30 March 2015

Cik Tikus Masuk Perangkap


Salam Readers..


Benda pertama bila cik tikus terbaring di atas gam gajah pada pagi tadi, rasa macam nak ketawa berdekah-dekah sambil berkata padan muka! Nanti ada pula yang kata aku gila. Mana taknya selama ni pagi-pagi kena buat 5S bersih meja, bersih pc, bersih kasut selipar. Nasib baik haiwan comel tu tak masuk laci. Cik berekor ni kalau berak dan kencing kemain nak tempat tinggi. Tak perasan pula ada orang letak perangkap petang semalam.



Selfie 7.22 a.m.. Mangsa tergoda dengan kepala ikan


Tahun lepas takut terkena 'kencing tikus' bila cik ti ada dalam pantry. Sekor pun dah terjerit-jerit. Tahun ni 4 ekor serentak. Amekaw! Ibu bersama anak-anak sekali masuk perangkap. Patut la banyak hamba Allah dalam ofis suka sedekah makanan T______T



Orang tua pesan, jangan marah tikus nanti lagi dia buat perangai, yang marah tu bertambah lah marah bila tengok meja penuh najis. Aku yang cool pun kena tempias juga. Sadis bila tengok wayar CPU, selipar buruk jadi mangsa dan mouse digigit mouse. At least dapat yang baru. Hehe.. Akhir sekali sepatah 3 kata, perangi tikus habis-habisan. Lawak ke?


Angkara tikus bergigi tajam bak piranha


12 comments:

reenapple said...

Dasyat. ...

Rumah aku ada kucing pun tak membantu. Tikus masih berkeliaran. Haha

aRz MoHa said...

cikT akan datang bila ada makanan yang tidak dsimpan baik atau sampah dibiarkan semalaman

Farah said...

Oh wow. Geli pula bila tengok gambar tikus tu.

Penablog said...

Kejadian yang mirip dengan dirumah sy mba, lubang2 udah ditutupin tapi tikus tetep aja bisa masuk & solusinya langsung beli lem tikus

aswadz said...

kat office ke? ingat kat rumah...

jeBateja said...

Takut plak kita tgk tikus tu.....beso...

Siti Yang Menaip said...

makaaaaih.. alaaa huurm.. alaaa.. tau tikus jahat tapi alaaa.. huurm.. ahahaha..

Qaseh Vee said...

tgk tikus tu kesian tapi bila fikir kencing tikus ... terpaksa lah kan ...

Puteri Wanita said...

eiii... gelinya... memang padan muka masuk perangkap :p

izzeyda said...

kat umah hari tu beli ada beli perangkap tikus jenis kayu yang siap ada gam.. harga dalam RM10 untuk dua kayu.. bau gsm dia pun wangi, ok laa..

Khai♥Rin : anies said...

tingast tikus kn gak perangkap mcm ni ms keje kt subang dulu ;-)

Fiza Rahman said...

Euuwwww...gelinya tengok. Kat office ni pon banyak tikus.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com