25 February 2015

Sinopsis Drama Suami Sebelah Rumah Lakonan Ayda Jebat


Salam Readers..


Nampaknya peminat Ayda Jebat boleh layan drama lakonan dia ni bersama Izzue Islam pula. TV3 dah ada slot terbaru iaitu Slot Iris dan drama yang bermula 2 Mac ini ialah Suami Sebelah Rumah adaptasi daripada novel yang tajuknya juga sama. Tak sabar nak tengok. 


Poster drama Suami Sebelah Rumah
Izzue Islam dan Ayda Jebat


Sinopsis Drama Suami Sebelah Rumah


Mengisahkan Eryna Hazwan yang mengahwini suaminya yang tinggal di sebelah rumah. Walaupun mempunyai ikatan sah, mereka tidak hidup serumah. Demi memiliki cinta Eryna, Amar Rela menerima syarat Eryna. Namun segalanya tak seperti yang dirancangkan, timbul persaingan sengit di rumah dan di tempat kerja apabila masing-masing ingin memiliki cinta Amar. Sedarkah mereka hati Amar telah dimiliki Eryna? Apakah reaksi Eryna melihat suaminya menjadi rebutan?



Segalanya bermula apabila Azlan yang sepatutnya menjadi suami Eryna, telah membatalkan majlis pernikahan mereka di saat akhir setelah segala persiapan telah dibuat. Amar nekad untuk mencuri hari Eryna sebelum Azlan kembali menagih cinta. Kerana itu, dia memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Kononnya mudah untuk mengurat Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah isterinya.


Amar memang pandai mengambil hati. Sentiasa berusaha untuk memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis yang dah terpikat sepenuhnya terhadap Amar, Eryna perlu buat keputusan. Kedatangan ibu bapa masing-masing menumbulkan huru-hara. Dalam kemelut, Azlan datang menganggu Eryna dan Amar hingga membuat onar menyatakan mereka melakukan maksiat. Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani di hospital yang tak jemu mencanang di hospital yang Doktor Amar tu dia yang punya. Apa terjadi? Kena la tengok drama ini. 




Isnin - Khamis
6.30 PM di TV3 (TAMAT)


9 comments:

Aisy Nasiha said...

Akak tgk kadang2 je tapi nampak mcm best.. alahai.. xsempatla.. walaupun ad rakam tp masanya nk tonton tu xda..

Farah said...

Mesti ramai yang nak tengok cerita ni nanti.

Yana Yani said...

ada nampak iklan dia aritu
ak tahulah dapat follow ke idak
sejak ada anak kecil ni, memang dah bertahun tak follow drama bersiri

anyway saya membalas kunjungan n done follow sini =)
Diari Seorang Mama

Khai♥Rin : anies said...

x dan nk tgk sbb ptg kn x blk keje lg ;-)

p/s nina ramai ke yg da hntr butiran utk dapatkan hadiah??

Dunia Zumal said...

Zumal selalu kalut nak balik semata-mata nak tengok citer nie ^^

Em Albar said...

keren ini film dilihat dari sinopsisnya

Nurul Shahira said...

Dah tengok citer ni. Best jugak. Hehehe. Tapi sebelah rumah Sha pakcik Chinese, tak dapat nak angan-angan mcm gini T_T

Fiza Rahman said...

Tak pernah tgk pon citer ni. Tak sempat.

Puteri Wanita said...

macam-macam tajuk drama melayu sekarang ;)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com