31 January 2015

Kronologi Kisah Tahun 2014


Salam Readers..

Genap sudah sebulan tahun 2014 meninggalkan kita. Agak terlambat nak publish entri kenangan dan kisah masam manis di tahun lepas. Tahun lepas aktiviti aku agak 'slow' sikit dengan event best tak macam kronologi tahun 2012. Yang pasti tahun 2014 ialah tahun banyak makan dan tengok wayang !! 




Januari



- 1st time belanja officemate makan besaq. Open table sempena confirm kerja tetap. Serius banyak lauk macam ni harga masih lagi RM 100 ++ 



Kedai makan Permatang Pauh



March


- Terkejut beruk bila tercalon untuk Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di IKBN, Bukit Mertajam. Walaupun tak berjaya tak dah cuba sebaik mungkin. Tunggu jelah exam yang lain. Ngeh.. ngeh




September



- Pertama kali daki Bukit Bendera sepanjang 5KM. Hampir-hampir pancit tapi tak la pengsan. Serius best hiking dengan geng-geng Mattel. Kalau boleh nak join lagi tahun ni. Hehe..  


Puncak Bukit Bendera


October



- Setelah sekian lama setia bersama Maxis dan Celcom akhirnya simkad bertukar ke RedONE. Betul-betul jimat dan boleh online sepanjang masa dimana jua berada termasuk di hulu kampung.




- Buang tebiat bila daftar nama pergi kursus kahwin Sungai Petani. Akhirnya bab kahwin yang satu ini selesai juga. Boleh tarik nafas panjang sebab dah ada sijil kahwin. 






November


- Join charity berjalan bersama orang-orang buta dan pekak sepanjang 3KM. Seronok juga jadi orang buta yang berjaya memotong barisan dan rasa insaf/bersyukur dapat melihat dan mendengar.    





December


- Minggu EVP and 12 days play of activities untuk pekerja. Join Zumba kali ke 2 walaupun tak best macam Walk for Sight & Sound. Janji lemak berkurang.  




30 January 2015

Adakah Blog Mobile Friendly


Salam Readers..


Adakah blog korang Mobile Friendly? Sekarang ni ramai yang online menggunakan smartphone bukan lagi menghadap pc atau laptop macam dulu. Klik sini blog mobile friendly untuk check blog mesra mobile atau tak. Menjadi 1 kelebihan sekiranya blog kita mobile friendly. 



Blog Mobile Friendly



Jika semak tajuk entri blog di google thru smartphone akan tertera gambar yang dikongsi. Jadi kalau kita online guna mobile, senanglah nak tahu laman web mana yang mesra mobil jadi senang nak baca dan juga komen.



Untuk menguji sama ada blog korang mobile friendly atau tak, boleh lah klik MOBILE FRIENDLY TEST . Masukkan URL blog dan klik analyze. Kalau green itu tandanya tak perlu ubah sebarang coding di blog. 




Jika tak mesra mobile tukar font kepada yang senang dibaca tanpa perlu scroll ke kiri dan ke kanan ataupun penggunaan coding yang tak mesra mobile. Jadi ubah la apa yang patut untuk lebih kemesraan. Haha..

28 January 2015

Mencuri : Selamat Di Dunia Tapi Tidak Di Akhirat


Salam Readers..

Manusia selagi hidup selagi itu akan melakukan kejahatan tak kira kecil atau besar. Aku bukan la ustazah nak bersyarah panjang dalam blog sendiri cuma kesal dengan sesetengah perangai manusia. Mungkin mereka kurang didikan agama atau sengaja buat bodoh. Masing-masing dah tua bangka. Fikirkan lah..



22 Jan, operator memecah masuk curi makanan dan tidur di waktu malam

Pencuri terima balasan di akhirat kelak ya


Selalunya kes yang jadi dalam hidup aku ialah ada manusia suka 'mengambil' atau 'makan' hak orang tanpa kebenaran bukankah itu dikira mencuri. Kalau Malaysia laksana hukum HUDUD maka negara bertambah OKU. Lepas kejadian ini, aku dah agak duit deposit 300 tak akan dapat semula.



