23 February 2015

Made In Penang Interactive Museum (Part 2)


Salam Readers..

Entry part 2 banyak gambar tuan blog. Harap tak juling mata tengok gambar-gambar yang buat readers jeles. Ini adalah tempat WAJIB untuk dikunjung kalau ke Penang. Meh nak sambung cerita dari 'Part 1' . Sesiapa yang berjiwa seni halus mesti suka tempat gini! MIPIM terbahagi kepada 5 bahagian. Kalau part 1 dah explain di bahagian The Great Wall of Penang dan Trick Art Gallery. Part 2 pula pasal Interactive Theater, Miniature Local Trade dan Miniature Weld Quay.



Interactive Theater


Interactive Theater ini bertempat di sebuah bilik kecil dan menyiarkan dokumentari mengenai sejarah Pulau Pinang dan terdapat gambar binatang untuk setiap tahun mengikut kalendar Cina. Masa ini la kena download apps "PlayMe" tu.


Gagah ambil gambar dengan orang lalu lalang
Hebat ketuk kerusi tapi kat screen keluar drum. 
Tahun Arnab
Penternak ayam yang berjaya !
Tahun Naga
2015 Tahun Kambing
Tahun Ular. Hampir nak kena ngap
Tahun Lembu


Gambar menggunakan application 'PlayMe' 




Selepas selesai bergambar dalam bilik canggih tu ala 3D tu boleh naik ke tangga yang atas. Lagi banyak gambar tapi sikit saja upload dalam blog.



Tarikan utama di Made In Penang Interactive 3D Museum.


Sila HASTAG nama saya. EH
Berganding dengan P.Ramlee
Suka tengok ikan kelisa berlawan
Hello Mr. Botak. Nice to meet you
Durian Balik Pulau tetap best


Miniature Weld Quay


Pameran kesibukan Weld Quay dan persekitaran Pulau Pinang semasa zaman Bitish pada zaman dulu. 


Hensem kekasih gelapku


Miniature Local Trade


Pameran kehidupan masyarakat Pulau Pinang pada zaman dulu. Memang kreatif orang yang reka patung-patung ini. Nampak real. Ini area last sebelum keluar dari MIPIM.


Penjual nasi lemak
Apek yang banyak jual durian di Penang ni
Lemang 1 aney. Tak sabar nak puasa nak raya



Apabila kaki masuk ke MIPIM sedikit sebanyak mengimbau sejarah dan gaya hidup masyarakat di Pulau Pinang dalam bentuk 3D. Memang best kalau datang beramai-ramai. Boleh selfie bermacam style !



MADE IN PENANG INTERACTIVE MUSEUM
No 3, Pengkalan Weld,
10300 Georgetown, Penang

Operation Hours :
9 am - 6 pm

Telephone No :
04 - 2626 119

Facebook Page :

Website :


Muka puas, suka, teruja, berpeluh


Setelah penat berselfie selama berjam-jam dalam MIPIM ni akhirnya perut berkeroncong. Pelacong kata nak cari makan di sekitar kawasan Street Art. Apa lagi cari kedai sewa basikal dan kayuh sehingga area berdekatan dengan Fort Cornwallis. Nak masuk Subway sebab ada orang iras Chris Evans. Hensem tapi tak nak ganggu ketenteraman dia nak membaca so kami decided makan di Old Town White Coffee saja. Biasa la tempat faveret Pika. Ngeh.. Ngeh


Tak ada orang sangat
Jemput makan
Sukanya dapat basikal
Entah bila dapat lepak macam ni lagi


11 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

bestnye...nnti nak pergi larr jugak...

Farah said...

Tempat baru ke interactive museum ni?

Jari Manis said...

gambar2 menggunakan effect paly me tu mmg cute

Puteri Wanita said...

cantik la.. sesuai untuk yg suka selfie ni :)

Aisy Nasiha said...

Akak suka gak lawat tempat2 mcm ni.. lain kai kalau ke penang leh la akak try ke sini..

Deanna Morni said...

berposing sakan kan....hahhahahaha...kalau sy mesti kaku

Khai♥Rin : anies said...

mmg tinginnnnn nk g tp dari sabtu hgga smlm sy spend ms kat SP je... x g penang pun ;-)

muhd t halim said...

bestnya... nak pegi gak... anyways jemput tandang
sipanjangkata.blogspot.com

Fiza Rahman said...

Tak pernah sampai penang lagi. Kesian kan.

aswadz said...

menarik gak muzium ni.

tiga lalat said...

Salam. Hee sungguh interaktif muzium.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com