31 July 2014

Film Review : Guardian Of The Galaxy



Salam Readers..


Selamat hari raya ke 4! Harini nak rest kejap sebelum start kerja keesokkannya. Macam tahun lepas, keluar tengok wayang di hari raya. Filem yang ditunggu-tunggu dah pun keluar. Right on time! Nasib baik tak terserempak dengan kazen aku yang tengok movie sama di panggung yang sama. Aku tengok awal 30 minit dari dia. Hahaa.. 


Jadi sementara tunggu movie start. Kami lepak makan di OldTown, sambil makan boleh guna WiFi update apps Samseng. Haa.. line laju pulak. Kepada yang tak tengok lagi Samseng Galaxy. Cepat terjah wayang. Memang kelakar start cerita hinggalah ending. 


Guardian of the Galaxy ni nampak macam The Avangers. Jauh bezanya ialah karakter dalam filem ni tak datang dari filemnya sendiri. Filem yang lengkap dengan history setiap karakter, cerita setiap karakter. Yang bestnya, filem ni jadi rojak dengan style Star Wars / Star Trek dan sentuhan 80'an. Ohsem kan? 


Mengisahkan sekumpulan penjenayah antara galaksi yang disatukan. Pada mulanya, atas dasar kepentingan masing2. Menyaksikan superhero si Peter Quill ala Star Wars dan digelar 'Lord Star' . Gamora pula jadi hijau macam The Hulk, Rocket si rakun dan Groot si pokok yang tak ubah macam belangkas. Drax pula asyik teringat wife dan anak yang dah mati kena bunuh. Akhirnya menjadi sebuah team yang menjaga galaxy dan mereka suka buat lawak di angkasa. 


Cerita bermula di bumi dari hospital bila ibu Peter meninggal dan Peter berlari keluar melarikan diri sambil menangis dan diculik oleh Yohan, askar upahan. 26 tahun kemudian, Peter Quill menjadi seorang pencuri yang dikenali sebagai Star Lord. Scene lawak bermula bila Peter masuk dalam istana yang ditinggalkan sambil dengar lagu, menari-nari boleh pulak ada tikus serang dia semata-mata nak curi Orb yang Gamora, anak angkat Thanos mahukan.



Peter berjaya mendapatkan artifek bernilai Orb tanpa tahu Orb mempunyai kuasa luar biasa yang mampu memusnahkan galaksi jika berada di tangan pihak tak bertanggungjawab.


Orb tu kemudian dijual kepada orang tertentu dan time itu Gamora ekori Peter untuk dapatkan Orb. Tengah berlawan dengan Gamora, datang pula Rocket dan Groot. Jika sesiapa dapat tangkap Star Lord akan diberi ganjaran. Sibuk berlawan, last2 polis kepung dan semua masuk penjara. Paling suka watak Groot ! sampai kesudah dok cakap I'm Groot. Haha

Tangan kiri Peter terpaksa disensor-kan. Nak tau dia buat apa kena la tengok !

Dalam penjara pun sambung gelak lagi. Tengah2 plan nak cabut lari, Groot siap ambil senjata. Beberapa minit lepas melarikan diri, datang team musuh iaitu saudara perempuan Gamora, Nebula dengan niat jahat atas arahan Ronan dan ayahnya, Thanos. Kree juga mencari Orb untuk memusnahkan planet Xandar yang dilindungi oleh Nova, polis galaksi. Dalam perjalanan ke planet apa entah untuk melihat benda yang berada dalam Orb tu. Boleh pulak semua main judi biawak? Erkk...


Suddenly, Drax mabuk dan kerana terlalu marahkan Ronan kerana membunuh keluargnya, dia hantar isyarat kepada Ronan. Bila tiba team jahat, berebut nak Orb tu. Malangnya, Gamora dan Peter tak dapat nak selamatkan Orb. Rocket tersangat marah dengan Drax, nasib baik ada Groot tolong pujuk memujuk. Aloloo sweet.


Ada juga scene dimana Peter menyelamatkan Gamora. Kononnya dah fall in love. Siap ajak Gamora menari. Macam la dia tau menari. Akhirnya mereka ambil keputusan untuk menyelamatkan Xander dari di musnahkan oleh Ronan and the gang. Semangat persahabatan tu penting. Kalau nak tengok macam mana Guardian of the Galaxy selamatkan planet Xander jangan lupa tengok eh. 

