28 February 2014

131 Hari Mencari Rezeki

Assalammualaikum.


Menjadi entri terakhir di bulan Februari yang banyak kenangan masam manis buat aku. Ada juga kenangan dapat di abadikan dalam blog picisan ni. Harini juga cukup 131 hari = 4 bulan 1 minggu mencari rezeki yang halal. Dengan duit gaji tu dapat la simpan untuk sambung study, bayar loan MARA dan bagi sikit untuk ayah sebab menjadi drebar hantar dan pick up dari ofis. Baikkan budak ni c(:



Entah bila nak pos. Siap kena timbang kereta -____-"



Ohh.. Say Hi to March. Banyak kerja la bulan baru ni. Nak jawab exam, nak pindah ofis, nak buat kek, nak pos hadiah, nak itu nak ini. Semoga diberi kesabaran lagi. Rasa tak selamat bila department Ransburg terbakar T____T . Sampai sekarang masih ada lagi bau bahan kimia. Itu la risiko yang kena hadapi bila kerja sektor industri. 

26 February 2014

Calon Peperiksaan PPTM :)

Assalammualaikum.


Syukur Alhamdulillah.. setelah setahun lebih menunggu keputusan untuk menjadi calon peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, akhirnya surat bagi menduduki exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 sampai harini. Walaupun 2 jawatan di SUK Perlis dan Melaka tak menepati syarat2 tapi syukur dapat juga kan. Ada tips2 tak nak jawab soalan. Harap dapat tolong nina :)




Ya Allah, ada lagi seminggu lebih nak ulangkaji semua subjek2 IT, pengetahuan am, matematik. Hampir2 lupa.. Mungkin tak dapat nak layan blog nanti. Korang doakan semoga nina berjaya ya.  

25 February 2014

Buah-Buahan Zaman Dulu Kala

Assalammualaikum.


Buah2 yang selalu buat aku mengidam dan kecur air liur tapi apa nak dikata, dah lama tak dapat makan kesemua ni. Buah zaman dulu kebanyakannya semakin pupus dan cuma ada di kampung2. Di kampung aku cuma ada pokok belimbing buluh, ceremai dan jambu keling. Di manakan ku cari buah2 ini :( Kalau dulu masa kecik2 aku la tarzan jane yang suka memanjat pokok ceremai dan makan atas pokok. Sebarang pokok yang ada buah mesti aku panjat. Pernah tak korang makan buah2 ni? Serius sedap dan tak dapat nak tanding. Ingat budak bandar tak penah makan ke. Hehee..


1. Ceremai




Sedap dimakan campur gula dan kicap ataupun dibuat jeruk. Rebusan akar ceremai dapat digunakan untuk mengubati asma dan penyakit kulit. rasa masamnya elok untuk ibu2 mengandung kerana membantu menghilangkan rasa mual. 


2. Jambu Keling




Paling sedap dimakan bersama kuah rojak! Boleh dikatakan buah ni hampir pupus. Tak ramai yang kenal buah jambu ni kan. Kadang pelik jugak sebab namanya 'keling'.



3. Katak Puru / Nam Nam




Buah yang berasal dari Asia Tenggara dan India. Pokok dan buah katak puru ini tergolong dalam group nadir kerana semakin sukar dijumpai. Pokoknya memepunyai ketinggian hanya 3 meter. Ia jenis tumbuhan yang membesar dengan kadar yang sangat perlahan. Untuk mencapai ketinggian 2 meter mengambil masa lebih kurang 20 tahun. Apabila masak, buah katak puru akan gugur dan rasanya masam manis.



4. Kundang / Remia / Setar




Nama yang berlainan tapi buahnya sama. Di utara di panggil Setar dan merupakan asal usul nama bandar Alor Setar dan tumbuh di sepanjang alor sungai. Sejenis tumbuhan yang pokoknya mempunyai getah yang boleh menyebabkan keradangan jika terkena kulit. Buah ni macam adik kepada mempelam la. Rasanya masam dan biasanya dimakan bersama kulit dan isinya mempunyai serat yang tinggi. 



