29 June 2015

Review : The Body Shop Vitamin E Aqua Boost Sorbet And Vitamin E Night Cream


Salam Readers..

Review The Body Shop Vitamin E | Seperti biasa, tuan blog guna nak habis baru nak mereview The Body Shop Vitamin E Aqua Sorbet dan Vitamin E Night Cream. Haruslah, buat testimoni ke muka sendiri. Kali ni nak hilangkan parut-parut jerawat di zaman muda mudi dulu dengan set Vitamin E dari The Body Shop. Nama pun kedai badan jadi mesti jual bermacam jenis produk untuk badan -______-



The Body Shop Vitamin E Aqua Boost Sorbet


Dah alang membeli 2 botol, wajib la menjadi member so lepas ni rajin-rajin membeli di kedai badan :P Bila tengok packaging botol dengan bendera British nampak semart. Yelah nama pun brand UK. Harga untuk Vitamin E Aqua Boost Sorbet ni RM 72 kalau tak silap dan Vitamin E Night Cream dalam RM 65. For me it's quite pricey buat i swear takkan menyesal sebab pakai benda ni beeesssttt sangat !



The Body Shop Vitamin E Night Cream



Lepas cuci muka dan apply muka tak ada rasa sticky. Sangat sesuai di pakai sebelum apply any makeup or BB Cream on your skin. Dah pakai sebulan ada perubahan, macam parut jerawat dah pudar. Mak sendiri pun tumpang sekaki. Itu yang buat rasa best sebab rasa lembab dan sejuk di muka. I love that feeling. Selalu pakai di office tanpa pakai make up. Kulit memang moist hingga ke petang, everyone should have it :)



Sesuai untuk semua jenis kulit ! Sangat wangi ok


28 June 2015

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Julai - Disember 2015


Salam Readers..


Klik banner untuk join



Sebelum terlambat atau dilambatkan, nak join segmen bloglist blog Buat Wanita ni. Meh ramai-ramai join sebab blog BW ni selalu share resepi sedap-sedap tau. Terliur kita tengok :)


Syarat pun senang saja. Hehe


27 June 2015

Giveaway Kad Raya 2015 By Kathy R'bain & Cik Akak

Salam Readers..


Klik banner untuk join


Sebelum terlambat nak join GA dari Kathy & Cik Akak ni. 2 jam lagi sebelum TAMAT.

Hadiah-hadiah :

1 keping kad raya by Kathy R'Bain dan Cik Akak x 10

1 keping kad raya by Cik Akak x 10

TAMAT ! 

7 June 2015

Farza Naquraisha Adik Uqasha Dan Nelydia Senrose


Salam Readers..


Biodata Raysha Rizrose | Siapa Raysha Rizrose atau Farza Naquraisha sebenarnya? Firstly tahniah buat Raysha Rizrose Juara Dewi Remaja 2014/2015. Walaupun agak lama cerita ni tapi rasanya ramai lagi tertanya-tanya apa hubungan Juara Dewi Remaja ni dengan Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose? Dia merupakan adik berkongsi ibu yang sama tapi berlainan bapa, tetap sama cantik macam kakak-kakaknya kan :)




Dewi Remaja 2014/2015

Mahkota kemenangan disampaikan oleh juara Dewi Remaja 2009/2010, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa. Menjadi juara paling muda pertandingan yang telah dianjurkan sejak tahun 1985. Lamakan?



Biodata Raysha Rizrose | Juara Dewi Remaja 2014/2015


Nama Penuh : Farza Naquraisha Binti Mohd Fariz

Nama Panggilan : Raysha Rizrose

Nama Manja : Dada (ahli keluarga)

Tarikh Lahir : 22 Jun 1996

Umur : 20 tahun (2016)

Tempat Lahir : Subang Jaya, Selangor

Keturunan : Indonesia Cina (bapa) + Siam (ibu)

Tinggi : 170 cm

Berat : 48 kg

Cita-cita : Peguam Korporat

Teman Lelaki : Nabil Jeffri (pelumba F1 Malaysia)

Hobi : Membaca novel Inggeris, bersukan, suka mengarang, memasak

Makanan kegemaran : Makanan Thai (tidak makan pedas)


Profil Rasmi Twitter : https://twitter.com/raysharizrose

Profil Rasmi Instagram : https://instagram.com/raysharizrose/


Adik-beradik : Anak ke 4 daripada 7 beradik (4 Perempuan 3 Lelaki)

