30 September 2014

Farewell Syuk


Salam Readers..


Selamat tinggal intern, selamat tinggal kawan gosip, kawan selfie, kawan ketawa dan makan. Berapa banyak kawan daa.. Semoga Syuk selamat sampai ke Sepangyol. Harini kami buat farewell Syuk yang dah menghabiskan internshipnya selama 3 bulan. 





Harap2 Syuk happy dengan kami di ofis macam aku taip dalam entri ni. Yang spoilkan harini ialah tukang delivery Kenny Rogers lambat hantar makanan selama sejam! Perut tak payah cakap, geram tunggu lama depan guard house. Sabo jelah.. habis waktu lunch makanan tak sampai lagi. 


Oke, takmo marah2. Malam sebelum tu, sempat buat video untuk Syuk. Sweetkan kak Nina ni. Haha *perasan.. Meh layan gambar2 :)




Kek perisa coffee
Cheezy Bowl & Mushroom Soup
Gambar kena curi2
Jemput makan
Sama2 dah gemok. Abaikan baju kite
Syukriah Ayob
Manufacturing Engineering
IKBN Sepang


Bila tengah buat video tu ada perasan gambar masa mula2 Syuk masuk hingga last day, dia dah chubby. Yeahh.. tandanya dia selalu makan bila di ofis. Hihi :) 


Selamat maju jaya dan sambung degree di UniKL ! 


28 September 2014

Hiking Penang Hill (Part 1)


Salam Readers..


Sambil menikmati milo panas dan menaip experients pertama mendaki di negeri sendiri. Harini dalam sejarah, aku join pegi hiking bersama officemates. Selama 24 tahun hidup, ini la 1st time aku pi Bukit Bendera bukan naik cable car tapi jalan kaki. Yang buat lagi excited bila terjumpa entry Pha Is pi hiking kat sana. 



Seawal 5 pagi dah bangun bersiap, eksited kot. Pukul 6.30 sampai di depan guard house bersama Kak Lina (intern). Boleh pulak berlama-lama dalam toilet dengan Syuk (intern). Nasib baik bas tak tinggal. Konvoi 2 bas ke Penang Botanical Garden. Tempat mula daki, buat senaman pagi, dapat baju free, 2 botol air dan roti.



Entry bergambar *sila jangan muntah. Hihi




Selfie dulu sebelum senam pagi. Nak hiking pun bawa monopod



Selalunya Botanical Garden penuh dengan Chinese yang rajin jogging, taici etc. Agak sedih jugak sebab susah nak jumpa orang melayu exercise pagi2 kat taman tu. Orang melayu time2 pagi mesti masih membuta di hujung minggu. Oppsss.. ini fakta bukan auta.




Bergambar sebelum hiking. Kesian aku tak nampak
Antara staf2 veteran Mattel. Hebat Chin bawa anak hiking
Hiking bermula. Say peace !



Start daki dalam pukul 8 pagi dan dijangka stiba ke puncak dalam 11 pagi. Masa jalan nak ke kawasan mula daki tu, nampak monyet yang jinak2. Nasib baik Syuk tak bawa pishang. Teringat cerita mak pasal monyet di Waterfall tu. Monyet di bawah tak boleh naik atas nanti gaduh dengan monyet di atas. Kiranya ada zon monyet.



Laluan ke Penang Hill adalah 5 KM. Dah start daki berapa anak tangga, kaki dah lenguh, jantung berdegup kencang, terasa penat sebab lama tak mendaki tapi hati nak cepat2 tinggalkan group ofis yang bising macam mak nenek. Kak Lina dan Vadi dah laju tinggalkan aku dan Syuk. Nasib baik ada coordinator tolong jaga kami. Aku lajukan kaki daki tinggalkan kawan2 ofis dibelakang. Tak sanggup nak daki lambat2. Sepanjang kami daki, kerap juga bertegur dengan orang cina, omputih. Say 'good morning' dan 'good luck'.



Periuk kera yang comel2
Bila jumpa tandas ni maka berakhir laluan tanah
Akhirnya jumpa jalan ber-tar



Selepas seksa tangga berakhir, penat semua hilang bila tengok orkid hutan dan periuk kera. Tengok comel je tumbuhan ni. Ada juga 2 orang guy cina terkejut tengok muka aku. Dah serupa tengok hantu, rupanya muka pucat. Hahaa.. putih semacam. Choii.. Bila jumpa jalan tar lagi best hiking. Tak sabar nak sampai puncak. Aku dan Syuk berjalan tanpa 'geng'. Dapat selfie. Hihi



Perhentian rehat bagi pendaki dan berbasikal.
Kak dari Tampo pun dah tinggal kawan. 
Aku dibelakang kena tinggal kejap. 
Sempat posing lagi. Di 4.2 km
Besaq sungguh semut ni. Takutnyee



Macam2 benda dapat tengok, semut hutan dan ulat gonggok pun boleh jadi jakun. Sampai 4 km, lagi best sebab cuaca makin sejuk dengan kabus tebal. Feelings macam ada kat overseas. Bila tengok belakang/depan takda geng hiking. Suka tengok pokok2 hijau yang diwarta menjadi hutan simpan kekal. 