5. Asam Jawa Manis




Dulu takut nak panjat pokok asam jawa sebabnya ada Kumbang Tanduk. Aku takut kot tengok tanduknya sebab kumbang tu suka hinggap di baju T_____T Selalunya buah asam jawa manis ni banyak di Siam dan buahnya tak sesuai untuk dibuat sebagai perencah masakan. Pokok asam jawa tumbuh liar di kawasan barat India dan di benua Afrika di bahagian selatan gurun Sahara. Pokok asam telah lama ditanam di negara India dan boleh didapati di kawasan tropika seperti Asia, Afrika dan Amerika.


6. Keriang Aceh




Buah keriang lada agak kecil, boleh dimakan dengan bijinya sekali. 
Buah keriang Aceh agak sebear ibu jari, bila masak berwarna hitam, rasanya sedikit kelat dan manis bila betul2 masak. 


Khasiat buahnya

1. Boleh mengatasi masalah cacing kerawit, makan bersama biji kerana bijinya akan bawa cacing2 dalam perut keluar dengan sendirinya. Kalau anak ada masalah cacing elok la diberi makan buah keriang jenis lada yang agak kecil.


2. Warna buah boleh atasi sakit mulut, cepat sembuh dan menggantikan kulit yang baru pada lapisan bibir. Tak payah pakai lip balm ^___^


3. Merapat dan membetulkan peranakan dan boleh mengempiskan perut yang buncit.


4. Menyuburkan kesuburan lelaki dan menguatkan tenaga batin. Opsss !!


5. Mencuci perut atau melawaskan pembuangan air besar.


6. Mencuci buah pinggang untuk protein kembali ke dalam salur darah dan memperbaiki sistem buah pinggang. 


Khasiat daunnya


1. Digunakan masa demam, ambil duannya dalam 2 3 helai, ramai dalam air, letak atas kepala, bawah ketiak, dada, pelipat kaki. Nescaya suhu badan akan cepat turun.


2. Daunnya juga digunakan dalam salah 1 ramuan daun2 untuk mandian orang bersalin.


3. Untuk buat cebukan kencing, rebus daun dan biar suam2 baru cebukan, hasilnya faraj akan jadi ketat, amat berguna masa hubungan kelamin. Opsss lagi !!


4. Daun boleh diletakkan di atas kain pelapik untuk bertungku perut.


5. Pokok keriang dengan daunnya yang lebat boleh menjadi antiseptic dan pengudaraan yang membekalkan banyak oksigen, membuatkan kita rasa nyaman dibawah pokoknya.

Sayangnya pokok keriang Aceh di kawasan rumah terpaksa ditebang gara2 dikatakan sebagai sarang pontianak. Masa kecil sangat suka makan buah ni patut la jarang nak ada masalah cacing. Rupanya banyak khasiat pokoknya.


7. Keranji



Ini buah hutan yang banyak di daerah Sumatera dan Kalimatan, Indonesia dan di Sabah Sarawak. Kulit buah berwarna hitam yang rapuh, isinya berwarna oren dan rasanya masam manis dan jika diawet dapat bertahan hingga 2 tahun. Pokok ni dah semakin kurang dalam hutan kita. Mengikut cerita orang2 tua, buah keranji dapat semasa kerja2 membalak/menebang di dalam hutan rimba. Buah ni la paling payah nak dapat. Jenuh mencari. Buah ni agak mahal dan mencecah harga sehingga RM 10 bagi setiap 100 gram kerana proses nak memanjat pokoknya amat la susah. 


8. Jambu Susu



Buahnya sesedap susu kot. Putih bersih buahnya dan khasiatnya sama la seperti jambu2 lain.



