24 Apr 2015

Review Novel : Dia.. Isteri Luar Biasa (Slot Akasia TV3)

Salam Readers..

Novel Dia.. Isteri Luar Biasa | Akan datang selepas drama Hati Perempuan! Ya Ampun.. memang kelakar, sweet, romantik watak Raden Amzar tu. Masih adakah dalam dunia realiti lelaki macam tu. Okay sebelum melting tengok Shukri Yahaya as Raden. Meh nak review novel drama ni dulu. Hehe.. 


Dia.. Isteri Luar Biasa adaptasi ke drama


Sinopsis :

Mengisahkan Dewi Yusra. owner restoran Cik NAB (Nasi Ayam Bonda) yang anti-lelaki disebabkan trauma. Ibunya diseksa oleh ayahnya ketika dia masih kecil dan sejak itu dia berdendam dengan kaum Adam. Namun, naluri wanita siapa boleh kawal? Dia inginkan zuriatnya sendiri untuk mewarisi perniagaannya dan menjaganya lantas dia mencari calon suami sementara, suami yang akan ditinggalkan setelah berjaya melahirkan anak. 



Raden Amzar - seorang Prof Madya memenuhi kriteria suami sementara Dewi. Mereka berkahwin kerana satu insiden 'berkhalwat' plan Dewi sendiri. Sebenarnya plan orang lain. Bagi Amzar, Dewi merupakan 1 tanggungjawab untuknya dan dia memang sudah lama jatuh cinta dengan Dewi Bravo (gelaran yang Raden Amzar beri pada Dewi Yusra) semenjak dia melihat aksi Dewi membelasah suami kawannya yang curang ketika berhenti di traffic light. 



Perkahwinan Dewi dan Raden buat di London yang pada mulanya agak mencabar kerana Dewi gugup dan takut untuk memulakan hubungan dengan suaminya walaupun dia sendiri merancang untuk jadikan lelaki itu suami sementaranya. Boleh pulak pakai seksi-seksi dan pura-pura masuk bilik Raden. Mereka ni memula kawin tidur bilik asing. Itu cara Dewi ngorat Raden. Memang Raden pun syok kat Dewi. Namun berkat usaha dan kesabaran Raden Amzar, Dewi mula berubah dan mula mencintai suaminya. 



Akhirnya Dewi disahkan mengandung. Kononnya nak lari dari Raden tapi Dewi mengalami alahan yang teruk sampai kena tahan di hospital. Baby nakkan abahnya saja. Hehe.. Dewi diperkenalkan dengan Ummi tapi kakak ipar pula buat hal. Terlebih garang dari ibu mertua. 



Dewi siap boleh lelong suaminya lagi. Nak bercerai lepas anak lahir memang tak la Raden nak lepaskan begitu saja plus Raden Dewi Amani sampai demam rindukan abahnya bila Dewi bawa lari ke Taiping. Nak tahu tunggu nina review lagi. Hehe.. 

Raden Amzar dan Dewi Yusra

7 comments:

  1. lepas ni byklah drama yg menggunakan tajuk isteri pulak ... heee

    ReplyDelete
  2. mihmih.. ada lagi ke laki cemtu =P

    ReplyDelete
  3. macam-macam la TV3 ni kan ... semuanya drama suami isteri :)

    ReplyDelete
  4. bertambah pemes laa umie nadzimah ni...

    ReplyDelete
  5. Rasa mcm nak beli plak novel ni.

    ReplyDelete
  6. sinopsis novel pun macam best.. nak tengok drama nya nanti best ke tak?

    ReplyDelete
  7. byk drama skrg ni di adaptasi dari novel

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com