Saja nak test, kalau betul kereta calar disebabkan salah sendiri mungkin boleh polish guna duit deposit walau aku sedar baiki tu murah tak sampai beratus. Janji nak bank in hingga sekarang tak ada. Duit burn begitu saja, aku takkan pernah HALAL kan duit tu dan barang/makanan yang dicuri.



    
Hukum Allah S.W.T bagi yang mencuri



Ingat lagi pesan mak, biar orang ambil hak kita tapi kita jangan sesekali ambil hak orang. Selalu pujuk diri supaya jangan ingat perbuatan orang. Mereka mungkin selamat di dunia tapi tidak di akhirat kerana janji Allah itu pasti. Awat la SENGKEK sangat sampai nak mencuri ni. 




Are you afraid of the dark? 23 Jan, bekalan letrik terputus. Mattel tak bayar bil ke? buat Seekers dalam jamban konon.


p/s: Kalau orang curi story/gambar dalam blog mungkin boleh forgive and forget. Google kan sahabat sejati blogger :)

26 January 2015

Telemovie 7 Petola Cinta


Salam Readers..


Terjebak tengok telemovie kerana tajuknya yang ada unsur sejenis sayuran yang aku tak makan. Ahaks.. Bagi aku kisah 7 Petola Cinta ni banyak pengajaran supaya manusia kembali ke pangkal jalan plus selalu baca tweet dari Johan As'ari yang berunsur keagamaan. Meh layan kisah 7 biji petola ni. 


Poster 7 Petola Cinta


Sinopsis :


Kerana percintaan dan kes asyik putus tunang membuatkan ayah Habibur terpaksa merancang bagaimana nak mengubah kelakuan anaknya itu. Dia berpakat dengan kawan di kampung dengan menghantar Habibur untuk mencari 7 Petola Cinta di 7 kebun petola yang ada di sebuah kampung.  

Habibur dibekalkan kompas dan peta untuk ke 7 kebun petola menggunakan basikal. Bukan macam filem 7 perhentian tu. Ini 7 kebun dan setiap tuan kebun akan beri kata-kata nasihat dan Habibur mesti mendapatkan 7 biji petola. 

Akhirnya setelah berjaya dapat 7 petola dan pulang ke rumah dengan niat berubah dan Habibur insaf. Kemudian ayahnya memulangkan kereta Honda CRV kesayangannya yang dikatakan sudah dijual.

Suatu malam ayahnya mengadakan majlis makan malam dan memperkenalkan bakal isteri Habibur. Rupa kawan ayahnya ada anak angkat siapa lagi kalau bukan Uqasha Senrose. THE END. 
    
Kebun Petola Pertama
Uqasha Senrose jadi isterinya


24 January 2015

Sopeah Jin (Cerekarama TV3) Lakonan Emma Maembong


Salam Readers..


Tengah syok update blog tetiba dengar ibuku ketawa sakan rupanya ada drama nama sendiri plus pelakon pujaan berlakon terus 2 beranak layan Emma jadi jin. Perasan adik pelakon Risteena Munim jadi gf Shah Iskandar la. Agak kelakar dan mana ada mitos jin perempuan, kalau jin Aladdin versi kartun. Layan 3 Abdul Versi 3 S. Boleh tengok banyak kali di Tonton :)


Poster Sopeah Jin
Emma Maembong sebagai Sopeah Jin
Shahbudin, Tajudin, Sabaruddin

Cerita dongeng tapi ada moral of the story. Pasal harta, adik beradik boleh gaduh, jadi tamak macam 3 Abdul. Kisah 3 beradik Shahbudin, Sabaruddin dan Tajuddin yang mewarisi harta ayahnya. Sabaruddin (Shah Iskandar) ada kedai barang antik. Sabaruddin yang lurus bendul, jujur sangat dan kena tipu hidup-hidup dengan abang & adiknya.


Pembahagian harta tak berapa nak fair. Sabar dapat kotak berisi peta. Mula-mula dia nak cari sama-sama dengan adik dan abang kongsi 50-50. Mereka cari harta dekat gua refer map. Sabar terjatuh dalam gaung, diaorang nak tinggal dah pastu Sabar panggil. Dalam dok berebut peti, terhantuk kepala Sabar. 

Sabar jumpa Sopeah Jin

Memberi galakkan supaya jin tak sumpah abang dan adik dia

Lepas terjaga dia terjumpa botol labu sayung yang dalam tu ada Jin (Emma Maembong). Sabar dengan tak sengaja membebaskan jin dan diberi 4 permintaan.


