29 June 2014

Baju Kurung Dari Vietnam



Salam Readers..


Kalau kita tak kedekut dan sedekahkan sedikit rezeki yang dapat tu.
Kita takkan tahu, rezeki apa pula yang akan diterima.
Sedikit ganjaran, besar pahalanya dengan niat yang ikhlas.
Kadang2 tu, aku sendiri tak sangka nak dapat sesuatu yang takda dalam otak kepala ni.
Tuan blog baru je beli baju raya, tak sangka mak sedara balik dari Vietnam nak bagi baju kurung cotton untuk aku dan mak. 
Lama tak pakai baju kurung cotton ni. Baju jenis ni aku pakai pun masa zaman mengaji dari darjah 1 hingga darjah 5. 
Jadi baju kurung ni aku akan korbankan pagi esok. Mau pakai pegi kerja. Baru nampak ayu di bulan Ramadhan. Hehehe *bedal 2 pasang sekali gus



Testing 1 2 3


p/s: Tak pernah lagi pakai pegi kerja. Lalala
Wahai si gadis berkurung merah



28 June 2014

Salam Ramadhan 2014



Salam Readers..


Esok, bermulanya peperangan selama sebulan. Semoga kita diberi ketabahan menempuh Ramadhan buat tahun ini termasuk juga aku yang buat pertama kalinya berpuasa sambil bekerja. Kalau dulu masa study, habis kelas boleh balik rumah tidur, sekarang dah tak boleh. 
Nina disini nak meminta maaf jika ada yang terkecil hati dengan kata-kata dalam blog ni atau komen2 yang ditulis. 


Selamat bersahur dan berpuasa buat semua blogger :)
Happy Fasting ya..




26 June 2014

Ola Bola! FIFA World Cup 2014



Salam Readers..


Lagi berapa hari saja nak menyambut Ramadhan dan musim bola still lagi membara. Bara macam api ke? Tak la macam bara api orang tengah kipas satay tu. Hoho.. Akceli tak minat bola time skolah tapi sejak pi belajar, terminat dengan baju jersi Spain-Yol. Comel je tengok roomate pakai hingga la tengok bola sepak Euro 2012 terutama Team Germany & France




Hati teringin nak conteng2 muka macam fanatic fans tu. Comotkan muka yang cantik menjadi muka colorfull. Baru la boleh mengaku fanatic fan like crazy gituw. Tapi aku tak sanggup nak contengkan muka jadi dengan adanya App yang boleh menconteng muka jadi mudah la. Hehee..




Check out Olabola now !


Cuma perlu pilih team faveret korang dan start untuk menconteng muka.
Senang je nak buat cuma ikut step by step yang ada. Selamat mencuba :) 



Tuan blog dah cuba.. Anda bila lagi? Kihkih


Tadaaa...




Imma France fan! 
Nak buat face painting for Germany nampak over pula nanti.
Yeah.. my dad also Hitler team too. Hahaa
What about you.. you and you?


Biodata Izreen Azminda Heroin Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan







Semakin melekat dengan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Rasanya ramai dah suka watak Abang Zen dengan Indah kan? Jarang tengok lakonan Izreen. Tengok Juvana mesti tau kan Izreen ni dah fames dalam drama tu. Tak sangka dia ada anak yang comel. Geram tau :)



Biodata : 


Nama Penuh : Izreen Azminda Bt Aznam


Nama Panggilan : Izreen Azminda


Tarikh Lahir : 30 Ogos 1985


Umur : 29 tahun (2014)


Tempat Lahir : Kangar, Perlis


Kerjaya : Pelakon & Model


Pendidikan : Diploma Kewartawanan Integratif, Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)


Pencapaian : Tempat Ke 3, Dewi Remaja 2005/2006


Program : Seekers (Musim Ke 6) & In Trend


Profil Rasmi Twitter : https://twitter.com/izreenazminda




Drama : Gerak Khas, Atiqah Najwa 2, Sesuci Cinta Sofia, Apa Kata Cinta, CID 3278, Air Mata Maria, Pria, Gelora Di Hati Sara, Nenek Kebaya, Ragam Menantu, Dilema Wanita, Isabella, Bella, Sedetik Aku Berpaling, Pasrah, Tentang Dhia, Gila Auto Cinta, Penjara, Pasukan Gerakan Marin, Juvana, Mendongak Ke Langit, Puteri Aurora Beradu, Julia, Kerana Terpaksa Aku Relakan


Filem : Nana Tanjung 2 & Otai








25 June 2014

Wordless Wednesday #18 : Hot Wheels Flag


Salam Readers..