Kesemua buah2 ni dah semakin pupus dan generasi akan datang akan terasa pelik dan tak dapat nak merasa. Kalau nak makan kena la ke Indonesia. Di sana masih banyak lagi dan harga pun murah :)

23 February 2014

Aiskrim La Cremeria


Assalammualaikum.


Petang ahad macam ni memang best layan movie bersama aiskrim La Cremeria berperisa vanilla ditambah sos coklat, gajus dan coklat chips. Nyumm... Mencari aiskrim goreng Nestle di merata supermarket hatiku hampa. Sedihkan? 



Layan dulu aiskrim La Cremeria


Layan ni pun best juga sambil tengok movie I Am Number 4 untuk kali yang ke 3. Siapa tengok movie ni jumaat lepas di tv3 mesti tau kan..kan. Ini semua gara2 heronya yang hensem. Ngeh.. ngeh. Malam nanti sambung BW ;)

22 February 2014

Anugerah Drama Festival KL

Assalammualaikum.


Ini la motif utama aku malas nak pi Annual Dinner malam ni. Wahaha.. Aku nak tengok anugerah ni. 1st time pulak tu diadakan plus drama faveret tercalon! Yeahhh..  Jangan lupa buka tv3 pukul 9 nanti tau. Anugarah hasil gabungan stesen televisyen TV3 dan TV9. Aku rasa LYMA boleh menang kategori tapi siapa tahu kan. 


Peminat Azlee Khairi jangan bimbang ye sebab dia tercalon bagi 2 drama iaitu Love You Mr Arrogant dan Dalam Setiap Sujud. Zara Zya pun tercalon 2 drama juga, LYMA dan Puteri Malam termasuk la heroin Ariana Rose tercalon dalam Drama Diandra dan Dalam Setiap Sujud. Not bad bf Fathia si Aiman Hakim pun tercalon. Wehoo ~~



Masih rindukah dengan mereka berdua? Scene sweet2 



Antara kategori yang dipertandingkan ialah :


1. Drama Pilihan Terbaik - Love You Mr Arrogant

2. Pelakon Lelaki Pilihan - Lelaki Pilihan (LYMA)

3. Pelakon Wanita Pilihan - Nur Fathia (Diandra)

4. Pengarah Drama Pilihan - Raja Ahmad Alauddin (Saya Sebenarnya Isteri Dia)

5. Penulis Skrip Pilihan - Mufiz Shuhaimi (Dalam Setiap Sujud)

6. Barisan Pelakon Pilihan - Saya Sebenarnya Isteri Dia

7. Pasangan Pelakon Pilihan - Love You Mr Arrogant






Drama yang tercalon :


1. Diandra (Lestary)

2. Janji Adam (Azalea)

3. Ruby (Samarinda)

4. Karlos (Aksi)




8. Janji Shirah

9. 6 Progresif (Aurora)

10. Puteri Malam (9X)

21 February 2014

Akim Ahmad Ke Annual Dinner!

Assalammualaikum.


Yeahh.. esok cuti, excited sebab selalu kerja 6 hari seminggu je kan. Esok semua ofismate aku attend Annual Dinner Mattel di Penang International Sport Arena (PISA). Tahun ni artis jemputannya ialah hero drama 'Kampung Girl' dan Mila Jirin. Tak dapat aku nak tengok adik menyanyi atas stage. Sob.. sob. 



Akim Ahmad Dan Mila sebagai artis undangan Dinner Mattel 2014



Fuhh.. aku? stay kat rumah sambil layan blog lagi bagus dari tengok adegan operator2 asing menari atas pentas. Lagi pun mak sedara aku tak pergi. Mesti orang cakap aku demand nak pi dinner kat hotel, yelah masa study asyik dinner kat hotel 5 star je. Happy Weekends ! ;)

19 February 2014

Souvenir From Bangkok

Assalammualaikum.


