31 August 2014

Salam Kemerdekaan Yang Ke 57


Salam Readers..





Di sini lahirnya sebuah cinta, tema hari kemerdekaan bagi tahun ini. Di kesempatan ini, nina ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke 57 buat Malaysia dan untuk semua pembaca. Setiap detik tepat pukul 12.00 malam bertarikh 31 Ogos 1957, adalah tarikh keramat bagi pejuang2 negara. Sayangilah negara kita.



29 August 2014

Tips Dan Review : Cara Mengatasi Bibir Kering


Salam Readers..

Cara Mengatasi Bibir Kering | Sejak mula kerja aku mengalami masalah bibir kering, lepas tu mula la tangan pun tak dok diam asyik nak kopek2 bibir tu. Terus jadi luka dan berdarah. Mungkin bekerja di bawah aircond menyebabkan bibir cepat kering T___T





Cuaca sekarang yang sekejap hujan sekejap panas membuatkan suhu badan tak menentu. Minum air dah berbotol tapi bibir tetap kering. Maka atas nasihat cik nurse..



TIPS NAK CEPAT : 

Sebelum tidur, keluar rumah, ke pejabat, korang rajin-rajin lah apply lip balm di bibir tu. Of course, lip balm tu mestilah yang ada fungsi sebagai melembapkan bibir. And I'd like to recommend; Metholatum Organic Lipbalm - Strawberry & Rasberry or Lavender & Orange because.... it is;


  • Made form blends of imported Organic ingredients from organic farms including Olive Oil, Shea Butter, Jojoba Oil and Beeswax that deeply moisturize and nourish the lips.
  • Contains Vitamin E and antioxidant-rich extracts to prevent healthy youthful looking lips. 




TIPS USAHA LEBIH :


1. Minum banyak air

Dehydration adalah satu sebab bibir kering dan pecah-pecah. So, minumlah sebanyak air yang mampu untuk mengekalkan kelembapan kulit.


2. Makan Buah-buahan

Seeloknya makan la buah-buahan yang mengandungi banyak serat dan air contohnya pisang, pear, anggur, epal, strawberi serta adik beradik berry yang lain. 


Takda masalah kalau nak ganti dengan madu tapi bangun esok pagi tengok bibir dah bersarang dek si semut-semut. Hehee.. Jaga kesihatan diri ye.


27 August 2014

Wordless Wednesday #24 : Astronomy


Salam Readers..

Selamat pagi semua.. Meh nak belanja gambar2 galaksi. Suka tengok keindahan alam semesta. Subhanallah.




25 August 2014

Telemovie Lokum Untuk Mama Lakonan Zul Ariffin Dan Ayda Jebat



Salam Readers..


Masih rindukan korang dengan Zill Faezrul dan Armel Aisya? Jangan shedih2 sebab Januari 2015 mereka akan muncul bersama Irene dalam Telemovie Lokum Untuk Mama di Tv9 ! Boleh mengubat rindu bila tengok muka Zul Ariffin dan Ayda Jebat :)


Dijangka akan ditayangkan pada 12 Januari 2015 di TV9 jam 8.30 malam


Poster Telemovie Lokum Untuk Mama


Belum ada lagi sinopsis untuk telemovie ni, hanya gambar shooting di Istanbul saja. Harap peminat Faez dan Mel bersabar ya.. Meh layan gambar2 shooting. Macam sweet je. Muahh ciked.. Meh layan trailerrr.. Konfem terindu-rindu



Irene jahat lagi ke?


Credit : IG Chematbutang

24 August 2014

Review Novel : Cinta Sambal Belacan


Salam Readers..

Novel Cinta Sambal Belacan | Dalam bulan puasa lepas, MPH Bookstore ada buat promosi dan terus beli on9 memandangkan ada diskaun jika beli dengan Maybank2U. Novel ini antara novel terbaik dan terlaris sejak ianya berada di pasaran :) First imperission, covernya tak menarik so don't judge a book by it's cover ye sebab lepas baca, best sangat jalan ceritanya.




Cover novel Cinta Sambal Belacan


Tajuk menarik, jalan cerita yang menarik. Mengisahkan seorang lelaki bernama Tengku Azri Iskandar, yang dijodohkan dengan anak angkat ibunya, Puan Adila iaitu Lily Athira yang baru berusia 17 tahun. Lily ni, walaupun baru berusia 17 tahun, tapi tahu serba serbi. Pandai masak, rajin kemas mengemas. Tengku Azri sejak tamat belajar di Jerman terus membuli Lily. Pandai nak demand lebih2.. Nak itulah, nak inilah. Saja nak uji, betul ke menantu pilihan ibunya perfect. Kawannya cakap, perempuan sekarang ni, kalau masa bercinta selalu tunjuk pandai, sedangkan rujuk buku resepi. Kalau suruh masak on the spot, gerenti tak pandai. So, Tengku Azri menguji Lily buat sambal yang bermacam-macam. Semuanya berasaskan sambal dan bermacam jenis makanan yang lain jika tekaknya inginkan.


Kebetulan, Puan Adila nak menunaikan umrah, maka dipercepatkan nikah mereka. Tengku Azri takdalah pula membantah. Namun disebalik persetujuan itu, Tengku Azri menetapkan perjanjian di antara dia dan Lily, yang akhirnya memakan diri sendiri. Lily dilepaskan tanpa rela demi mengejar cita-cita untuk menjadi seorang doktor pakar di Australia. Kisah percintaan yang unik dan rasanya novel ini membuktikan, air tangan/masakan isteri boleh membuatkan lelaki terpaut, jatuh cinta. Mampukah Tengku Azri hidup bersama anak tanpa Lily Athira disisi??

