8 May 2015

Fakta Menarik Avengers Age Of Ultron


Salam Readers..


Movie box office mesti ada fakta menarik Avengers Age of Ultron. Walt Disney mendedahkan 'fakta menarik' tentang filem arahan Joss Whedon ini. Dapat tengok movie yang sama 2x bukan pelik's bagi aku. Masuk kali ni 3x dah tengok ulangan movie yang sama. Terima kasih Wak Doyok kerana belanja plus aku teman dia. Masa tengok "Avengers" dengan Nana hari 1st tayangan, mamat tu busy dengan kerja hartanah di office. Kesian.. 


Adiwira Avengers


Ada 12 fakta menarik yang aku baru tahu tentang movie ni:


1. Hulk akhirnya memakai seluar elastik baru. Bruce Banner perlu memakai seluar itu dalam pakaian biasa. Seluar itu merupakan persediaan sekiranya dia bertukar kepada Hulk. Tiada lagi situasi memalukan selepas menjadi lelaki biasa. 



2. Engineering Tony Stark telah diupgrade. Hawkeye telah mendapat senjata yang mempunyai pelbagai jenis anak panah baru, bergantung kepada kegunaannya. Warna anak panah dari hitam klasik bertukar kepada merah dengan peranti infrared dan sonik sighting. Tabung anak panah Hawkeye telah berubah secara automatik, pantas dan menyimpan 9 anak panah. 



Captain Amerika with new suit


3. Perisai Captain America dinaik taraf. Mampu kembali kepada tuannya sama seperti tukul Thor dan sut Iron Man. Diubah suai dengan elemen magnetik membuatkan ia melekat pada sarung tangan Captain Amerika. 



4. Pereka produksi, Charles Wood telah membina Menara Avengers yang baru, yang merupakan set terbesar pernah dibina Marvel. Terdapat tingkap kaca yang besar berlatar belakang New York City dan juga hangar untuk Quinjet.



5. Black Widow telah mendapat cota pertempuran baru ciptaan Stark berasakan Sticks Escrima. Cota ini mampu menghasilkan kejutan elektrik berkuasa tinggi. 



3 orang pelakon lagak ngeri untuk watak Black Widow


6. Tiga orang stunt diupah bagi melakonkan babak aksi Black Widow kerana Scarlett sarat mengandung. Ini menyebabkan kekeliruan di kalangan krew kerana wajah ketiga-tiga mereka mirip Johansson.


7. Watak baru adalah Vision, sebelum ini Jarvis dalam Iron Man. Vision merupakan bentuk kehidupan buatan yang unik. Kuasa Vision merupakan asas kuasa baru untuk team Avengers.


8. Avengers Tower direka dan dibina oleh Stark, merupakan tempat ahli Avengers berkumpul, merancang, menjalankan perniagaan, berehat atau kajian. Terdapat ruang tamu, 3 makmal serta bilik mesin, gym, kawasan rehat dan bilik persalinan.



James Spader sebagai Ultron 


9. James Spader menggunakan suara semulajadinya tanpa pelat dan suaranya tidak diubah ketika membawa watak robot jahat, Ultron. 



10. Quinjet direka semula dengan reka bentuk ketenteraan dan pilot boleh melihat pemandangan persekitaran yang luas semasa terbang. 



11. Sebahagian babak di Seoul telah digunakan kapal terbang drone dan kereta kawalan jauh untuk meletakkan kamera di tempat yang tidak dapat dicapai oleh pengendali kamera atau helikopter. Mendapatkan khidmat adik bradik Menstru Pa (Juara Kebangsaan Korea dalam kejohanan kapal terbang drone) dan Pak Min Keu (Juara Kebangsaan Korea dalam lumba kereta kawalan jauh).



12. Asalnya watak jahat dinamakan 'Thanos' tetapi director mengubah kepada Ultron. Thanos bakal muncul dalam Avengers : Infinity Wars Part 1 & 2. 



Haa mesti tak sabar nak tunggu 2 tahun lagi kan. Dah habis baca boleh jamu mata tengok tom yam Secret Recepi yang tak berapa nak sedap ni. Huuuu



Tom Yam Secret Resepi. Jemput makan semua

12 comments:

aRz MoHa said...

fakta yang menarik perlu diketahui

aRz MoHa said...

terutama peminat avengers

Hafizin Jamil said...

Baca yang 12 ni rasa macam best pula cerita avengers ni walaupun yang latest ni tak tengok lagi. haha

Aisyah Az said...

yang menambat kalbuku tetap tom yam secret recipe. hahaha

ecah tak layan sangat avengers sebab tak tengok yang first punya. terus rasa macam baik tak yah ambik tahu. but at least lepas ni boleh sembang kencang dengan kawan sebab entry kak nina ni daebak. haha


Khai♥Rin : anies said...

Smpi 3 org tu!!

izzeyda said...

pernah jugak masa study dulu ulang tengok filem yang sama 2-3 kali.. hehehe.. ermm tengok tomyan tuh pun macam tak best jer..

Siti Nurzafirah said...

Yang ni macam bosan as compared to yang first one.. nguap banyak kali... ke den yang tak reti tengok cerita.. hehe

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam nina,
macam best jer citer ni kan3

Dunia Zumal said...

Teringin nak tengok filem nie... Hehe tunggu masuk tv ^-^

Puteri Wanita said...

tertarik dgn review last sekali ... nampak pun tak sedap tomyam dia, killer dia cheese cake je kan :)

aswadz said...

tiba2 rasa mcm nak tgk lg avengers ni.

Jari Manis said...

x tgk lagi

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com