30 April 2014

Wordless Wednesday #13 : IPhone 4



Faham tak? Jangan buat malu kaum perempuan.
Teringat supervisor aku sebab dia guna Iphone.
Dia selalu kata kat orang yang guna Samsung
He says "Dont use washing machine brand"... Hahaha


29 April 2014

Tips Menaip Kalau Keyboard Rosak



Salam Readers..

Ini tips yang baru aku tau dari budak Intern from India tu. Dia share cikit jelah sebelum pulang ke kampung 5 May ni. Rasanya lecturer aku pun tak pernah ajar benda alah ni. Hihi

Kalau aku kaya Kalau keyboard rosak tak kira PC atau Lappy. Boleh je menaip macam robot tapi agak slow la. 


1. Taip OSK dan enter



2. Taip apa saja tapi kena klik keyboard mini macam contoh di bawah


Tadaaa !! Ada orang faham tak? Ngeh.. ngeh
Malam ni tak dapat BW sebab line slow macam labi2


27 April 2014

Segmen First Annivessary Blog Asha Lya



Klik banner untuk join


Sebelum bulan April meninggalkan aku :P 
Nak join dan support segmen 1st dari Asya.. 


Segmen akan tamat pada 5 May 2014


26 April 2014

Telemovie Tollgate Asmara (Cerekarama TV3) - Keith Foo & Izara Aishah




Salam Readers..



Makin fofular Keith Foo lepas drama Ariana Rose. Aura Tengku Adam Kamil tu melekat kat dia la. Hehe.. And my mom akan tengok segala drama Keith, peminat in de house. Aku yang tengah layan Divergent boleh pulak pause dan tengok tv. Tengku berlakon dengan Izara dan semestinya tetap ada chemistry. 


Selalunya drama arahan Osman Ali mesti kelakar. Dan yang bestnya sebab Izara boleh bercakap bahasa Utara dengan fasih walaupun asal orang Johor. Tambah pula ada 2 orang pelakon Penang. Lagi thorbaekk! Depa cakap buat aku tergelak la. Memang terer la si tukang buat skrip tu. Hihi




Sinopsis:

Tipah, seorang gadis tol dan Dani ketika itu takda duit RM 1.10 nak bayar duit tol dan Dani suruh Tipah tolong bayarkan dulu. Lawakkan? Disitu la bermulanya kisah cinta Tipah dan Dani. Jeng.. jeng. Kite suka tengok scene Dani dan Tipah jatuh dalam sawah waktu malam. Haha.. Tak sabar nak download :)







Boleh tengok ulangan kat Tonton !

Divergent Full Movie (2014)



Salam Readers..



Malam ni dapat lepak depan lappy sambil tengok movie di Youtube. Itu lah faveret aku kalau borink. Suka mencari movie2 yang belum pernah tengok dan tak tau kewujudannya. Last2 terjumpa "DIVERGENT"! 



Hero dan heroin dikhabarkan tengah bercinta. 
Mesti lagi ohsem sekuel ke 2 nanti.


Baru terfikir nak beli DVD, menunggu kedai jual amat la lama ku rasanya. Walaupun takda subtitle tapi not bad la. Boleh tengok berulang-ulang kan. Siapa yang tengok movie Underworld Aweking mesti perasan hero Theo James ni kan? Hensemm.. :) 


Dalam diri korang ada tak sifat baik hati, berani, jujur, bijak dan cintakan keamanan? Meh tengok


24 April 2014

Hantu Makan



Salam Readers..

Jangan terkejut tengok pingan ni. Hahaa. Makan lunch tadi



Dalam masa 5 bulan ni, berat badan terlebih naik seperti biasa. Contohnya lebih kurang macam muffin yang sedang dibakar dalam oven. Hahaa.. Makan pun asyik penuh pinggan dan harini terpaksa habiskan nasi bila ofismate terlebih letak lauk. Itu la yang terjadi kalau time breakfast makan biskut oat je. Ngeh.. ngeh. Doakan nina kurus macam dulu *poyo


Motif entri ni cuma nak bagi tau korang tuan blog makin gemok. Nina yang dulu bukanlah yang sekarang. Aku sebenar tak sangka akan jadi begini. Makan pun baca doa tapi tapi kuat makan. Ramai orang tegur muka dah makin bulat. Ada juga orang yang alert dengan badan aku. Hurmm -_______-"

Gambar minggu lepas tapi budak Intern dari India tu baru bagi. 
Omgeee... muka aku ! 


23 April 2014

Jebon Betul La !



Salam Readers..

Harini terkeluar jugak perkataan 'Jebon betul la ATM ni!' . Geram mak bila tak boleh ambil duit kat mesin ATM di tempat kerja. Oke.. takda kena mengena dengan mesin. Akceli dari high school lagi memang suka cakap jebooonnnn kalau tengah geramkan sesuatu walaupun tak tau apa ke benda Jebon tu. Harini tergerak hati nak GOOGLE apa tu JEBON.

