31 January 2014

Sweet Dinner @ Mia Ikan Bakar, Permatang Pauh


Assalammualaikum.


Salam Jumaat buat semua dan selamat bercuti. Harini terpaksa kerja juga. Sob.. sob. Rasanya betol pepatah orang tua2 ketawa banyak menangis pun akan sama banyak. Sebelum hari kejadian yang membuatkan aku nangis tu sebenarnya aku ketawa banyak masa keluar dinner a.k.a Open Table :)




28 Jan lepas, first time belanja opismates makan besaq memandangkan dah konfem kerja tetap. Plannya nak makan ikan bakar di sebelah pulau tapi semua malas nak drive jauh2 jadi kami jjcm di Mia Ikan Bakar, Permatang Pauh. Berdekatan dengan UiTM. Makan di kawasan kubu kuat PKR ni. Ngeh.. ngeh.





Nasib baik la kak Phai sampai dulu sebelum aku dan Akmar. Sempat la dia order set makanan. Semuanya ala Thai. Makanan siam tetap dihati. Yang lain kena tinggal di opis. Nampak tak betapa tak sabarnya nak makan. Takut nanti meja penuh. Harga tersangat la affordable. Kami makan seramai 8 orang + 9 jenis lauk + 8 pinggan nasi + 2 gelas jag air epal dan oren = RM 100++. Murahkan? 


Sebelum  makan 


9 jenis lauk :


Kailan Ikan Masin
Sotong Goreng Tepung
Daging Masak Merah
Udang Masak Merah
Lala
Tom Yam
Telur Goreng
Sup Ayam
Ikan Siakap Bakar
*Semua sedap

Semua muka asyik tengok lauk. Tak pandang dah camera



Ohh.. Entah lawak apa yang ketawa sangat tu. Maaf gambar blur



Selepas makan

Semua licinkan? Alhamdulillah.. Semua pinggan tertarik ke arah kak Ayu. Hahaa
Ada magnet disitu :P



Kalau singgah ke Seberang Perai. Singgah la makan disini. Seyes rasa macam tak pecaya tengok BIL - belanja ikut limit masa nak bayar tu. Fuhh semua tiptop ! :)

29 January 2014

Buat Baik Pun Orang Mengata, Buat Jahat Lagi Lah

Assalammualaikum.


Lumrah hidup, penuh dengan ujian dan menguji kesabaran diri. Aku juga tak terkecuali. Aku tak sangka selama bekerja 3 bulan lebih ni ada juga orang yang tak puas hati dengan aku termasuk jiran. Pagi tadi menangis juga bila dengar segala kata2 dari mulut mak sedara. Aku cuba defend diri sendiri tapi tak nak dikatakan kurang ajar. Menangis teresak-esak dari dalam bas hingga ke opis. Sob.. sob TT____TT




Kes 1


Ada orang mengadu kat mak sedara kononnya aku ni sombong dan bila bercakap tak pandang muka pun dan entah apa lagi lah yang diaorang adu pasal aku. Aku malas nak amek kisah pasal orang tu sebab sepanjang kerja tak pernah langsung tak bertegur sapa dengan staf2 mahupun operator.


Bahkan semua kaum aku bercakap dan beri senyuman tak kira umur. Pak guard pun selalu ucap 'Good Morning'. Kira dah terlebih peramah -____-"
Rasanya orang saja buat cerita kot. Susahkan kalau kerja sama tempat dengan ahli keluarga. Annoying sungguh!



Kes 2


Petang semalam lepas balik kerja kami naik lif dengan jiran aku yang busy body dan aku memang tak suka perangainya. Rupanya lepas keluar dari lif aunty tu cerita kononnya aku ni berlagak macam anak orang KAYA.. kesiannya dekat mak aku n bla..bla. Berlagak sebab dia tengok aku makan di tempat mahal bersama kawan2. Kaki stalker di fb. So mak sedara aku dapat bermacam aduan. 





