21 Dec 2014

The Hobbit : The Battle of The Five Armies

Salam Readers..


Review Filem The Hobbit : The Battle of The Five Armies | Yeahh berakhirnya filem trilogy The Hobbit yang asalnya bertajuk The Hobbit : There and Back Again tetapi telah ditukar kerana kesesuian yang melibatkan peperangan di antara 5 puak yang berebut Lonely Mountain. 


The Hobbit: The Battle of the Five Armies merupakan filem sekuel sambungan dari 2 filem terdahulu An Unexpected Journey (2012) dan The Desolation of Smaug (2013). Selepas ini, boleh sambung tonton semula sekuel 3 buah filem The Lord of the Rings (2001, 2002, 2003). Maka lengkap sudah perjalanan movie fantasi epik yang panjang berjela dari buku.



The Hoobit : The Battle of The 5 Armies Poster


Pembukaan filem yang menyambung terus aksi-aksi bagaimana si naga Smaug menyerang perkampungan Laketown. Kepada penonton yang tak tengok 2 sekuel agak terpinga-pinga kerana tak faham jalan cerita.


Kemudian, segerombolan puak Dwarf yang diketuai oleh Thorin Oakenshield serta Bilbo Baggins di dalam Lonely Mountain yang menguasai semua emas yang ditinggalkan oleh Smaug. Thorin beriya-iya mencari seketul emas digelar Arkenstone untuk menjadi tanda bahawa dialah raja dan pewaris tunggal kerajaan Erebor yang sah.



Smaug menyerang pekan Laketown
Thorin dan Bilbo


Thorin mencari Arkenstone seolah-olah seperti kegilaan watak Gollum yang mencari cincin One Ring. Bilbo Baggins juga membayangi perwatakan Frodo Baggins yang sentiasa menjadi penyelamat di tengah-tengah perebutan kawasan oleh semua puak.


Kemunculan ahli sihir hebat Gandalf the Grey pula seperti biasa menjadi orang tua yang penuh dengan kata nasihat dan amaran yang berbahasa berbunga-bunga di samping kuasa tongkat saktinya. Bagaimana Gandalf di selamatkan oleh Galadriel dari tahanan sehingga melemahkan kuasanya.



Galadriel menyelamatkan Gandalf
Legolas dan Bard


Scene peperangan yang hebat dalam filem ini, kadangkala rasanya agak memenatkan untuk ditonton. Semua herp dari puak berbeza didalam screen time silih berganti antara Thorin dan puak Dwarf, Legolas Greenleaf dan Tauriel, Thranduil dan Bard the Bowman. Malah watak2 cameo dari LOTR datang iaitu Galadriel, Elrond dan Saruman the White juga muncul untuk memulakan konflik dengan Sauron. Sebab itu kita lihat Sauron tak mati.


Thranduil Army
Puak Dwarf


Itu belum lagi dari puak penjahat. Ramai sangat! Ia merupakan kepuasan maksima kepada fanatik siri filem The Hobbit dari trilogy LOTR kerana terlalu meriah dengan watak yang berbagai rupa dan tambahan watak-watak yang tiada dalam buku. Penonton akan sedih melihat cinta Tauriel dan orang kerdil yang tak sesampaian selepas cintanya mati ketika mahu menyelamatkannya. Memang tangkap leleh.


Battle of The Five Armies memang filem yang harus ditonton kalau korang betul-betul nak lihat bagaimana LOTR bermula kerana endingnya Gandalf yang berusia 100 tahun lebih datang ke rumah Bilbo Baggins. Pengakhiran yang tangkap leleh dan sempurna untuk middle earth fans. 


4/5*

******************************************************************************

Setelah sekian lama tak keluar tengok wayang bersama. Thanks ye awak teman tonton, shopping dan makan. Bab memilih baju agak lama sikit, mood nak membeli lagi terbantut bila dengar promoter cakap aku try baju besar sangat. Tak kena saiz bla..bla.. Last2 tersalah tulis harga lepas diskaun. Haha..  

JEEP discount 20%
Curry Mee + Lemon Honey @ Old Town


Suka hati duit customer la. Beli baju muat2 badan tahun depan dah tak muat sebab badan aku semakin membesar dengan jayanya. Ngeh.. ngeh. Penat wayang dan shopping haruslah cari makan. Ke Oldtown White Coffee, Sunway Carnival. Teringin nak makan White Curry tapi habis. Sob.. sob. The Hobbit menjadi movie terakhir yang ditonton bagi tahun 2014. Selamat bercuti :) 


9 comments:

  1. Saya tak sempat lagi nak pergi tengok cerita ni. Mungkin kena tunggu keluar dekat internet je.

    ReplyDelete
  2. mesti best citer ni kan...coz xsbar nk tgk pe jdi bila si naga tu mengamuk...nnti nak ajak en suami g tgk laa...hehehehe

    ReplyDelete
  3. tak pernah tengok lagi ni sis..

    ReplyDelete
  4. sy dpt tiket free tgk cite ni tp 3D. mmmm sy zzzzz je laa... ekekeke

    ReplyDelete
  5. Bestnya jalan2 tengok wayang, makan2 :)

    ReplyDelete
  6. cerita ni lah anak sedara Ros dok sebut sebut nak tengok

    ReplyDelete
  7. Waa.. shopping sakan xD Haritu dh tgk filem ni.. best sangat :D

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com