Permintaan pertama dia nak nasi beriyani yang dipenuhi ayam + sirap. Dengan sekelip mata, jin tunaikan permintaan. Jin asyik paksa Sabar tunaikan permintaan ke 2, Sabar nak balik ke rumah. Tengah syok makan, Sopeah jin terus bawa Sabar ke rumah. 

Sopeah Jin dalam botol
Aisyah (Ruhainies Fatihah), Sopeah dan ibu Aishah


Permintaan ke 3, Sabar terus minta agar kedai antik dia penuh dengan barang-barang antik yang sangat mahal, punya value yang tinggi. 

Permintaan ke 4 dia minta tangguh dulu. Esoknya dia mintak jadi hamba seumur hidup. Jin marah tapi permintaan dah dilepaskan. Segala permintaan telah ditunaikan. Kehidupan Sabar semakin baik. Dia jadi kaya raya. Abang dan adik dia mencari sebab kenapa Sabar boleh jadi kaya serta merta ni. Macam-macam diaorang buat nak korek rahsia. Pakai adik ipar suruh godalah. Pecah rumah bangalow dia. Semua tak berhasil.

Emma comel sangat ! 
Tajudin dan Sopeah

Sabar juga cintakan Aishah tapi cinta terhalang kerana sejarah silam. Arwah papanya telah melukakan hati ibu Aishah. Mungkir janji mahu mengahwininya. Sabar buat macam-macam nak ambil hati bakal ibu mertua tak jalan juga. 


Last sekali ibu Aisyah dapat terima Sabar masa birthday dia. Masakkan makanan feveret untuk bakal ibu mertua. Akhirnya botol jin dirampas abangnya. Dia paksa Sabar keluarkan Sopeah. Minta keretalah, duit 15 juta lah. Sopeah tak nak tunaikan sebab dah janji kena jadi hamba Sabar saja.  


Akhirnya Sopeah ajar diaorang ni. Kena menari, pukul baru nak insaf. Lepas tu terus Sopeah lesap. Tup.. tup Sabar menceritakan sebuah cerita tauladan dekat 2 orang anaknya. Siapa isterinya? Jeng.. jeng. Sopeah Jin. THE END.

23 January 2015

Pengomen Setia Sepanjang Tahun 2014


Salam Readers..

Sudah seminggu kita meninggalkan tahun 2014 dan tahun lepas mood blogging hampir-hampir ke laut dan tanpa mereka-mereka yang sudi singgah dan rajin drop komen tanpa putus membuatkan semangat masih ada. Dengan ini aku nak listkan senarai pengomen tegar blog Nina Life Stories sepanjang tahun 2014.


Tahniah buat sis Kathy R'Bain, Anies dan Fiza Rahman kerana 2 tahun berturut-turut menjadi penyokong kuat. Bertrillion million terima kasih aku ucapkan buat korang semua dan kepada mereka yang selalu ke sini tapi tak tersenarai. Ada rezeki tak kemana. Hehee.. Jangan sedih-sedih tau :')










2. Anies




3. Zumal









5. Kathy

















9. Pha Is







p/s: Yahoo nina bermasalah dan sila tinggalkan 
Nama, alamat dan no. fon ke
Ahmad.NorAmanina@Mattel.com :)


22 January 2015

Drama Zahira Episod Akhir Happy Ending

Salam Readers..


Drama Zahira Episod Akhir | Demam Zahira dan Iqbal sudah pun kebah. Sesiapa yang layan drama ni memang rasa syok ahh tengok Zahira bergaduh dengan Iqbal kat tasik tu. Kahkah.. Ulang banyak kali, ketawa pun banyak kali scene nak melamar tu. 


Zahira episod akhir
Iqbal muka happy nak kahwin dengan Zahira


Setelah puas memujuk kawan Zahira tu, akhirnya dia beritahu dekat mana Zahira berada. Malangnya Iqbal terlambat sehari, bila datang ke hotel Zahira menginap, dia dah check out. Runsing punya pasal hingga angaukan Zahira.


