30 October 2014

Film Review : Ouija


Salam Readers..


Review Filem Ouija | Kalau berani mainlah Ouija. Dah lama rasanya tak tengok movie lepas The Maze Runner bulan lepas. Harapan nak tengok Dracula Untold terpaksa dibatalkan sebab tak best dan movie tu dikatakan memburuk-burukkan kerajaan Islam zaman dahulu.


Tak plan nak tengok Ouija, itupun Nana ajak tengok. Mulanya dia nak tengok movie Tamil. Apa2 jelah dia ni kan. Tengs sebab belanja kite tengok Ouija dan makan Pizza! Hihi.. Ouija bermaksud papan pemujaan hantu iaitu tempat beinteraksi atau berkomunikasi dengan orang yang telah mati. Papan pemujaan mempunyai huruf A sehinggalah Z, YES & NO dan GOOD BYE.  


"Do not go seeking answer from the dead.."

Ouija Seramm

Sinopsis:

Movie ini mengisahkan di mana Debbie mati bunuh diri akibat bermain Ouija. Sejak kejadian itu, kawan2 kepada Debbie iaitu Laine, Sarah, Trevor, Pete dan Isabelle mula tertanya-tanya tentang punca kejadian sebenar Debbie mati. Mereka tidak mempercayai yang Debbie sanggup bunuh diri kerana bagi kawan-kawannya Debbie sangat periang dan tidak mungkin bunuh diri.


Debbie bunuh diri
Laine dan Trevor datang rumah Debbie



Laine mula mengajak kawan2 untuk bermain Ouija supaya dapat 'berkomunikasi' dengan Debbie di rumah kediaman Debbie mati. Mereka menyangka telah dapat 'berkomunikasi' dengan Debbie tapi sebenarnya mereka telah 'berkomunikasi' dengan hantu lain.  


Selepas kejadian malam itu, Laine, Pete, Trevor, Sarah dan Isabelle telah menerima MESEJ yang sama iaitu.. "Hi, Friend" ... memang agak menakutkan. Part setiap sorang dapat mesej tu agak menakutkan. Menjerit juga, kawan siap tutup muka tapi mata tak tutup -____-"


Ouija Board
Tangan siapa tu? Haha
Chakk.. Seram kau nampak hantu


Mereka telah bermain Ouija sekali lagi untuk merungkai misteri kematian Debbie dan mendapat tahu bukan roh Debbie yang berhubung dengan mereka tetapi D.Z (Doris Zander) dan dia memberi petunjuk lain iaitu MOTHER.. Ya, hantu 2 beranak rupanya. Haha. Laine telah terjumpa sesuatu di atas loteng rumah Debbie, tempat di mana Debbie terjumpa Ouija board tu. Okay menjerit lagi! 


Saat cemas Trevor kena main dengan hantu.. tiba2 girl muncul.
Hi Friend


Selepas kejadian itu, mereka seringkali diganggu hantu tersebut berulang-kali sehingga mengorbankan nyawa seorang demi seorang. Tak sanggup tengok cara kematian Pete dengan Iz. Menjerit lah semua penonton. 


Laine mendapat info bahawa rumah itu pernah didiam 3 orang ahli keluarga Zander. Salah seorang daripada anak keluarga tersebut, Doris Zander, telah hilang dan adik D.Z masih lagi hidup dan bercadang untuk berjumpa dengannya.



Debbie with Ouija Board ! Sengih kau masa jumpa
Laine berjumpa dengan adik D.Z
Hantu cekik Sarah sebelum dimusnahkan. Hahaa



Adakah Laine dan Sarah, adiknya berjaya memusnahkan hantu 2 beranak itu? Adakah hantu ibu dan anak perempuan itu memang jahat atau mempunyai mesej2 tertentu. Nak tahu kena tengok sendiri. Dan endingnya membuatkan aku confius siapa sebenarnya hantu yang jahat sama ada ibu atau anak? dan movie ni tergantung lagi ! Arghhh menci.. menci

3/5*




Secara keseluruhan movie ni so so jelah, tak bosan tak menarik sangat. Cuma ada juga beberapa scene yang buat penonton terperanjat dan menjerit tanpa dipaksa. Tiba-tiba je menjerit. Tak baik main Ouija sebab ianya Syirik.



Kami kawan dari darjah 1 tau. Sayang kawan kite. Hihi

28 October 2014

Pengguna Google+ Dilarang Buat Begini


Salam Readers..


Bagi pengguna Google+ macam aku ni. Soal pertama yang kena ambil kisah ialah sharing photo. Ya, kita share photo di blog bersama followers Google+ dan juga Google. Jadi, sebelum itu aku dah privatekan semua gambar2 yang pernah diupload ke dalam blog selama 4 tahun ini. Bila dah gatal tangan, buruk akibatnya.



