30 Mar 2015

Tikus Masuk Perangkap

Salam Readers..


Benda pertama bila cik tikus terbaring di atas gam gajah pada pagi tadi, rasa macam nak ketawa berdekah-dekah sambil berkata padan muka! Nanti ada pula yang kata aku gila. Mana taknya selama ni pagi-pagi kena buat 5S bersih meja, bersih pc, bersih kasut selipar. Nasib baik haiwan comel tu tak masuk laci. Cik berekor ni kalau berak dan kencing kemain nak tempat tinggi. Tak perasan pula ada orang letak perangkap petang semalam.



Selfie 7.22 a.m.. Mangsa tergoda dengan kepala ikan


Tahun lepas takut terkena kencing tikus bila cik ti ada dalam pantry. Sekor pun dah terjerit-jerit. Tahun ni 4 ekor serentak. Amekaw! Ibu bersama anak-anak sekali masuk perangkap. Patut la banyak hamba Allah dalam ofis suka sedekah makanan T______T


Orang tua pesan, jangan marah tikus nanti lagi dia buat perangai, yang marah tu bertambah lah marah bila tengok meja penuh najis. Aku yang cool pun kena tempias juga. Sadis bila tengok wayar CPU, selipar buruk jadi mangsa dan mouse digigit mouse. At least dapat yang baru. Hehe.. Akhir sekali sepatah 3 kata, perangi tikus habis-habisan. Lawak ke?


Angkara tikus bergigi tajam bak piranha


28 Mar 2015

Review Filem The Divergent Series Insurgent

Salam Readers..


Review Filem The Divergent Series Insurgent | Hi, what's up guys ! Keterujaan untuk menonton sambungan movie Divergent terlaksana. Thanks to my buddies. Kalau korang tak layan sekuel pertama jawabnya nganga jelah dalam wayang tu. Terfikir kenapa Tris potong rambut. Aku suka tengok rambut dia dalam Divergent. 




Sinopsis The Divergent Series : Insurgent :



Insurgent menyambung kisah Divergent dimana penghujung filem itu Tris, Four, Caleb dan Peter sedang melarikan diri dari dikejar pihak Dauntless di bawah arahan Erudite iaitu Jeanine Matthews. Mereka kini berlindung di perkampungan Amity (The Peaceful) sebelum memikirkan langkah seterusnya.


Namun pihak Dauntless si Eric dan bala tenteranya mula menjejaki mereka selepas mendapat maklumat dari Jeanine yang membongkar rahsia kotak yang dapat menyelesaikan masalah Divergent dan kotak itu hanya boleh dibuka oleh seorang Divergent. Semasa melarikan diri, mereka terserempak dengan sekumpulan orang Factionless (pihak pemberontak Divergent). 




Dan subplotnya, mula mengetahui Four atau Tobias Eaton yang membenci parents yang dianggap membuangnya terutama ibu kandungnya, Evelyn Johnson-Eaton yang dikatakan meninggal rupanya masih hidup dan menjadi ketua puak Factionless.


Walaupun sudah beberapa orang berciri Divergent dicuba untuk membuka kotak itu, namun masih gagal. Sudah tentu satu-satunya manusia Divergent yang akan berjaya membuka kotak ialah Tris! Oleh sebab Tris menyalahkan dirinya atas kematian parents dia akhirnya menyerahkan diri kepada pihak Dauntless. 





Scene paling hebat apabila Tris cuba buka kotak tu dan kena lalui 5 ujian yang berkaitan 5 elemen : Abnegation (tak pentingkan diri), Amity (keamanan), Candor (kejujuran), Erudite (kepintaran) dan Dauntless (berani). Kesemua ujian tu sangat hebat, tak semua ahli Divergent akan lepas kecuali kematian. Nak tahu kesudahan kena tengok sendiri! 


Kagum dengan visual CGI yang hebat! Pada aku, masa scene simulasi tu ialah part paling ohsem dalam filem ni. Kalau nak tahu best ke tak Insurgent hanya untuk yang follow Divergent. Bukan apa, bagi yang bermula dengan Insurgent, korang akan rasa slow sebab filem ni bermula selepas tamat Divergent. 