Dah masuk dalam kapal Ronan. Drax cakap gelapnya dan Groot dengan baik hati keluarkan cahaya. Woooww
Yohan, si penjaga Peter dari kecil. Kesian kena tipu. Peter tipu apa kat dia? 


Last scene buat penonton terharu dan sedih bila Groot dah tak ada. Rocket paling sedih. Bila Groot ada asyik buli ja, bila dah tak ada menangis teringatkan Groot. Overall, best juga dan ketawa memanjang dalam wayang dan tertanya2 dari mana datangnya penjenayah2 galaxy ni. Akan ada part 2, maybe dapat jawab semua soalan. Especially, ayah Peter yang berasal dari galaxy dan berkahwin dengan ibunya dari bumi. 



Teknologi rekabentuk CGI dalam movie ini membuatkan pesawat2 galaxy semuanya nampak hebat dan koreografi peperangan galaxynya sangat mengujakan penonton.


p/s: Aksi penjenayah2 menyelamatkan galaksi
* 4/5 * 




30 July 2014

Hari Raya Aidilfitri 2014



Salam Readers..


Entry bergambar : Hari Raya Pertama, Kedua dan Ketiga :')



Hari raya ke 3 baru ada masa sikit untuk story cerita raya tahun ni. Itu pun dah letih, letih sebab makan je pun. Makan free setahun sekali. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua! macam mana suasana raya tahun ni? This year is better than last year sebab saudara mara berkumpul di tempat yang sama dan tahun ni aku dah start beri duit raya and my 2nd years wear hijab. Hehee  


Syawal tahun ini menjadi saksi pengaruh besar baju ber 'lace' dan menjadi pilihan aku juga dan wanita2 di Malaysia tapi baju kurung tetap di hati berbanding kebaya. Design sama macam tahun lepas tapi ada sikit beza la sebab beli di butik yang sama. Ofcos, my feveret still Baju Kurung Moden  :) 


Baju kurung moden by Salim Wahab D'Boutique. Warna krim tapi dalam gambar jadi pink
*Engineer Raam cakap aku macam nak pi kawad ! Grrr



Bercerita pasal menu raya pertama, tahun ni mak buat nasi briyani bersama rendang ayam. Makan sambil tengok tv drama pagi raya. Tahun ni takda pula drama kawan kolej berlakon macam tahun lepas. Petang raya selalunya tidoq jelah kerja aku. Hahaa *jimat tenaga



Menu raya kedua pula macam biasa berkumpul makan di rumah Pak Long, ada buat bacaan yassin sikit untuk ahli keluarga yang pergi meninggalkan kami dulu. Al-fatihah. Kali ini, nasi briyani + ayam masak merah + acar timun nenas. Sedap dan untuk mengelakkan malu, aku doublekan nasi dan ayam. Kuat makan sungguh.



Plan BBQ terpaksa tunda ke petang memandangkan mak cik terpaksa balik KL malam raya ke 2 sebab esoknya kerja. Jadi Pak Teh & The Gang bakar ayam dan ikan talapia petang tu juga. Balik rumah, mandi tukar baju ingatkan nak pi tolong, sekali Pak Teh whatsapp gambar. Semua dah siap, tunggu kami dan yang lain mai rumah. 

Meja dah siap. Berkelah ye


Sampai je dah nampak ayam panggang + ikan talapia bakar + tom yam + mihun, mee dan nasi ! Makan tom yam + mihun campur mee + ayam panggang. Dapat makan terus duduk diam2. Dah puas makan, tolong basuh pinggan dengan kazen Mimi, sekali mai si kenit tanya ada lesen moto tak? Motif kena bawa depa ronda kampung. Ada jugak gambar curi. Aku, Adik, Wahida naik moto yang di snap Mimi dan Atin. Dalam hati terdetik, confirm tak dapat tengok drama Rindu Awak 200% -_____-"   


Raya ke tiga, makan di rumah Njang. Menu nasi ayam panggang juga. Raya kalau tak makan ayam memang tak sah. Boleh gemok mendadak ni. Haha.. Itulah menu2 yang dimakan sempena 4 hari beraya. Untuk tahun 2014, ayam tetap menjadi pujaan setiap tukang masak. 