Kadang2 tu aku rasa setakat mengadu kata aku sombong ok lagi kot dari orang mengadu aku pergi kerja asyik nak mengatal. Kenapa sebelum aku confirm kerja tak dengar pun kes2 macam ni kenapa baru sekarang? Pelik's kan. 



p/s: berlagak macam orang kaya pun tak apa sekali sekala. Semua itu guna duit sendiri dan sejak kerja tak pernah minta duit mak ayah lagi. Tiba masanya memberi mereka duit. Terima kasih buat blogger yang tak jemu2 beri nasihat :)

Sayang semua.. Muahh

28 January 2014

6 Aplikasi Smartphone Paling Popular


Assalammualaikum.


Rata-rata manusia zaman sekarang semua nak pakai semartfon.. Budak ketot pun nak pakai jugak nak ber fb katanya. Alahaii adik lebih baik fikirkan lagi setahun nak jadi candidate UPSR. 


Tapi entah kenapa.. lepas raya aidilfitri, virus application ni menyerang. Seperti tergedik-gedik nak aku install. Nama saja pakai semartfon tapi tak over nak install. But now.. Jeng..jeng aku dah buat fon semak except Insta dan Line. Den takdo pakai Insta, den tak suko nak share gambo kecuali kat blog ni haa. Feelings lagu Rembau Most Wanted yaww. Haha.. So di fon wajib ada apps ini:


1. Facebook


Siapa yang tak kenal Mr. F nie tak tau la. 
Sekarang agak kureng layan dah.. ikut mood jelah


2. Twitter


Suka sangat tweet. Macam duduk dalam dunia sendiri
Tengs blogger Eiqa & Aida yang selalu tweet titew. 
No one care.. Tweet la apa saja.


3. WhatsApp


Boleh wassap kat sesiapa tanpa mengira no.
Maxis to Celcom to Maxis.. Its free!
Tapi untuk orang yang ada no aku jelah. Hihi


4. WeChat

Layan WeChat mesti merepek je lebih.. Hoho
Siap boleh gosip dalam group. Entah sapalah yang invite aku. 


WeChat ialah aplikasi chatting percuma macam Wassap. Kelebihannya yang best
 sebab boleh Text, Group Chat, Video Call, Video messaging (twin walkie talkie), 
Emotion yang comel! and share moments with friends @ group. 


5. Instagram


Snap pic and share! Wallah
Kaki gambar sila install.. tengok dulu nak install ke tak.


6. LINE

Aku suka emotion line.. tersangat cute couple Ted ;)
Tapi dah uninstall. Hoho


LINE ialah aplikasi sama macam "WeChat" yang dikeluarkan oleh Jepun.
Best sebab ada Original Stiker 250 emoticon, Videos & Voice Massages - boleh text, gambar, lokasi, video dan suara, Line Game paling best! Boleh main game dengan kawan macam dalam iklan ada Neelofa, Free Video Call dalam tempoh yang disukai!


 Sekali pandang dah macam 2 beradik pulak :P





Suka iklan nie.. Hihi 
Nazim Othman hensem kan??
Jangan biarkan kucing korang di depan PC. Kucing pun gatal oke.
Meowww..


video


Dan ini ! Neelofaaa cute.. Hehe
Fizo pun tak kawen lagi taw.

video


*Autopublish

26 January 2014

Pengomen Tegar Blog Tahun 2013 ;)

Assalammualaikum.


Selamat berhujung minggu semua. Harini tak sempat nak BW lagi, patik bz shopping CNY. Sale sana sini. Maafkan patik. Hehe.. Patik janji akan terjah oke ok k. Meh patik nak umumkan senarai nama2 pengomen tegar blog ni setakat tahun 2013. Terima kasih daun keladi buat semua yang sudi singgah dan komen kat blog ni ya. Lai..lain jom terjah blog mereka. Say cheese ^^









3. Anies












9. MJ




Harap2 korang dapat terima kereta2 mahal murah dari opis ni. Buat hiasan kat meja, bila blogging mesti teringat kat nina. Hahaa.. Perahsan yang amat.

*
*
*




*Diminta nama2 diatas hantar nama dan alamat masing2 di kotak komen ya. Jangan risau tak publish komen tu. Buat pengomen lain jangan sedih2 tau nanti nina nak buat 1st Giveaway. 
Tunggu bajet 2014 :)

24 January 2014

Musim Selesema Melanda

Assalammualaikum.