*4.2/5


Keterujaan diteruskan untuk filem ketiga "Allegiant" yang terbahagi kepada 2 bahagian pada tahun 2016 dan 2017. Lama lagi nak tunggu. Berjanggut tu. Hehe


Boleh dikatakan ini filem yang ditonton bagi penghujung bulan March sebelum tiket dikenakan GST! Alamak.. makin mahal ler nak tengok wayang lepas ni. Sob.. sob



Tiket sebelum GST !

Senget memikirkan GST ke atas tiket wayang

Welcome home my gf yang hujung tu dari Sabah. Kami sudah anda bila lagi?



19 Mar 2015

Novel Review Hai, Encik Perfume

Salam Readers..


Novel Hai, Encik Perfume | Kebelakangan ni makin rajin pula tuan blog purple baca novel. Tambah-tambah kalau novel tu dalam proses nak dijadikan filem atau drama. Al kisahnya, terbeli majalah Remaja keluaran muka Ayda Jebat tu. Dua kali pandang ternampak review novel terbaru ni. So, sebelum tengok movie Chappie last week, terjah Popular dan terjumpa novel ni dah tinggal sebiji sebuah. Rejeki aku lettew.





Watak utama memang kelakar, si jejaka memang handsome tapi muka dah macam orang utan dengan misai, jambang ala-ala Capten Jack Sparrow ataupun Wak Doyok dan si gadis pula peguam yang blur dan kena minum susu sebelum tidur. Layannnkan jelaaaa...




 
Kisah seorang peguam 'ter' bercinta dengan pemilik company perfume. Padahal mula-mula Mirr Mediana dan Putra Aiqish benci dan bergaduh setiap kali jumpa. Adegan yang paling suka bab pecahkan cermin kereta Mediana, kesian Honda Civic yang diberi nama Shamsul Yusof. Hahaha


Dah la tiap kali kalau berjumpa akan gaduh lepas tu siap ungkit benda pertama gaduh sebab Aiqish ambil parking Medi, curi susu kotak, langgar kereta Medi. Sweet bila Aiqish panggil cik susu kotak. Haha


Dalam dok bergaduh tak sangkpa pulak Aiqish tu client Mediana, then terjebak pulak kisah putus tunang Mediana dan Aiqish. Ada family conflict bila kawan baik Medi si Ashraff ni rupanya adik kembar tak seiras Aiqish dan tinggal bersama ibunya selepas bercerai dan Aiqish terpaksa bersabar dengan kerenah ibu dan Aizuddin, adik tirinya.


Maya, perempuan yang tergedik kat Aiqish ada heboh pada reporter kononnya dia bakal isteri Aiqish. Ibu Aiqish ni pereka fesyen, ada show dan Medi terpaksa jadi model. Masa itu, Aiqish mengaku Medi bakal isterinya. Kecoh habis.. Nak tahu macam mana Aiqish dan Medi kawin kena baca! Hehe
*4.7/5

11 Mar 2015

Resepi Tiramisu Mesti Cuba

Salam Readers..

Resepi Tiramisu Sedap | Dah lama mengidam dan nak cuba buat tiramisu, tapi baru datang kerajinan nak mem 'baking' tu muncul tiba-tiba. Habis kerja terus serbu kedai menjual bahan kek. Ingatkan nak buat tiramisu ni susah, bila dah buat research sikit dengan makcik google baru lah tau senang je rupanya.  




Bahan-Bahan:


Biskut Lady Finger (ada dijual di kedai kek)
250 ml Whipping Cream
250g Cream Cheese
1/2 Cawan gula castor/ising
Serbuk koko secukupnya
Secawan air nescafe / milo / mocca (yang berkenan)
Air (untuk bancuhan)


Cara-Caranya:


  • Sediakan mixer. Kalau tak ada boleh juga guna cara manual tapi kena gagah perkasa nak memukulnya. Hehee. Campurkan whipping cream + cream cheese + gula ising 



  • Putar dengan kelajuan paling sederhana dulu kalau laju alamatnya terpercik ke muka sendiri. Dah stabil adunan tu, baru la putar laju-laju sampai kembang. Dah siap dok diam.



