11 March 2015

Resepi Tiramisu Mesti Cuba


Salam Readers..

Resepi Tiramisu Sedap | Dah lama mengidam dan nak cuba buat tiramisu, tapi baru datang kerajinan nak mem 'baking' tu muncul tiba-tiba. Habis kerja terus serbu kedai menjual bahan kek. Ingatkan nak buat tiramisu ni susah, bila dah buat research sikit dengan makcik google baru lah tau senang je rupanya.  






Bahan-Bahan:


Biskut Lady Finger (ada dijual di kedai kek)
250 ml Whipping Cream
250g Cream Cheese
1/2 Cawan gula castor/ising
Serbuk koko secukupnya
Secawan air nescafe / milo / mocca (yang berkenan)
Air (untuk bancuhan)


Cara-Caranya:


  • Sediakan mixer. Kalau tak ada boleh juga guna cara manual tapi kena gagah perkasa nak memukulnya. Hehee. Campurkan whipping cream + cream cheese + gula ising 



  • Putar dengan kelajuan paling sederhana dulu kalau laju alamatnya terpercik ke muka sendiri. Dah stabil adunan tu, baru la putar laju-laju sampai kembang. Dah siap dok diam.



  • Bancuh nescafe tanpa gula. Celupkan biskut ke dalam nescafe, jangan lama-lama nanti biskut lembik dan hancur di dalam nescafe. Kena celup terus keluarkan.



  • Cara paling selamat, susun biskut dalam bekas dan percikkan air nescafe tu sampai sebati di biskut. Kalau nak mudah gunakan bekas segi empat. Senang nak susun biskut. 



  • Dah siap percik nescafe, letak adunan creem cheese tadi di atasnya. Kemudian letak lagi biskut, percikkan nescafe, letak lagi cream cheese. Kira jadi 2 lapis. Ikut ketinggian bekas tiramisu.


  • Oke dah siap. Ni lapisan paling atas. Boleh masukkan dalam peti sejuk kejap sebelum tabur serbuk koko. Nak tabur terus pun boleh tapi serbuk koko akan meresap dalam cream cheese.

  • Memang sengaja susun biskut tu rongak sebab nak cream cheese memenuhi ruang yang kosong. Baru la ummphhh.



  • Biarkan dalam sejam dalam peti ais. Keluarkan dan tabur serbuk koko di atasnya. Disarankan guna penapis supaya serbuk koko tak berketul-ketul. Taburkan sesuka hati tapi jangan melampau banyaknya, jadi tiramisu pahit pula.


Dah siap boleh makan dan kalau tak nak makan letak balik dalam peti ais. Selamat mencuba ! 

21 comments:

Khai♥Rin : anies said...

awat x keluaq??

Fiza Rahman said...

Mana resepinya sis. Kosong jer nih ☺

Aku Penghibur said...

mana resepinya ??

helmy rose said...

tq :)

Zizie Zack said...

sedap x? meh la sikit kat zizie, kak nina.. ekeke

Scdha Sein (SS) said...

Wow.. Hebat pandai masak sendiri...

timm bill said...

uih, sedapnya..yum3..

tiga lalat said...

Salam. Hee timekaseh singgah2 jenguk2 komen2 blog lama saya itu, tp sy dh pindah blog yee., ;p

http://tigalalat.blogspot.com/

Asha Lya said...

Pernh lya try buat memg sdp

Pha Is said...

teddia.... buat resepi plak.. hehe

Kakzakie said...

Hmmm... memanglah sedap ni Nina. Nantilah kakak suruh anak kakak buat:)

Deanna Morni said...

nyummm....sedapnyeeeee

Puteri Wanita said...

nyum~ nak sikit. terliur tengok :)

Dunia Zumal said...

Sedapnya... pos sini sama ^^

Cetusan Minda said...

pd masa sis ada semua bhn tu kecuali biskut , sis tak tahu yg ianya blh wat tiramisu ... waaaaaaaa

Farrah MF said...

Yummmmyyyyyyyy! Hantar kat akak sepotong boleh? :)

Siti Yang Menaip said...

tudiaaaa cream cheese yang menggoda.. onomnom saaangat haih.. mesti pakai biskut lady fingers saja ye ? first time tengok biskot tu..

aRz MoHa said...

wow weeee nampak sedap tu...

Mime MF said...

eh senang je nk bt..nyum²..

Nurul Shahira said...

Oh, cara tulis step-by-step macam senang. Harus cuba nih! Hehe :)
Tapikan, tiramisu jual kat luar mahai nau!

izzeyda said...

senang dan sedap nih..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com