31 December 2014

Tips Memilih Pakaian


Salam Readers..

Tips Memilih Pakaian | Perempuan tak dapat dipisahkan dengan shopping dan shopping tak dapat dipisahkan dengan perempuan. Ayat putar belit tapi maksud yang sama perempuan + shopping = duit . Macam buat formula matematik pula. Harus la kira bajet guna calculator dalam fon. Selalunya YES (Year End Sale) ni memang banyak duit berterbangan sebab sale banyak.



Shopping sambil berselfie



Gadis selalunya akan serbu butik Esprit dan Padini sebab setiap tahun ada sale dan banyak longgokan baju-baju yang jauh lebih murah. Tapi beringat tak semua baju tu elok. Bukan tak bagi beli tapi kekadang bila memilih baju dalam keadaan berebut sangat tak feeling tau. Seeloknya shopping seorang tanpa ditemani . Itu peel nina kalau membeli pakaian. Mostly baju yang dilonggok itu kebanyakkannya ala "rejected" . Berdasarkan pengalaman sendiri dan 5 tips:


- Baju dan seluar tiada saiz kecil etc S, M dan L.
- Berkemungkinan ada koyakan kecil di hujung seluar atau baju.
- Sesetengah butik tidak membenarkan customer try baju yang dilonggokkan.
- Percaya lah jika nasib tak baik, baju yang dibeli sebenarnya ada cacat dimana potongan senget (sekali terkena di BUM Equipment)



Memborong JEEP tahun ini
   

5 Tip memilih pakaian!


Perempuan suka fikir begini "Wah, cantiknya baju tu! nak beli lah. Muat tak muat belakang kira janji aku dapatkan dulu!" Pernahkah anda seperti ini? Membeli tanpa fikir panjang. Jaga-jaga takut menyesal kerana berhabis duit demi sehelai pakaian yang korang tak puas hati.



1. Saiz yang betul

Sebaiknya sebelum membeli pakaian, pala kata cuba dulu. Kerana tidak semua baju yang canyik selesa untuk di pakai. Nina selalu buat muka tak malu, ambil beberapa helai pakaian dan cuba berjam-jam sehingga puas hati.



2. Warna yang sesuai

Adakah baju yang cantik ini warnanya sesuai dengan warna kulit? Kalau kulit cerah mungkin tak kisah atau adakah warna baju boleh dipadankan dengan kasut, tudung ataupun handbag.


3. Teliti jenis kain


Bagi yang kuat berpeluh, seeloknya pilih jenis kain yang serap peluh. Takut jenis kain tak sesuai dan menyebabkan bau badan yang kuat. Sia-sia berlawa-lawa tapi berbau. 


4. Pastikan baju tidak berlubang atau koyak

Adakalanya tidak perasan baju/seluar yang dibeli itu berlubang atau terkoyak. Pastikan dulu sebelum beli nanti tak pasal perlu ke kedai itu semula.


5. Check zip dan butang

Pastikan zip berfungsi atau butang baju tak terkeluar. Takut insiden memalukan berlaku. Hehehe..



Voucher dari Company.. Banyak point telah ditukar ke voucher


Shopping kali terakhir bagi tahun 2014

Hi 2015 !

30 December 2014

Farewell Salina And Ng Chun Li


Salam Readers..


Lap air mata bukan sebab sedih tapi masuk habuk. Erm.. Selamat tinggal abang dan kakak sambil lari cari tisu. Agak berdrama aku ni. Ofcos la sedih ahli geng makan semakin berkurang. All the best buat kak Salina yang bakal mengajar semula, menjadi lecturer garang dan semoga Chun Li jadi manager yang cool. Kami tak sedih sebab dorang masih berada di Penang. Bila-bila boleh dating. Hihi


Aiskrim kek tau. Nomnomm



Maka hari berdrama ini, diadakan farewell buat mereka berdua. Yang penting ayam madu menjadi santapanku. Bila lagi nak makan nasi minyak + ayam madu. Time kawen tak elok makan nanti dimadukan. Hahaa.. Melalut dah aku ni. Tiada kata yang mampu dikatakan. Layankan gambar jelah. Hati berbunga bila anak kak Lina bungkuskan mug bunga rose special buat kita. Aww.. Romantik  



Menu simple untuk lunch
Muka asyik tengok makanan. Excitednya
Tetiba muka serius sebab mouse tak boleh guna
Liana selalu buat muka spoil. Hekk eleh
Muka gembira je kan
Pose dari Charlie's Angel gituw
Anak teruna kak Lina memang sweet. Hihi


29 December 2014

Derma Untuk Mangsa Banjir Pantai Timur


Salam Readers..