Jebon ialah seekor binatang yang comel ! 

*
*
*

My name is Jebon untuk panggilan orang utaqa. Some people call me cerpelai, mongoose or weasel. Hehee.. I'm definitely sure you guys never seen one. Selalunya jebon akan keluar dari tempat persembunyiannya pada waktu pagi sekitar pukul 7 pagi bersama 2-3 ekor anak-anaknya yang cute untuk bermain-main atau makan buah-buahan. Bila terdengar bunyi je, ibu jebon akan berdiri sambil tercari-cari dari mana kah datangnya bunyi tu dan terus cabut lariiiii.



i) merupakan spesis yang dilindungi.

ii) makan serangga, ketam, cacing tanah, biawak, ular ayam selain dari telur dan bangkai.

iii) sering digunakan untuk melawan dan membunuh ular berbisa.

v) mengeluarkan bunyi bila marah (macam bunyi ibu kucing marah bila kita nak ambil anak dia).

vi) Menanda tempat dengan air kencing atau untuk menghalau musuh.



So cute anak2 jeboooo ! Nak bela jebon la :P


p/s: Akhirnya sepanjang hidup 23 tahun setengah ni baru tau jebon ni haiwan. Hahaa
Nak tengok #Aku Isterinya. Okbai.. Nanti disambung-in BW :)


Wordless Wednesday #12 : Horoskop



Is this true? Lalala

Source : Tumblr

21 April 2014

Film Review : Transcendence


Assalammualaikum..


Review Filem Transcendence | Malam ahad dihabiskan dengan keluar tengok wayang bersama Nana a.k.a Cik Nurse. First time dating dengan kawan skolah rendah. Oke, kami tak expect nak tengok movie ni. Cuma terjah masuk GSC Sunway Carnival tu. Transcendence dalam bahasa melayu bermaksud di luar kotak pemikiran. Dinasihatkan sebelum tengok movie ni ingatlah Allah saja maha berkuasa di muka bumi. Takut terpesong pula. Tiada teknologi menjadi tuhan ke 2 ya adik2. Tak sesuai untuk kanak-kanak. 


Transcendence movie poster


Sinopsis Transcendence :


Menceritakan 3 orang saintis, Max dan sepasang suami isteri, Dr. Will dan Dr. Evelyn Caster telah melancarkan kod program di komputer ke seluruh dunia. Will Casper seorang pakar saintis dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence) mahu mencipta 1 alat yang mempunyai emosi.


Dr Will disahkan tak dapat hidup lama

Seram tengok muka dia


Apabila sekumpulan puak pelampau yang diketuai oleh Bre menembak Will menggunakan peluru radioaktif yang diletakkan racun radiasi membuatkan Evelyn enggan menerima kenyataan bahawa hayat suaminya hanya tinggal beberapa minggu saja lagi. Sebelum Will meninggal, Evelyn telah mencadangkan agar 'minda' suaminya dijadikan sebahagian dari teknologi dengan harapan suaminya itu kekal 'hidup' walaupun hanya ada di alam maya.


Kerana ketidakseimbangan minda, Dr Will telah mengatasi hukum alam dan sekali gus menjadikan dia sebagai 'Tuhan' kedua yang mampu melakukan keajaiban menggunakan teknologi (dapat tengok pembenihan awan dalam movie ni). Bayangkan benda2 yang tak masuk akal semua Dr Will mampu lakukan. Nonsense weyh..


Memori Will sedang dimuat turun

Dah masuk dalam internet

Dr Max



Menyedari tindakan Will bakal memudaratkan dunia, Max mencadangkan cara mematikan Will dengan memuat naik virus ke alam maya atau dalam internet yang boleh melumpuhkan teknologi seluruh dunia sekali gus dapat menghalang Will. Walau apapun terjadi tak ada tuhan ke 2 dan Will berjaya di matikan.


Kalau nak tau apa jadi kat laki bini ni kena tengok. Scene lawak pun ada dan penonton wajib ternganga dalam wayang tu. Nanti boleh tengok laptop jadi sendal pintu. Haha.. Meh tengok trailer.


 3/5*


18 April 2014

Anonymous


Assalamualaikum..
Kalau dah nama ada blog, kalau dah jadi blogger, memang akan ada Anony. Sapa anony tu? Bukan Cik Nony tau. Mereka ni boleh di classificationkan sebagai takdo blog. Komen pun main terjah je takda nak tulis ayat sopan2. 


