9 January 2015

Feri Pulau Pinang Berasap!


Salam Readers..


Insiden pertama di tahun 2015 buat rakyat Pulau Pinang apabila pagi tadi feri berasap di tengah laut. 300 penumpang diarah keluar selepas bahagian enjin tiba-tiba berasap ketika menuju ke terminal Raja Tun Uda di bahagian pulau dari Pangkalan Sultan Abdul Halim.



Feri Pulau Payar


Kejadian pukul 8.30 pagi, feri Pulau Payar berpatah balik ke jeti selepas bahagian belakang feri dipenuhi kepulan asap hitam yang berpunca dari kerosakan enjin. Tiada sebarang kebakaran dan keadaan dapat dikawal oleh kru feri yang terlatih. Sudah beradab usia kesemua feri-feri di Penang. Alhamdulillah kesemua penumpang selamat tanpa kecederaan.



p/s: Sudah 2 tahun tak naik feri, selesa guna jambatan walaupun jammed.


25 comments:

Farrah MF said...

Akak pun baru baca tentang ni tadi. Mudah2an semuanya baik2 aja.

Farah said...

Takutnya bila baca berita macam ni.

tiga lalat said...

Salam. Hee sy pun pernah naek feri 2 tahun yg lepas.

Qaseh Abadi said...

Alamak xtengok berita plak.. kerosakkan enjin je ni.. fuhh!! ingat terbakar betoi2 masa baca tajuk.. saspend ja.. hihi.. Last naik bulan lepas, sebab mls nk drive, relaks2 jap atas tu..

Tihara said...

alhamdulillah semuanya selamat
akak teringin sangat2 nak naik feri ni

Khai♥Rin : anies said...

Ada dgr jg psl ni smlm kt berita... suppose tkr br laa feri tu... jgn smpi sda nyawa melayang br nk bertindak....mmg terlewat laa

Puteri Wanita said...

penumpang dalam tu mesti cuak. takut la

Asha Lya said...

Syukurla smuanya slmt..bahaya juga mcm ni

anamizu said...

dulu masa study usm dok ulang alik la guna fri nih.. rindunya penang huwawawa

Putri said...

Feri kt pulau pinang byk yg dh lama. saya pun lg slesa guna jmbtn especially jmbtn ke-2

Kisah MamaIqram said...

Dah lama tak pi penang naik feri. Alih-alih dengar berita kat tv feri berasap. Minta jauh perkara buruk berlaku pada kita.

Jom lawat blog saya

Papaglamz said...

Seramnyer.. nasib xde pape..

aswadz said...

mgkn kurang maintenance kot.

Najib Ariyan said...

saya selalu naik feri ni kalau ke Penang... nasib masa naik tu tak pernah jadi apa2... lagi suka naik ni lagi sebab adventure

Pha Is said...

tu ok lagi.. dulu pernah naik feri tetiba enjin mati tgh laut n masa tu angin kuat. angin tolak feri sampai ke tepi n berlanggar sikit dgn 'divider' feri tu.. sikit lagi rasa macam nk terbalik je feri tu..
zaman ulang alik naik feri masa sekolah dulu.. sekolah kat pulau (duk asrama), rumah kat seberang...

aRz MoHa said...

yang ini saya langsung tak tahu. sebab gi keja tak naik feri, tak naik keta, taknaik moto. just jalan kaki

aRz MoHa said...

nasib baik tak terbakar kan?

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Udara bahaya...
Laut bahaya...
Ermmm...

aRz MoHa said...

saya jarang sangat naik feri sekarang ini

SalbiahM said...

memang dah seasoned dah feri kat penang tu.ala, kalau drive pastu bawak keter naik feri sama je lama kena tunggu que.lagi bosan..hehe

Fiza Rahman said...

Scarynya. Akk tak pernah lagi naik feri. Kesian kan :-(

Hikayat Seorang Budak said...

Benda dah nak jadi kan

Deanna Morni said...

terkejut gak bila dgr berita nih....ada hikmah sebalik kejadian

ros_reeza said...

moga semuanya kembali pulih...

Al Kisah said...

I jarang2 balik penang, tapi kalau balik sure bawa naik punya..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com