Takziah diucapkan kepada mangsa-mangsa banjir terutama di Kelantan. Syukur, negeri tak dilanda banjir. Banjir kali ini paling teruk dalam sejarah. Boleh dikatakan tahun 2014, banyak kenangan sedih buat negara. Aku tak terkecuali turut serta mendermakan pakaian cuma tiada masa untuk join agih barang di Hospital Pulau Pinang bersama my paksu.




Membantu dari jauh dan semoga barang-barang dihantar dengan selamat ke Kelantan. Risau juga kerana ada beberapa tempat agihan yang tak jujur. Bermaksud, ada pihak lain yang mengambil makanan dan pakaian untuk niat menjual. Di hospital PP, paksu bagi tau hanya 2 orang melayu yang membantu yang lain ialah cina. Bangsa sendiri malas menolong dan ada yang memberi pakaian berbau air kencing.


Semoga Allah membantu mereka-mereka dalam misi menghantar barangan ke negeri-negeri yang banjir. Tak terkecuali juga, kesemua bekas lecturer menderma. Sayangnya, dah habis study kalau tak boleh ikut ke Terengganu dan Kelantan.   



Tahniah buat adik-adik junior. Baru tau bas kolej dah bertukar warna
Kolej dah berubah
Present report internship dengan lecturer ini. Yeahh sengih saja
Perangkaan mangsa banjir 2014

27 December 2014

Mengidam Pepero


Salam Readers..

I'm craving for Pepero !! Sejak Sam's Groceria buka tu asyik teringat nama uncle Sam je sebab nak makan pepero, asam jawa manis dan lasagna dia yang sedap tu. Yummeh.. Meleleh air liur tak henti *oke tipu



PEPERO with Almond


Dulu Pepero jadi kes macam Cadbury. Barang keluaran Korea ni dikatakan tak halal sebab tak ada logo halal walaupun menggunakan bahan2 berasaskan tumbuhan. Kalau still was2 boleh baca entri yang Farah Lee katakan sebab dia pernah tinggal di Korea.



Paling suka Pepero hijau


Memang sedap Pepero ni dan yang penting tak terlalu banyak coklat dan gula plus i'm addicted to Almond. Hehe.. Kena la jaga pemakanan kalau nak sihat.

25 December 2014

Hot Wheels Di Lelong


Salam Readers..

Ku katakan sayang tapi akhirnya ku jual juga. Kau tidak sayang padaku lagi. Eh.. stop bermonolog. Kalau la kereta tu boleh bercakap naya je. Akhirnya aku jual sebahagian koleksi Hot Wheels dan juga "let go HW" yang banyak ter-GRAB kepada kaka Salina sebelum dia habis internship pada hujung bulan ini dengan harga RM 46 :) Ada yang berminat tapi cuma main2 je. So, take order untuk betul2 berminat saja. 








Tata Titi Tutu


24 December 2014

Menabung Syiling Emas


Salam Readers..

Sejak tahun 2013, dah terbeli tabung guna voucher buku jadi dengan azam yang membara memadam maka start menabung duit syiling. Bila dah agak penuh terus tukar duit kertas dan masuk bank. Menabung duit syiling lagi selamat dari kertas. Dah la aku pantang nampak duit kertas mesti nak guna beli tu beli ini.


Menabung syiling emas. Shining with gold


Nak menabung kena kuat, tahan nafsu membeli sebab bila dah menabung jangan sesekali guna duit tabung. Kalau sis MJ menabung dengan si hijau, nina pula dengan syiling emas. Azam 2015 nak simpan duit dengan lebih kerap. Boleh ikut contoh orang2 sekeliling. Semuanya menabung, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ting !


Mengira duit syiling lepas habis kerja. Law ayam ni memang merapu

22 December 2014

Room Decor by Luke


Salam Readers..


Guess what? Kalau tekaan korang mengatakan ini bilik gegirl ternyata salah. Mungkinkah dia bakal menjadi seperti Eric Leong? Hopefully dreams come true. I'm totally likes his room decor. I like his style and the way he think how to make his room looks perfect. Ewahh.. Intonasi slang Aussie pulak.



Hiasan Bilik 


Bila tengok dia decorated bilik melalui pembacaan dan menonton dari Youtube. Dari situ mai idea mengarut mengejut bila dia "berkarya di dinding bilik" dan "bakul hantaran di jadikan tempat tidur kucing" . Kelakar aku rasa tapi berdosa tak baik gelakkan budak ni. Kang terbantut cita-cita budak berusia 16 tahun. Hihi


 Ada potensi nak menjadi seorang arkitek, interior designer or bakal ceo butik pengantin. Amboihh kerlass angan2 mak jenin. Think out of the box memang ohsem! Maybe bilik budak2 laki seangkatan dengan dia agak malas nak deco segala, order online, buat hiasan dan tampal itu ini. 



