1 Feb 2015

Review Filem : Project Almanac

Salam Readers..

Review Filem Project Almanac | What's up guys! Hari cuti begini seharusnya digunakan untuk menonton wayang. Memang takda kerja lain nak buat. Nafsu untuk shopping ke laut dah. Jangan jelly, mizz nina cuti 3 hari tau. Hehe.. Movie ni lebih kurang macam time machine dan ada kelainan sikit.





Project Almanac bermula dengan watak utamanya, David Raskin yang mendapat tempat di universiti terkemuka di Amerika, MIT tetapi tidak mempunyai cukup wang untuk membayar yuran. Bagi mengelakkan ibunya menggadaikan rumah mereka, dia mencari-cari barang lama milik bapanya (seorang saintis yang telah meninggal dunia 10 tahun lalu), untuk dijadikan bahan reka cipta yang boleh dijual.







Kemudian, David dan adiknya menjumpai kamera di loteng rumah, dipercayai milik bapanya yang menpunyai video hari jadinya yang ke 7. Dalam video itu, David ternampak pantulan dalam cermin yang menyerupai dirinya, lengkap memakai baju dan menyandang beg. 






Setelah menyelongkar barang milik bapanya di makmal bawah tanah, David dan rakan-rakannya menjumpai pelan untuk membina mesin masa yang ditinggalkan bapanya. David kemudiannya mengajak rakannya untuk membina semula mesin masa dan mengembara ke masa silam mereka.


Dengan adanya mesin masa, mereka sekumpulan mahu kembai menikmati zaman remaja mereka yang pernah terlepas. Namun tindakan mereka melawan masa tanpa disedari membawa kepada kejadian buruk.






Filem ini membuatkan remaja yang pintar akhirnya bertukar menjadi remaja yang nakal dan tindakan mereka semakin sukar dikawal. 


Kerana itu, David akhirnya mengambil keputusan membetulkan semula kesilapan dengan memasuki seorang diri ke mesin masa. Nak tahu kesudahan David menyelesaikan masalah kena tengok bagi peminat yang sukakan back to future.







Overall, filem ni tak teruk sangat dan kesemua pelakon baru bawa watak masing-masing. Walaupun tak pernah tengok mereka berlakon tapi not bad dan ada juga unsur lawak time menang loteri tu. Hehee..  


4/5*


Keluar 31 Jan haritu, dah banyak decoration untuk Chinese New Year. Sale pun banyak, dapat juga makan Hershey's Sundae Pie di Burger King. Alangkah manisnya.. boleh potong kaki. Hehe..




18 comments:

  1. Ohhh, boleh consider utk tengok ni :)

    ReplyDelete
  2. Nampak best citer tu, zumal suka yang campur fiksyen sains ^-^

    ReplyDelete
  3. Macam menarik jer.. boleh masuk dalam list wayang nih..

    ReplyDelete
  4. wah mcm best
    hiks tp duit takde ah nak gi tgk movie T_T

    ReplyDelete
  5. idea mesin masa ni kerap sangat kan dengan cerita US ni.. mesti derang teringin sangat nak cipta mesin masa.. haha.. pelakon baru semuanya..

    ReplyDelete
  6. Assalam sis.. salam perkenalan.. follow sini, terjah dari blog Sis Farrah FM..

    ReplyDelete
  7. Nina, akak datang jengah hujung minggu!
    Just for Nina

    ReplyDelete
  8. Wahhh
    ..cam best tengok trailer dia.
    Tapi, suka tengok wayang pun masa study dulu je. Start keja dah x berapa minat.

    ReplyDelete
  9. nina, hadiah dah sampai. thanks :)

    http://rainfallasleep.blogspot.com/2015/02/terima-kasih-hadiah-25-amanina-mads.html

    ReplyDelete
  10. lama dah tak tengok movie..macam best je cite ni

    ReplyDelete
  11. Cerita ni nampak best tapi bahaya sebab banyak aksi yang toooottt.

    ReplyDelete
  12. dah lama rasanya tak tgk movie..hehe

    ReplyDelete
  13. Dah tengok trailer..pasal time travel..cam best je..if u could go back, what would u do??hehe

    ReplyDelete
  14. saya pun dah tengok cerita nih... yg tak suka nya ialah dia bukan drama biasa... dia drama rakaman yg memeningkan kepala sebab asyik bergerak jer

    ReplyDelete
  15. patut laaa tgk muka x familiar. pelakon2 baru

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com