2 Apr 2015

Review Filem : Fast And Furious 7

Salam Readers..

Review Filem Fast & Furious 7 | Macam-macam perasaan ada bila start nak book tiket. Sayu pun ada tapi memang tak dijangka hampir kesemua waktu tayangan seat hampir FULL. Akhirnya waktu orang balik kerja juga belum full.


Furious 7 sudah sampai ke tahap paling superb dalam francaisnya. Tak percaya lagi filem yang diarahkan James Wan, anak kelahiran Malaysia sudah berubah. Lupakan perlumbaan kereta kerana Furious 7 sudah bermutasi menjadi filem aksi non stop paling gila dalam sejarah!




Selepas mengalahkan Owen Shaw dan mereka dapat kembali ke Amerika dan hidup normal. Brian mula membiasakan diri dengan kehidupan sebagai seorang bapa, manakala Dom cuba membantu Letty pulihkan ingatan dengan mengajaknya berlumba dan ke kubur lama beliau. Di London, abang Owen, Deckard Shaw pecah masuk ke hospital dan melihat adiknya koma dan lumpuh dan ingin membalas dendam kepada crew Dom.


Deckerd ke pejabat Luke Hobbs untuk mendapatkan profil krew Dom. Mereka bergaduh dan pejabat diletupkan. Hoobs menyelamatkan pasangannya, Elena Neves. Jatuh atas kereta tu. Bapak sakit! Mia hamil lagi dan bom dalam kotak dihantar ke rumah mereka dari Tokyo, memusnahkan rumah Toretto hanya beberapa saat selepas Han dibunuh oleh Deckerd di Tokyo. Dom melawat Hobbs di hospital dan dari situ dia tahu puncanya. Dia juga ke Tokyo menuntut mayat Han.




Pasukan ops rahsia diketuai Frank Petty memberitahu Dom pasukan dia akan membantu Dom menghentikan Shaw jika crew Dom membantu Petty untuk mengelakkan Jakande dari mendapatkan God Eye (program yang boleh mengesan orang tertentu) dan menyelamatkan programmer/penggodam bernama Ramsey. 


Untuk menyelamatkan Ramsey, crew Dom terpaksa airdrops kereta ke Pergunungan Caucasus untuk serang hendap konvoi Jakande dan menyelamatkan Ramsey. Mereka menuju ke Abu Dhabi, dimana seorang jutawan telah menyimpan God Eye. Bayangkan kereta mahal terbang dari satu bangunan ke bangunan lain. Kalau nak tahu kesudahan ending Furious 7 wajib tengok. Endingnya agak sedih T_____T




#My Review:

  • Memang crew Furious 7 airdrops kereta mereka. Hebatkan !

  • Tak faham dari mana datangnya Deckard Shaw tu? Personalitynya sebagai assassin keluar masuk macam he is the most difficult villain to defeat! Susah nak mati.

  • Mana datangnya anak Hobbs ni? Ingatkan dia kahwin dengan Elena tu. Tak tahu pun. Eh yeke?

  • Kemunculan Tony Jaa sebagai cameo dari Asia. Hero Ong Bak tu. Walaupun agak pelik sebab mamat ni bercakap siam dalam beberapa scene, babak pertarungannya memang terbaik! 

  • Iggy Azalea pun ado dalam 1 scene. Cewahh.. 

  • Selepas bangunan runtuh dikerjakan Dom dan Deckerd semasa berlawan. Dom masih lagi boleh hidup even selepas car crash nampak sangat tak logik. 

  • Ramon tetap menjadi pak lawak dalam setiap francais Fast Furious. I loike!

  • Tak lupa tragedy kehilangan Paul Walker. Filem ni berjaya menghidupkan Paul tanpa sedar ianya gabungan stand-in (adik Paul Walker), CGI dan penggunaan babak-babak yang tidak dipakai dalam filem sebelum ni. Walaupun dapat catch scene wajah CGI Paul yang kurang menjadi especially (scene pantai). Yang lain, terbaik!


*4.5/5



Aku gerenti semua akan sebak dengan ending filem ni yang memang tribute khas untuk Paul Walker. Moment yang mengembalikan kenangan filem Fast and Furious pertama tahun 2001 itu antara scene yang sangat simbolik untuk melepaskan pelakon itu pergi dan takkan kembali lagi.


Furious 7 ialah total action-packed with car chase. Sebuah filem aksi yang menjadi filem ala 007 with cars. Ahaks.. Akan datang Furious 8! Tak rugi belanjakan duit beli tiket berasaskan GST :)


Wayang pertama selepas GST ! Ada bezakah?

7 comments:

  1. Betul tu nina. Ada babak yang tak nampak paul kat situ. hurm. Of course, at the last ending, memang sebak. dengar lagu see you again tu pun, sebak giler. T_T, pergi tak kembali. Sedihnya PG ;(

    ReplyDelete
  2. i love this film.. sebak juga bile csene last tu. semiotik sangat

    ReplyDelete
  3. ehe, ada tgk jugk mnggu lepas..tu pun midnite movie sbb yg len semua penuh..

    ReplyDelete
  4. elena kan ex-dom.. dia dgn hobs bukan ada apa2.. hehe...
    tapi bagi saya, yg no. 6 lagi best.. no. 7 ni best sbb memperingati mendiang paul walker..
    lepas tu baru2 ni vin diesel cakap fast furious 8 akan keluar nanti.. hmm..

    ReplyDelete
  5. anak nak tengok filem nih.. tapi bila cakap 18+ tak dapat laa nak bawak diaorang tengok filem nih..

    ReplyDelete
  6. smpi ke hari ni lom tgk lg waaaaaaaaaaa

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com