Color Board? 
Frame Dinding
Bekas tempat letak pen yang simple


Singgah rumah mesti masuk bilik teruna Puan Maznah sorang ni. Nanti boleh decor bilik nina pula ye Luqman Hakimi. Support depan belakang kiri kanan. Haha.. Kazenku memang rajin especially tiba musim cuti skolah. Puji tanpa tuannya tau. Kang dia takda duit nak belanja, mamanya pula kena belanja. Ngeh.. ngeh    


FOXY
Taylor Swift Fan
Cute Owl

21 December 2014

The Hobbit : The Battle of The Five Armies


Salam Readers..


Review Filem The Hobbit : The Battle of The Five Armies | Yeahh berakhirnya filem trilogy The Hobbit yang asalnya bertajuk The Hobbit : There and Back Again tetapi telah ditukar kerana kesesuian yang melibatkan peperangan di antara 5 puak yang berebut Lonely Mountain. 


The Hobbit: The Battle of the Five Armies merupakan filem sekuel sambungan dari 2 filem terdahulu An Unexpected Journey (2012) dan The Desolation of Smaug (2013). Selepas ini, boleh sambung tonton semula sekuel 3 buah filem The Lord of the Rings (2001, 2002, 2003). Maka lengkap sudah perjalanan movie fantasi epik yang panjang berjela dari buku.



The Hoobit : The Battle of The 5 Armies Poster


Pembukaan filem yang menyambung terus aksi-aksi bagaimana si naga Smaug menyerang perkampungan Laketown. Kepada penonton yang tak tengok 2 sekuel agak terpinga-pinga kerana tak faham jalan cerita.


Kemudian, segerombolan puak Dwarf yang diketuai oleh Thorin Oakenshield serta Bilbo Baggins di dalam Lonely Mountain yang menguasai semua emas yang ditinggalkan oleh Smaug. Thorin beriya-iya mencari seketul emas digelar Arkenstone untuk menjadi tanda bahawa dialah raja dan pewaris tunggal kerajaan Erebor yang sah.



Smaug menyerang pekan Laketown
Thorin dan Bilbo


Thorin mencari Arkenstone seolah-olah seperti kegilaan watak Gollum yang mencari cincin One Ring. Bilbo Baggins juga membayangi perwatakan Frodo Baggins yang sentiasa menjadi penyelamat di tengah-tengah perebutan kawasan oleh semua puak.


Kemunculan ahli sihir hebat Gandalf the Grey pula seperti biasa menjadi orang tua yang penuh dengan kata nasihat dan amaran yang berbahasa berbunga-bunga di samping kuasa tongkat saktinya. Bagaimana Gandalf di selamatkan oleh Galadriel dari tahanan sehingga melemahkan kuasanya.



Galadriel menyelamatkan Gandalf
Legolas dan Bard


Scene peperangan yang hebat dalam filem ini, kadangkala rasanya agak memenatkan untuk ditonton. Semua herp dari puak berbeza didalam screen time silih berganti antara Thorin dan puak Dwarf, Legolas Greenleaf dan Tauriel, Thranduil dan Bard the Bowman. Malah watak2 cameo dari LOTR datang iaitu Galadriel, Elrond dan Saruman the White juga muncul untuk memulakan konflik dengan Sauron. Sebab itu kita lihat Sauron tak mati.


Thranduil Army
Puak Dwarf


Itu belum lagi dari puak penjahat. Ramai sangat! Ia merupakan kepuasan maksima kepada fanatik siri filem The Hobbit dari trilogy LOTR kerana terlalu meriah dengan watak yang berbagai rupa dan tambahan watak-watak yang tiada dalam buku. Penonton akan sedih melihat cinta Tauriel dan orang kerdil yang tak sesampaian selepas cintanya mati ketika mahu menyelamatkannya. Memang tangkap leleh.





Battle of The Five Armies memang filem yang harus ditonton kalau korang betul-betul nak lihat bagaimana LOTR bermula kerana endingnya Gandalf yang berusia 100 tahun lebih datang ke rumah Bilbo Baggins. Pengakhiran yang tangkap leleh dan sempurna untuk middle earth fans. 


