4 March 2015

Sinopsis Drama Hati Perempuan (Slot Akasia TV3) Lakonan Mia Ahmad


Salam Readers..

Drama Teman Lelaki Upahan sudah pun ending dan EL hidup bahagia bersama Kyra Lydia. Tiba masanya melayan drama Hati Perempuan pula. Hero dan heroinnya sudah dikenali. Pelakon dari drama Love You Mr Arrogant dan Rindu Awak 200%.  Mesti kenal Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad yang jadi tunang Zill Faezrul. Pernah berlakon bersama dalam Romi Cinta Julia. Drama yang bakal menggantikan HP pula Dia.. Isteri Luar Biasa 18 Mei ini ! 






Sinopsis Drama Hati Perempuan :

Mengisahkan Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari. Bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala Tengku Zaril (Syarul Ridzwan), jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhanis.  


Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan. Entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan selalu saja mereka berselisih faham sewaktu berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus (Hafreez Adam). Namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.


Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya selain Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya menerima pinangan keluarga Tengku Zaril. 


Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam dan Daniel, bekas kekasihnya. Bakal bersatukah 2 jiwa ini jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar manakala Yuhanis masih berpaut pada cinta lama?

Yuhanis kahwin dengan Tengku Zaril


2 comments:

fariza rahman said...

Rasa macam plot sama yang di ulang2... hehehe....
tapi nak buat macam mana...
rata2 orang suka plot macam ni.. :)

Khai♥Rin : anies said...

sekali tgk mcm uqasha senrose ;-) pompuan ni

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com