Dah 2 hari asyik bercinta dengan kotak tisu. Habis berkotak-kotak dah ni. Kerja tetap kena pegi walaupun tak sihat sebab tak demam lagi. Tunggu demam baru cheq cuti. Hoho.. Yang penting virus ni akan merebak 1 opis sebab 2 orang dah selesema. Mungkin keadaan Malaysia yang agak sejuk. Serius pagi2 sangat sejuk. AKu tak tahan time nak mandi tu. Jadi aktiviti BW terpaksa dihentikan.




Tuan kedaun tak sihat
Lobang hidong tersombat.. Bernafas pun macam ikan je T_____T
Selamat tinggal semua :(

Voucher KFC & Hadiah Giveaway ;)

Assalammualaikum.


Takda idea nak update blog dengan kesihatan yang tak berapa nak baik. Semalam baru sampai hadiah Giweaway Sya tahun lepas dan harini semua pekerja Mattel dapat makan free sempena pencapaian tahun lepas tercapai. Oke tahniah buat semua operator ya. Aku cuma tumpang sekaki. Hihi.. Pak guard gate kiri, tengah, kanan pun dapat tau. Wallahh kenyang dengan ayam jelah :)



Terima kasih Blogger Sya
Comel monkey ni. Hehe




Tak boleh blah baucer untuk kanak2?
Kanak-kanak ribena




22 January 2014

Wordless Wednesday #8 : Blog Lelaki Dan Perempuan


Assalammualaikum.


Rabu tanpa kata dan entri pun dibuat Autopublish jelah ye. Selalunya kalau bab nak BW mesti semua amek kisah amek berat kan. Blog loading berminit2 pun dah say Hi Hi Bye Bye.


Jadi blog gegirls atau boboys yang slow? Hihi
*Jangan marah nanti cepat tua. lalala



21 January 2014

Film Review : The Last Airbender (2010)

Assalammualaikum.


Aku tak pernah tengok cerita ni dan tengok pun kat Youtube sebab ternampak iklan tayangan movie ni kat TV3 hari jumaat ini. Kalau tengok tb konfirm bangun lambat nak pi kerja kan. So tengok awal2 nanti sekuel ke 2 boleh tengok kat wayang ye dok. Hihi *naik juling mata tengok 3D kat utube.. OMgee


Aku baru tau ni adaptasi dari kartun "Avatar: The Last Airbender". Kartun ni banyak perkenalkan budaya dan pengetahuan orang Asia tapi dalam filem ni watak kebanyakannya omputih. 







Jalan cerita yang ringkas, iaitu pertempuran antara pihak baik dan jahat. Terdapat 4 negara mengikut unsur; Tanah, Api, Air dan Angin. Untuk mengekalkan keamanan, seorang saja yang boleh mengawal keempat-empat unsur iaitu Avatar bernama Aang. Tugas Avatar untuk menjaga kestabilan 4 negara. Lepas tu, Avatar tiba2 hilang dan muncul kembali selepas 100 tahun. Itu pun lepas 2 beradik iaitu Katara dan Sokka dari suku air selatan jumpa bongkah ais yang Avatar sembunyi. 







Keadaan kucar kacir. Kerajaan Api mengisytiharkan perang ke atas semua negara untuk menghapuskan Aang. Kerajaan Api telah menguasi kesemua Negara. Aang mempunyai masalah besar untuk berlawan dengan Api untuk kembalikan keamanan semua Negara tetapi sebelum tu, Aang perlu kuasai kesemua unsur. Cerita ni oke la sebab ada adegan lawak, ketabahan Aang belajar semua unsur, romantik antara puteri Yue dengan Sokka.



Lagipun ini baru bab 1 - Avatar belajar unsur Air. Pelakon pulak tak sama macam dalam kartun Aang, Putera Zuko, Katara, Sokka nampak lain. Scene yang pelik masa kerajaan Api serang Air. Memang tak relevan Kerajaan Air tunggu sampai puak Api sampai baru nak berlawan. Haih.. Putera Zuko tu tak habis2 nak tangkap Aang sebab dia kena buang oleh ayahnya dan merantau bersama pakcik. Kesian..