  • Bancuh nescafe tanpa gula. Celupkan biskut ke dalam nescafe, jangan lama-lama nanti biskut lembik dan hancur di dalam nescafe. Kena celup terus keluarkan.



  • Cara paling selamat, susun biskut dalam bekas dan percikkan air nescafe tu sampai sebati di biskut. Kalau nak mudah gunakan bekas segi empat. Senang nak susun biskut. 



  • Dah siap percik nescafe, letak adunan creem cheese tadi di atasnya. Kemudian letak lagi biskut, percikkan nescafe, letak lagi cream cheese. Kira jadi 2 lapis. Ikut ketinggian bekas tiramisu.


  • Oke dah siap. Ni lapisan paling atas. Boleh masukkan dalam peti sejuk kejap sebelum tabur serbuk koko. Nak tabur terus pun boleh tapi serbuk koko akan meresap dalam cream cheese.

  • Memang sengaja susun biskut tu rongak sebab nak cream cheese memenuhi ruang yang kosong. Baru la ummphhh.



  • Biarkan dalam sejam dalam peti ais. Keluarkan dan tabur serbuk koko di atasnya. Disarankan guna penapis supaya serbuk koko tak berketul-ketul. Taburkan sesuka hati tapi jangan melampau banyaknya, jadi tiramisu pahit pula.


Dah siap boleh makan dan kalau tak nak makan letak balik dalam peti ais. Selamat mencuba ! 

9 Mar 2015

Drama Terlanjur Mencintaimu

Salam Readers..


Demam drama Teman Lelaki Upahan berakhir juga. Kalau rindukan EL atau Ungku Ismail boleh tengok lakonannya di TV1 pula. Kali ni wataknya sebagai Johan Iskandar lagi kelakar. Lebih romantik bila layan isteri. Tuan blog syorkan tengok episod 7, 8 dan 9 . Dalam drama ni UIA menjadi orang kampung, Sepanjang masa berkain pelikat, nelayan dan penternak kambing.


Poster Drama Terlanjur Mencintaimu TV1
Selepas majlis perkahwinan

Sinopsis Terlanjur Mencintaimu :

Mengisahkan ikatan perkahwinan yang didasari atas nama wasiat. Mahu atau tidak, suka atau tidak, mereka terpaksa menunaikan wasiat itu. Johan Iskandar (UIA) mempunyai 2 sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha (Reen Rahim). Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab ingin tahu kenapa atoknya membawa diri ke kampung oleh kerana ayahnya, Izhar.


Janji Tok Din kepada Syaifullah akan menjodohkan cucu mereka bila besar nanti. Ia bermula setelah Tok Din meninggal dunia dan mewasiatkan cucunya Tengku Hanis berkahwin dengan Johan, cucu Syaifullah, kawan baik a.k.a rakan kongsi bisness.


Jika Tengku Hanis menolak perkahwinan ini keturunan Tok Din tidak boleh mengambil satu sen dari kekayaan STH Holding. Orang sangka STH adalah syarikat Tengku Hasanuluddin tapi sebenarnya mereka menjadi rakan kongsi. Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut ditinggalkan. 


Perkahwinan itu melukakan hati Intan, gadis yang sukakan Johan di kampung. Intan kemudian belajar di KL dan menjadi jururawat. Selepas Johan dan Hanis berkahwin, mereka tinggal di kediaman Tengku Hanis dan Johan mengambil alih tugas bapa mertuanya Tan Sri Tengku Hishamuddin sebagai CEO di STH seperti yang diamanahkan oleh arwah Tok Din. Dalam diam Hanis sudah terlanjur mencintai suaminya. Mereka berbulan madu di Kelantan dan bertemu Ashraf, bekas kekasih Hanis. Johan berusaha menceriakan isterinya. 