New Header ! Tadaaa


Akhirnya, memang buruk blog aku. Semua gambar Google tak boleh detect. Akhirnya, aku terpaksa minta tolong blogger untuk gantikan header dan betulkan apa yang sepatutnya. Untuk kembalikan kesemua gambar2 di blog, aku TERPAKSA ambil semula gambar2 di Google+, rename gambar semula dan upload semula ke setiap entri. Bertambah kerja T______T  




Nasihat di sini. Jangan buat macam ini
*kalau tak tahu lagi

*
*

1#
Sharing Option

2#
Dilarang klik Disable Reshares !

3#
Bila tak baca betol2. Hilang semua link ke Google

4#
Google can't detected. Dah macam tanda jalan raya


p/s: Menyesal pula bila tukarkan blog menjadi Google+ 


26 October 2014

Street Art George Town Penang (Part 2)


Salam Readers..

Tak puas lagi tayang gambar2 Street Art sekitar pulau. Kalau tengok betul2 setiap lukisan tu menceritakan kehidupan masyarakat dahulu Pulau Pinang. Ada lagi lukisan yang tak sempat bergambar sebab banyak sangat pelancong. Siap kena tunggu turn untuk bergambar.

Lebuh Ah Quee
Peta Art Street


Bersambung semula sesi bergambar di Lebuh Ah Quee selepas entri pertama di sini. Kalau nak jalan kaki mencari semua lukisan ni agak parah jugak. Sehingga tiba di Gat Lebuh Acheh baru nampak nyonya jual souvenir dan terus beli topi, memandangkan aku tak tahan panas. Berkongsi payung dengan Tira memang tak puas. Nampak macam puteri lilin. Tak kisah harga topi RM 17 pun.


"Boy on a Bike" located at Ah Quee Street


Jalan lagi nampak ada couple naik basikal berdua atau pun asing. Nasib baik bila lalu depan kedai lain nampak basikal yang sama jenis. Terus sewa, boleh naik hingga pukul 6. Sewa basikal cuma RM 20. Siap tokey bekalkan peta street art dan baju hujan. Maka kayuh sesuka hati ke mana saja. Memang have fun dan ramai pemuda pemudi naik basikal. Patut la Menteri Pulau Pinang sedikan laluan khas untuk basikal dan tak risau bila setiap ceruk dalam Penang ni ada CCTV untuk keselamatan pelancong. 



2 Girls with Monopod
Lebuh China
Jalan Masjid Kapitan Keling
"Love Lane" Hello ! Hello !
Lebuh Pintal Tali

Meh layan gambar2 art di dinding ni. Nantikan part 3 dan lastly, memandangkan tak sempat edit video kami berdua. Hihi.. Tengok banyak kali pun boleh gelak2 lagi.   


24 October 2014

CPUV Ke 20 Hingga 23


Salam Readers..

Salam Jumaat.. Alhamdulillah duit syiling jatuh lagi. Yelah banyak on going sen sen je kan. Rasanya encik nuff buat taktik baru la.. CPUV lebat dan running bukan main lama. Running 11? Woahh. Banyak blogger dapat rezeki macam ni. Tahniah :)



23 October 2014

Jakun Nak Drive Myvi


Salam Readers..


Selamat bercuti buat hari yang ke 2. Siapa si jakun tu? Aku ler si tuan blog berkaler purple ni. Terpaksa jumpa lagi mamat tu gara2 kawan ofis ajak beraya deepavali. Kononnya nak pi beraya ke semua rumah. Kalau boleh rumah bos pun aku nak pegi. Hakikatnya hampeh!


Kan dalam entri sini, aku kata kalau ada 'hal' nak sewa lagi kereta dengan mamat myvi purple tu. Akceli nak tengok muka dia. Sama ada still marah or no. Bukan termasuk dalam ketegori angau situasi aku ni. Still waras lagi..

Sengih memanjang lepas 'mencuci'


Petang 21 Okt, Zack dengan kawannya datang pick up di kilang dan aku terpaksa balik semula ke ofis ambil beg dan ke gym. Sebelum balik ofcos nak reverse. Benda pertama yang aku gelabah bila tak boleh tukarkan gear Parking ke Reverse. Oke boleh gelak sepuas-puasnya. Aku 1st drive myvi baru T____T


Try tarik banyak kali tapi tak boleh. Terus call Azrie, tanya nak buat apa? Huwaa.. memang jakun. Rupanya kena tekan brek baru tarik gear -_____-" Dan harini tiba masanya untuk pulang kepada mamat tu. Sebelum ni dah janji dalam whatsapp dengan 'kawan' serumah mamat tu. Janji basuh kereta. 

Yeayy.. baby dah mandi ! Hiho
Shine bright like a diamonds myvi purple mamat tu



Senang je, drive ke car wash yang membasuh menggunakan tangan. Tak sampai hati nak ambil gambar kereta kena tembakan burung gagak. Hodoh gila. Cuci luar dalam dan wax cuma RM 20. Murahkan. Itu jela ceritanya. Nanti bila cucu baca boleh dorang ketawa bila baca nenek mereka cepat gelabah. Bukan main berangan kau nina. 