Aku ada banyak komen dari anonymous yang rajin singgah ke blog ni dan komen selain dari orang tu kot. Mungkin sekarang dia dah tak boleh stalker life aku sebab dah tukar link blog. Lain kali buat blog. Boleh jadi blogger terkenal. Bajet hensem macam Fezrol Khan. Herher.. Sekarang suka pula simpan komen2 anony. Sesiapa saja boleh jadi anony. Itu hak mereka dan yang peliknya anony yang suka komen kat blog dulu mesti tulis dalam bahasa JAWER!


Bagi tuan blog, mesti diorang boleh detect siapa yang komen kan dari segi ayat. Jeng.. jeng. I know it's you S!   


p/s: Sejak tukar link, dah takda anony komen bahasa jawa. Haha.
Aman hidupku! Yeaaabedabeduuu

16 April 2014

Kucing.. Imma Cat's Lover



Assalamuaikum.

Bila tengok kucing kat jalan rasa kesian tapi apa boleh buat bila tinggal di rumah bertingkat agak susah nak membela kucing kalau tak ajar cara nak beri beriii di jamban. Sejarah takkan mungkin berulang, dah berzaman tak bela kucing sejak kucing kesayangan hilang semasa umur aku 11 tahun. Semuanya jadi lepas kami sekeluarga pindah rumah dan kucing tinggal di rumah kampung. 


Miss my cat a lot =(


Menangis jugak la bila kucing siam bermata biru, berbulu putih hilang dan 'dabu' hanya makan keropok. Tak makan ikan langsung. Senang nak bela sebab perlu beli keropok twisties kaler hijau, keropok udang dan kadang2 makan biskut hup seng. Kerlass ex kucing aku !


Tapi sekarang dah boleh main dengan kucing sejak makcik2 start bela. Muehehe.. Tumpang sekaki gomol kucing. Tak tahan godaan bila tengok bulu bulu yang gebu tu. Rasa nak peluk selalu. Hehe..

Kucing dengan tuan sukanye.. boleh buat frame birthday tahun ni ;) 



Kak Rose bersama anak2.. Besaq2 pun nak minum susu lagi! Tak malu


Garfield dah hilang dicuri orang


Jahatnye orang yang snap gambar bontot aku. Hahaa..


Suka tengok teh tidur.. Kesian tinggal sekor je


p/s: Muka ganas tapi dalam hati sayang haiwan tau. Ingatlah kucing salah satu haiwan kesayangan Rasulullah :)

15 April 2014

Jom Lah Ber-WhatsApp !


Assalammualaikum.


Harinie tak boleh nak post panjang panjang sebab esok aku nak kerja dan otak dah tepu. Tepu dengan idea idea beras bernas nak menaip. Tetiba jadi macam blogger baru pula. Mood blogging, aku menyeru kau sila kembali semula. Cewahh.. dah macam mak nujum kan. 


Sejak ada teman2 blogger yang ramah ni, kami siap berkongsi cerita dengan WhatsApp. Kalau tak layan blog pun still lagi boleh connect. Mesti WiFi la? Haha.. WhatsApp itu benda yang ramai guna dan salah satu khidmat pesanan ringkas yang free lagi tak berbayar jika menggunakan line internet tak kisah la WAN, LAN, MAN ke. 




Maksudnya FREE untuk mesej. Janji, perlu di-install-ling kan WhatsApp nya dong. Baru bisa mesej secara gratis (ngomong Indonesia barangkali). Akceli aku suka kacau ofismateku dari Medan masa tengah buat kerja melalui Wassap. Hahaha *gelak tak brapa nak jahat. 


Antara kelebihan yang berjaya dicungkil, aku dapat menjimatkan kos mesej. Tak payah nak topup selalu. Lagipun, di Malaysia, kebanyakkan rumah sudah ada wifi. 


Handphone apa boleh install WhatsApp?
*
*
*
For more info just click "this"


*Klik gambar untuk kembang*




p/s: Kalau ada lelaki tanya ada WhatsApp tak? Jangan bagi no fon oke. Taktik lapok je tu. Bagi blogger boleh la share. Hihi


13 April 2014

Film Review The Hunger Games Bersama Oreo



Assalammualaikum..



Lama betol tak Blogwalking macam dulu2, rindu sangat tapi apa kan daya. Kerja di ofis makin menimbun dan sekuat mana aku cuba siapkan kerja tetap menimbun juga kan. Sampai bila2 pun kerja tak juga habis. Nasib badan ler. Bila ada masa lapang ni, dapat la rehatkan badan sambil layan movie bersama oreo. 


Rasa lama sangat aku tak buat kerja melayan movie sejak habis study. Entah bila aku nak terjah blog2 jantung hati pun tak tau la. Mesti ramai cakap aku dah sombong, pula tu dah tukar link lagi. 


