1 Nov 2015

Pemilik Blog

Salam Readers..

 
Rasanya bila jawab soalan-soalan Libster, ramai yang tag soalan-soalan nak intro diri blogger tapi tak semua pasal kita blogger lain tahu. Meh nak kenalkan diri kita yang tak berapa nak fames ni. Seorang yang peramah dan mudah terhibur. Tiada masalah nak tambah kenalan. Feel free to visit blog kita :)


Nama Penuh : Nor Amanina Binti Ahamad (dalam IC)

Nickname : Nina, Ina atau Na (family, kawan etc) 

Umur : 31 tahun (bulan 7)

Tarikh Lahir : 4 Julai 1990 (berkongsi tarikh hari kemerdekaan USA)

Asal : Bayan Lepas, Penang tapi rumah family di Bagan Dalam, Butterworth.

Blogging sejak bulan 10, 2010. Mula-mula seronok cerita pasal student life, kisah cinta kampus, lepas tu dah minat nak jadi blogger yang terus menulis tak nak tinggal blog ni, rasa sayang. Jadi anak tunggal pula buat parents support hobi Nina yang satu ni. Dulu kalau free tiap-tiap bulan nak design blog sendiri guna coding yang dah belajar, buat header macam-macam style sebab student Multimedia ni tak lari dari design + coding. Kombinasi yang perfect kalau nak apply dalam blog, konon buat experiment.
 
 
Blogger Amanina Ahmad

 
Bila dah habis study dan start kerja di Mattel Malaysia hingga resign dan sekarang hampir setahun bekerja di company baru. Masa nak hadap blog makin kurang. Kalau ditanya tentang life, masih lagi belum berkahwin dan sudah ada seseorang yang faham hidup seorang blogger. Tambah pula, sekarang join group blogger dan rajin ke event kalau ada kelapangan.   


1 comment:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com