1 November 2015

Fam Trip Fun Ride Penang Hop-On Hop-Off (Penang HOHO)


Salam Readers..


Fam Trip Fun Ride Penang Hop-On Hop-Off bersama #bloggerutaraofficial berjalan dengan lancar pada ahad lepas (25 Oct) . Menjelajah Penang dengan Penang HOHO The Original Double Decker Tour of Penang. Suatu pengalaman yang menyeronokkan ! Jangan lepaskan peluang kalau singgah ke Penang.


Penang HOP ON HOP OFF

Penang Hop-On Hop-Off bersama Blogger Utara


Buat pelancong, anda tak perlu risau tentang pengangkutan di Penang dengan adanya Penang Hoho yang memulakan operasinya pada November 2014. Pertama kali menggunakan perkhidmatan bas 2 tingkat yang mempunyai ruang terbuka untuk memudahkan pelancong menikmati pemandangan sambil duduk bersantai.




INFRASTRUKTUR BAS PENANG HOP-ON HOP-OFF

The Original Double Decker Tour of Penang

Penang HOHO 


Terdapat dua jenis bas 2 tingkat Penang HOHO, yang pertama adalah dek terbuka di bahagian depan dan yang kedua ialah dek terbuka di bahagian belakang. Well, Sharing is Caring, jadi Nina nak share pengalaman dengan korang menaiki bas Penang HOHO.




LALUAN PENANG HOP-ON HOP OFF



Peta laluan Bas Penang HOHO

Laluan bas Penang HOHO 

Penang HOHO bus stop


Kami mulakan 24hrs tour dari Penang HOHO bus stop nombor 1 di Gurney Drive, bus stop yang terletak di hadapan Gurney Plaza. Jangan risau konfem tak sesat. Bus stop ini juga perhentian bagi 2 route antara Beach Route dan City Route. Terdapat juga satu lagi perhentian Penang HOHO di hadapan Pasar Chowrasta, Jalan Penang, George Town.


Menunggu bas di Gurney Drive

Beach Route Tour


Dengan 2 laluan yang berbeza, Penang HOHO meliputi kira-kira 50 tempat utama tarikan pelancong dari Georgetown hingga kawasan Teluk Bahang dengan jumlah 33 perhentian.
City Route akan membawa anda di sekitar bandar Georgetown, sementara laluan Beach Route akan membawa anda ke Batu Ferringhi dan Teluk Bahang.



Seharian meronda Penang . Pha Is semakin mengganas di belakang :P

Staf Penang HOHO sedang beri penerangan Beach Route . Nampak tak benda lucu?

Laluan Beach Route

Hard Rock Hotel (stop 26) and Tropical Spice Garden (stop 27)

Sengih manjang sebab duduk dibelakang dengan gadis-gadis :P
Tetap geram dengan dia yang membahan sepanjang jalan 

First time pakai baju #BloggerUtara walaupun salah pilih saiz



Melalui Beach Route, anda boleh melawat Tropical Spice Garden, ESCAPE Park, Hard Rock Cafe, Toy Museum, Miami Beach, Taman Rimba Teluk Bahang dan menikmati pemandangan sepanjang perjalanan dengan bayu laut yang nyaman. Setelah selesai anda akan berhenti di Stop 1 Gurney Drive sebelum menaiki bas City Route pula.



Menunggu bas untuk City Route . Terima kasih Pha Is kerana membahan

City Route time ! Make sure pakai sunblock

Laluan City Route


Melalui City Route, anda boleh melawat Botanical Garden, Kuil Kek Lok Si, Bukit Bendera, Fort Cornwallis, Komtar, Penang Times Square, Masjid Negeri Pulau Pinang dan sekitar bandar Georgetown dalam masa satu hari. Pengalaman tour ini, jika anda tidak bercadang untuk turun di mana-mana hentian, lebih baik mengambil kedua-dua route dan pusing Penang sepuas-puasnya jika cuaca baik.



Penang HOHO mempunyai dua perhentian bas yang berbeza iaitu Standard Stop dan On Demand Stop. Jika anda mahu berhenti di On Demand Bus Stop, anda pelu menekan butang henti dalam bas dan jika anda mahu naik bas dari On Demand Bus Stop, anda perlu pull the pole sehingga tanda berubah menjadi "Pick Me Up" . 


Logo Penang dan KL Hop-On Hop-Off (baju staf Penang HOHO - Kuning / baju staf KL HOHO - Hitam)


HARGA TIKET PENANG HOP-ON-HOP-OFF
Boleh beli secara walk in

- Tour bermula setiap hari dari 9.00 pagi - 8.00 malam, selang masa kira-kira 20 hingga 30 minit
- Terdapat dua tiket sah 24 jam dan 48 jam
- Anda boleh membeli tiket di dalam bas dan Kaunter Bergerak (Stop 1 dan 9)
- Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun adalah PERCUMA
- Harga Tiket Dewasa - RM19 (24 Jam)  |  RM 32 (48 Jam)
- Harga Tiket Kanak-kanak / OKU / Pelajar - RM12


PEMBERITAHUAN PROMOSI RM 5 UNTUK PENANG HOHO TELAH DITUTUP . UNTUK KL HOHO SEHINGGA 23 NOVEMBER INI . CEPAT SEBELUM TERLAMBAT !!


PROMOSI PENANG HOP-ON-HOP-OFF

1 tiket bas Penang Hop-On-Hop-Off hanya RM5, sah sehingga 30 November 2015 bagi semua pemegang MyKAD (percuma untuk kanak-kanak berumur bawah 5 tahun). Promosi hanya sah melalui pembelian secara online.