- Nelissa Senrose
- Uqasha Senrose
- Nelydia Senrose
- Farza Naquraisha (Dada)
- Muhammad Farza Danitra (Didi : 16 tahun)
- Muhammad Farza Qirana (Dida : 12 tahun)
- Muhammad Farza Arjuna (Diqa : 9 tahun)

Bakat : Menyanyi, berlakon & mengacara





- Gadis yang dikenali dengan sikap pemalu dan pendiam ini aktif dalam berpidato dan debat sewaktu zaman persekolahan. Gadis berkulit putih kemerahan suka mencuba sesuatu yang baru dalam hidupnya. Tidak pernah menggunakan sebarang pembersih muka daripada kecil sampailah sekarang. Mengamalkan minuman kolagen Secret of Senrose dan seorang pencinta kucing.   





Last Updated : 4/27/2016


Film Review : San Andreas


Salam Readers..

Review Filem San Andreas | What's up guys and girls ! Rindukan The Rock? Jadi kena tengok movie bencana alam ini. Last date dengan Wak Doyok sebelum puasa. Ayat tak boleh blah. Harus lah hormat bulan puasa. Acecece.. Bila tengok part tsunami melanda teringat movie 2012. Akceli suka tengok heroinnya, Alexandra Daddario, pelakon filem Percy Jackson. Meh layan review filem yang menelan belanja 110 juta dan box office sebanyak 300 juta setakat ini :)




Sinopsis San Andreas:


Mengisahkan kejadian gempa bumi yang sangat besar akan berlaku di San Andreas. Raymond "Ray" Gaines (Dwayne Johnson), seorang penyelamat helikopter LAFD (Los Angeles Fire Department), dalam proses penceraian dengan isterinya, Emma (Carla Gugino) selepas beberapa tahun kematian salah seorang anak perempuan kerana lemas ketika berakit. Ray dan anaknya, Blake (Alexandra Daddario) membincangkan hal percutian mereka ke San Francisco.


Di Caltech Seismologi, Dr. Lawrence dan Dr. Kim Park telah menjangka akan berlaku gempa bumi terbesar di San Andreas. Semasa kejadian, mereka berada di Empangan Hoover dan ramalan menunjukkan gempa bumi 7.1 magnitud berlaku menyebabkan empangan runtuh dan membunuh Kim Park yang menyelamatkan seorang kanak kecil. Apabila Ray dipanggil untuk menyelamatkan mangsa-mangsa, Blake berat hati untuk pergi ke San Francisco bersama ibu dan teman lelaki ibunya, Daniel Riddick, pemaju hartanah yang kaya dan sedang menyiapkan sebuah bangunan tinggi di bandar itu.





Dr. Lawrence mendapati garisan San Andreas mula beralih, menyebabkan gempa bumi 9.1 magnitud yang memusnahkan bandar-bandar di sepanjang garisan sasaran. Pada masa itu, Emma bersama adik teman lelakinya, Susan berada di hotel semasa gempa. Emma menghubungi Ray dan menyelamatkannya menggunakan helikopter. Di San Francisco, Daniel membawa Blake ke pejabatnya. Blake menunggu di lobi, dimana dia bertemu Ben, bakal jurutera dari UK yang menunggu giliran interview dan adiknya, Ollie.


Daniel dan Blake meninggalkan pejabat tetapi mereka terperangkap di tempat parking bangunan itu semasa gegaran gempa bumi. Kaki Blake tersangkut dan Daniel meninggalkan dia untuk mencari bantuan, tetapi melarikan diri kerana ketakutan. Ben dan Ollie, membantu menyelamatkan Blake. Ketiga-tiga mereka mencari telefon di sebuah kedai dan menghubungi Ray, yang terbang ke San Francisco bersama Emma untuk menyelamatkan mereka.




Dalam perjalanan, enjin helikopter Ray gagal berfungsi dan mendarat ke dalam mall. Ray mencuri kereta dan terperangkap apabila jalan rosak. Mereka terjumpa pasangan veteren, dan membuat pertukaran kereta dan kapal terbang. Blake, Ben dan Ollie mencari tempat tinggi di untuk memudahkan ibu bapanya menyelamatkan mereka. Ray dan Emma tiba di San Francisco dan terpaksa menggunakan payung terjun kerana jalan rosak. Mereka merampas bot selepas mendengar amaran tsunami.