Tiada kata yang mampu diucapkan. Dah macam hari kemerdekaan pulak tengok orang dapat bendera sempena hari Quality ! Saya Sayang Hot Wheels. Hihi



Ada macam2 bahasa. Siam, Vietnam, Tamil, Nepal. Hahaa

24 June 2014

Biodata Amar Baharin Hero Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan


Sejak mengikuti setiap episod drama Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) di Slot Akasia TV3, nama pelakon yang memegang watak Tajul Razin ni semakin fames dan bergandingan dengan Izreen Azminda. Boleh ikut jejak langkah Azlee Khairi kan..kan. Seorang lagi graduan UiTM berjaya dalam bidang lakonan.



Biodata Hero Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan :


Nama penuh : Amar B. Mohd Baharin


Tarikh lahir : 1 Julai 1985 (Cancer Team!)


Umur : 30 tahun (2015)


Tempat lahir : Kajang, Selangor


Menetap : Kuala Lumpur


Keluarga : Anak ke 2 daripada 3 beradik (2 Lelaki 1 Perempuan)


Kerjaya : Pelakon & Model


Pendidikan : SMK Bukit Bandaraya

Sekolah Menegah Teknik Tengku Ampuan Afzan

Diploma Kejuruteraan Elektrik UiTM Shah Alam


Pencapaian : Finalis program Anak Wayang 2009

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (Tercalon - Pelakon TV Lelaki Popular & Gandingan Serasi Di Layar bersama Izreen Azminda)

Anugerah MeleTOP Era 2015 (Tercalon)





Drama : Kau Dan Aku (2009-Astro Ria), Geng Surau (Astro), Mayang Mengurai (TV9), Kau Dan Aku Musim 2 (Astro), Janji Kekasih (TV3 - 2010), Laila Manja (TV3), Mimi Mencari Cinta (Astro), Kelaaas Kau Maria (Astro), Darling (Astro - 2011), Khurafat The Siries (Astro), Naziha (TV3), Geng Surau Musim 2 (Astro), Atas Nama Cinta (TV3), Teksi Merah Jambu (TV1 - 2012), Demi Dia (TV3), Sehangat Asmara (Astro), Bangkitnya Seorang Perempuan (TV3), Tanggang Ayu (Astro Prima), Tanah Kubur Musim 6 : Episod 7 (Astro), Mencintaimu (TV2 - 2013), Kerana Terpaksa Aku Relakan (TV3), Pelangi Petang (TV1), Kalimah Jiwa (TV3), Dan Calonnya Adalah : Ep 20 (TONTON), Kristal Maya (TV3), Tanah Kubur Musim 12 : Ep 11 (Astro Oasis), Suamiku Encik Sotong (Astro - 2014), Bila Hati Telah Hitam : Ep 4 (Astro Oasis), Ketika Cinta Merintih, Mr London Ms Langkawi, Cik Bunga Dan Encik Sotong (2015)    


Telemovie : Ekspress Dania (Astro Ria), Prebet Jamilah 2 (Astro Ria), InsyaAllah (Astro Oasis - 2011), Patah Seribu (Astro), Tribute P.Ramlee : Getaran Jiwa (TV1), Mencintaimu (TV3), Kerana Dia Anakku (TV3), Jambatan Ke Syurga (Astro Oasis), Pontianak Masih Beraya Di Kg Batu (Astro), Pelesit (Astro Ria - 2012), Ramadhan Jangan Ambil Nyawaku (TV1), Anugerah Dendam yang Terindah (Astro), Aku Bukan Malaikat (TV3), Jihan Tak Nak Balik Beraya (Astro - 2013), Cinta Kapcai (TV1), Abang Samseng Jemur Kain (TV3), Nur Syuhada (TV Al-Hijrah), Alahai Abah (TV1), Sesuci Cintamu (TV1), Kerana Terpaksa Aku Relakan Raya (TV3 - 2014), Shopaholic (Astro BoxOffice), Bila Hujan (TV2 - 2015)  


Filem : Tanda Putera (2013)





23 June 2014

Sinopsis Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan



Salam Readers..


