18 January 2015

Epal Jenis Granny Smith dan Gala Tercemar


Salam Readers..


Perasaan penggemar epal kecewa apabila epal yang dibeli tak boleh dibuat "salad buah" kerana dikhuatiri epal tercemar. Aku terpaksa buang epal yang dibeli minggu lepas. Sadisnyaa.. Rugi tak dapat makan T______T Hampir-hampir nak korbankan epal merah dan hijau tetiba mak larang makan. Huwaaa...


2 jenis epal yang tercemar

Epal Gala dan Granny Smith yang disekat masuk ke Malaysia



PULAU PINANG 18 Jan - Kementerian Kesihatan merampas sebanyak 20,000 biji epal jenis 'Gala' dan 'Granny Smith' bernilai RM82,000 yang diimport dari US kerana dicemari bakteria Listeria Monocytegenes di Kuching dan Sibu. 


Epal keluaran Syarikat Bidart Brothers, Bakersfield, California, Amerika Syarikat yang digunakan dalam pengeluaran caramel apple yang dikesan oleh pihak United States Food and Drug Administration (USFDA) mengakibatkan 3 kematian dan ramai yang sakit di US & Canada.


Listeriosis boleh menyebabkan demam kuat, sakit kepala yang teruk, kekejangan pada leher dan loya. Di negara ini hanya Sarawak mengimport epal dari syarikat itu dan tiada kes penyakit Listeriosis dikesan setakat ini. Ketika ini pasaraya menggantikan epal dari Perancis atau Australia.



Jenis-jenis epal seluruh dunia. Red Delicious selalu menggoda 

Source : Utusan Malaysia



 p/s: Bos dikuarantin kerana virus Influenza B. Get well soon boss. Tak ada orang nak approve cuti cheq :(


11 comments:

tiga lalat said...

Salam. Hee epal ijau untuk kesihatan.

aRz MoHa said...

walaupun ada nampak perbezaan epal-epal ni. tapi masa nak beli mana nak kenal dah epal apa....

stop dulu la makan epal

Mrs Yatie said...

get well soon untuk en. bos nina ya.
risau juga kan. epal our fav too nina :)

Farrah MF said...

Red delicious mengingatkan akak pada epal yang evil queen beri pada snow white :)

Deanna Morni said...

mmg kena hati-hati dengan buah epal skg ni...bhaya kannn

❤Kamsiah❤ said...

sedapnya epal..:)

Cetusan Minda said...

benda camni klu kita tak ambil tahu mmg bahaya ...

Aisy Nasiha said...

Biasanya limau sunkist dan epal hijau wajib ada dlm oeti sejuk kami. Dah jadi mcm ni, sementara ni oren jelah jadi pengisi peti sejuk..

tiga lalat said...

Salam. Hee nk bgtau saje.,sy dh pindah blog yee ;)

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Ada lagi keluar kat pasaran ke epal ni?
Jarang membeli..jadi x perasan.

Khai♥Rin : anies said...

jarang beli epal sbb slalu beli tembikai ;-)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com