diundi dengan random.org dan akan dimumkan pada 13/12/2014.


25 Nov 2014

Review KATE Eye Makeup Remover

Salam Readers..

Review KATE Eye Makeup Remover | Lamanya tak buat review pasal makeup. Bukan tak pakai makeup tapi bila difikirkan nak mereview ni agak malas sikit banyak. Bekerja dalam environment yang sekejap panas dan sejuk beku membuatkan muka berminyak maka sebelum mandi, perlu dibersihkan dulu dengan makeup remover.



Sebelum ni hanya guna wet tissue dan dibawa ke hulu ke hilir. Keluar date tengok Mockingjay aritu, nak cari brand Loreal tapi habis pula dan time tu amoi watson syorkan KATE dan ada diskaun. Rembat saja laa. Nak jadi macam Kate Beckinsale, Kate Middleton, Mary-Kate Olsen pun boleh. Hihi


After diskaun = RM 32.00 (100 ML)


Sebelum guna kena goncang dulu. Ada minyak ditengah-ditengah. Tak kisah pakai eyeliner or mascara waterproof pun boleh tanggal juga boleh bersihkan bibir. Memang best ! 





 Tadaaaa !!!
Boleh tidur lena dengan muka bersih 



Tetap dihati.. 



24 Nov 2014

Jenis-Jenis Diabetes

Salam Readers..


Jenis-Jenis Diabetes | Dalam bulan ni, banyak orang beri sekurang-kurangnya 3 bungkus coklat yang kesemuanya dari Langkawi. Bagi aku memerangkap doktor pemakanan tak bertauliah di rumah harus lah mengurangkan gula kerana my mum adalah penghidap kencing manis Jenis 2. 



Coklat DAIM



Jumlah penghidap diabetes di Malaysia meningkat lebih 3 juta orang berbanding 1.5 juta pada tahun 2006. Ramai orang awam tidak sedar mereka adalah penghidap diabetes. Jumlah ini dijangka meningkat sehingga 25% menjelang tahun 2020.


Diabetes adalah penyakit senyap tidak menunjukkan tanda-tanda awal sehingga 7 - 10 tahun, kemudian barulah melibatkan komplikasi seperti serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan masalah penglihatan. Jangan terkejut kalau kanak-kanak pun penghidap diabetes.


Simpton Penghidap Diabetes


Perbezaan diabetes - Jenis 1 (badan tidak menghasilkan insulin dan perlu mengambil suntikan insulin sendiri), Jenis 2 (sel-sel tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin / insulin yang dihasilkan tidak mencukupi). Kedua-dua adalah jenis serius jika tidak diurus dengan baik.


-Berita TV3 edisi Sabtu [15Nov]
-Walaupun tiada penyakit genetik berkaitan diabetes tapi perlu jaga kesihatan dan banyakkan minum air :)


*Autopublish

22 Nov 2014

The Hunger Games : Mockingjay Part 1

Salam Readers..


Review Filem The Hunger Games : Mockingjay Part 1 | Petang sabtu memang sesuai berdating. Yes! Finally i watch this movie. Agak kecewa tak dapat jadi ahli GSC sebab letak email company dan tak boleh book on9. Nevermind, bagi sesiapa yang follow movie ni dari The Hunger Games dan The Hunger Games : Catching Fire mesti tak sabar nak tengok sekuel ke 3.






The Hunger Games : Mockingjay Part 1 kali ni dah takda games macam dulu lagi untuk setiap district. This time mereka kena training jadi army gituw di district 13. Still berharap Katniss akan bercinta dengan Gale.



New Team


Setelah diselamatkan dari arena 75th Hunger Games, Katniss Everdeen bersama-sama Finnick Odair dan Beetee dibawa ke District 13, tempat tersembunyi di bawah runtuhan daerah itu dan bertemu semula dengan ibu dan adiknya, Prim.


Walaupun dalam proses pemulihan, Katniss diperkenalkan kepada Presiden, Alma Coin dan ingin Katniss menjadi "Mockingjay" - The Simbol Rebellion. Katniss menolak kerana mereka meninggalkan Peeta Mellark di arena. Dengan cadangan Plutarch Heavensbee (bekas Gamemaker) yang mengambil alih District 12 selepas di bom oleh Capitol. Selepas melihat tayangan LIVE Peeta dipergunakan Capitol, sedang cuba untuk meredakan pemberontakan itu, Katniss bersetuju untuk menjadi Mockingjay dengan syarat Peeta dan fellow yang lain akan diselamatkan dan diberi keampunan. 



District 8


Bermulanya misi Mockingjay dimana Katniss ditemani Gale bersama team baru yang diketuai Cressida Dormer (bekas tentera Capitol yang lari ke Distict 13). Mereka keluar ke District 8 untuk melawat hospital. Malangnya, Presiden Snow mendapat tahu bahawa Katniss dan teamnya berada di sebuah bangunan untuk melawat penduduk dan mendapatkan sokongan mereka untuk berjuang bersamanya dan Capitol menghantar skuadron mengebom hospital.


Hebat Katniss dengan Gale. Target pengebom Capitol. Memang style !

Fire is Catching ! and If We Burn, You Burn With Us !

District 12 dibom teruk dan banyak penduduk yang mati



Dalam kemarahan, Katniss membuat video ucapan untuk propaganda di Capitol. Team kemudian kembali ke District 12, dimana Gale menceritakan kisah kemusnahan dan Katniss menyanyi lagu "The Hanging Tree" semasa berehat di tasik dan lihat burung mockingjay berterbangan. 


Laju  betol pekerja panjat pokok dan meletupkan Capitol Peacemaker ! Ohsem


Selepas kedua-dua video itu disiarkan tanpa pengetahuan Capitol, pekerja di District 7, mengebom peacemaker dan stesen janakuasa hidroelektrik Capitol diserang hendap pada waktu malam dan Capitol tak berupaya menyiarkan propaganda mereka.


Malam itu, Peeta ditemu ramah oleh Caeser Flickerman dan siaran Capitol 'diganggu' oleh tayangan video Katniss, tiba2 Peeta menjerit memberi amaran Capitol akan menyerang District 13. President Coin mengarahkan penduduk berlindung di tingkat 40 bawah tanah. Katniss mendapat tahu Peeta Mellark dan beberapa orang tribute telah ditawan di Tribute Center di Capitol. 


Perpindahan penduduk District 13 dari serangan Capitol

Team District 13 ! Superb la mereka punya strategi

Peeta telah di "brainwash" untuk menyerang dan membenci Katniss


Nak tahu kesudahan Mockingjay Part 1 kena tengok cepat ! Scene cemas bila pintu bawah tanah hampir ditutup dan Prim berusaha menyelamatkan kucingnya. Nasib Gale ada. Adakah team Mockingjay berjaya menyelamatkan tribute yang ditawan di Capitol?



Mockingjay


Ada beberapa scene yang menyentuh hati contohnya Cinna, he's gone sebab dia sangat rapat dengan Katniss dan sempat siapkan baju mockingjay, bila hospital di District 8 kena bom, Gale and the team hampir kena tangkap masa nak selamatkan Peeta. Sangat suspens. Kelakar tengok aksi Buttercup main cahaya torchlight dengan Katniss.


Hunger Games Fanatic ! Hihi


*The Hunger Games : Mockingjay Part 2 tahun depan !

*4/5     

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com