 Ini bukan cacing tapi ulat. Bapak besar. Geli
 Dimanakah huruf O. Dalam hutan pun ada vandalisme ke?
 Cerianya muka Syuk bila dah sampai 4.6 km
 Tengs aunty! Bajet macam pelancong
 Menuju ke puncak sebelum hujan turun. 
Sampai juga !
  

Sampai 4.6 km rasa macam nak dok situ. Tengok kabus pun jadi la. Last2 hujan turun kejap. Hujan rahmat la katakan. Harap2 korang tak muak tengok gambar2 ni. Suka background hijau. Rasa macam nak hiking lagi. Tunggu sambungan part 2. Macam2 ado tau. Stay tuned :) 

26 September 2014

Liebster Award 7 by Budak



Salam Readers..


Baru ada masa nak jawab soalan2 yang di tag dari Budak. Soalan agak mencabar macam jawab kuiz dan menguji otak kepala tanpa menggunakan bantuan Google. Hehee



1. Pasukan bola sepak pilihan anda.

France.



2. Lagu patriotik kesukaan anda.

Jalur Gemilang & IM4U



3. Berikan nama negeri yang anda sedang duduki dan berapa buah daerah yang terdapat di dalam negeri tersebut.

Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau iaitu George Town dan tanah besar iaitu Seberang Perai.

Tanah besar terbahagi kepada 3 daerah - Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan.

Pulau terbahagi kepada 2 daerah - Timur Laut dan Barat Daya.




4. Asam pedas berasal dari negeri mana?

Melaka. Tak sure.. 


5. Dalam banyak-banyak pantun, pantun apa yang paling anda sukai?

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri.




6. Kalau celup stoking putih dalam air yang berwarna merah, stoking jadi apa?

Warna merah.



7. Apa yang anda faham tentang "buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan".

Maksudnya orang yang tak pandai segala-galanya. Eh betul ke?



8. Dalam banyak-banyak negara, negara mana yang mempunyai banyak artis KPOP?

Korea.



9. Siapakah yang mencipta blogger.com?

Ewan Williams



10. Pertahankan blog anda dengan mengatakan bahawa blog anda sangat best dan sebab kenapa ia dianggap best.

Tak boleh nak kata blog best sebab banyak merepek tapi semakin lama semakin cuba untuk tarik minat pembaca.  





11. Apa perasaan anda semasa menjawab soalan-soalan diatas?

Soalan yang tak dijangka dan pertama kali ada blogger yang bertanyakan soalan-soalan menguji macam ini. I like! 




12. Berikan sebarang komen tentang budak yang memberikan soalan diatas.

Teringin nak tahu nama penuh budak memandangkan kami ni sebaya. Hehe *boleh laa



13. Adakah anda menggunakan google.com untuk menjawab soalan diatas?

Tak guna pun. Bab pantun je tanya mak. Hehe


25 September 2014

Pencapaian 5.9 Juta Hot Wheels


Salam Readers..


Hoyehh.. makin bertambah koleksi Hot Wheels. Sukenyee dapat free! Hehee.. Ini 'hadiah' yang dijanjikan company kalau dapat capai target untuk tahun ini. Minggu ni saja dah capai 6 millions. Akceli, ini untuk operators sebab bersengkang mata kerja 12 jam nak hasilkan kereta. Tahniah. Buat kami orang production cuma tumpang sekaki. 



Target untuk tahun ini
Hadiah Hot Wheels sempena 5.9 MM

23 September 2014

The Girls @ Sushi King, Sunway Carnival


Salam Readers..


Ternak Lemak di Sushi King | Arigato kozaimas! Lama tak pekena sushi. Dulu layan sushi Tesco ternyata memang tak berapa nak umphh sedapnya. Sejak Sushi King menjadi raja di hati, dulu kini dan selamanya tetap menjadi pujaanku. Acece.. 



Ternak lemak di Sushi King


Seperti yang dirancang maka dengan ini aku membelanjakan uwang untuk birthday girl memerangkap kawan sekerja berlainan department dan intern comot comel. Kami lebih suka pilih Ala Carte, nampak sushi tu berjalan terus ambik masuk mulut. Hehee



Kaki makan dengan Intern


Makan Sushi King mesti berpingan-pingan





Tak terkira berapa pinggan kami makan sebab harga kesemuanya RM80 ++ . Selalunya dari pukul 3-6 pm, memang murah. Harga sepinggan cuma RM 4. Mungkin sebab balik dari kerja, jadi makan berpingan-pingan la pulak.



Sushi pilihan NIna

Banyaknya Sushi yang kami makan

Happy Birthday Zati yang ke 21 !