Buat baik tak minta dibalas, tolong orang biar la dengan hati yang ikhlas. Tak disangka2 dapat souvenir dari negara jolokan 'Gajah Putih'. Terima kasih ye Cik Rahim, ketua Maintenance di tempat kerja. Selalu tolong dia buat slide presentation tapi tak tau menahu ahad lepas dia fly ke Mattel Bangkok. Sebelum lunch tadi dia bagi secara sorok2. Terasa berbesar hati woahh.. :)



Souvenir T-Shirt Bangkok

Wordless Wednesday #9 : Jangan Marah


Assalammualaikum. 



Jangan marah nanti kena jual. Kalau geram kat seseorang, lepas geram kat bantal sudah. Tangan pun selamat dan boleh beli bantal baru :P

Say Peace (Y) *Autopublish

18 February 2014

Apa Itu Aurora?

Assalammualaikum.


Seronoknya bila ofismate aku bercerita pasal aurora time dia study kat US dulu. Bukan penyanyi Aurora Salwa yang fames dengan lagu Ahmad tu. Haipp.. untung ayah ada lagu nama dia. Oke..oke, sangat cantik fenomena Aurora ni. Aku cakap kat Akma bestnya kalau Malaysia ada Aurora tapi yang tak bestnya berhari-hari la kita akan berada di waktu siang dan berhari-hari berada di waktu malam. Nak ke macam tu? Taknokkk...




Aurora adalah fenomena alam yang menyerupai pancaran cahaya yang menyala-yala pada lapisan ionofera akibat adanya interaksi antara medan magnetik dengan partikel yang dipancarkan oleh matahari.


Aurora terjadi di kutub Utara dan kutub Selatan. Aurora yang terjadi disebelah Utara dikenali dengan nama Aurora Borealis, dinamakan sempena Dewi Matahari Rom, Aurora. Di Eropah, aurora kelihatan kemerah-merahan dan terjadi di antara bulan September-Oktober dan March-April. Fenomena aurora di sebelah Selatan pula dikenali dengan nama Aurora Australis.





Cantikkan cahaya pembiasan matahari. Subhanallah :)

17 February 2014

Perangai Kawan Berubah 180 °C

Assalammualaikum.


Manusia boleh berubah jadi semakin baik atau sebaliknya. Selalunya bila umur semakin meningkat, perangai pun akan berubah jadi lebih baik tapi tidak buat kawan aku. Mungkin dulu kami berempat berkawan baik. Sama2 share kisah suka duka time belajar di Alor Star 6 tahun lepas.




Ekceli kawan aku ni lelaki dan dulu perangainya seperti girlish gituw walaupun tak termasuk dalam kategori pondan. Tapi sampai la semalam, dia keluar hangout dengan Yana, kawan kami juga dan dia col aku semata-mata nak bagi tau dia keluar lepak. Dalam hati aku dah pelik's, apahal pulak dia ni?? Paling aku terkejut dia bagi tau kawan kami sorang lagi dah pregnant. Dia cakap:


Baby: 'Nina nak tau tak yana cakap bai dah pregnant'

Aku: 'Eh biar betul? tak sampai sebulan lagi diorang kawen'

Baby: 'Tulah, baby pun macam tak caya je. Cepat betol diorang buat projek n bla..bla &@$!#*$@%!'

Aku: 'Biar jelah.. baru je balik dari honeymoon'

Baby: 'Ada la hantar msj, ajak bai keluar lepak, lepas tu hubby dia yang reply cakap saya tak izinkan'

Aku: 'Hubby dia tak kenal kot mana 1 kawan bai'

Baby: 'Ok la nina.. tutt.. tutt'


Sori, aku tak boleh nak bagi tau perkataan yang lebih2. Malu bila dia cakap macam tu. Itu dah kira membuka aib orang dan persoalan semalam terjawab petang tadi. Dari dulu si mamat ni suka Yana tapi cinta tak dibalas sebab dah biasa jadi BFF. Kalau ya pun dah berkali-kali putus cinta tapi berubah mendadak macam ni bukan jalannya. Maaf la, tak bermaksud nak memalukan sesiapa tapi biar la tersimpan dalam blog. Semoga suatu hari dia akan sedar. 


