31 March 2014

Kebakaran Hutan

Assalammualaikum.

Cuaca sekarang ni dah tak menentu. Kalau dulu panas terlampau, sekarang hujan terlampau pulak. So, Alhamdulillah hujan turun untuk minggu ni tapi petang tadi masa lalu kawasan ke arah tol Sg. Nyoir, Butterworth tu dah boleh nampak asap berkepul-kepul. Sehari sebelum tengok kebakaran ni, aku lalu juga jalan tu tapi api dah padam. Kiranya dalam seminggu dah berapa kali ya hutan ni terbakar sebab cuaca panas. 


Tak lama lagi hutan ni pun jadi nasib yang sama macam hutan sepanjang lebuh raya MEX dari Putrajaya ke Jenjarom. Lebih kurang je hutan terbakar disebabkan cuaca bukan kianat. Nasib baik takda rumah orang kecuali orang yang kerja dekat tol tu.




Kesian abang2 bomba :P

29 March 2014

Dinner @ De Pauh Garden, Permatang Pauh


Assalammualaikum.


Apa aku nak tulis ni?? Asyik makan je kan. Dinner sambil ditemani hujan yang turun di malam hari. Wahh rasa lama sangat tak melepak makan dengan Puan Tinie. Baru malam ni dapat lepak lepas dia jadi bini orang. Kami teringin nak makan di De Pauh Garden, Permatang Pauh. Restoran ni tersangat la fames dan sentiasa penuh dengan orang sampai tempat duduk pun takda. Customer banyak juga datang dari luar Penang.


Mr. Google


Kalau nak makan burger bersaiz besar boleh la ke sana. Aku order Burger Komtar + air Sirap Cincau saiz besar kau. Kalau perut space kecik better kongsi. Sharing is Caring rite. Kang tak habis makan. Ada macam2 menu dan menu burger la paling popular sebab ada manyak jenis. Ngeh.. ngeh. 
Harga jangan risau, berpatutan dan makanan juga sedap. Bila tengok restoran ni rasa tumpang gembira tengok orang Melayu berjaya dalam business =) 




Burger Komtar (3 tingkat) = RM 15

Sirap Bandung Cincau = RM 3.50

Komtar dah roboh daaa...


 Tunggu beger pun nak SELFIE !


Boleh tengok menu makanan di sini ---->  De Pauh Garden




Restoran berdekatan dengan UiTM & Politeknik Seberang Perai


Lot PT 1618 MK6, Jalan Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Seberang Perai, Pulau Pinang

Tel : +604-399 1618
Fax : +06-399 1518


Sinopsis Drama Aku Isterinya (Akasia TV3)


Assalammuailaikum.

Sekarang kalau tengok drama kat TV, semuanya dah follow dari novel popular walapun tak ikut 100%. Tak sabar sebenarnya nak tengok drama terbaru. Yang penting heronya Izzue Islam dan heroinnya Anzalna Nasir. Drama ni tak sama macam SSID tau. Lepas habis drama LYMA, aku bukan tengok tv pun.





Sinopsis: 


Mya Arlissa secantik namanya tetapi tak secantik hidupnya. Mya yang kematian ibubapanya telah dijaga oleh mak ngahnya tetapi sering didera. Semasa Mya berusia 15 tahun, dia telah dirogol oleh suami mak ngahnya. Mya dituduh menggoda Murad dan amat dibenci mak ngahnya dan orang kampung. Murad telah menjual Mya kepada David dan bermula dari itu Mya menjadi pelacur kelas atasan. Sehingga beralih tangan kepada Mikail.


Mikail hensem, kaya dan memang lengkap pakej mamat ni. 2 tahun Mya menjadi perempuan simpanan di kondonya. Mya telah dibeli dari Davis dengan harga Rm 50k. Segala caci maki Mikail sudah menjadi biasa. Dia perlu melayan nafsu Mikail apabila diperlukan. Mya mengangap Mikail sebagai penyelamatnya dari David. 