Nak sambung sikit part berselfie di hari raya.. Tahun ni kak Wawa beli monopod and hampir semua saudara pakai Samseng Samsung. Jom layan gambar2 selfie family Nina ! 



Family my kazen (dad side). Lelaki tu kazen kesayangan aku bersama anak2. 
Nadia dah macam kak Yong !


Tok Puteh Family ! (mum side)


Comelkan cicit ni. Namanya Haris. Dah besar mesti handsome. Sila isi borang siap2
Tiap2 tahun style candid yang sama.. Lawak !
Testing Monopod by Kak Wawa
Sila cari tuan blog dimana? Hihi
Kak Izy with Farhana. 
#Baju kurung from Vietnam sama dengan baju kurung merah. Selesa sangat 
Pak Ngah & Mak Ngah.. Memori Daun Pisang
#Song by Amelina ft Iwan



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN DARI NINA SEKELUARGA !


Tahun ni Krim & Merah 

27 July 2014

CPUV Oldtown True White Coffee



Salam Readers..


Orang lain sibuk nak raya, aku pula sibuk hadap lappy lagi. Semata-mata nak tengok akaun Nuffnang and and Alhamdulillah melekat lagi 1 CPUV dari Old Town White Coffe (OTWC) ! Macam tau2 je tuan blog ni suka makan di Oldtown. Thank you Nuff for this duit raya campaign. Hehee. 


 Nak beli kopi boleh la ke sini


26 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Salam Readers..



Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 


Buat kawan2 blogger dan juga pembaca setia blog. Disini nina ingin memohon ampun dan maaf jika selama ini ada terkasar bahasa, menguris hati atau pun perasaan ketika nina drop komen di blog korang ya. Berhati-hati semasa pulang beraya di kampung ya, ingatlah orang2 yang tersayang. 



Ikhlas dari   
Nor Amanina Ahmad Sekeluarga :')
Pulau Pinang

25 July 2014

Biskut Raya 2014



Salam Readers..


Bila raya dah dekat, benda wajib yang perlu dibuat tentulah biskut raya. Yes, raya memang tak lengkap tanpa biskut raya. Kalau tahun lepas aku la orangnya yang sibuk membuat biskut tapi tahun ni agak kureng sebabnya dah kerja jadi tak ada masa nak buat. Raya kali ni banyak biskut moden tapi sedap. Kalau boleh nak biskut raya wajib ada macam tahun lepas. Boleh baca sini "Biskut Wajib Ada" .  


Yang sedihnya tak dapat nak makan biskut best2 sebabnya tahun ni mungkin tak balik beraya di kampung. Tak dapat makan dodol dan agar2 kering :'( Ini la biskut pilihan untuk raya tahun ini. Mesti ada biskut baru yang mak belajar di kelas memasak. Biskut Shortbread Marble juga wajib ada. *Terliur


Biskut Makmur

Ini kegemaran keluarga. Kena simpan kang habis sebelum raya. Janji kacang tak halus dan gula icing banyak. Hihi


Bsikut Samperit / Dahlia



Biskut Shortbread



Biskut Selayang Pandang



Biskut Eye Susan *sedap



Biskut Kelapa Delima



Popia Simpul kasih

Popia ni beli je. Yang asal punya dah habis 1 balang. Hahaa
Kesedapan terlampau



Itu jelah bakal2 biskut raya yang bakal aku habiskan. Hihi.. Sambil tengok rancangan raya kat TV tu. Selamat berpuasa untuk 2 hari lagi dan selamat hari raya semua ! Jumpa lagi di entri raya pula. Okdaa..


24 July 2014

Saguhati GA Majalah Aisyah Dari Anies



Salam Readers..


