28 Oct 2015

Sinopsis Drama Kau Aku Kita

Salam Readers..


Sinopsis Drama Kau Aku Kita bakal bersiaran. Buat peminat Janna Nick dan Syarul Ridzwan mesti tak sabar nak tonton kan. Hehe.. Kali ini drama adaptasi dari novel tajuk yang sama tau. Tak pernah lagi baca novel tu. Memang menarik sinopsisnya sebab itu la nak share dengan korang. Layan 13 episod drama ni jomm..






Sinopsis Drama Kau Aku Kita


Mengisahkan tentang 2 individu yang berlainan jantina tetapi mempunyai nama yang sama iaitu Iman Firdaus. Kedua-duanya bertemu secara tak sengaja dalam 1 kejadian yang agak melucukan. Si gadis lebih mesra dipanggil Iman (Janna) manakala si jejaka lebih senang dikenali sebagai Aus (Syarul) . Walaupun nama mereka sama tetapi perangai mereka sangat berbeza.


Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras untuk menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman Ah Long yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan menjadi artis ternama digilai ramai. Jika Iman diancam gangster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus diancam peminat yang ingin jadikan dia sebagai kekasih. 


Iman dikejar gengster ketika dia mencari kerja dan Aus pula menyamar sebagai orang biasa untuk lari dari dunia glamornya. Penjahat menjerit nama 'Iman Firdaus' menyebabkan mereka berdua menggelabah dan lari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai selebriti. Kerana Iman tak mampu membeli TV apatah lagi menontonnya. 




Aus sering digosipkan dengan ramai pelakon dan model wanita menyebabkan ayahnya, Dato Ashari Irfan tak tahan dengan cerita gosip yang dikaitkan dengan anaknya. Tambahan pula dia seorang ahli perniagaan yang berjaya. Bagi mengelakkan lebih banyak gosip yang didengarinya, Dato Ashari telah memutuskan 2 pilihan kepada Aus antara berkahwin atau berhenti berlakon. 


Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaanya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa saja tanpa memilih pangkat dan status. Aus tertarik dengan Iman yang tak mengenali dirinya langsung dan memilih Iman sebagai calon isterinya.  


Aus dengan segera melamar Iman. Tetapi tidak mudah bagi Iman untuk menerima lamarannya. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya untuk memberi kesenangan kepada adik-adiknya. 



Jadi Aus telah memberikan syarat kepada perkahwinan mereka iaitu akan melunaskan semua hutang Iman daripada lintah darat dan memberikan keperluan dan keselesaan buat adik-adik Iman. Syarat perkahwinan mereka akan terbatal jika salah seorang daripada mereka jatuh cinta antara satu sama lain. 


Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa kepada kebahagiaan rumah tangga? Mampukan Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Sama-sama kita saksikan drama ini. 


Setiap Rabu & Khamis, 9.00 malam di Slot Lestary TV3. Baru 2 episod dah trending di Twitter.

25 Oct 2015

Terima Kasih Blogger Pha Is

Salam Readers..


Tersenarai dalam top 10 pengomen tegar blog Budak Pening. Alhamdulillah, buat pertama kali Pha Is nak bagi hadiah :P Mestilah suka ! Berbaloi komen di blog pening, tipu lah kalau setiap kali komen tak rasa pening. Hahaha


Top 10 Pengomen blog Pha Is


Tahniah buat 'Pengomen Pening Suku ke-3 (2015)' terutama 5 ahli blogger utara. Kerlass tau bagi hadiah dalam Seoul Garden siap selfie lagi. Terima kasih si Pha Is yang kuat membahan. 


Penyampaian hadiah dari blogger Pha Is . Muka bangga gila. Hahaha

Hadiah siap berkipas

Ferrero Rocher yang keemasan.. Jeng.. jeng selamat masuk perut :P


22 Oct 2015

Famtrip Funride Penang HOP ON HOP OFF

Salam Readers..


Fam Trip Fun Ride Penang Hop-On Hop-Off | Nantikan pengembaraan kami #bloggerutara menjelajah dengan PENANG HOP ON HOP OFF (Penang HOHO) The Original Double Decker Tour of Penang pada 25 Oktober 2015 . Kami telah dijemput untuk merasai sendiri pengalaman menaiki bas Penang Hop-On-Hop-Off ini. Tak sabar nak tunggu ahad ni !



