12 May 2015

Film Review : Paul Blart Mall Cop 2


Salam Readers..

Review Filem Paul Blart Mall Cop 2 | Heyyo readers ! kembali lagi dengan movie paling kelakar ! Nak tegangkan kulit muka HARUS tengok movie Paul Blart Mall Cop 2 okay. Dari start sampai habis asyik ketawa, nasib baik dalam wayang tu ada 6 orang manusia je. Hihihi.. Kami kalau gelak tak ingat dunia. WAJIB bawa tisu, jangan jadi macam aku lap mata dengan hujung baju. Hahaha. Boleh faham cerita walaupun tak tengok part 1. 





Sinopsis :


Movie sambungan dari Paul Blart : Mall Cop, kisah seorang lelaki bernama Paul Blart yang bekerja sebagai sekuriti di New Jersey West Orange Pavilion Mall. Walaupun dia mempunyai masalah berat badan, dia bekerja bersungguh-sungguh. Selepas 6 tahun, kali ini kehidupan Paul Blart sdikit kucar kacir apabila isterinya menuntut cerai dan ibunya pula mati dilanggar lori susu. Paul tetap meneruskan kehidupannya. 


Paul mendapat undangan untuk majlis Persatuan Pekerja Sekuriti di Las Vegas pada masa yang sama permohonan anaknya Maya, untuk menyambung pengajian di UCLA, California diterima. Maya tak sempat beritahu dan mengikut ayahnya ke LV. Mereka tinggal di Wynn Hotel. Paul berjumpa pengurus besar, bernama Divina Martinez dan perasan Divina nak mengorat Paul. Disana Maya telah jatuh cinta dengan seorang budak hotel, Lane. Paul ditemani Donna, Saul Gundermutt, Khan Mubi, Gino Chizzeti. 


Paul dan anaknya, Maya sampai ke Las Vegas
Maya jatuh cinta dengan Lane, budak hotel
Pengurus Hotel, Divina dan boyfriendnya, Eduardo



Di hotel, Vincent dan konconya menjadi penjenayah di dengan merancang untuk mencuri karya seni asli di hotel itu dan menggantikannya dengan yang palsu. Maya yang keluar dengan Lane ke party dan cuba telefon Paul tetapi tak dijawab. Secara tidak sengaja Maya ternampak bilik Vincent dan menangkap Maya dan Lane kerana mengetahui markas mereka. 


Bermula misi Paul untuk menghalang Vincent dan konconya di samping menyelamatkan Maya dan Lane. Paul mengumpul semua peralatan yang tidak membawa maut dari pameran sekuriti untuk menghalang penjenayah. Dengan bantuan kawan-kawan sekuriti Paul, mereka berjaya mengalahkan Vincent dan kesemua arca seni di hotel itu.


Lari dari dikejar penjenayah
Orang kerdil? Haha
Paul dibelasah burung 
Misi menyelamatkan anaknya
Paul dan gengnya nak berlawan konco-konco Vincent
Vincent dan orang suruhannya


At the end, Paul menghantar Maya ke UCLA dan dia tertarik dengan polis wanita menunggang kuda di pusat bandar. Kononnya Paul kena saman bila tengok polis wanita itu tulis sesuatu, rupa-rupanya bagi no telefon. Hehe.. Meh layan trailer dulu. Ambil mood kelakar :)



5/5*


#My Review :


  • Paul terlalu proactive dengan anaknya. Hingga mengintip Maya dating dengan Lane. Kacau daun betol.

  • Paul tak sanggup lepaskan Maya ke UCLA, California pada mulanya tetapi akhirnya dia sendiri hantarkan Maya.

  • Suka syok sendiri bila perempuan cantik pandang dia. Haha

  • Manager hotel, Divina tertarik dengan Paul selepas melihat Paul memberi ucapan di majlis

  • Scene kelakar time Paul berehat di taman sambil dengar orang mainkan piano, tetiba datang sekor burung ala angsa, nak halau lastly burung tu belasah Paul. Hahaha

  • Tak boleh blas tengok Paul n the geng berlawan dengan konco-konco Vincent. 

  • Tak sangka penjenayah macam Vincent tu alergi dengan oatmeal lepas Maya sapu dimuka. Geliii

  • Eduardo sampai menangis bila Divina tinggalkan dia untuk Paul. Paul nasihat sikit dan Divina tak jadi putus dengan Eduardo. 



p/s: Sangat sesuai kalau nak release tension boleh layan :)


12 comments:

Nabila Syifa said...

macam cute je pelakon2 dia

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam nina,
ooooooooo
ni ala2 citer komedi la yer :)

Khai♥Rin : anies said...

kompem lawak smpi abes ;-)

Hafizin Jamil said...

Ni cerita action komedi. Dah tengok yang part 1 dulu. Memang kelakar. Haha

Dunia Zumal said...

Pernah tengok siri yang dulu... memang best sangat2 ^-^

Hajar Shikin said...

baru tengok part 1, yang ni belum tengok lagi

Farrah MF said...

akak memang tunggu citer ni. memang gelak tak ingat!

Yumida Huda said...

paul ni selalu berlakon dlm filem genre kelakar
walaupun berisi tp sgt aktif dia ni

Nurul Shahira said...

The 1st part pun best =)

Puteri Wanita said...

muka watak utama pun dah nampak kelakar ... mesti kelakar habis movie ni :)

izzeyda said...

best citer macam nih.. sempat ke nak layan nih..

Jari Manis said...

ahahaha....cite kelakar ni best nk layan..x stress

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com