Akhirnya Zahira berjumpa dengan Zahid. Dia memulangkan semula cincin pertunangan mereka. Zahira minta maaf tapi Zahid faham dan terima pilihan Zahira dengan hati terbuka walaupun sedih. Zahira ke rumah Iqbal akhirnya.


Setibanya Iqbal balik ke rumah dengan berita kehilangan Izzati dan Idlan. Marah Iqbal dengan Mak Yam dan mamanya. Katanya pergi ke taman tapi semua tu dah plan untuk Iqbal jumpa Zahira di taman. Hati Iqbal gundah gulana, Zahira hilang, anak kesayangan pun hilang jugak. Sambil drive pun dok menyeru nama Zahira. 


Akhirnya jumpa juga tapi Iqbal marah-marah pulak Zahira. Cakap perempuan tak gunalah, penipu, pendek. Ayat last tu buat Zahira cair, siap janji jangan garang lagi. Zahira dan Iqbal berkahwin juga. Happy ever after. THE END. 

Zahira pulangkan cincin tunang mereka.. Kesian Zahid


Jarang tengok drama melayu endingnya baik-baik saja. Musuh boleh berubah insaf, tiada adegan balas dendam, tumbuk ke macam Istikharah Cinta. Selamat untuk ditonton dan suka pelakon kanak-kanak comel tu. Dah jatuh hati kat adik Nur Qistina Raisah dan Habiel Lutfillah Durrani


Iqbal angaukan Zahira



SCENE MELAMAR KELAKAR + SWEET

Style Iqbal melamar Zahira. Akhirnya ego-ego kahwin juga. 

Malam pertama punya scene.. pandai Mak Yam hias bilik pengantin.
"pakai baju kluang pun isteri abang tetap cantik, baju kelawar la abang" haha

Scene kahwin takda ya dalam drama. Source IG TV3

Keluarga bahagia Syed Iqbal dan Zahira. Selamat pengantin baru. Kiutnya Izzati dan Idlan


Tahniah Adi Putra dan Zara Zya.
Tersenarai Anugerah Bintang Popular ni.




20 January 2015

Perodua Myvi Baru (Facelift) 2015


Salam Readers..


Semakin ramai kengkawan, sepupu sepapat beli 'Lagi Best' ke hulu ke hilir apabila Perodua melancar model Myvi Baru (Facelift) 2015 pada 15 Jan lalu. Perodua Myvi generasi kedua yang dilancarkan pada 16 Jun 2011 berwajah baru. Nasib baik si pemandu tak berwajah baru. Herher.. Amacam cantik tak?




Myvi Facelift Baru ini hanya ada 4 varian dan didatangkan dengan dua warna terbaru iaitu Electric Blue dan Cosmic Gold sebagai pilihan tambahan dari warna sedia ada. 


Spesifikasi Myvi Baru 2015

Harga Myvi Facelift baru 2015



Variant dan Harga Myvi Baru (Facelift) 2015

Senarai harga rasmi bagi setiap variant Myvi Baru (facelift) 2015. Harga yang disenaraikan adalah harga di atas jalan termasuk insurans. Nak tahu lebih lanjut boleh refer sini .



Harga Myvi Premium X 1.3L (AT) - Solid RM47,500 / Metallic RM47,900
Perodua Myvi Baru X

Myvi Premium X 1.3L (Auto) 


Harga Myvi Advance 1.5L (Auto) - Solid RM58,500/ Metallic RM58,900 
Myvi Advance 1.5L (Auto)

    Harga Myvi SE 1.5L (Manual) - Solid RM50,500/ Metallic RM50, 900

    Harga Myvi SE 1.5L (Auto) - Solid RM53,500/ Metallic RM53,900

    My SE 1.5L (Manual/Auto)


    Harga Myvi Standard 1.3L (Manual) - Solid RM41,500/ Metallic RM41,900

    Harga Myvi Standard 1.3L (Auto) - Solid RM44,500/ Metallic RM44,900

    Myvi Standard G 1.3L (Manual/Auto)


    Senarai h Kesemua rekaan Perodua hanya mengambil model kereta Toyota dan Daihatsu dengan hanya mengubah penampilan dan eksosari. Engineer Automotif Perodua hanya pandai mereka bentuk bumper, lampu dan eksosari dalaman tidak sepenuhnya seperti Proton.


    Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com