Dalam diam Mya menaruh hati kepada Mikail. Adam pula kawan baik Mikail dan secara diam dia menaruh minat kepada Mya. Dia menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan Mya dari Mikail. Hubungan Mya dan Mikail semakin mesra dan Adam bertindak merogol Mya apabila Mikail dalam keadaan mabuk. 


Adam telah bersepakat dengan Suzanne untuk merosakkan hubungan Mikail dan Mya. Suzanne memberitahu mama Mikail iaitu Datin Adiba mengenai Mya sebagai perempuan simpanan. Datin memaksa Mikail berkahwin dengan Suzanne. Dugaan datang bila Syamil, bekas kekasih Mya dari kampung ingin sambung cinta. Mikail yang semakin cintakan Mya telah pasang perangkap supaya dia dan Mya ditangkap khalwat.






Mikail memang romantik dengan Mya. Perangai berubah 100% dan Mya cuba pulihkan hubungan kekeluargaan Mikail dan papanya Dato Luthfi. Dendamnya bermula bila papanya berkahwin dengan aweknya, Lisa. Hubungan Mikail dan papanya semakin baik bila Mya disahkan mengandung. 


Adam dan Suzanne telah diugut Mikail supaya tak menganggu hidupnya dan Mya. Segala perbuatan jahat mereka diketahui secara tak sengaja oleh Mikail. Datin Adiba mula menerima Mya sebagai menantunya apabila Mya selamat melahirkan sepasang bayi kembar, Marissa dan Muqri. Mya bersyukur dia kini bebas dari title perempuan simpanan. 

23 March 2014

Happy Birthday Budak Kuat Nangis

Assalammualaikum.


Senang nak ingat dalam bulan March tiap2 tahun ada 3 orang sambut hari lahir jadi takda la kes tak ingat birthday kecuali buat2 lupa. Eh, aku tak nyanyok lagi so mesti ingat punya lah. Dia bukan budak dah tapi dah boleh jadi bapak budak. Dulu kecik2 dia seorang budak kuat nangis dari Tasek Gelugor-Ipoh. Tempoh 5 tahun kenal dan tak pernah loss contact tu buat aku rasa senang. Tak tau nak describe diri dia macam mana tapi kalau aku tiba2 deactived fb, lama tak text dah boleh faham sebab apa. 




Orang kata kalau ada jodoh tak kemana kan? Setakat ni biar kami masing2 mencari ilmu dan karier dulu. Umur pun sebaya jadi tak kisah sangat. Kalau rindu masa kolej mesti tanya dia. Dia jelah yang tau kelakuan aku macam mana time study. Bukan senang lelaki luahkan perasaan. Speechless patik ! Ngeh.. ngeh


HAPPY BIRTHDAY buat

Mak Sofia Yusof & Mak Ngah Zaiton Yusof 17 Mac
Muhammad Farid Abd Halim 23 Mac


Cilok fb.. Rajin benor masuk tournament bowling. Rindu nak main T____T

22 March 2014

Trend Dan Tema Kek Perkahwinan

Assalammualaikum.


Nampak sangat dah takda idea nak update blog. Eh bukan macam tu. Hati ni dah lama geram nak makan kek pondan fondant pengantin tu haa.. Pulak tu anak sedara aku syok2 cakap dia kempunan nak makan nasi minyak aku. Ceh! *muda lagi taw.. Dan kawan2 seangkatan banyak kawen tahun ni. Nanti lah tayang baju kawen diorang tu. Hehee..


Oke.. Jom ikut tuan blog berangan pasal kek kawen. Semua perempuan mesti pernah berangan kek masing2 kan. Tak sangka jenis2 kek ada macam2 style. Diwajibkan sedia tisu sehelai takot meleleh air liur. Hahaa..


1. Cake dengan CupCake !



Black and White Wedding Cupcake Tree


Memang menjadi trend. Kebanyakan pengantin pilih kek dengan cupkek macam ni. Tetamu boleh pilih kalau taknak makan kek, boleh je makan cupcake kan. Kek pun nampak tinggi. 