In Shaa Allah, akan try juga terjah sesorang oke. Btw korang dah tengok ke movie 'The Hunger Games' dan 'The Hunger Games : Catching Fire' ni? Penghujung tahun ini sekuel ke 3 akan di tayangkan. Jeng.. jeng




Sekuel ke 3 akan ada District 13 ! Haaa



p/s: Esok confirm bangun lewat.. hari isnin mesti liat nak bangun. herher


Segmen Blogwalking By DayangDeno


Assalammualaikum.


Klik banner untuk join !


Lama betol tak join sebarang segmen, GA, Giveaway so harini nak join segmen Deno. Yeahh dah banyak kali join. Mudah dan simple saja :)

9 April 2014

Nando's Chicken Stripe With Rice



Assalammualaikum.




Kalau bab makan, makan la apa saja kecuali kayu dan batu. Murah rezeki bila ofismate nak belanja makan. Mungkinkah aku pun tak berkira dalam soal belanja orang. Sebelum tu, ada belanja kawan makan Pizza. Ngeh.. ngeh. Seriusly tak tau pun Nando's ada buat nasi ayam letak dalam kotak comel. Harga sekotak cuma RM 9.90. Giler murah dan nasi + ayam banyak juga. Nanti boleh tapau bawa balik kalau pegi makan di Nando's :)






Nak menjamu selera boleh la tengok menunya dulu di Nando's ! :)


6 April 2014

Film Review - Captain America : The Winter Soldier


Assalammualaikum.



Kalau dah tengok sekuel pertama mesti tau sambungan kapten Amarika kan. Ni baru first time tengok CA, sadiskan. Nak gelak, gelak jelah.. Aku tak dapat tengok lagi filem pertama Captain America : The First Avenger (2011) dan The Avengers (2012) ! Kena cari DVD pula baru layan tengok sekuel ke 3. Ngeh.. ngeh


Selepas Marvel superhero bersatu dalam The Avengers dan mereka semua akan bersatu lagi pada tahun 2015. First movie Captain America menceritakan siapa Steve Rogers dan musuhnya, Hydra yang menjadi cawangan rahsia pihak Nazi semasa perang dunia ke 2. Dalam movie ke 2, Hydra yang disangka musnah kembali untuk mendatangkan kerosakan kepada dunia. 

Hensem kan?? Hihi


Start tengok scene Steve melawat Peggy yang dah tua. Rasa pelik sebab Steve tak tua. Rupanya selepas dia dinyahbekukan hampir 70 tahun berada dalam keadaan beku ekoran kapal terbangnya terhempas di kawasan Antartika dan Steve Rogers menetap di Washington dan terus bekerja sebagai agen SHEILD. Tapi Steve masih sukar membiasakan hidup dalam masyarakat moden. 


Suatu hari selepas jumpa dengan Sam Wilson a.k.a Falcon, seorang veteren perang sewaktu jogging, Steve dipanggil untuk misi menyelamatkan kapal SHEILD yang ditawan oleh lanun Algeria bersama Natasha Romanoff a.k.a Black Widow.



Natasha curi data guna pendrive cun !





Namun misi berakhir dan goyahnya kepercayaan Steve terhadap SHIELD apabila mendapat tahu misi sebenar Natasha atas arahan Nick berlainan dari arahan yang diberi pada Steve.


Kali ini organisasi S.H.I.E.L.D dalam bahaya setelah Nick Fury, ketua Shield telah diserang dan 'dibunuh' oleh musuh bernama The Winter Soldier. Sebelum dibunuh, Nick mengarahkan Captain America supaya tak mempercayai sesiapa dalam Shield. Jadi Steve bertanggungjawab menyiasat maklumat rahsia yang diperoleh dari kapal sheild yang dirampas. 


Ohsem tengok pergaduhan dalam lif


Steve melarikan diri dari pejabat SHIELD


Nasib baik ada Falcon



Kenal tak??



Semakin banyak tanda tanya bila senior leader SHIELD, Alexander Pierce menjadikan Steve sebagai buruan. Nick Fury pula melarikan diri dan diserang sekumpulan polis yang menyerang SUV nya. Selepas tu bersembunyi di apartment Steve dan ditembak oleh The Winter Soldier. Memang ohsem tengok SUV Nick tu. Siap ada senjata. Selepas 'kematian' Nick, bermula operasi menjejako lokasi data dan tak menyangka HYDRA berselindung disebalik SHIELD sejak berpuluh tahun dahulu.


Geli noks tengok saintis HYDRA dok dalam tv dan cakap dia sudah mati tetapi otaknya masih aktif. Lastly nilai persahabatan cukup beremosi tau. Ada la rasa touching bila Steve kenal The Winter Soldier tu. Nak tau kesudahannya kena la tengok oke! :)



Tak sabar nak tengok The Avengers : Age of Ultron

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com