Salam malam Ramadhan ke 26. Kejap je dah nak sebulan puasa kan. Sungguh tak perasan masa pantas berlalu dan harini baru berkesempatan buka mail box dan baru tengok seguhati kiriman Anies. Bayangkan dari 18 haribulan posmen hantar baru harini tengok. Nampak tak kebusy-ian disitu :P



Terima kasih buat Anies kerana berbesar hati sudi beri hadiah saguhati dari GA Majalah Aishah yang dia anjurkan. Walaupun last minute join. Buat kali ke 2 terima pemberian dari Blogger Anies selepas terima GA Raya Angpow tahun lepas dan bertambah sampul duit raya :) 


*
*
*
Nak letak jugak cheese cake yang di oder dari ofismate. Pandai eh Kak Ayu decorate. Last2 intern rasa sikit. Hew..hew


Haip kitew puase laaa. Hihi


Biodata Zul Ariffin Hero Drama Rindu Awak 200%


Salam Readers..


Siapa dah tengok drama Rindu Awak 200% mesti jatuh cinta dan melting tengok hero kan? Semua demam Rindu Awak ! Kali ke 3 tonton drama lakonan Zul lepas Nora Elena & Cik Paris Diva Kampung. Dia memang sesuai jadi pilot dengan tubuh tegap dan tinggi. Tertanya-tanya, pandai family Zill Faezrul cakap bahasa utara dengan fasih. Kalau baca novel memang senyum sorang2. Sweet tengok Zul dengan Mia Ahmad yang jadi tunangnya. Nak tau pasal Esyana. Nantikan drama terbaru bersama Ayda dalam Lokum Untuk Mama !





Biodata Zul Ariffin
Pelakon Drama Rindu Awak 200% 





 
Nama Penuh : Zulkifli Bin Ariffin



Nama Komersial : Zul Ariffin



Umur : 30 Tahun (2016)



Tarikh Lahir :  25 Oktober 1986



Asal : Taiping, Perak (*patut ler cakap utaqa)



Kacukan : Melayu + Belanda (Dutch)



Adik Beradik : Anak bongsu daripada 4 beradik (2 Lelaki & 2 Perempuan - Hanim & Rahayu Ariffin)



Kerjaya : Model, Pelakon & Duta



Cita-Cita : Sejak dari kecil ingin menjadi Leftenan Tentera




Bekas Teman Wanita : Gayatri Su-Lin Pillai (Chindian)



Pencapaian : Pelakon Harapan Lelaki #Festival Filem Malaysia Ke 26



Profil Rasmi Insta : http://instagram.com/zul_ariffin

Profil Insta Fans 1 : http://instagram.com/zulariffinlovers


Profil Rasmi Insta Supporter Zul Ariffin :
http://instagram.com/supporter_zul_ariffin



http://instagram.com/zulariffinfc 


Profil Rasmi Facebook : https://www.facebook.com/pages/Zul-Ariffin/135600119851242


Profil Rasmi Twitter : https://twitter.com/zul_ariffin86


Drama : Walau Sedetik Cuma (2014, TV Al-Hijrah - Sheera Iskandar), Kasih Bersulam Daun Palas (2013 - Nasha Aziz), Janji Adam (2013, TV3 - Elfaeza Ul Haq), Aira Airil (RTM1 - Hanez Suraya), Sangkar (2013, TV9 - Nabila Huda), Gerak Khas, Hati Untuk Siapa (Siti Saleha), Mr. Feminin (Yasmin Hani), Luluhnya Sebuah Ikrar (Ratu TV9 - Sara Ali), Nora Elena (TV3 - Siti Saleha), Cik Paris Diva Kampung (Liyana Jasmay), Kemaafan Terindah (Raya 2014 - RTM1 : Fauziah Ghous), Habibah VS Baby (TV9 - Faezah Elai), Rindu Awak 200% (Ayda Jebat) , Lokum Untuk Mama (Ayda Jebat & Adeline Tsen), Istikharah Cinta (Akasia TV3 - Faye Kusairi), Mr London Ms Langkawi (Astro Prima), M.A.I.D., Uda Dan Dara (2016)


Telemovie : Kabin Do Tepi Tasik, Mr. Feminin, Mendongak Ke Langit, Hatiku Di Kinabalu, M.A.I.D Pun Nak Raya, Rindu Awak 200% Raya



Filem : Penanggal, Evolusi KL Drift 2, Bikers Kental



Hero Drama Istikharah Cinta
Pelakon Harapan Lelaki #FFM26
Adik beradik Zul Ariffin... Siblings
Zul bersama mak dan kakak



Last Updated : 4/27/2016

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com