2. Kek Kerawang




Kek kerawang yang simple dan akan ada bunga rose sebagai penyeri atau hiasan kek. Nampak cantik dengan butterfly kaler pink kan. Kek kalau guna fondant mesti nampak kemas. Kalau ramai sedara mara suka makan kek elok la tempah kek kerawang. 



3. Kek Hiasan Renda



Bird Topped Ruffled White Wedding Cake with Brush Embroidery 


Panjangnya nama kek.. Nak tempak nanti jenuh la pembuat kek pening kepala. Haha.. Kek ni la paling simple sekali, kalau burung couple tu nak tukar dengan patung pengantin pun nampak cantik juga. Renda yang kemas dengan fondant. Rasa sayang nak makan. 



4. Kek Untuk Hantaran




Sukanya kek hantaran macam ni.. Macam comel je, macam comel je nak makan. Mungkin kek ni jadi benda penting patut ada time kawen. Masa tunang sekarang pun dah ada kek untuk bertunang. 


4. Kek Bunga Meleret



Red Rose Petal White Gold Wedding Cake





Rasanya ni lah kek kawen impian nina!! Cantik dan nampak mewah. Corak bunga dengan bear mengikut wedding cake gaya overseas gituw. Ala ala omputih. Kira beruntung di Malaysia chef2 dah pandai buat kek style ni. Kalau dah tiba masa nak kawen nanti senang, tak perlu susah mencari idea kek kahwin. Boleh refer kat blog sendiri. Conclusionnya, kalau saudara banyak budak2 elok la kek 2 tingkat. Sedih kot majlis kawen kawan2 tak dapat makan kek sebab setingkat saja T____T


Blog kek kahwin yang boleh di jadikan inspirasi:



20 March 2014

Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Assalammualaikum.


Baru ada masa nak coret pengalaman menjawab exam PPTM yang diadakan pada 8 Mac 2014 serentak di seluruh negara. Dapat juga komen2 yang membantu walaupun soalannya tak tau macam mana. Mungkin tips ni boleh bantu calon2 baru nanti. 





Peperiksaan ini terbahagi kepada 3 bahagian:

- Seksyen A : Pengetahuan Am
- Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen C : Penaksiran Personaliti



SEKSYEN A  - PENGETAHUAN AM

Bila fikirkan mesti bahagian A ni banyak tanya pasal pengetahuan mengenai Malaysia. Study balik sejarah, isu2 semasa dan ICT. Banyakkan membaca bab berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan ICT, pentadbiran kerajaan terhadap isu2 semasa. Ada juga soalan khusus mengenai cara penolong pegawai teknologi maklumat menyelesaikan masalah virus. Haa.. jangan terkejut.

Agak susah juga nak translate perkataan2 komponen komputer. Yelah, masa study semua dalam BI bila jawab exam dalam BM nak kena faham betul2. Mencabar bila soalan tanya peranti tetikus, RAM itu apa? LINUX, Storage, Software, Jenis2 topologi, ada 3 ya. Hehe.. Kalau nak faham lagi tentang komunikasi boleh refer website Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia. Boleh la tahu sikit perkembangan IT yang dibangunkan negara. 




SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH


Bahagian ni kesemuanya soalan Matematik, agak susah sikit sebab terpaksa berfikir dan mengira secara manual, dilarang membawa kalkulator. Selalunya exam dah terbiasa guna mesin. Masa 45 minit memang tak cukup untuk nak jawab 40 soalan. Soalan2 hanya mengenai logik math, tak ada pun Algebra, Geometry.  




SEKSYEN C - PERSONALITI CALON

Mengenai sahsiah dan minat dan situasi di mana personaliti diri akan dinilai. 94 soalan mengenai perangai dan kelakuan kita akan ditanya. Sila jawab dengan jujur. Calon hanyalah perlu menjawab YA atau TIDAK atau SALAH, SETUJU dan TIDAK SETUJU. Soalan2 yang ditanya hanya untuk melihat refleksi diri sendiri dalam menjalani kehidupan seharian. Sikap dan cara pemikiran terhadap diri dan perlu POSITIF.


