1 August 2015

Film Review | Mission : Impossible - Rogue Nation


Salam Readers..

Review Filem Mission : Impossible - Rogue Nation | What's Up boys and girls ! Peminat Tom kurus Cruise harus layan movie ni. Memang best sampaikan aku tengok 2 kali di tempat yang sama tapi berlainan orang. Kesian Mr F tak dapat tengok, mak jemah nak belanja tapi dia ado hal. Oke, masih lagi abam Tom yang tak nampak tua tu. Berbekalkan bajet besar AS$150 (RM575 juta) dan pengambaran di Austria, Maghribi, London dan Monaco.


Hampir 2 dekad sejak movie pertama Mission Impossible ditayangkan, movie ke 5 atau MI5 dalam siri aksi itu, juga sekuel daripada movie Mission Impossible - The Ghost Protocol pada 2011. Serius kelakar movie perisikan ni. Macam-macam hal :)



Sinopsis Mission : Impossible - Rogue Nation


Selepas berjaya menghalang gas saraf yang dijual kepada pengganas, ejen MIF, Ethan Hunt (Tom Cruise) yakin dia dapat buktikan kewujudan Syndicate, kumpulan penjenayah antarabangsa. Hunt di tangkap oleh ahli Syndicate, Janik "Doktor Tulang" Vinter dan berjaya melarikan diri dengan bantuan ejen MI6 dan orang 'kepercayaan' Ilsa Faust (Rebecca Ferguson).


IMF dibubarkan dan Hunt perlu berdepan ancaman kumpulan yang dianggotai ejen berkemahiran tinggi. Mereka adalah bekas ejen perisikan yang disahkan telah mati. Syndicate melakukan pelbagai siri serangan keganasan di seluruh dunia.





Terputus hubungan IMF, Hunt mencari lelaki bernama Solomon Lane (Sean Harris). Hunt menjadi pelarian. Tidak dapat mencari Syndicate tanpa bantuan, dia meminta bekas rakan sekerja Benji Dunn (Simon Pegg), menghadiri opera di Vienna untuk mencari Lane, yang disyaki ketua Syndicate. Walaupun berjaya menghalang 3 penembak termasuk Faust, Canselor Austria dibunuh dalam letupan bom kereta.



Brandt (Jeremy Renner) merekrut bekas ejen Luther Stickell (Ving Rhames) untuk mencari Hunt dan mencegah pasukan CIA, Hunley (Alec Baldwin) dari membunuhnya. Dengan klu Faust, Stickell dapat mengesan Hunt, Dunn dan Faust di Morocco. Mereka menyusup masuk ke stesen kuasa untuk mencuri lejar yang mengandungi nama semua ejen Syndicate. Faust melarikan diri bersama pendrive. Berlaku kejar mengejar ahli Syndicate dan Faust. Nasib baik Dunn telah membuat salinan data.





Faust ke London dan memberi fail kepada ketuanya, Atlee dan memaksa dia kembali ke Syndicate untuk menyelesaikan misi tanpa sedar Atlee telah hapuskan data pendrivenya yang sebenarnya ada data sulit 'kotak merah' kerajaan British yang memerlukan biometrik Perdana Menteri untuk dibuka.



Lane menculik Dunn dan Hunt harus menyerahkan data. Hunt menyamar sebagai Atlee dan Perdana Menteri mengesahkan kewujudan Syndicate, projek rahsia untuk misi tanpa pengawasan. Walaupun telah membatalkan projek, Lane mengambil alih projek dan Atlee terpaksa menyembunyikan Syndicate.  





Stickell mendapati fail data mengandungi akses berbilion mata wang yang boleh membiayai Syndicate. Hunt memusnahkan fail dan menghafal data untuk memaksa Lane melepaskan Dunn dan Faust. Dunn dilepaskan manakala Hunt dan Faust dikejar orang-orang Syndicate.


Ethan memerangkap Lane dan dia terkurung di dalam kaca bersama gas beracun seperti Lane lakukan terhadap Hunt. Akhirnya, Hunley mengembalikan pasukan IMF selepas dibubarkan. 





4/5*

___________________________________________________________________



Tak jangka nak tengok MI5 2 kali di TGV Perda City Mall, orang jaga kaunter sengih bila tengok muka. Haha.. Apa nasib pun tak tau beli popcorn lepas tu tumpah, baru kunyah sikit. Makan Burger King Sambal Grilled Chicken, makan sikit sebab rasa pelik. Balik rumah gatal 1 badan, serius seksa tak boleh tidur hingga ke pagi. Ingatkan kena denggi ke apa, risau juga. 




Teman Akma tengok movie sebab dia nak fly ke India

Burger King Sambal Grilled Chicken yang buat badan gatal ! Pelik rasanya

Popcorn tumpah tak sempat tahan. Sedih

Lama tak keluar dengan mak jemah ni sejak April

22 comments:

Qaseh Abadi said...

nice review.. layan juga MI ni.. nanti klu sempat nak juga tgk..:)

tiga lalat said...

nampak cam best jeer., hehe2
makjemah pon maseh manis gituuu

Farah said...

Tom Cruise handsome sangat! :D

Siti Nurzafirah said...

Huyoooo!!!! ladies in black...

Murniwati Awang said...

wahh..bestnyer misi mustahil ni..tom kurus pon still hemsem lg..cair makkk

timm bill said...

sambl 2 xmsk btul2 kot..
tim pun da tgk..
tpi trtdur kt tgh..alahai..

husna zahidi said...

dya ni dah tua pon hensem lg taw..:p
tak dpt nak tgk hari tu.. huhuhu..

ruslanafiq said...

macam best

Khai♥Rin : anies said...

Tom cruise fa susut sket kehenseman dia dlm cite ni banding MI yg sblm ni ;)

Cik Ash said...

Wahhh dah no 5...tom cruise tetap muda lagi tu

Time Traveller said...

Memang nak tengok sangat.. tapi kenapa ntah sampai la ni belum ada kesempatan nak tgk huhuu..

Kira Sakura said...

sejak dah bersalin tak pernah lagi jejak wayang rasanya. T.T

Deanna Morni said...

sy mmg teringin nk tgk citer nih tp lom ada kesempatan

Farrah MF said...

Akak dah tengok. Best! Memang suka betul ngan MI :)

Shahida Dzulkafli said...

Alahai..lamanya x tgk filem di wayang..

Siti Yang Menaip said...

ok popcorn tumpah tu patut ditangisi T.T
banyaknyeee tumpah..

izzeyda said...

mission imposibble memang best..

Cik Ash said...

Tom cruise xsempat citer ni lg aduhhh

Zie Has said...

MI kan ... confirm best :)

Zie Has said...

baju ape gak heroin tu pakai ... nampak macam kain ela jer, yg kuning tu :)

Fiza Rahman said...

Tom cruise...handsomenya.

Murni Alysa said...

hemsemnya tom kurus ni...cair ahkak..hahhaha

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com