Ramai yang kata sushi ni non-halal sebab ada sake dalam nasi tapi ternyata takda pun bahan itu sebabnya kami si pemakan ni tak mabuk kepayang. Di Penang, hanya 1st Avenue saja non-halal. Nak tengok menu boleh la klik "Ala Carte Menu". 




Bajet Makan Bertiga :


3 20% PINK E @3.20 - RM 9.60
1 Blue E - RM 2.00
6 Beige E @3.00 - RM 18.00
3 PINK E @4.00 - RM 12.00
2 Red E @5.00 - RM 10.00
3 Purple E @6.00 - RM 18.00




SUBTOTAL : RM 63.60
10% Discount : RM 6.00-
Service Charge : RM 6.96
Govt Tax : RM 3.82
Total : RM 74.38
Rnd Adj : RM 0.02



TOTAL (After Rnd) : RM 74.40





22 September 2014

Monday Blues



Salam Readers..


Isnin menjelma kembali. Seperti menyeru-yeru pula tu. Memang pemalas betol kalau bab nak bangun pegi kerja. Kalau dulu masa skolah, mesti lambat ke perhimpunan. Hari Isnin juga benda terjadi tanpa dirancang. Yang penting mulakan hari anda dengan senyuman :)


Melukis Oren.. Banyak kerja mencari kerja


PC terbalik atau aku? 

Bertambah koleksi souvenir
Tengs Isaac

21 September 2014

Liebster Award 6 by Farrah MF



Salam Readers..


Kena tag lagi ! Sukaa.. suka. Baru menjawab soalan2 dari Dr. Shikin. Kali ni dari Farrah MF ! Meh kita tengok apa yang ditanya. Soalan macam best je :) 




1. Adakah anda pernah alami/berdepan dengan sebarang fobia? Mengapa?

Setakat ni tak pernah lagi. Cuma masa kecik memang fobia bila jumpa doktor gigi atau nampak van klinik kesihatan datang ke sekolah. 




2. Apakah 3 benda yang anda tidak akan keluar dari rumah tanpanya?

Purse, Handphone dan Parfum.




3. 3 perkataan yang menggambarkan diri anda.

Kuat makan, suka ketawa dan peramah.




4. Seseorang yang sentiasa memberi inspirasi pada anda.

Dari dulu hingga sekarang ialah ibu sendiri.




5. 3 sifat baik yang membuatkan anda suka berdamping dengan seseorang.


Baik hati, tak kedekut/berkira dan boleh dibawa berbincang.




6. Anda akan tersenyum seorang diri apabila...

Tengok gambar2 lama dengan kengkawan ! dan kalau baca novel genre komedi. 




7. Apa yang mudah buat emosi anda tersentuh?

Bila tengok anak2 yatim dan orang tua yang meminta sedekah.




8. Satu lagu yang anda tidak akan muak dengar sampai bila-bila. Mengapa?


Opick - Rapuh.. Start suka dengar lepas menyanyi guna lagu ni tapi liriknya tentang pahlawan zaman penjajahan British sambil main gitar dalam kelas Pengajian Malaysia sem 2. 




9. 3 makanan yang anda tidak akan tolak.

Masak lemak, ayam masak kicap dan ada keju.




10. Filem yang betul-betul meninggalkan impak pada diri anda.

Enough (2002) - J.Lo : banyak kes bini dicederakan oleh suami sekarang jadi buat wanita di luar sana wajib belajar karate. 



11. Apa yang anda ingin capai 5 tahun dari sekarang.

Mempunyai kewangan yang kukuh untuk masa tua nanti :)


20 September 2014

Gathering Family @ Route 69 Cafe by The Beach


Salam Readers..


Gathering Family di Route 69 Cafe by The Beach | Kali ni nak ajak korang terliur sekali. Lama betul tak pekena steamboat. Makan malam ni disponsor oleh my makngah. Balik sebab nak terima anugerah PJK oleh Gabenor Penang. Lokasi menternak lemak di Route 69 Cafe by The Beach, Pantai Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth.



7.50 malam, langit cantik

Entrance


Restoran yang baru dibuka tahun ini menghadap laut. Kalau nak dating feeling2 sambil tengok sunset ini lokasinya. Promote tanpa bayaran. Makanan memang sedap, tocey chef dari Bangkok. Pedas noks makan tomyam sini. Memandangkan malam ni aku jadi chef tak rasmi jadi takda gambar makanan sangat. Herher..



Menu tambahan:

Ikan Talapia Bakar
Telur Dadar
Jus Epal



Chef tengah masak. Main campak2 je


First time tengok tiram. Mutiara takda

Steamboat




Orang balik memancing, minum sekali dengan jag. Hahaa
Itu la untungnya datang lambat


Kalau datang ke area mainland, teringin nak makan tepi laut sila ke sini. Terutama peminat makanan pedas. Sebelum balik makan dadih strawberi, makngah tegur pipi makin bulat. Omgee bulan ni dah berapa orang tegur. Hati senang macam tu la :) 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com