9 Dec 2015

Review Filem : Spectre (2015)

Salam Readers..


Review Filem Spectre | What's Up guys ! Bulan November hanya dapat tengok 1 movie je, kekonon nak midnight layan Hunger Games : Mockingjay Part 2 di NU Sentral tak kesampaian apabila berjumpa bantal hotel. Kali ni nonton Jebon James Bond di Gurney Plaza. Entri basi bertarikh 8 Nov. Nak tau sambungan haruslah tengok selepas kematian ketua Bond iaitu M.


Spectre ialah filem ke 24 dalam siri James Bond. Sesiapa yang follow dari Skyfall mesti nak tau dalang disebalik kematian M. Siapa bunuh dia? Filem yang berjaya mencapai box office $793.2 million




Sinopsis Spectre :


Dalam misi di Mexico City, Bond mendapat mesej terakhir selepas kematian M untuk menyiasat sesuatu. Bond membunuh 2 lelaki yang merancang pengeboman termasuk Marco Sciarra dan mencuri cincinnya bersimbolkan Octopus. Kembali ke London, Bond digantung tugas oleh ketua M semasa yang terdiri dari C (Ketua Perkhidmatan Perisikan Persendirian) yang menggabungkan MI5 dan MI6. Kempen C supaya Britain menyertai "9 Eyes", inisiatif kerjasama pengawasan dan perisikan global antara 9 negara anggota, juga menggunakan pengaruhnya untuk melupuskan '00' yang ketinggalan zaman.






Bond ingkar arahan M dan pergi ke Rom untuk menghadiri pengebumian Sciarra. Dia melawat balu Sciarra iaitu Lucia, yang memberitahu mengenai Spectre, sebuah organisasi jenayah yang disertai suaminya. Bond menyusup masuk ke mesyuarat Spectre, dimana dia kenal ketua, Franz Oberhauser. Apabila ketua itu panggil nama Bond, dia melarikan diri dan dikejar Hinx, pembunuh Spectre. Moneypenny memberitahu tentang White, bekas ahli Quantum dan meminta menyiasat Franz yang dianggap mati.









Bond ke Austria untuk mencari White, yang hampir mati kerana keracunan talium. Dia kecewa dengan Quantum dan meminta Bond untuk mencari dan melindungi anak perempuannya, Dr. Madeline Swann, membawanya ke L'Americain untuk tahu Spectre, kemudian White membunuh diri. Bond ke klinik tempat Swann bekerja dan diculik oleh Hinx. Swann diselamatkan oleh Bond dan mereka bertemu Q dan mengetahui cincin Sciarra menghubungkan Oberhauser, Le Chiffre, Dominic Greene dan Raoul Silva sebagai ahli Spectre. Swann dedahkan L'Americain sebuah hotel di Maghribi.







Mereka ke hotel untuk mencari bilik rahsia White dimana terdapat koordinat markas Oberhauser di padang pasir. Menaiki keretapi ke stesen terdekat dan Bond membunuh Hinx. Mereka dijemput ke markas Oberhauser. Mendedahkan bakal melancarkan serangan pengganas diseluruh dunia. Spectre dapat akses tanpa had menggunakan 9 Eyes. Bond diseksa dan Oberhauser bercerita sejarah mereka sebagai saudara selepas Bond menjadi yatim dan bapanya menjadi penjaga. Oberhauser membunuh bapanya dan cipta kematian palsunya dan menggunakan nama Ernst Stavro Blofeld untuk membentuk Spectre. Bond dan Swann berjaya melarikan diri dan memusnahkan markas.






Mereka kembali ke London dan bertemu M, Bill Tanner, Q dan Moneypenny untuk menangkap C dan menghentikan 9 Eyes sebelum dilancarkan dalam talian. Swann meninggalkan Bond, dia tak mahu menjadi sebahagian dari kehidupan melibatkan pengintipan dan diculik. Dalam perjalanan, mereka diserang hendap dan Bond diculik. Q berjaya mematikan program 9 Eyes, secara tak sengaja semasa pergelutan antara C dan M, akhirnya C mati terjatuh.




Bond dibawa ke bangunan lama MI6, dijadualkan untuk dirobohkan, dan berjaya membebaskan diri. Dia ada 3 minit untuk melarikan diri sebelum bom diletupkan atau mati menyelamatkan Swann. Mereka berjaya melarikan diri dengan bot semasa bangunan runtuh. Bond menembak helikopter Blofeld dan terhempas di Westminster Bridge. Blofeld merangkak keluar dari heli dan diberkas. Bond meninggalkan jambatan dengan Swann sebelum bercuti dengan menaiki keretanya, Aston Martin DB5. 

4/5*

18 comments:

  1. Lepas exam nanti nak tengok movie ni kalau masih ditayangkan lagi :D

    ReplyDelete
  2. dh tgk.. mmg btak mengecewakan..

    cntik prmpuan tuu..hehhe

    ReplyDelete
  3. bantal hotel memang selalu win !

    since tadak kawan nak pi tengok, tengok online je lah nanti..

    ReplyDelete
  4. cantik makwe bond kali ni. a da iras2 taylor swift ;-)

    ReplyDelete
  5. belum basi lagi nina ... baru sebulan jer :)

    ReplyDelete
  6. tengok trailer pun dah rasa best ...

    ReplyDelete
  7. seksinya baju heroin kat kedai makan tu :) ...

    ReplyDelete
  8. James Bond jarang follow up . Yang versi mamat nie tak tengok satu pun movie dia lagi .

    ReplyDelete
  9. dah tengok aritu.. memang terbukti best..

    ReplyDelete
  10. Tak sempat tengok James Bond kali ni..sibuk semedang

    ReplyDelete
  11. suka semua citer james bond..

    ReplyDelete
  12. isk dia ni.. tua da tapi macho.. macam Robert Downy.. still cool hehe..

    ReplyDelete
  13. huhu skarang ni kita dload je la.. ada da kot kat torrents..

    ReplyDelete
  14. james bond yang dulu xtengok lagi nak keluar yang baru hihihihi ketinggalan ni

    ReplyDelete
  15. Dah lama tak dapat tengok movie..

    ReplyDelete
  16. ok stop sini ... habis sudah singgah semua entry ;)

    ReplyDelete
  17. Dah lama x tengok.. sejak mamat nie jadi bond..
    Xle masuk r.. hehehe..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com