Bersama bot-bot lain, mereka mampu mengatasi gelombang berhampiran Jambatan Golden Gate. Blake, Ben dan Ollie berjaya ke bangunan belum siap teman lelaki ibunya untuk memberi isyarat kepada Ray dan Emma yang sedang mencari mereka. Bangunan hampir tenggelam, Ben dan Ollie sempat melarikan diri tetapi Blake terperangkap di dalam air dan lemas sebelum Ray selamatkannya. Emma merempuh cermin bangunan dan menyelamatkan kesemua orang sebelum bangunan itu runtuh. Dalam bot, Ray melakukan CPR dan Blake terselamat. Ray tak nak hilang seorang lagi anak. THE END..





#My Review:


  • Tiada ibu bapa yang tak sayangkan anak. Ray berusaha menyelamatkan anaknya yang lemas. 

  • Lelaki mana yang tak sayangkan isteri walaupun dalam proses penceraian. Kalau lelaki lain, padan muka sebab ikut lelaki kaya yang tak reti nak selamatkan diri. Eh ! contoh ok..

  • Cinta pandang pertama maybe, Ben sanggup menolong dan menemani Blake sepanjang usaha mendapatkan bantuan dari ibu bapanya.

  • Paling penting, filem ni mengajar cara-cara untuk menyelamatkan diri semasa bencana gempa bumi dan tsunami. Tak rugi kalau kita belajar walaupun negara bukanlah selalu berlaku bencana alam kecuali banjir. 



4.2/5*

_________________________________________________________________________________


Selepas tengok wayang mesti laparkan.. memang lapaq sangat. Pekena Sushi King sebelum puasa. Nanti tak mengidam sebulan. Hehehe.. Over kan. WD nak try makan sushi. On saja la :)


Sebiji telur yang terbelah dua

Faveret sushi dengan udang ni. Nak tengok beza muka sebelum dan selepas puasa

5 June 2015

Luncheon @ Seoul Garden, Sunway Carnival Mall


Salam Readers..

Makan makan di Seoul Garden | Entry menternak lemak kembali semula.. Lokasinya di Seoul Garden pula. Ini punya plan berapa kali postponed daaa.. Since bulan lepas. Apapun memandangkan harini kami berdua cuti sempena birthday agong, jadi aku decided nak OT 7 jam sebelum Akma pick up di office. Haa.. rajinkan aku ni. Hehehe.. Nak makan sini kena simpan space perut, kalau tak rugi makanan


Bayangkan semua jenis daging dan ayam kami buat BBQ. Ikhsan Google


Thanks belanja kita makan. Terbang RM 120 untuk 3 orang. Janji puas makan. Tak kisah belanja 2 beradik tu tengok movie SPY, sebab tukang belanja makan memang suka tengok Jude Law. Layan buat kali ke 2, sawan ketawa lagi :) Meh layan aksi ber BBQ, bakaq bermacam jenis daging dan ayam. Rasa lepas puasa nak makan Seoul Garden lagi. Kena cari mangsa seterusnya. Hihi



Merasmikan dulu bakaq ayam. Tengok orang belakang sibuk
Panaskan kuali dan kuah tom yam sebelum masak maggi

Nama pun siblings muka copypaste. Akma besaq dan kecik... Haha

BBQ bawah aircond leceh sikit sebab asap suka suka hati datang ke muka

Sedapnyaa.. Habiskan masa 3 jam dalam restoran ni


p/s: Untung Akma dan Ayie sebab budak kaunter tiket tu ingat mereka kanak-kanak dibawah umur. Perasan awek muda walhal umur T____T

4 June 2015

Souvenir From Bandung


Salam Readers..

Hi June ! 2 minggu blog berhabuk. Tiba masa mempublish komen-komen dan menerjah blog mana yang patut. Hee.. Sempena bekas intern pergi berhoneymoon di Bandung selepas majlis kawen bulan 2 haritu maka dapat la souvenir Bandung. Majlis kawen Part 1 dan Part 2 haa.. Tiada air bandung mahupun mee bandung. Alahai lama tak makan, kang mengidam pula. Oke dah merepek ni. Terima kasih Ika sebab teringat kawan lama ni. Kalau rajin Nina buat giveaway eh. Hehehe


Souvenir Fridge Magnet from Bandung, Indonesia

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com