Masih ingat lagi soalan pernah bertanya:

1. Adakah bilik anda selalu berselerak?

a. YA
b. TIDAK
c. TIDAK PASTI


Jawapan : A, sudah pasti berselerak kecuali hari Ahad baru kemas bilik. Jadi dalam hal ni tak perlu malu beritahu hal sebenar.


Result keluar pertengahan bulan April.. Semoga berjaya terpilih calon2 PPTM :)

17 March 2014

Telemovie Nikah Kita Bercinta - Azlee Khairi & Felixia Yeap

Assalammualaikum.


Mesti dah lamaaaa orang tengok kisah Azlee dengan Felixia ni kan? Aku baru nak tengok. Tq Kepala Gegar sebab upload kat YouTube. Hihi.. Serius kelakar tengok Azlee cari bakal bini dia :) 




Sinopsis : 


Mengisahkan Nur Sherina yang patuh pada ayahnya yang menjodohkan dia dengan pekerja yang disukainya. Mereka bertemu semula di bawah perkahwinan yang dirancang, Danial mencuba yang terbaik untuk memujuk isterinya Sherina, kerana dia percaya bahawa cinta itu diperlukan untuk mengekalkan sebuah perkahwinan. Tetapi setiap percubaan Danial ditolak hingga Daniel meminta perceraian. Sherina enggan dan memberitahu Daniel  bahawa apa yang perlu dia lakukan ialah memahami dirinya sendiri dan perasaannya yang sebenar. Dapatkah Daniel memahami apa Sherina maksudkan? Mencari makna cinta sejati? 


Baru aku tau siapa si kodok yang Sherina maksudkan tu. Sweet sangat telemovie ni !
Meh tengok kalau tak tengok lagi.. Hehe



15 March 2014

Hujan Lebat

Assalammualaikum.




Alhamdulillah.. Akhirnya Allah memakbulkan permintaan umatnya petang tadi. Hujan lebat turun mencurah-curah. Banyak kawan2 tweet hujan di beberapa negeri. Betapa besar rahmat bila hujan turun serentak petang tadi. Terasa rindu nak tengok hujan dan dengar guruh. Rasanya dah lama hujan tak turun. Sejuk sikit malam ni. Berdoa juga semoga #MH370 dijumpai walau apa cara sekalipun. Aminnn



14 March 2014

Kartun Terbaik Tahun 90'an


Assalammualaikum.


Masihkan budak2 zaman 90'an ingat lagi kartun2 faveret diorang dulu. Dah lama tak tengok kartun. Tak pasal2 dikategorikan buang tebiat, dah besar pun tengok kartun lagi kan.. kan. Tapi budak laki standard mengaku tengok lagi kartun2 ni. Hahaa.. Kartun2 ni la yang menemani zaman budak hingusan aku. The Best Cartoon 90an Ever !



USOP SANTORIAN


Bila tengok usop mesti teringat gigi jongang dia tu. Hahaa.. Cerita kisah kawan 1 Malaysia kat Parit Sonto. Paling ingat Usop ni ada sekor ayam nama Selebet. Paling suka bila dengar Singh cakap melayu terbalik. 


KELUANGMAN


Kisah sorang laki kononnya gila kat Tampoi tapi malam2 dia keluar menyelamatkan orang. Ala2 Batman gituw. KeluangMan ni ada partner nama TiongMan. Surprisingly lagu tema dia pun ingat lagi. 


"Dia bagai seorang pahlawan,
Menjadi pembela pada yang tiada upaya.
Dengan ketangkasan langkah pergerakkannya
Menewaskan musuh yang membuat angkara.
Dialah Satria
Biarpun di mana jua dia datang di kala malam tiba
melakukan tugas mulia.
Di desa juga di kota
Dia akan memberikan bantunya
demi hidup aman sejahtera.
Keluangman 2x"


YOKIES


Kartun bentuk telur. Ada papa yokies, mama yokies dan anak2 yokies. Cerita Yokies ni juga pernah di alaih bahasa dan ditayangkan di US. Not bad? Teringat misai papa yang lentik macam pelakon A. Galak tu. Haha


ANAK-ANAK SIDEK


Cerita AAS ni pasal adik-beradik jaguh badminton negara anak2 Haji Sidek dan Rukinah. Tak silap ada 6 orang. Macam2 ragam masa kecik2 pun ada. Layan lepas balik mengaji. 