Wasiat Tok Din ada 'due-date', Johan dan Hanis mesti mempunyai zuriat dalam masa 2 tahun. Jika tidak segala harta akan jatuh ke badan kebajikan. Disaat Hanis sarat mengandung dan tarikh luput semakin hampir, dia keguguran kerana dendam Mak Lijah, ibu Intan. Akhirnya, sehari sebelum due-date wasiat itu, Hanis bersalin anak kembar. The End..

Intan, Johan dan Hanis
Abang sado?
Johan bawa bini lepak Pizza 
Kelakar Johan ni

Dating di Kelantan
Scene honeymoon
Sweetnya
Pandang bini tengah packing
Pindah rumah masa ni


26 Episod
Sabtu - Ahad
7.00 - 8.00 malam

di TV 1 (TAMAT)

8 Mar 2015

Biodata Ungku Ismail Aziz

Salam Readers..


Biodata Ungku Ismail Aziz | Selepas melayan drama Teman Lelaki Upahan, demam EL dan Kyra Lydia mendadak naik. Dah jatuh hati dengan Ezwan Lutfi. Kali pertama tengok drama lakonan Ungku Ismail. Memang berbakat dia ni. Dalam novel lagi sweet sour. Sekarang juga tengah layan drama UIA dalam drama Terlanjur Mencintaimu. Memang dia sesuai bawa watak kelakar. Nantikan drama terbaru bersama Raja Ilya dalam Bodyguard




Biodata Ungku Ismail Aziz
Pelakon Drama Teman Lelaki Upahan :


Nama Penuh : Ungku Ismail Bin Ungku Abdul Aziz


Umur : 31 Tahun (2016)


Tarikh Lahir : 26 Disember 1985


Asal : Johor Bahru


Adik Beradik : Anak bongsu daripada 3 beradik (2 Perempuan 1 Lelaki)


Tinggi : 185 cm


Berat : 80 kg


Pendidikan : SMK Dato Jaafar, JB

BTEC - Higher National Diploma, Mechanical Engineering (2003-2005) International University College of Technology Twintech

Bachelor (Hons.), Mechanical Engineering (2007-2009) - University of Strathclyde, Glasgow, Scotland, United Kingdom


Karektor : Suka memerhati dan suka berfikir


Pengalaman Kerja : 

Drama Director/Writer for Ramadhan Terakhir (2010)

Assistant Director for Telemovie Ratu Cinta (2010)

Actor & Assistant Director for Telemovie Tok Bah (2010)

Actor & Assistant Director for Cik Kiah Kole Kacang (2011)

Actor & Assistant Director for Telemovie Isteriku Zulaikha (2011)

Director & Writer for TV Drama - Antara Garisan (2012)


Kerjaya : Pelakon, Pengarah & Penulis Skrip

Pencapaian : Tersenarai untuk Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 2010 untuk Telemovie Antara Garisan

Warna Kegemaran : Hijau, Putih & Kelabu

Makanan Kegemaran : Ayam dalam semua jenis masakan especially ayam masak merah, tak makan beras putih kecuali beras perang, tidak makan sayur kecuali brokoli.

Hobi : Bermain video game, main gitar, membuat lirik dan membaca buka termasuk buka jenis ensiklopedia sebab suka membuat kajian.

Aktiviti : Suka berenang dan juga berehat di rumah sambil berbual dengan ibu.

Teman Wanita : Seorang Akauntan *masih rahsia identiti

Profil Rasmi Insta : UngkuIsmailAziz 


Drama : Apabila Kau Tersenyum, Dunia Baru 1 & 2 (2004-2005), Saka Jentayu (2010), 3 Janji, Antara Garisan, Tetamu Rindu, Sakti Delima (2010), Tihany (2011), Andai Ku Tahu (2012),  Kashaf Imani, Kisah Cinta (2013), SyurgaMu Ramadhan (2010), Cici & Roy, Debunga Lalang (2013), Terlanjur Mencintaimu, Teman Lelaki Upahan, Bodyguard, Isteriku Bukan Tukang Masak

Telemovie : Antara Garisan (2009), Sutun 2 (Dec 2014 - Jan 2015), Cinta Si Bunga Tembam (2011), (Skizo (2012), Redha dan Pasrah (2013), 

Filem : Pesona...Ter. (2012)





Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com