Boleh tempah tiket di sini BORANG DAFTAR PENYERTAAN PROMOSI TIKET RM5



Untuk maklumat lebih lanjut, boleh ke laman web rasmi Penang / KL Hop On Hop Off website

 ________________________________________________________________


Ucapan terima kasih buat pihak Penang Hop-On Hop-Off kerana sudi menjemput kami Blogger Utara untuk mempromosikan Penang HOHO dan George Town dan dan menaja makanan petang kami di Seoul Garden, Gurney Plaza. Cuti sekolah pun bermula, buat yang tengah merancang nak bawa family bercuti boleh singgah utara. Pakat mai sini :)



Thank You Penang Hop-On Hop-Off
Penyampaian sijil dari Munirah Roslan, Marketing Exec
Muka happy plus letih menternak lemak especially orang belakang :P

46 comments:

Farah said...

Takdelah mahal sangat ya harga tiket dia.

Murni Alysa said...

Nak naik HOHO KL pulak..plsss

shasha yacob said...

uishh bestnyaa. weoulls pun rancang nak jelajah guna benda alah ni juga nnti. hehe

izzeyda said...

wah dah siap dengan jayanya.. kena pulun nih..

Pha Is said...

teruk kena bahan kali ni.. -_-'

cikpinz said...

Bestnya Nina berHOHO sambil membahankan Pha Is

Khai♥Rin : anies said...

amboiiiii sukanya depa niiii berjimba jimbi tour de penang ya ;-)

Siti Nurzafirah said...

wah2 dia... puash ea buat hari pembalasan...

eyjalukman said...

wahh penang pun ade ehh HOHO ni. nnt lau gi penang boleh cuba lah naik, lama tk g sna huhu

el said...

cheq nak tiket free tu dakkk
nak pi bw anak2 pulak
tiket cheq dah sold out haha

Badrina Ibtisam said...

bestnyaaaa! keluar dgn kwn2 ni best!

p/s: rindunyaaa kak nina kita ni! >_< >_<

Nabila Syifa said...

happeningnya

♥TheOnlyFarah♥ said...

hahaha..tue la badan kecik jer tapi nak mtk extra 1 saiz..kan dah besar...hehehe..tapi ok jer kak farah tengok nina..tetap cun walaupun pakai baju besaq..hehehe.. kesian nina dok kena bahan dengan dua kumbang tue no..xpa nanti kak farah babab depa na..heee btw nina jom kita naik HOHO Kl pulak!! =D

tiga lalat said...

wahh sonoknyer uools ., ;p

x nmpk pon pelancong asing naik bus tuuu .,

alia farhan Said said...

Jom repeat nina

ewanthology said...

ingaktkan bas hop on tu ada kat KL je, rupanya kat penang pun ada.

Clive Einstein said...

kalau drive kat kl, slalu gak nampak bas hop on ni. tapi respek lah yang naik bende ni masa tgh panas panas tu untuk round round bandar. hehe

Mizz Aiza said...

best nya.. teringin juga nak naik..

Zizie Zack said...

perghhh berbaloi2.. zizie pun tgh planning nak jalan2 kat penang.. kak nina, free x? jd tour guide please.. hehe

tiga lalat said...

ingt wak dh komen sini ;p

Deanna Morni said...

bestnyer uolls leh jenjalan atas bas....heheheh....

Farrah MF said...

Seronoknya round2 Penang naik HOHO. Tiketnya pun reasonable, affordable ;)

Zie Has said...

bestnya la dapat offer buat review ... rasa segan lak ni masuk belog ni hehe ;)

Zie Has said...

promosi 5 hengget ajer? ... kalau lah dok penang, mesti beli punyer :)

Zie Has said...

syokkk la dapat jumpa geng blogger utara ... dapat makan free lagi tu :)

Siti Yang Menaip said...

weeeeh sakan betoi hampaaa naaaa..

Mummy Julia said...

Syok gak ea.. naik bus ni..nanti mummy nak try gaklah..

Kira Sakura said...

rata HOHO bawak berjalan. tak payah bazir duit minyak tenaga lagi semata nak round penang kan.....

Cik Ash said...

Geram2 lama nanti terjatuh kan hahahaaha

el said...

korang mmg happening...best jln2 mcm ni kan

el said...

bila kita nak repeat mkn kat seoul plak haha

el said...

beach route lg best kan..mcm roller coaster je naik turun haha

el said...

mana hoho kl plak nina
mai lah nak baca nk tgk gambar
gambar ngan si dia haha

el said...

nina rasa nama k.el dah naik dah ke haha

Fiza Rahman said...

Meriahnya geng blogger utara.

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam nina,
time hoho ni paling best kan3
sayang la family #bloggerutaraofficial
mmuuuaahh3

el said...

nina k.el mai lagi ni..jgn marah haaa..

el said...

nina entry bln november skit nau..terpaksa ulang alik komen haha

el said...

xpelah nina..sbb nina pya pasal k.el sggup ketepi keberakan k.el ni..berak taun dpn je...pehal akk ko ni nina..dah giler ape hehe

el said...

nina jgn habaq kat depa k.el bom lagi sini..nti abis lah depa pun nak gak..cissssss haha

el said...

harap2 dptlah hoho kl..xdpt balik and krabi dpt hoho penang lagi sekali pun ok whattt haha

Siti Yang Menaip said...

wooookay ngak ada jugak komen disini.. huuurm.. dimanakah..
sob sob T.T

Siti Yang Menaip said...

sedapnya solgarden.. awak jom kita makan solgarden..

Jari Manis said...

bloggerutara mmg ohsem lah

zai zamree said...

Teringin teruk dh nk naik Hoho kl ni. Sapa nk bwk

Time Traveller said...

Waaa.. makin famous dia sampai ke penang dpt jemputan.. seronok aktiviti mcm ni :D

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com