13 Feb 2015

Review Filem Jupiter Ascending

Salam Readers..

Review Filem Jupiter Ascending | Akhirnya dapat juga tengok Channing Tatum dan terpaksa belanja 2 orang tu. Dah lama tengok trailernya yang agak menarik. Minat dia since filem She's The Man, Step Up dan The Vow. Renungan mata hijaunya memang mengasyikkan terus sampai ke kalbu tau bak kata Sal. hehe




I have more in common with a dog than with you, Your Majesty - Caine Wise

I like dogs! I've always love dogs! - Jupiter Jones

Channing Tatum dan Mila Kunis


Sinopsis:

Jupiter Jones, seorang pekerja pembersih rumah yang tersepit dalam perebutan ke atas bumi antara 3 beradik sebenarnya merupakan keturunan diraja sebuah empayar kerajaan House of  Abrasax iaitu Balem, Titus dan Kalique dan ditakdirkan untuk mewarisi planet bumi jika beliau menuntutnya. Oleh itu, dia harus dibunuh dan merampas bumi.

Balem telah menghantar sekumpulan askar alien untuk membunuh Jupiter, tetapi telah diselamatkan oleh Caine Wise, askar manusia dengan DNA serigala. Caine telah diupah oleh Titus untuk membantu Jupiter. 

Dari situ, bermulalah pengembaraan Jupiter ke angkasa untuk menuntut haknya sebagai waris kerajaan Abrasax. Sebenarnya 3 beradik tu ada perancangan sendiri. Dalam misi itu, Jupiter dan Caine jatuh cinta tapi layak ke askar upahan nak bercinta dengan permaisuri. Nak tahu siapa paling jahat antara 3 beradik ni kena la tengok sendiri. Herher


Caine dalam misi menjejaki Jupiter
Kalique tunjukkan patung ibunya yang menyerupai Jupiter
Balem yang super jahat dan kejam
Hebatkan angkasa dan planet 
Jupiter menjadi pengantin sementara
Titus mahu kahwin dengan Jupiter untuk dapatkan hak bumi dan membunuh isterinya nanti


My Review:

- Ada juga yang tak logik seperti Jupiter kena culik sebab mukanya seiras ibu 3 beradik tu
- Scene kelakar semasa Jupiter kena buat ID sebagai penduduk planet Abrasax pastu boleh ubah wasiat untuk serahkan bumi.
- Serius cantik CGI dan 3D filem ni !!
- Gaun dan dress Jupiter dan pelakon lain memang cantik.
- Masa wedding Titus dan Jupiter, ada mesin untuk buat cincin. Superb la ! 
- Suka tengok group bee's bermain dengan Jupiter.
- Sometimes dialognya agak mengarut dan 'worst' 
- At the end, tergamak Balem bunuh ibu sendiri.    


*3/5

13 comments:

  1. Channing Tatum looks gorgous. Hehe

    ReplyDelete
  2. Nina : sis JM tengok lagi..sesuai tak kalau bawak budak umur 13 tahun tgk citer nih

    ReplyDelete
  3. hmpr nk tgk cite ni tp nuffnang batalkan di saat2 akhir

    ReplyDelete
  4. sy dh tgk citer nih...ok gak...cuma rimas dengan lelaki jahat tu bercakap mcm berbisik...adehhh..hihihih

    ReplyDelete
  5. Ala tak dapat tengok lagi citer nie... Moga pawagam ada kat perlis nanti...

    ReplyDelete
  6. review mcm menarik jer...tapi klu bawa anak mcm x sesuai plak nk tgk citer ni...

    ReplyDelete
  7. hari tu masa nak dekat habis cuti sem adalah gak tengok jupiter ascending ni..mmg bnyk pun worst dialog..saya lagi prefer the vow sebab channing lagi charming n tak nmpk tua...btw rugi pulkak x tgk kingsman,,,harhar

    ReplyDelete
  8. Kena tengok cite ni macam best je..huhu

    ReplyDelete
  9. macam best je. tapi dah lama tak tengok wayang la :(

    ReplyDelete
  10. Tak seswai untuk ditonton dengan kanak-kanak bawah umur ni sebab pakai tempurung je n biasalah omputeh... dressing yang lain pun terlalu tebukak sangat..

    ReplyDelete
  11. Uuu menarik tapi time nak tngok jupiter masa xcun plak. So trus tengok kingsman:)

    ReplyDelete
  12. plan nak tgk ...tapi akhirnya tak tgk2 pun..tskk..

    ReplyDelete
  13. 3 daripada 5 bintang je..so kingsman lagi best arhh

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com