22 July 2015

Film Review : Ant-Man


Salam Readers..

Review Filem Ant-Man | What's up guys ! Dapat juga tengok movie yang ditunggu-tunggu. Ini movie superhero terbaru Marvel. Harini last cuti dan keluar 'beraya' kekonon. Hehe.. Kami plan nak marathon movie, tebus tiket free "Terminator Genisys" sempena birthday dan layan 'orang semut'. 


Please sesiapa nama Anthony jangan kecil hati bila jadi Ant-thony. Kelakar habis dialog movie ni. Siapa kata semut tak boleh jadi superhero. Hero boleh membesar dan mengecil sebesar semut sesuka hati. BEST ! Hari best bila dia belanja wayang dan Old Town sebab birthday.. Thanks U :)



Free Tickets !! Thank You GSC
Sementara tunggu wayang tempat wajib lepak di sini ! WiFi lajuuu

Sebelum layan Ant-Man, lepak Oldtown tak sangka jumpa ex housemate zaman study. Rindu Syaqira waka waka

Ant-Man Movie


Sinopsis Ant-Man :


Mengisahkan ahli sains, Hank Pym meletak jawatan dari SHIELD selepas mendapati usaha mereka meniru teknologi mengecut Ant-Man beliau. Percaya teknologi itu berbahaya, Pym berjanji untuk menyembunyikan selama di hidup. Anak Pym yang terasing, Hope van Dyne dan bekas anak didiknya, Darren Cross, telah memaksa dia keluar dari syarikat sendiri.




Setelah dibebaskan dari penjara kerana mencuri, Scott Lang tinggal bersama cellmate lamanya, Luis. Scott tidak dapat bekerja kerana rekod jenayah, dia bersetuju untuk menyertai krew Luis melakukan pecah rumah. Scoot memecah masuk ke rumah, berjaya membuka pintu bilik kebal tanpa dikesan dan mengambil sut baju Ant-Man.


Selepas mencuba suit dan mengecil menjadi serangga, dia menghantar semula suit ke rumah yang dipecah, tetapi ditangkap semasa keluar dari rumah. Tanpa disangka itu rumah Pym dan dia sengaja menguji Scoot. Pym melawat Scoot di penjara dan menyeludup suit itu ke dalam sel untuk membantunya keluar. Akhirnya, Scoot dipilih untuk menjadi Ant-Man dan mengajarnya cara untuk mengawal semut-semutnya dan mengecilkan badan dengan bantuan anaknya, Hope. 





Cross berjaya menghasilkan Yellowjacket dan mengadakan majlis perasmian di pejabatnya. Scott bersama-sama dengan anak-anak semut dan seekor semut terbangnya, Ant-Thony, menyusup masuk ke bangunan. Ketika mencuri Yellowjacket, dia ditangkap oleh Cross, yang bercadang untuk menjual suit Yellowjacket dan Ant-Man untuk HYDRA yang diketuai Mitchell Carson. Scott memecahkan kaca yang mengurungnya. Carson dapat melarikan diri dengan botol zarah Cross.


Cross memakai Yellowjacket dan menyerang Scoot sebelum ditangkap oleh Paxton. Fikiran Cross semakin tak menentu akibat teknologinya. Dia menculik anak Scott, Cassie sebagai tebusan untuk memerangkap Scoot. Mereka berlawan sehingga Scott mengecil dan sabotaj butang kawalan Yellowjacket dan membunuh Cross. 





Scoot hilang ke dalam alam kuantum tetapi berjaya kembali ke dunia nyata. Paxton, tunang bekas isterinya membantu membersihkan namanya dan menjaga Cassie. Melihat Scott terselamat dan kembali dari alam kuantum, Pym tertanya-tanya jika isterinya masih hidup juga selepas hilang dari misi mereka. 



4.8/5*


p/s: Orang yang keluar awal dari wayang rugi sebab tak dapat tengok trailer seterusnya. Tak sabar nak tunggu couple Ant-Man dalam Captain America : The Civil War 2016 ! 

13 comments:

Pha Is said...

dah tengok.. not bad la..

Maria Firdz said...

Ni yang buat rasa nak tgk ni...

Jari Manis said...

bestnya Nina dpat adiah besday dapat tgk wayag Free...dh lama x pegi panggung sbb harga tiket dh mahal

Siti Nurzafirah said...

Hello Mrs Firdaus.. long time no see...

Siti Yang Menaip said...

memangla Nina tngk movie dak ajak.. huurm..

Puteri Wanita said...

ok dah tau dah nama bf nina :) ... (ye ke bf? :p)

Puteri Wanita said...

macam best je cerita ni ... nice review :)

Puteri Wanita said...

comelnya ex housemate :) ...

husna zahidi said...

almost 5.. huhuhu tak dpt nak tgk..

Khai♥Rin : anies said...

sy rs ni laa heroin plg x lawa sbb pakai rambut palsu. ketara sesangat!

Cik Ash said...

best ke cerita ni lama tak pergi tengok wayang kepuasan duk dirumah huhuhu

Kira Sakura said...

ohoiiii macam best je haaaaa. tapi takkan nak bwak uwais tengok movie. nanti dia takmo dia >.<

Murni Alysa said...

haritu pon tengok sekerat2 jer..nak kena sambung balik laa ni

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com