Bila orang utaqa bercakap. Heh


p/s: Kadang2 susah juga bila jadi orang tengah antara kawan2. Malam ni tak dapat nak BW ye. See u soon ;) 

14 February 2014

Happy Bornday 3 Sekawan ♥,♥

Assalammualaikum.


Holla.. I'm back! Sejak masuk kerja, dalam tahun ni saja rasanya asyik makan kek. Makan, makan dan makan, Alhamdulillah murah rezeki. Hihi.. Lepas ni tunggu turn birthday ofismates yang lain2 pulak. Fuhh.. Harini kami meraikan birthday 3 orang dan setiap sorang dah masuk 40an, 30an dan 20an. Semua an..an kan? Haha.. 3 generasi tu.  


Tahun lepas celebrate birthday Kak Ayu, harini pula birthday kazen dia, Lin dan 2 orang lect dari UiTM P.Pinang yang buat projek kejuruteraan mekanikal di company. Bulan lepas pun dah makan kek 30'an Kak Phai. Memang best kalau dapat makan ramai2 walaupun ada yang tak dapat join. Meh layan gambar gugirls yang tak senonoh. Nasib baik semua kaum adam pi solat Jumaat. 



Lauk simple je tapi sedap hingga licin pingan


Cheese Cake ! sedap oke


Kami comelkan bila buat peace. Hahaa




Ini la gambar paling sopan.. Heee



Kami still 20'an tau.



Kak Maria & Kak Salina.. Student UiTM Penang mesti kenal lecturer ni?


Model sinki pun boleh la. Takda koleksi gambar macam ni lagi.



Happy Birthday to Azlin, K. Maria & K. Salina



13 February 2014

Makna Valentines Day

Assalammualaikum.


Dari dulu lagi waktu bercinta pun tak pernah nak meraikan Valentines Day. Sebab apa takda yang special pun hari tu dan hari2 pun boleh berkasih sayang oke! Disebalik sambutan 14 Februari setiap tahun ada makna tau bagi bukan Islam. Meh nak share dari FB bagi sesiapa yang tak tahu:



INGAT....!!! 14 Februari bukanlah hari ("KASIH SAYANG") Tapi, 14 Februari adalah "Hari kematian pastur"  bernama J. Valentina, yang mati bunuh diri kerana tidak boleh bersama dengan kekasihnya. Pada malam itu mereka telah melakukan hubungan terlarang kemudian mereka bunuh diri bersama2. Kita telah dibodohi oleh orang2 KAFIR yang benci Islam, Jangan raikan Valentine wahai umat Rasulullah!! Sebarkan jika kamu merasa ISLAM. 

12 February 2014

Baju Perkahwinan Ariana Rose.. Cantik !!


Assalammualaikum.


Minggu ni last drama Ariana Rose. Huu.. lagi 1 drama best nak tamat. Boleh ke pecahkan ranking drama Love You Mr Arrogant? Sama2 kita saksikan. By the way, dalam Nuff ada orang cari butik baju pengantin yang Ariana pakai. Serius cantik dan aku suka sangat pelamintu ! Baru tahu betapa cantiknya tema wedding snow. Layan gambar kawen dorang tu sementara tuan blog buat kerja ofis yang dibawa balik ke rumah. Tak dapat nak BW malam ni, kena siapkan report. Esok supervisor balik dari Jakarta. 










Tahniah buat team #Ariana Rose sebab berjaya buat drama gempak dan suka scene wedding yang nampak real dan mewah ni. Pelamin yang cantik bertemakan Winter Wedding. Menjadi inspirasi buat bakal pengantin. Cayalah Keith dan Fathia. Memang dorang menghayati setiap babak. Penuh syahdu time nangis2 tu. I will miss this drama :( 












Cantiknyaaa dress Ariana 


10 February 2014

Bolehkah Kita Berkawan Dengan Bekas Kekasih?

