3 August 2015

Sinopsis Drama Mencintaimu (Slot Akasia TV3)


Salam Readers..

Sinopsis Mencintaimu Slot Akasia TV3 sudah seminggu mengambil alih drama Syurga Nur bermula 19 Ogos lepas. Siapa peminat abam sado Shaarnaz Ahmad boleh menonton dia bergandingan dengan Zahirah Macwilson. Diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Mari saksikan drama yang dibarisi pelakon-pelakon baru :)





Sinopsis Mencintaimu

Mengisahkan tentang Anissa yang begitu teruja bila mendapat peluang untuk meyambung pengajian di sebuah universiti tempatan. Sebelum ini Anissa telah bekerja selama 2 tahun untuk menampung perbelanjaan pengajian dan keluarganya.



Ketika sesi suai kenal di universiti, Anissa mula tertarik pada seorang pelajar lelaki yang bernama Hisham Dato Hanafi. Hisham dan sahabat baiknya, Helmi selalu membuli Anissa. Suatu hari, Hisham dicabar oleh kawan-kawannya untuk membawa Anissa keluar. Tetapi pelawaan Hisham di tolak Anissa. 



Akibat dari insiden itu, Hisham cuba menyiasat latar belakang keluarga Anissa. Dia mendapat tahu ibu Anissa sebenarnya adalah pembantu rumahnya. Selepas itu, Hisham mula merendah-rendahkan Anissa. Mereka kerapkali bergaduh tetapi dalam diam bermula bibit-bibit cinta.






Suatu hari Helmi merancang untuk mengenakan Anissa. Perancangan jahatnya telah menyebabkan Anissa dirogol oleh Hisham. Selepas tragedi hitam itu, kehidupan Anissa berubah setelah dia dibuang dari universiti.



Beberapa tahun berlalu, Anissa telah berubah penampilannya. Dia kini bekerja di syarikat keluarga Hisham. Anissa dan Hisham berdepan dengan pelbagai rintangan tetapi akhirnya mereka bersatu juga dan dikurniakan seorang anak bernama Fayad. Muncul pula Asyikin yang sentiasa mengeruhkan perhubungan mereka. Asyikin adalah tunang Hisham sejak mereka kecil lagi. Apa akan terjadi kepada hubungan Annisa dan Hisyam? Kena teruskan menonton.







Barisan Pelakon Mencintaimu

Sharnaaz Ahmad - Hisham
Zahirah Macwilson - Anissa Zali
Sasqia Dahuri - Aimi
Sarah Anne - Tengku Asyikin
Niezam Zaidi - Helmi Yusof
Hafizul Kamal - En Muaz
Aleza Shadan - Datin Aida
Mustapha Kamal - Dato Hanafi
Nina Juren - Puan Sri Mel
Afzan A.Rahman - Dr Akmal


10 comments:

Farrah MF said...

Citer ni akak tak follow :)

Shahida Dzulkafli said...

Lamalah x layan drama2melayu nie.. ada tertengok iklan dia je..

Siti Yang Menaip said...

alaaa cliche la.. gaduh2 jatuh cinta =P
hakikatnya ada ke yang cemtu ? hari2 gaduh ngan org
tapi x rasa nak jatuh cinta pun hahaha..

Khai♥Rin : anies said...

Lama xtgk nina juren berlakon... tup2 muncul dlm drama ni... agk nyer dia tgk ramai kwn2 seangkatab buat comeback, tu yg dia pn ikt skali agk nyer

izzeyda said...

jarang layan drama nih.. sekali sekala jer yang layan..

Cik Ash said...

Xlayan lansung drama ni hihihi

Zie Has said...

dah lama tak tengok tv3 ... so tak pernah tengok lagi :)

Zie Has said...

baca review cam best ... tapi chooiii la hero dia :p

Fiza Rahman said...

Jebak tgk citer ni.

Murni Alysa said...

x sempat tengok laa drama2 ni..huhuhu

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com