Sejak hari pertama tayangan drama ni hingga sekarang melekat depan tv. Mulanya malas nak layan kononnya hero drama ni berlakon watak jahat dalam "Kalimah Jiwa" tapi terjebak bila my mum cerita episod pertama macam best. Sekali tengok terus jatuh cinta dengan Abang Zen! Haha.. Serius best. Suka tengok Zen buli Indah dan dialog drama ni lawak. 





Sinopsis :


Mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekali gus merubah kehidupannya dalam sekilip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’Sofiya adalah satu Anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai PA dan Dato Sofiya menganggap Indah adalah Angle dalam hidup Dato Sofiya.



Dato sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. Tajul Razin , Tajul Fahin dan Tajul Zahin. Anak sulung Dato Sofiya Tajul Razin menerajui perniagaan arwah suami Dato Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun diawal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.








Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato Safiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato’ Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi ‘Orang’. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya.Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat keatas dirinya.



Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah, Saiful bekas tunangnya pula datang ini membuatkan hidup Indah lebih huru – hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. 













Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki tak pernah padam. Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.











22 June 2014

Film Review : Pengantin Malam


Salam Readers..


Review Filem Pengantin Malam | Petang yang redup dan hujan renyai-renyai membuatkan tubuhku seram sejuk. Rupanya nak tengok cerita hantu. Ditambah pula aircond di sana di sini dalam mall tu. Sebab itu la aku terlewat masuk wayang. Menyeludup Subway memang kerja jahat aku harini. Kelaparan deh. 


Bukan nak story pasal makan tapi siapa dah tengok filem terbaru Nora Danish dan Farid Kamil ni? Tengah makan pun sempat lagi tutup muka dengan 'Spicy Italian' . Ini la filem melayu pertama yang aku tengok selepas filem 'Lagenda Budak Setan 2 : Katerina' setahun yang lepas. Lamakan?



Poster Pengantin Malam



Sinopsis Pengantin Malam:


Mengisahkan tentang Maya (Nora Danish) mengalami amnesia selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya. Sejak itu, Maya sering diganggu oleh lembaga berpakaian pengantin dan membawa patung. Razif (Farid Kamil) tidak mempercayai apa yang menghantui isterinya dan percaya ia cuma halusinasi Maya sahaja. Oleh itu, Razif membawa Maya keluar dari rumah mereka dan kembali ke villa keluarga Razif yang dijaga oleh Mak Anom (Rashidah Jaafar). Walaupun tinggal di villa, Maya tetap diganggu malahan lebih teruk lagi keadaannya dan ini sangat merunsingkan Razif sehingga memilih membawa Maya berjumpa dengan Doktor Dina (Ellie Suriaty). Keadaan lebih meruncing lagi apabila ianya ada kaitan dengan Laila (Nina Iskandar).


Amboii sweetnya


Lawa kan nora ni?

Hantu sebelum mati

 Bagaimana keadaan Maya selepas menemui Doktor Dina? Kenapa keadaan Maya semakin teruk apabila berada di villa? Adakah Razif akan mempercayai lembaga yang mengganggu Maya selama ini? Siapakah Laila dan apa kaitan Laila dengan mereka? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem "Pengantin Malam" ! 


Seram tak tengok hantu?

Maya suka merayau
Bukak pintu hantu keluar

Maya makan cacing kot?


Yang bestnya filem ni, penonton takkan tau bila scene seram tu, tiba2 korang menjerit je. Kali ni jangan risau, hantu tak la terlalu menakutkan. Siap cantik lagi dan rambut tak putih atau mengerbang. Hantu Pengantin Malam tetap ayu dengan dress putihnya dan veil yang meleret. Aww.. Paling tak boleh blah tengok perangai doktor Dina tu. Dia macam takda perasaan dan Mak Anom yang ada masalah mata sembab. Tak cukup tidur lettew bila Mak Anom kena jaga Villa. Hihi.. Paling suka dialog ni "Aku tak mati lagi masa kau tanam aku bodoh!" Hahaa.. Lain kali sebelum tanam tu check nadi dulu. 




 3/5*


p/s: Jangan lupa nyanyi lagu ini..

Air pasang pagi surut pukul 5
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Sila sambung sendiri. 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com