Jap, yang paling menarik ialah Puteri Yue. Cantik kan? Tapi dia mati. Ohh No! kesian Sokka :( Filem sekuel ke 2 The Last Airbender - Crossroads of Destiny, Aang belajar unsur tanah pulak. Kena la tunggu 2-3 tahun lagi. Hoho


20 January 2014

Celebrate Birthday Bersama Mereka ! ❤

Assalammualaikum.


Selamat bekerja buat semua. Harini baru dapat gambar semasa kejadian Jumaat lepas. Ada bestnya kalau kerja time cuti umum. Tak sangka haritu birthday opismate. Celebrate untuk 2 orang lagi. Nyanyi pun 2x juga. Sebelum lunch, abang Aziz kutip duit untuk beli KFC, ala yang set murah tu.



2 ketul ayam spicy + cheesy wedges + coke + red velvet. Fully kenyang. Alhamdulillah



Paling ohsem sebab haritu dah la beberapa orang je mai kerja, orang lelaki pi solat Jumaat, manager cuti, supervisor pula meeting dengan birthday girl. Jadi kami 9 orang ni makan senyap2 dalam suasana opis yang gelap. Ala tutup lampu pun still ada cahaya lagi. Kami terpaksa makan laju2 nanti bos besaq nampak bising. Sob.. sob.


Jom layan gambar2 kami sampai pening lalat. Haha.. Sayangnya takda Hanim dengan Akmar. Tunggu birthday aku nanti. Amboii lambat lagi bulan 7 tu. *Eh bulan puasa la. Oke, apapun nak ucap Happy Birthday buat Kak Phai & Puteri ! 



Sesi intro my Officemates ! :)



Makan dalam suasana romantik gituw

Memerangkap rakan sekerja

Dari kiri:
K. Ina, Yani, Winda, Yati, Mel, Puteri, K. Ayu & Abg Aziz 


Kek hari jadi yang bakal di korbankan

Sesi bergambar ala bebas.. Lawak tengok muka Mel

Putri tumpang potong kek.. Kesian birthday jatuh hari Ahad
Kami suka membuli cubit sana sini.. Titew suka pic ni sebab nampak pipi berisi. Haha

18 January 2014

Starbucks Card : Cranberry White Chocolate Mocha


Assalammualaikum.


Selamat berhujung minggu semua. Harini seperti biasa aku bekerja. Meh nak cerita pasal kad terbaru. Bagi peminat minuman ni mungkin seronok kalau selalu boleh minum tanpa limit. 1st time dapat Starbucks Card time lepaking kat Alamanda tahun lepas. Ala di entri "Girls Day Out at Starbucks" tu. 



Ini la rupa kad tu tapi setiap design kad ikut musim taw. Aku dapat edisi Krismas



Lepas bayar harga dalam RM 30++ dapat la kad ni. Masa tu aku blur2 lagi pasal ni sampai la lepak minum lagi di sini "Weekend Ialah Masa Untuk Bershopping". Time bayar tu, akak kaunter cakap 'Adik nak topup berapa? Balance dah 0' . Lastly kak tu cadangkan topup RM 40. Kiranya Starbucks Card ni lebih kurang macam topup card. Boleh reload kat any Starbucks outlet.






Sayangnya last week aku nak minum Cranberry White Chocolate tu tapi dah habis. Maksudnya nak minum kena tunggu musim Krismas la. Huuu.. Penantian satu keidaman. Haha. Sebelum guna kenalah register card yang kita dapat ni kat website Starbucks. Dalam tu boleh tengok berapa baki point yang ada. So next time, bila nak beli minuman dan balance kita banyak jadi tak payah bayar. Dia just tolak dari kad kita ni. Tapi pastikan ada point. Sia2 je tunjuk kad ni kalau takda balance. Ngeh.. ngeh. 



Nyumm2 kan? Nak minum Cranberry tu berjanggut la kena tunggu


p/s: Kalau nak tau Starbucks dah dapat logo Halal. Hee

16 January 2014

Sinopsis Drama Kalimah Jiwa (Azalea TV3)

Assalammualaikum.