4/5*

******************************************************************************

Setelah sekian lama tak keluar tengok wayang bersama. Thanks ye awak teman tonton, shopping dan makan. Bab memilih baju agak lama sikit, mood nak membeli lagi terbantut bila dengar promoter cakap aku try baju besar sangat. Tak kena saiz bla..bla.. Last2 tersalah tulis harga lepas diskaun. Haha..  

JEEP discount 20%
Curry Mee + Lemon Honey @ Old Town


Suka hati duit customer la. Beli baju muat2 badan tahun depan dah tak muat sebab badan aku semakin membesar dengan jayanya. Ngeh.. ngeh. Penat wayang dan shopping haruslah cari makan. Ke Oldtown White Coffee, Sunway Carnival. Teringin nak makan White Curry tapi habis. Sob.. sob. The Hobbit menjadi movie terakhir yang ditonton bagi tahun 2014. Selamat bercuti :) 


20 December 2014

Pemujaan Hantu


Salam Readers..


Seram bulu roma bila dapat whatsapp gambar pemujaan di tandas kilang. Tak sure apa motif operator buat pemujaan pada malam 19 Dis sehari selepas dapat bonus. Aku ingatkan Indon, rupa-rupanya India punya kerja. Innadeyyy!



Barang untuk upacara pemujaan hantu


Mendengar kisah seorang mangsa yang tak sedar dia telah masuk ke tandas yang telah siap dengan barang pemujaan. Bila nak keluar 'benda' itu tarik kaki operator dan berlakunya kes rasuk. Seramm...
Sebenarnya tandas ini sudah berusia 33 tahun. Ye, bangunan lama memang berhantu. Maybe tapaknya adalah hutan.



Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah) perbuatan beberapa orang daripada manusia menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat:

(Al-Jinn:6) 

Kepercayaan dengan memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat tertentu. 



Kepercayaan khurafat boleh membawa kepada kesan negatif seseorang manusia dan berlaku syirik kepada Allah swt kerana mempercayai sesuatu atau ada kuasa lain daripada Allah Taala.


Sumber :

3 jenis kepercayaan khurafat
Bersahabat dengan jin boleh mengundang Syirik


Simple GA: Friendship Fridge Magnet


Salam Readers..

Yeahh GA dari akak Shikin datang lagi. Meh beramai-ramai memeriahkan giveaway ke 2 ni. Akceli yang first tu tak sempat join. Tup tup dah tamat. Hampa hatiku ini selama seminggu. Hehe.. Siapa nak fridge magnet comel sila join. 



Klik banner untuk join tau! 

19 December 2014

Farewell Ika @ Swensen's Auto City


Salam Readers..


Makan Sedap di Swensen's | Kami menternak lemak lagi dan lagi dan lemak memang telah siap sedia berlemak di perut. Lemak macam kek lapis Sarawak tu. Haha.. Dah macam publish entri pasal lemak pulak kan kan. Kali ini, Law belanja makan sebab harini lastday Ika. Sob.. sob


Swensen's Cafe & Restaurant, Auto City, Juru


Akceli seronok bila jadi intern. I can feel it. Cewahh.. Beruntung Ika, farewell untuk dia saja celebrate 3x sebulan. Memula "Farewell & Celebrate Birthday Officemate" kedua pula "Intern Belanja Makan". Mungkin rezeki bakal pengantin kot. Aww.. Tak sabar nak makan nasi minyak dia. Hehe.. Kesian sepanjang 4 bulan LI asyik makan tak henti-henti, konfem kena alter baju pengantin.



Muka bakal pengantin dah kembang


Nasib la dok ofis dengan orang2 kuat makan dengan intern sekali jadi gemok. Ngeh.. ngeh. Thanks to Law (law bermaksud reban dalam bahasa utaqa) for lunch treat. Tak jauh dari kilang tapi makan lebih dari lunch hour. 45 minit memang tak cukup hingga terlajak 1 jam 30 min. Saja drebar buat lupa jalan pulang. Amboii melampau.. Tak plan pun nak lunch kat mana sebab di Auto City banyak restoran so pilih je.


Lunch Aglio Olio + orange juice.. Nyummeh

Muka kenyang + happy


By the way seminggu sebelum habis intern, tukang belanja dapat pengganti baru dari overseas tau. Intern bernama Shu May Han dari The University of Adelaide. Orang KL tapi intern hingga ke Penang. Kami akan melayan sebaik mungkin maybe mangsa seterusnya kalau bab makan2. Hahaha.. 



Otw balik ke ofis


Farewell Nur Atiqah Shamsudin
Bachelor in Mechanical & Tooling Engineering
Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute
(UniKL MFI)
  

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com