Favourite part : Bila Tengku Azri masuk hospital sebab stroke dan doktor yang merawat ialah bekas isteri, Lily. Masa itu, Lily membuli Tengku Azri supaya anggota badan sebelah kiri yang lumpuh tu boleh bergerak semula. Ada banyak nilai kekeluargaan dalam novel ini dan boleh kita contohi especially menjadi pembakar semangat untuk jadi gadis yang se-perfect Lily Athira :)

23 August 2014

CPUV Ke 9 : HP PC Demand Gen Digital


Salam Readers..

Salam Jumaat buat semua. Hujung bulan ni agak busy dan jarang dapat online, maaf kalau tak terjah blog korang semua. Entri pun update dari phone. Agak susah nak BW, lembab bak kekura. Alhamdulillah, walaupun slow motion update entri tapi melekat juga duit raya terakhir dari Nuffnang! Thanks Nuff.. Cuti merdeka nanti boleh melawat blog2 pengomen tegar. Adoiss :)


22 August 2014

Hari Berkabung Negara - MH17 : 20 Jenazah Selamat Tiba Di KLIA


Salam Readers..



 


Alhamdulillah, hari ini kumpulan pertama jenazah mangsa nahas pesawat MH17 telah selamat tiba di tanah air setelah hampir 37 hari insiden MH17 ditembak jatuh. Sayu dan sebak tengok satu demi setu keranda di bawa turun dari pesawat. Kerja pun dah hold dulu demi menonton siaran langsung istiadat penghormatan jenazah di website Astro Awani.




Pesawat khas MAS yang berlepas dari Lapangan Terbang Schipol, Amsterdam pada pukul 9.40 malam tadi (waktu Malaysia) selamat mendarat di KLIA tepat pukul 9.45 pagi. Kesemua keranda dibawa turun dengan hormat oleh kumpulan pengusung terdiri dari anggota tentera ke van jenazah untuk di bawa ke destinasi terakhir masing2.




4 orang pilot yang membawa pulang jenazah



Bagi kedua-dua jenazah anak kapal iaitu Shazana dan Hakimi, mayat mereka disemadikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya tanpa dibawa pulang ke Pulau Pinang. Sedih tengok anak Hakimi yang masih kecil di ribaan ibunya.




Kawan arwah Hakimi.. Sangat terkesan





Al-fatihah buat kesemua mangsa yang beragama Islam. Semoga Roh mereka tenang di sana. 

21 August 2014

Film Review : The Expendables 3


Salam Readers..

Review Filem The Expendables 3 | Filem yang mengubat rindu kepada Jason Statham dan Kellan Lutz. Mesti some people says 'hero2 semuanya veteren' . Siapa dah tengok The Expendables 2 mesti tau apa jadi kepada hero2 berbadan sasa ni. Ada beberapa pelakon ditukar dan ada juga dikekalkan. Harini ajak intern dating tengok filem abang2 tough. Bila cakap nak belanja tengok wayang bukan main seronok Syuk. Segala-galanya dalam filem ni adalah aksi, tembak-menembak, bunuh-membunuh dan bintang2 veteren. 



The Expendables 3


 Sinopsis Filem The Expendables 3 :



The Expendables 3 merupakan siri ke 3 dan seperti biasa menampilkan sejumlah besar bintang filem Hollywood terkenal. Kali ni team melawan seorang pengedar senjata antarabangsa bernama Stonebanks, merupakan bekas ahli Expendables yang mula2 menubuhkan team tersebut dan disangka telah dibunuh oleh Barney (Stalone). Kini dia bertekad untuk menghapuskan ahli2 kumpulan Expendables. 








Siri ke 3 ni agak lain sikit dari siri terdahulu. Dalam misi pertama menyebabkan seorang ahli pasukan telah cedera parah. Barney yang risaukan ahli pasukannya telah membubarkan team lama dan tubuhkan team baru dengan 4 orang ahli. Part ni agak sedih, macam orang kata habis madu sepah dibuang tapi sebenarnya di Barney sayangkan team lamanya dan takut diaorang mati.  




Lastly, ke 4 orang lama Barney bersepakat mahu join Barney dalam misi menangkap Stonebanks hidup2. Kali ini agak berlainan kerana dahulu team Expandables menggunakan senjata biasa dan apabila bertambahnya gologan muda yang lebih pandai menggunakan teknologi tinggi dalam misi mereka. Ada yang pandai godam tau. 







So kesudahannya.. Jeng.. jeng. alah korang pi tengoklah sendiri eh. hehe.. Aku tak nak jadi spoiler. Anyway watak Galgo (Antonio Banderas) sangat kelakar, dia berjaya buat aku dan intern gelak tak henggat dunia. Sebijik macam Puss in Boots :)





3/5*

20 August 2014

Wordless Wednesday #23 : Funny Faces


Salam Readers..


Mulakan hari anda dengan senyuman.. senyum + gelak mengekek bila tengok muka2 ini di Twitter.. Memang kreatif betul pelukis ni. Rajin dan gigih mencantikkan bibir dengan haiwan dan watak2 kartun. Salute !



18 August 2014

Mia Ahmad Sebagai Esyana Dalam Rindu Awak 200%


Salam Readers..


Demam Rindu Awak 200% tak kebah2 lagi. Awaa saia ta kuad. Hihi.. Terima kasih buat pembaca blog terutama entry "Biodata Mia Ahmad Tunang Zill Faezrul" tu. Pageviews dah masuk angka 2020K. Baru tahu kakak Mia stay di Farlim, George Town dan selalu ke Penang tengok anak buahnya. Meh nak belanja gambar2 dia yang cantik putih gebu. Muahh ciked !


Mia Ahmad


 Credit : Twitter Mia

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com