PENANG HOP ON HOP OFF (Penang HOHO)
The Original Double Decker Tour of Penang



Thanks to Penang HOHO


Fam Trip Fun Ride with Penang Hop-On Hop-Off by #BloggerUtara



Kami akan meneroka sekitar Pulau Pinang dengan Penang HOHO yang meliputi dua laluan iaitu pantai dan bandar, terdapat 33 perhentian dan lebih 50 destinasi yang menarik. Ini juga tarikan terbaru kat Penang ni. 



LALUAN PENANG HOP-ON-HOP-OFF


Peta laluan Bas Penang HOHO


Laluan bas Penang HOHO 



HARGA TIKET PENANG HOP-ON-HOP-OFF
Boleh beli secara walk in


Dewasa - RM19
Kanak-kanak / OKU / Pelajar - RM12


PEMBERITAHUAN PROMOSI RM 5 UNTUK PENANG HOHO TELAH DITUTUP . HARAP MAKLUM



PROMOSI PENANG HOP-ON-HOP-OFF


1 tiket bas Penang Hop-On-Hop-Off hanya RM5, sah sehingga 30 November 2015 bagi semua pemegang MyKAD (percuma untuk kanak-kanak berumur bawah 5 tahun). Promosi hanya sah melalui pembelian secara online.




Untuk maklumat lebih lanjut, boleh ke laman web rasmi Penang Hop On Hop Off website



Nantikan review dari kami #bloggerutara seramai 11 orang menikmati pengalaman menaiki Penang Hop On Hop Off !


20 Oct 2015

Majlis Perpisahan Putri Iszreen

Salam Readers..

Kalau dah nama majlis perpisahan mesti kena makan, kena bagi ucapan, kena sendu dan kena selfie. Berapa banyak kena daaa.. Berkurang seorang lagi staf dalam department. Nak ucapkan selamat pulang ke Ipoh nanti. Tiada patah perkataan yang dapat ku taip lagi, marilah layan gambar terakhir Mrs Put atau Putri Iszreen Megat Aznir.


Sesi potong kek 2 tingkat tapi perisa lain-lain :P

Kak Timah dok buat babak sendu

Bos tengah buat ucapan, aku buat apa pulak?

Gaya bebas yang tak keterlaluan

Muka-muka yang berkembang dengan pesat

Ioullss suka kek bawah. Dappnyee


15 Oct 2015

Review Filem : The Martian

Salam Readers..


Review Filem The Martian | Whats Up guys ! Bulan ni baru dapat tengok wayang, itu pon tak dapat tengok dengan bf. Kali ni ubah selera pula layan filem sains fiksyen. Bila pandang poster muka Matt Damon terus tak nak tengok. Movie ini kira menarik juga bagi peminat subjek sains gituw. Siapa tahu orang yang disangka mati di Marikh sebenarnya masih hidup dan bercucuk tanam kentang ! Gila kentang betoi :P


The Martian adaptasi dari novel menggunakan nama yang sama. Dalam masa seminggu berjaya menarik penonton dan hingga sekarang box office sehingga $393.3 million




Sinopsis :


Pada tahun 2030, anak-anak kapal Ares III, misi manusia ke Marikh telah menubuhkan 1 habitat buatan sementara, yang dikenali sebagai Hab. Mereka tinggal selama 2 bulan. Hari ke 18, ribut petir di Marikh dan anak-anak kapal terpaksa meninggalkan Marikh. Semasa proses pemindahan dari Hub ke kapal, angkasawan Mark Watney tersangkut pada serpihan hilang dan dianggap mati. Komander Melissa Lewis terpaksa meninggalkan Watney demi keselamatan anak kapal.



Watney masih hidup dan mendapati dirinya terdampar di planet asing seorang diri. Dia kembali ke Hab, walaupun tidak dapat menghubungi NASA. Selepas kiraan, dia mempunyai 300 hari bekalan makanan. Dia menggunakan pengetahuannya sebagai seorang ahli botani untuk membuat ladang sementara dan perlu hidup sekurang-kurangnya 3 tahun untuk ke tapak pendaratan Ares IV (sekitar 1480 hari).





Dengan bekalan yang ada dan kepintarannya, dia perlu mencari cara untuk memberi isyarat ke Bumi untuk menyatakan dia masih hidup. Pengkaji gambar satelit Marikh, jurutera NASA, Vincent Kapoor dan Mindy Park sedar Watney terselamat dan segera merancang cara untuk berhubung dengannya. Takut Watney boleh mati tak lama lagi, pengarah NASA, Teddy Sanders perintah tidak memberitahu anak-anak kapal Ares III, dalam perjalanan kembali ke Bumi di atas kapal angkasa Hermes.