Sinchan yang buat aku gelak mengekek depan TV. Hihi



Suka makan bayam lepas tengok popeye. Terpengaruh nak jadi kuat konon. 


TELETUBBIES



DONALD DUCK


Itik ni la yang selalu buat aku bangun awal2 pagi. Mak dan anak siap layan itik ni kat Disney Club Malaysia TV3 dulu. Taktik hari sabtu, buka kartun ni konfem aku pun bangun. 



Banyak lagi kartun yang aku layan macam Mickey Mouse, Mojacko yang selalu sebut "Moja-moja", Sailormoon, Ninja Turtle, Bob The Builder dan Pingu, si penguin yang suka membuli adik dia dan sebut "Noot... Noot! Hebatkan kartun Malaysia dulu. Zaman 90an kartun legend paling banyak. 

Membuka Aib Orang


Assalammualaikum.

Salam Jumaat buat semua blogger.. Hanya Allah saja yang tahu.





13 March 2014

Link Blog Bertukar Lagi

Assalammualaikum.


Maaf la tuan tanah terpaksa tukar link blog lagi atas faktor keselamatan dan akta stalker. Terima kasih wahai si pemberita kerana melaporkan berita kalau tak sampai bila2 pun aku tak tau orang 'berdekatan' dapat tau dan baca kisah2 dalam blog. Pelikkan orang ofis boleh tau link blog aku? Hahaa!


Tak payah la nak cerita, itu namanya membuka AIB orang. Sama2 la kita melindungi aib orang dan In Shaa Allah, Allah akan menutup keaiban kita. Hampir2 tangan gatai nak tekan DELETE BLOG.   


Terpaksa la nina cari blog2 si jantung hati semula.. Sob. sob

12 March 2014

Wordless Wednesday #10 : Junk Food



Assalammualaikum.



Mak titew cakapkan gemok itu tandanya hati bahagia dan gemok cara sihat amat la penting. Tak boleh selalu sangat makan fast food, junk food, jajan food and etc. Sekarang berat tuan blog dah cukup 50kg, B.M.I pun dah seimbang gituw. Harap2 blog pun tak ikut berat macam tuannya ya. Kesian orang tunggu loading lama sangat. Hehee



Amalkan pemakanan yang sihat ! Mencegah lebih baik dari mengubati ;)




11 March 2014

Trofi Kilauan Emas


Assalammualaikum.


Trofi Kilauan Emas | Selalunya trofi ni orang veteren yang dapat bila menang dalam pertandingan Kilauan Emas. Siapa tengok? Aku pernah tengok live sampai pening sebelum masuk tengok wayang. Akhirnya dapat trofi ni. Ini bukan trofi sebab aku menyanyi kat ofis tau tapi setiap bulan semua department bersaing nak dapatkan trofi ni. Well, department Plastic Injection Moulding (PIM) selalu dapat award. Kali ni trofi 5S? :)



Trofi 5S



TAHNIAH

*
*
*

5S PlantWide Monthly Champion


Mattel Penang


Bangunan Plant 2 baru nak dibina. Minggu ni last nak duduk ofis lama. Nanti akan pindah naik atas bergabung dengan Engineering Department T____T


*Aku takot jumpa mak esah kalau duduk sorang2 kat atas -____-"
#SalamMaghrib


10 March 2014

Film Review 300 : Rise of an Empire


Assalammualaikum.


