15 May 2015

Review Filem Mad Max : Fury Road

Salam Readers..


Review Filem Mad Max : Fury Road | What's up girls ! Sesiapa yang tak layan movie 'gila-gila' dan 18X dilarang menonton. Tengok trailer dah cukup :P Bukan apa banyak sangat aksi dan aku rasa hero movie ni je yang normal. Lama tak tengok lakonan Charlize Theron. Siapa suka tengok dia dalam The Italian Job. Put your hand up.. Mad Max : Fury Road adalah filem ke 4 franchise Mad Max (1979)



Mad Max : Fury Road



Sinopsis :


Selepas perang nuklear, dunia menjadi tanah terbiar padang pasir. Max Rockatansky, yang masih hidup ditangkap oleh War Boys, tentera pemimpin zalim, Immortan Joe. Max dipenjara dan digunakan sebagai "beg darah" untuk seorang tentera sakit, Nux. Zaman dimana petrol dan air adalah komoditi yang terhad. 


Imperator Furiosa memandu trak War Rignya untuk mengumpul petrol. Furiosa mula mengubah haluan dan Immortan Joe mula menyedari 5 isteri (wanita yang dipilih untuk pembiakan) sudah hilang. Joe membawa seluruh War Boys mengejar Furiosa. Nux menyertai tentera dan membawa Max yang diikat depan bonet keretanya untuk membekalkan darah. Pertempuran bermula sehingga Furiosa memandu ke dalam ribut pasir. Nux cuba mengorbankan dirinya dan Max menahan plan gila Nux. 


Citadel
Max as blood bag
Gila la sanggup mati
Ribut pasir yang menyeramkan



Selepas ribut, Max melihat Furiosa membaiki Rig Warnya bersama 5 wives (Splendid, Capable, Cheedo, Toast dan Dag). Max merampas Rig, tetapi trak itu telah diset suis dan enjin mati. Max berat hati akhirnya bersetuju bergabung tenaga dengan Furiosa bersama 5 wives melarikan diri dari Joe. 



Furiosa memandu ke wilayah geng Bikers, dan bersetuju untuk memberi petrol. Malangnya, Joe dan War Boys menyerang dan Furiosa melarikan diri manakala Bikers geng meletupkan bukit untuk menyekat Joe. Ketika Joe cuba menembak Furiosa, Splendid yang sarat mengandung melindungi Furiosa. Akhirnya, Splendid terjatuh dari Rig kerana berlanggar dengan kereta Joe. Mereka ke 'tanah hijau'.


Kuat Tom Hardy angkat Nux 
1 tangan pun boleh punch muka Max
5 Wives yang seksi.. jangan tengok Zoe tu. Haha



Furiosa sampai ke tempat puaknya yang hanya padang pasir tanpa tanaman. Max memilih untuk membawa haluan sendiri dan membiarkan Furiosa, Nux, Wives dan puaknya menaiki moto tanpa arah tujuan. Selepas melihat vision anak perempuan yang telah mati, Max menyakinkan Furiosa dan geng kembali ke Citadel, yang mempunyai air dan tanaman yang mencukupi. Mereka kembali bertempur dengan Joe dan tenteranya.


Gilakan sibuk tempur tapi boleh main gitar


Macam mana Immortal Joe mati dan pertempuran mendapatkan Citadel tu tak boleh cerita. Nanti tak surprise :) Meh tengok trailer Mad Max. Layann..


4.3/5*


#My Review :


  • Immortal Joe kejam dan badannya terkena toksin sebab tu hodoh.

  • Mahukan anak dari kelima-lima isterinya yang bebas dari toksik dan sihat.

  • Macam mana Rosie Huntington preggy? Nampak real tau 

  • Joe marah bila Splendid dan anaknya mati

  • Theron pula cacat sebelah tangan. Hebat


  • Shooting sejak Julai 2012 di Namibia, lamanya baru sekarang released

  • Riley Keough, cucu kepada Elvis Presly bertemu suaminya semasa shooting filem ini. Main gitar tu ler. Kelakar part berperang sambil dengar lagu.

13 comments:

  1. salam. hee review yg hebat, gmbr scenes pon chantek., ;p

    ReplyDelete
  2. Sejujurnya sy kurang menggemari filem2 mcm ni...x tau knape... ;)

    ReplyDelete
  3. Macam best ja.. Kena cari lah cerita ni lepas ni

    ReplyDelete
  4. Tengok trailer pun dah tau ganas. Hehe. Tapi, my friend pun kata movie ni best =)

    ReplyDelete
  5. nice review ... macam best je :))

    ReplyDelete
  6. Belum ada kesempatan nak tengok...

    ReplyDelete
  7. lajunya dia buat review.. hahah

    ReplyDelete
  8. Best review tu. Detail dan boleh imagine jalan ceritanya yang macam mana. :)

    ReplyDelete
  9. tak berapa minat laa dengan filem nih.. mungkin tak masyuk ngan jiwa..

    ReplyDelete
  10. Assalam nina,
    hat ni pun nampak best :)

    ReplyDelete
  11. kalau cite best mcm ni sis JM bg 5*

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com