Rembat rayban ayah. Shuhh diam2


p/s: Selama seminggu whatsapp dengan 'kawan' serumah mamat tu. Baru si 'Alif' tukar gambar hari last kami jumpa masa pulangkan kereta. Jadi siapakah dok reply whatsapp? takkan Zack kot. Dah agak dia mesti pakai 2 simkad. Okay *buat terkejut 

Nak tunjuk gambar takut kantoi..


22 October 2014

Street Art George Town Penang (Part 1)


Salam Readers..


Selamat bercuti semua! Dapat seronok ronok selama 5 hari. Jangan jelly tau. Jadi harini Nina ambil kesempatan untuk makan angin bersama Tira memerangkap ex collegemate dan roomate ke Street Art. Wee.. saja nak buat Anies jelly. Mai la Penang lagi. Hihi


Hari yang best mesti kena bangun awal. Buang tabiat bila pegi jogging di R&R Bagan Ajam, siap bawa baju spare lagi. Motif? Lepas habis jog boleh terus mandi kat toilet r&r. Bernas idea aku, dapat jimatkan minyak dengan air. 



Entry bergambar *sila jangan pening. Hihi




Dah siap semua, terus pick up Tira di UiTM. Boleh pulak dia tunggu belakang tiang. Agak2 la nak main sorok2. Dah peluk cium semua, terus terjah McD beli breakfast dan straight ke pulau. Jimat Touch n Go sebab mesin rosak. Free je naik bridge. Hihi



Destinasi pertama mencari port makan di area Queensbay. Dah siap makan gerak ke Gurney Paragon Mall. Sejak mall tu siap, ini lawatan pertama aku. Terpaksa park dalam Gurney Plaza. Pening kepala bila naik park di atas. Banyak pusing daa.. 



 



Jangan main2, kat Penang dah ada Sephora. Tak perlu lagi ke KL. Makin banyak mall kat sini. Cuma kena ada duit baru syok shopping masa new year nanti. Sesudah penat meneroka mall tu, kami terus ke tengah2 bandar George Town. Takut sesat siap guna Waze lagi. Nak cari parking area komtar punya la susah. Terpaksa park jauh sikit. 



Nasib baik bawa payung dapat berteduh sambil mencari lukisan2 tu. Aku dah la 1st time pi street art ni. Bila dah nampak lukisan mural kat dinding tu apa lagi ambil gambar jelah. Tengah2 panas pun sanggup. Hee.. Serius cantik2 street art hasil Ernest. Meh layan gambar2 kami di sekitar jalan Lebuh Ah Quee :)



Pegang telinga anjing kat dinding ni tak apa :P



Nantikan sambungan part 2 pula, banyak lagi gambar nak tunjuk. Boleh buat inspirasi nanti. Rasa macam nak pi lagi je, ketagih nak naik basikal pula.  

21 October 2014

Setahun Bersama Mattel Inc.


Salam Readers..


Setahun dah ke? Harini genap angka 1 dari 21102013-21102014. Kejap je masa berjalan, dah setahun "kerja di Mattel". Dah semakin sayang dengan kawan2 sekerja. Bergaduh, bergurau, kena marah tu biasa la. Adat kerja, semua tu kejap je dan hadapi dengan tenang. Dalam setahun ni boleh hadapi kerenah operator pun dah cukup bagus. Layankan jer.. Ramai yang confuse dengan company ni juga. Meh nak story mory cikit.






Mattel Inc.
Beribu pejabat di El Segundo, California, US. Mempunyai beberapa branch Mattel di seluruh dunia. Di Asia terdapat 4 iaitu di Bangkok, Malaysia, Indonesia dan China. Sudah 33 tahun bertapak di Malaysia. Nak tahu lebih boleh baca sini "wiki Mattel" dan kalau nak tengok the latest Hot Wheels dan Barbie boleh ke website "Mattel.com" :)

Mattel Malaysia - di kawasan perindustrian bebas Prai, Penang hanya memproses kereta mainan Hot Wheels. Kiranya Malaysia khas buat Hot Wheels saiz kecil.

Mattel Bangkok - hanya memproses Hot Wheels bersaiz besar. Seperti trak. Saiz barbell (roda) juga besar.

Mattel Indonesia - memproses Barbie Doll dan anak patung lain.

Mattel China - Lebih kepada Tool. Menghasilkan acuan (Mold) untuk dibekalkan ke Mattel Bangkok dan Malaysia. Juga memproses Barbie dan Hot Wheels.

Company hasilkan Hot Wheels untuk current export markets ke Argentina, Australia, Brazil, Chile, Colombia, Hong Kong, Italy, Japan, Netherlands, New Zealand, UK dan US. 

Nak buat kek untuk birthday tahun depan la. Heee. Amacam


Cabaran bila study lain tapi kerja lain. Memey dah lari bidang. Nasib baik ada geng budak Multimedia. Huhu.. Ada yang tak sabar nak tengok koleksi Hot Wheels nina tak? Hihi


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com