Minggu yang busy tapi sempat lagi nak melayan drama walaupun tengok online dalam Tonton. Agak menarik bila baca sinopsisnya. Kerana itulah hatiku tertarik nak menonton tambah pulak pelakon2 yang boleh tahan. 







Sinopsis:


Kisah tentang persengketaan antara Aniq dan adiknya, Afiq yang melibatkan perebutan harta. Ibu mereka, Puan Akila lebih percayai Aniq kerana dia berjaya menguruskan syarikat sehingga berjaya. Manakala syarikat Afiq mengalami kerugian dan menanggung hutang. Semuanya kerana Afiq tak serius dan suka berfoya-foya.






Aniq mempunyai kekasih bernama Aina Sofea. Semasa majlis pernikahan, Tiara muncul dan mengaku sebagai kekasih Aniq. Tiara juga beritahu dia sedang hamil hasil hubungan dengan Aniq. Majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan dan Aniq menghilangkan diri ke Europe untuk menenangkan diri.


Akhirnya Afiq berkahwin dengan Aina demi mengelakkan keluarga kedua-dua belah pihak malu. Afiq terima Aina bukan atas dasar cinta tetapi kerana dendam Afiq pada Aniq yang sentiasa sempurna di mata ibunya. Afiq yakin syarikat akan jatuh ke tangannya. Selepas berkahwin, Afiq mula sedar Aina seorang wanita yang baik dan mula jatuh cinta pada Aina dalam diam. Sikap Afiq juga semakin berubah menjadi baik bila Aina disahkan mengandung.








Tiara pula pergi ke Europe untuk bertemu Aniq. Rupanya Tiara pelayan kelas atasan dan telah dibayar oleh Aniq untuk membuat pengakuan tipu dihadapan keluarga Aniq dan Aina. Tiara sememangnya tak tahu puncanya dan apabila Tiara mengekori Aniq, barulah dia tahu Aniq ke Europe untuk dapatkan sum2 tulang yang sesuai untuk mengubati penyakit kanser darah.


Tiara rasa bersalah dengan upah yang diterimanya. Selama ini dia berkerja untuk duit tapi kali ini dia tak mampun terima duit Aniq atas kesakitan yang terpaksa ditanggung Aniq. Tiara membuat keputusan untuk sentiasa berada di sisi Aniq dan membantu Aniq menemani hari2 sukarnya sepanjang di Europe. 







Penyakit Aniq semakin tak stabil dan masih tak dapat penderma yang sesuai. Afiq membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia bagi menghabiskan sisa2 hidupnya bersama keluarga sebelum menghembuskan nafas terakhir. Semua ahli keluarga gembira dengan kepulangan Afiq yang mengejut. Tetapi tidak bagi Afiq. Dia rasa terancam dan merasakan Aniq pulang untuk merampas haknya dan menuntut cinta Aina.

15 January 2014

Wordless Wednesday #7 : Pekerja Tetap



Assalammualaikum.


Lama tak update entri WW nie.. Rabu minggu depan genap la 3 bulan bekerja di Mattel Inc dan tak sangka pula 4 Jan 2014 aku dah sign borang sebagai pekerja tetap. Macam confirm je? Macam kerja tetap je? Macam nak kena lempang je? Haha.. Oke dah stop melalut!



Kalau pi kerja memey wajib bawa 3 benda nie. Sepatutnya aku malas nak pakai safety shoes dengan ear plug tapi disebabkan Raj dan Mel, pakai juga laa.
Sayangi lah kaki dan telinga anda :)








Percaya tak aku pi kerja naik kereta ni? :P
Haha


*Autopublish

14 January 2014

Orang Cuti Aku Kerja :(


Assalamualaikum.


Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan panas tak sampai ke petang.
Ku mengharapkan dapat bersenang lenang harini ini tapi apa kan daya OT memanggil-manggil namaku.
Menyeru untuk datang ke opis pagi ini untuk bercinta lagi bersama report.
Tetapi pabila diingatkan semula.. kertas bakal berhimpun di dalam akaun.
Dapat la tuan hamba guna untuk kawen2 nanti. Hihi


Hi.. Imma Man Cat in Black


From,
Plastic Injection Moulding (PIM) Office..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com