Assalammualaikum.


Pejam celik, celik pejam dah dekat setahun kami berbaik dan menjadi kawan merepek di Whatsup. Boleh ke, mampu ke aku untuk berkawan dengan bekas kekasih. Sebenarnya semua ini terserah kepada hati kita mahu bagaimana. Selalunya selepas melalui masa pemulihan sebab PATAH HATI, biasanya kita akan masuk fasa menentukan sikap atau perasaan terhadap dia sama ada tetap berkawan atau menyingkirkan bekas kekasih dari hidup. Tips untuk letakkan ex anda di kedudukan yang tepat, ini boleh membantu:




Terus berkawan jika...


1. Sudah tidak ada lagi perasaan suka, rindu, kagum, marah etc.
2. Ketika masih berdua, hubungan hanya seperti kawan.
3. Kita tak cemburu bila dia menceritakan kekasih barunya.
4. Dia kawan yang menyenangkan untuk semua orang tapi aku jarang nak kongsi cerita peribadi dengan dia macam sewaktu bercinta dulu.


Jika kita berada dalam keadaan di atas, mungkin kita boleh berkawan. Apalagi kalau bekas kekasih kita masih ingat mengapa dulu dia jatuh cinta pada kamu dan boleh memberi dorongan jika memerlukan. Buruknya, jika kamu berdua masih SINGLE, takut kamu akan malas cari kekasih lain sebab kamu sudah selesa dengan bekas kekasih.



Dijadikan 'teman tapi mesra', jika...


1. Perasaan kamu terhadapnya sudah tiada, tetapi kamu menyukai saat2 mesra bersamanya. 
2. Kamu tak ingin makan malam atau malas muncul di khayalak bersamanya.
3. Setelah semmbang semalaman di telefon dengannya, perasaan kamu tetap stabil.


Punya 'teman tapi mesra' sebenarnya banyak senangkan perempuan. Kerana kamu dan dia sekadar 'mengisi sementara kekosongan'. Jangan sesekali bertanya kenapa dia masih tak mencari cinta lain sebab bila dibiarkan boleh menguris perasaan.




Cara hubungi sesekali, jika...


1. Kamu masih ingin tetap keep in touch, tetapi tak ingin tahu detail tentang hidupnya sekarang.
2. Dia orang yang tepat untuk meminta pendapat.
3. Kadang2 muncul perasaan menyesal telah putus, tapi lepas bertemu dengannya kamu yakin dia memang bukan orang yang tepat.


Ini kerana kamu tak lagi terlibat secara langsung dengan hidup bekas kekasih, sehingga kamu tak lagi ada kaitan dari segi emosi dan melihatnya sebagai individu, bukannya seorang kekasih yang pernah buat anda sakit hati.



Jauhi bekas kekasih, jika...


1. Bila memikirkannya bersama orang lain, boleh membuat kamu menangis.
2. Kamu berbohong kepada kawan2, padahal kamu diam2 keluar dengannya kerana kawan2 kamu tak suka.
3. Putus cinta dan sambung kembali lebih dari 2 kali dalam setahun.



Semakin membuat hidup kamu menderita!
Segera singkirkan dia dari hidup kamu. Ini akan membuatkan emosi tak stabil. "Ada orang tertentu yang pengaruhi seperti ubat bagi kamu. Mereka memberi tindak balas kimia di otak, melepaskan endorphin, adrenalin dan oxytocin. Akibatnya mental dan fizikal kamu seperti ketagihan kepada orang itu". 


Dimana kan ku cari ganti serupa denganmu.. Ahaha
Mana nak cari pakwe 'gila-gila' macam ni? Rare sungguh

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com