Review Filem 300 : Rise of an Empire | Baru sempat nak tengok wayang ni.. budak2 bawah umur 18 tahun tak dibenarkan tengok sebab mempunyai unsur2 ganas dan kalau sesiapa yang tak tahan tengok darah dan pembunuhan kejam baik lupakan hasrat tu. Bahaya beb.. Tak sangka harini ada sale sempena Hari Wanita Sedunia. Apa lagi angkut baju berhelai-helai dan dapat juga try makan McD yang terbaru tu. Serius tak sedap, ayam black pepper rasa masin -_____-"






 Sinopsis 300 : Rise of an Empir



Menyambung kisah filem 300 pertama di mana Raja Greece, Leonidas dan 300 askarnya tewas di tangan tentera Parsi. Kini tentera Parsi dalam perjalanan menyerang negara Greece dengan bala tenteranya yang dahsyat. Kisah ini diceritakan oleh Queen Gorgo dalam usaha membalas dendam di atas kekalahan dan kematian suaminya dan bergabung untuk menjatuhkan Empayar Parsi yang diketuai King Xerxes. Tentera yang diketuai oleh Thermistocles yang menyebabkan kematian ayah King Xerxes. 



King Xerxes dengan bala tenteranya

Queen Gorgo dan Thermistocles

Thermistocles cuba berbincang



King Xerxes mendapat keberanian untuk bangkit menjatuhkan Greek selepas Artemisia menghasutnya untuk membalas dendam. Selepas melalui ritual sihir, King bangkit dengan kuasa yang kuat. King mengarahkan Artemisia mengetuai pasukan tentera di laut manakala King Xerxes di daratan. Apabila Thermistocles cuba dapatkan bantuan Spartan, Queen Gorgo menolak untuk menyertai pakatan kerana telah ditawarkan tanah dan air oleh King Xerxes jika tak menyertai peperangan itu. 




Mereka diserang

Bala tentera Leonidas


Artemisia



Apabila tiba hari peperangan, Thermistocles mendapati tentera kapalnya sangat sikit berbanding tentera Artemisia yang memiliki beribu-ribu kapal perang. Ini semua terserah kepada Jeneral Thermistocles untuk mempertahankan Greek dari dijajah tentera Parsi dan harus menggunakan strategi peperangan untuk mengalahkan Artemisia, laksamana tentera laut Parsi. Apabila pertempuran pertama berjaya mengalahkan tentera Parsi. Artemisia berjumpa dengan Thermistocles untuk offer supaya menjadi orangnya.



Rasanya kalau lelaki lain kena goda, mesti menyerah kalah kan? tapi tidak bagi Thermistocles yang berasmara dengan Artemisia tapi still tak terima offer. Itu yang buat Artemisia geram. Hahaa.. Ada scene 18sx, faham-faham jelah kalau tengok tu.




Thermistocles dan tenteranya menyerang

Bawah kapal ni ada hamba-hamba yang dijadikan pengayuh


Artemisia berasmara dengan Thermistocles demi perang



Aku memang tak suka sangat scene bertempur dengan darah2 tapi aku suka tengok strategi peperangan Thermistocles yang bijak tu. Lagi pun perang di laut mesti kena buat strategi bagus. Kalau nak tengok lastly jadi apa kena tengok sendiri sebab Artimesia kena bunuh dengan Thermistocles. Haa.. jahat sangat mesti akan mati walaupun muka cantik. Kesimpulannya hati busuk. BEWARE.



Last Battle sebelum di mati dibunuh


Moral, perempuan dan dendam boleh meruntuhkan empayar sesebuah kerajaan dengan menggunakan rupa, tipu muslihat dan kata-kata yang menghasut. Pulak tu, ada kisah disebalik hidup Artemisia dimana dia orang Greek dan family dibunuh oleh bangsa sendiri dan dijadikan hamba sebelum dia selamatkan oleh orang Parsi.



Faveret Quotes : " I'd rather die on my feet than live on my knees. " kata Thermistocles bila disuruh menyerah kalah oleh Artemisia. 




3/5*


p/s: Gadis kalau tengok mesti melting dari start movie sampai last sebab tengok badan tough2. Hihi


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com