Watney mencari Pathfinder, yang tidak berfungi sejak tahun 1997, dan menggunakannya untuk berhubungan dengan Bumi. Watney dan pasukan di Bumi menggunakan kamera Pathfinder dengan menggunakan abjad untuk meningkatkan kecekapan komunikasi.






Pihak NASA merangka pelan untuk menghantar bekalan ke Marikh supaya Watney dapat bertahan 4 tahun sehingga Ares IV boleh menghubungi. NASA terdesak untuk melancarkan siasatan dan pemeriksaan. Watney mengalami kemalangan apabila airlock meletup dan membunuh tanaman dan mengurangkan bekalan makanan.


Anak-anak kapal Ares III kembali ke Marikh dan menyelamatkan Watney. Komander Lewis membawa anak-anak kapal dalam misi membawa pulang Watney dengan selamat ke Bumi.







4/5*

11 Oct 2015

Resepi Kek Marble Cheese

Salam Readers..

Resepi Kek Marble Cheese | Untung bila ada mak yang rajin ke kelas masakan walaupun ada 2 3 buku yang penuh dengan resepi dari kelas. Sekali makan, mesti nak buat bila dah jatuh cinta dengan cream cheese yang menggoda. Pertama kali buat cheese kek ni. Nommnomm haruslah cuba masak untuk bakal hubby :P 


Kek Marble Cheese bersama ceri


Bahan-Bahan :

Bahagian Kek


250 gram butter (Buttercup)
1 cawan serbuk koko
3 biji telur
1 setengah cawan gula castor
1 setengah cawan susu cair
1 setengah cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonate soda
1 sudu kecil esen vanila (boleh guna perisa lain)


Lapisan Cheese :

250 gram cream cheese
1 cawan gula kastor
1 biji telur


Cara-Caranya :



1. Cairkan butter, masukkan sebuk koko setelah butter cair dan kacau hingga sebati.



2. Dalam mangkuk lain pula, pukul telur dan gula.

3. Masukkan adunan butter tadi dan kacau perlahan-lahan.



4. Tambahkan susu cair, tepung gandum, baking powder, bicarbonate soda, esen vanila dan kacau.

5. Panaskan oven, gris loyang dan masuk adunan ke dalam loyang. Tinggalkan 2 atau 3 sudu adunan untuk dimasukkan ke dalam piping bag (untuk corak)


Untuk lapisan cheese :






1. Putar cream cheese hingga gebu, masukkan gula dan telur.


2. Keluarkan brownies yang telah siap dibakar.

3. Masukkan adunan cheese di atas brownies.

4. Pipe adunan brownies dan buat corak menggunakan lidi (buat corak ikut suka hati) *nina tak buat sebab malas

5. Bakar semula selama 15 minit.



Selamat Mencuba !

8 Oct 2015

Tips Makan Di Seoul Garden

Salam Readers..


Tips makan di Seoul Garden | Seoul Garden adalah sebuah restoran dengan konsep ala-ala Korea yang jelas lagi nyata menggunakan nama ibu negara Korea Selatan. Di sini, makanan disediakan ala buffet. Bahan mentah yang sudah diperap dan sudah dimasak di susun di kaunter panjang. Kaki makan boleh pilih apa saja, bakar sendiri dan makan dengan feeling berada di Korea.


Buat hantu makan Seoul Garden macam aku ni, dalam bulan September 2 kali makan SG tau. Selalunya akan makan dengan Akmar la. Kedua makan sambil bergossip dengan blogger Farah. Macam-macam benda kami gossip sampai tak habis makan tapi tak kena denda pon. Sila ke Seoul Garden 1st Avenue. Hihi


Kalau makan meggi banyak mesti takkan dapat habiskan semua. Rugi 

30 September. Makan lagi Seoul Garden dengan Akmar


Macam-macam ada. Steamboat, grills, sushi, ice-cream and so on. Yang paling bestnya, dengan sekali bayaran, pelanggan boleh makan apa sahaja kecuali meja, kerusi, gelas, sudu dan garpu. Itu tak kira sos-sossnya lagi. Tapi kat Seoul Garden ni, nak makan banyak mana pun, makan lah. Nak makan 10 pinggan pun boleh, asalkan dengan 1 syarat : SEMUA MAKANAN wajib dihabiskan. Setiap 500g yang tak habis dikenakan bayaran sebanyak RM5.


