26 April 2015

Minyak Wangi : Perbezaan Di Antara Parfum, EDP, EDT Dan EDC


Salam Readers..


Istilah Minyak Wangi | Perbezaan Di Antara Parfum, Eau de Parfume, Eau de Toilette dan Eau de Cologne. Sudah hampir sebulan GST. Meroyan macam mana pun kena juga. Meh nak kongsikan tips kalau nak membeli minyak wangi. Mesti nak tahan lama dan jimat duit beratus-ratus beli minyak wangi berjenama. Mana kerlass pakai minyak atar. Hahaha




Siapa kaki minyak wangi angkat ibu jari ! Yeahhh kita sama team.. Ada lagi yang tak tahu makna disebalik botol-botol wangi tu. Benda ni sudah diajar dari zaman sekolah. Kalau dulu sembur Eau de Cologne ke skolah. Dulu pakai Disney tak pun Avon. Hihi






Parfum (Pure Perfume)

- Kadar pati mencapai 20%-30%, dan asli tanpa campuran alkohol. PARFUM adalah pati minyak wangi yang paling kuat dan paling mahal. Tahan lebih lama sehingga 6-8 jam bergantung kepada jenis kulit. Jika mengenakan wangian ini, bau harum boleh dihidu dari jarak jauh. Jangan semburkan ke baju kerana teksturnya yang berminyak meninggalkan kesan. Cukup oleskan di nadi dan belakang telinga. 


Eau de Perfume 

- Kadar pati 15%-20%. Mengandungi pati yang kurang pekat dari Parfum. Tahan sehingga 4-5 jam. Mempunyai kandungan alkohol yang sedikit, aroma wanginya tahan lama dan kuat. 



Eau de Toilette 


- Kadar pati 2%-4% . Minyak wangi tahan sehingga 2-3 jam. Kandungan alkoholnya kurang sedikit berbanding dengan cologne. Untuk kesegaran yang tahan lama, wangian jenis ini adalah pilihan yang sesuai kerana aromanya lembut.


Eau de Cologne 

- Kadar pati cuma 3%-5% . Minyak wangi paling lembut dan kebiasaannya sesuai untuk lelaki. Tahan sehingga 2 jam.



My Fav - EDP Estee Lauder Pleasure Intense

14 comments:

Cetusan Minda said...

sis lah org plg tak tahu pasal minyak wangi ... baca kat sini baru tahu ...

Cetusan Minda said...

sis lah org plg tak tahu pasal minyak wangi ... baca kat sini baru tahu ...

Farah said...

Baru tahu segala perbezaan dia. Selama ni memang tak tahu pun.

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam nina,
iols paki minyak wangi cap sendiri sajork he3

Farrah MF said...

Terperinci penerangan Nina. Akak biasa pakai EDP :)

Khai♥Rin : anies said...

sy tgh giler VS bombshelll perrghhhhhhh

Fiza Rahman said...

Owh...baru tau ☺

izzeyda said...

pernah jugak buat entry pasal perfume nih.. ermm kalau orang yang suka pakai perfume, harus tau semua nih..

Jari Manis said...

rupanya ada beza eh Parfum, Eau de Parfume, Eau de Toilette dan Eau de Cologne..baru kome tahu

Deanna Morni said...

sy suka pakai EDP....bau dia tahan lama...tp betul ikut jenis kulit....lain kulit...lain bau...hihhihhi

Siti Yang Menaip said...

yeaah !! i suka parfum n EDP.. hehehe.. tapi kite tak pakai mahal2.. kite pakai body shop nye je.. boleh sembur banyak2 wakakaka..

aswadz said...

hehehe... aku jual perfume. nak beli. kih3... seronok juga bila ada org buat entri psl perfume.

Hajar Mohamed said...

Sy ada jual original perfume tester.. berminat boleh laa pm

Gema Parfum said...

Terima kasih infonya gan.
Ditunggu postingan2 berikutnya.
Thanks

Gema Parfum
Tahan lama EDT atau EDP.

----------

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com