2 October 2015

Sinopsis Drama Hello, Mr Perfect (Slot Akasia TV3)


Salam Readers..

Sinopsis Drama Hello, Mr Perfect | Ini drama yang dilayan setiap 4 hari seminggu. Suka tengok muka Nur Ruhainies tu, yelah orang kampung cheq. Penang Mari ! Menggantikan drama Mencintaimu. Kalau drama PISA, Fattah berlakon dengan kakaknya. Meh layan sinopsis dan gambar pelakon. Perasan drama ni ada mesej yang tersendiri. Buat perempuan jangan la tiru perangai si Nurul Ain tu :)


Hello Mr Perfect Poster 
Hello Mr Perfect Novel

SINOPSIS DRAMA HELLO, MR PERFECT


Mengisahkan Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah yang saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan peraturan yang telah ditetapkan oleh keluarganya yang mementingkan aspek 'langkah bendul' walaupun mereka adalah lelaki, memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tidak boleh berkahwin. Lebih bertambah masalah apabila keluarga Ainul hanya memberi masa selama 6 bulan untuknya membuat keputusan jika tamat tempoh Ainul akan dijodohkan dengan orang lain. 

Alongnya, Muhammad Izzul Islam seorang yang terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlalu cerewet dan mahukan pasangan yang sempurna sepertinya. Ramai gadis ingin berkenalan namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya.

Hakikatnya, Izzul masih belum dapat melupakan bekas kekasihnya selama 6 tahun dan takut untuk bercinta lagi selepas Nurul Ain curang dan berkahwin dengan lelaki lain hanya kerana duit. 

Izzul dan Arif
Nurul Ain
Arif dan kakak ipar, Alya 
Izzul dan bakal isterinya

Tiada pilihan, Arif mencari calon isteri untuk Izzul. Wang juga diberikan sebanyak RM 500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang bapa tirinya dan keluarga dikejar Ah Long memaksa Alya menawarkan diri.


Muhammad Izzul Islam dan Alya Adriana, adalah 2 insan yang sangat berbeza. Mereka pernah belajar di Universiti yang sama tapi berlainan fakulti tapi setiap pertemuan ada saja digaduhkan. Dari situ, Alya mula jatuh cinta dengan Mr. Perfect.


10 tahun telah berlalu, mereka bertemu lagi. Izzul juga telah lama berpisah dengan Nurul Ain tetapi hatinya masih belum pulih. Tanpa mengetahui Alya itu bekas tomboy di U semasa mereka masih lagi belajar. Dalam tempoh itu, Alya telah banyak berubah perwatakannya dari tomboh kepada gadis ayu yang bertudung dan sopan. 

Alya yang tomboy
Izzul dan Alya kahwin
Lawakan? sepadan betol
Family Alya Adriana
Majlis nikah Izzul dan Alya

Izzul memilih Alya untuk menjadi calon isterinya untuk lari dari Nurul Ain yang datang menganggu hidupnya setelah sekian lama. Alya rasa serba salah dan mahu mengundur diri dari menjadi calon isteri Izzul bila sudah dapat melunaskan hutang bapa tirinya. 


Arif meminta Alya melupakan abangnya, bagi Arif Alya hanya mahukan duit dan bukan ikhlas untuk berkahwin dengan Izzul. Selepas Izzul balik dari outstation dia hairan apabila tak boleh contact Alya dan dia menghilangkan diri. Dipendekkan cerita, Alya pun selaat kahwin dengan Izzul. Mula-mula tak suka dengan perangai Izzul lama kelamaan jatuh cinta. 


Tujuan Izzul untuk kahwin dengan Alya supaya dapat lupakan Nurul Ain, yang kebetulan muka seiras dengan Alya. Tapi bila dapat tahu Izzul telah kahwin dengan Alya, dia mula fitnah Alya sampaikan Izzul rasa tertipu sebab dia ingat Alya ikhlas berkahwin denganya, tetapi rupanya sebab duit.


Pada mulanya, Alya nak kahwin sebab duit untuk langsaikan hutan tetapi selepas berkahwin dia mula sayangkan Izzul dengan ikhlas. Tapi Izzul lebih percayakan fitnah dari isteri sendiri. Kemudian, Izzul ditangkap khalwat dengan Nurul Ain. Kerana sakit hati, Alya membawa diri ke Penang. Nak tahu kesudahan cinta Izzul dan Alya kena layan sehingga tamat. Hehe 

Sweet
Izzul ajar Alya masak
Semakin bahagia lepas kahwin
Dinner pon sweet


16 comments:

Siti Yang Menaip said...

nama hero tu Fatah kan ? ehehe makin hensem skrang lelele..

Deanna Morni said...

terlayan citer ni masa outstation hrtu...tp pelakon dia mcm kaku giler....huhuh

♥TheOnlyFarah♥ said...

Ooo citer nie la yg org kata heroin dia mcm nora danish...mmg seiras la..:)

Dunia Zumal said...

Zumal suka sangat drama2 terkini kat tv sekarang nie... menarik...

Zie Has said...

apesal macam pernah baca cerita ni? ... ni novel lama ke? sebab sekarang ni memang tak baca novel dah :)

Zie Has said...

baca sipnosis dari nina dah rasa best ... nanti nak tengok lah :)

Khai♥Rin : anies said...

alamak! x layan cite ni ;-) sbb x suka heronya hahahahaha

izzeyda said...

kekadang jer layan.. kan Deanna, macam kaku skit pelakonnya..

Cik Ash said...

Kak ekin tak miss lg citer tgk sokmo

Mizz Aiza said...

macam muka nora danish..

Zie Has said...

eh asyik terlupa tengok ajer ... adoiyai :p

el said...

cam tait je drama ni nina woiii

el said...

x sesuailah pelakon dia..baik amik k.el jd heroin..syahrul ridzuan jd hero bleh x nina haha

el said...

tapi pelakon heroin tu mcm muka nora danish kan..

el said...

nina..diam2 tau nti habaq k.el dah no. bape top komentar
kalau x naik2 lagi...k.el akan teruskan kegigihan seorang blogger petai genuak caiyokkkkkkkkk..bg tau lahhh bape dah ni hahaha

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam nina,
alaahaaaaiii
dah bertahun tak layan drama melayu

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com