Dating dengan blogger Mrs Secretary kak Farah di 1st Avenue

Pakat makan sampai nak termuntah dengan Kak Farah

Ini muka-muka hantu makan.. Kami boleh habiskan 3 hingga 4 jam dengan makan



Tips makan berbaloi-baloi di Seoul Garden 


  1. Pastikan sebelum masuk ke Seoul Garden, lapangkan perut sepenuhnya. Jangan makan 6 jam sebelum pergi. Baru berbaloi RM 35 sekepala. Hihi
  2. Pilih meja di bahagian tengah dan aliran aircondnya agak perlahan. Mudah untuk bangun pilih makanan dan wap steamboat tak kena muka. Kalau tak bersauna la.
  3. Pilih makanan yang tidak mengenyangkan dulu. Selalunya prefer makan ayam, daging, udang, fishball dan sedikit maggi. 
  4. Mohon pilih tomyam untuk pilihan sup sebab paling sedap. Tomyam si far better. 
  5. Bila rasa perut almost full, wajib makan aiskrim dan ratah karrot. Sedap ! 

6 Oct 2015

Jadi Blogger Ni Poyo Ke?

Salam Readers..

Sejak penyakit angau mai ni, emosi sentiasa tak menentu. Senyum dan sengih memanjang. Bukan nak cakap tuan blog tengah angau tapi bila hati manyak munge, bila terima komen dari anonymous yang agak 'kasar' bunyinya hati tak mudah marah. Membebel bukan-bukan di blog orang tak rasa malu ke? Nak jadi blogger tak salah cuma bila dah jadi blogger mesti orang akan kata macam-macam bla..bla.. pot pet pot pet tak henti.


Mesti akan keluar perkataan-perkataan yang berbunyi seperti ini:


1. Ada blog ke? Poyo je nak bagi tahu semua orang.

2. Ada ke orang nak baca blog dia tu?

3. Ada hati nak jadi blogger famous konon

4. Bila ada blog boleh la kutuk-kutuk orang. What the FISH ! 


Blogger poyo memang macam ni pon. Hahaha


Anda yang mempunyai blog, jangan kecil hati dan terasa dengan kata-kata 'langau' ini. Sekurang-kurangnya ada blog boleh abadikan kisah-kisah yang berlaku dalam hidup, kita boleh design blog ikut cita rasa sendiri. Anggap blog seperti diary online yang boleh dikongsi dengan sesiapa saja disamping boleh dapat income. Dapat juga tambah kenalan ! Happy blogging dear Bloggers :)


p/s: Tak pernah lagi bagi orang ofis baca blog. Kena complain tak sudah :(


4 Oct 2015

Ayat Pembatal Sihir

Salam Readers..


Ayat Pembatal Sihir | Cara mengamalkan dengan niatkan ayat yang kita baca dan sedekahkan untuk badan kita. Jadikan ia sebagai pendinding dan pantulan. Mudah-mudahan sihir yang datang kepada kita akan terpantul semula kepada si penghantar. Aminn . Sekadar pengkongsian dengan readers. 




3 Oct 2015

Hukum Simpan Kuku Panjang

Salam Readers..

Hukum Simpan Kuku Panjang | Helloo ladies, lady, old lady di luar sana yang merasakan mereka lawa dengan kuku panjang. Akak bukan apa, cuma akak nampak scary bila tengok muka lawa tapi tapi bila terpandang kuku terus akak rasa takut angat. Kalau akak lelaki pondan sejati, mesti dah reject perempuan stok kuku panjang. Simpan nak buat apa pon tak tau. Agaknya nak cakar muka orang kot. Hihi


Dosa menyimpan kuku panjang dan memakai pewarna kuku


Menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir. Jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang, bayangkan dosa yang telah kita tanggung. Bagi orang Islam tidak sesuai berkuku panjang. Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita yang sentiasa berkuku pendek.


Orang melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan. Apa ilmu yang di ajar tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.




Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasa berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini belum termasuk korek hidung, telinga, basuh najis dan sewaktu dengannya. 


p/s: Nak tahu orang tu bersih ke tak sila perhatikan kukunya. Herher


Info : FB

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com