31 August 2015

Border's Tea @ Seberang Jaya, Penang


Salam Readers..

Border's Tea yang sedap | Dapat merasa teh sempadan atau Border's Tea yang menyebabkan demam di sesetengah tempat di utara. Sesiapa yang pernah atau biasa masuk siam mesti tau kesedapan teh ais disebelah sana. Memang rasa lain dari teh biasa. Tak dapat nak diungkap dengan kata-kata.



Border's Tea Logo


Kalau di Penang, sebelah mainland popular dengan Border's Tea manakala di sebelah island dengan So Thaisty ! Haa.. jadi boleh pilih nak minum di mana. Info pasal tea ni dari kawan kolej dan officemate la yang dok pulun pi minum. Dah macam ketagih aku tengok depa tu. Border's Tea ni berdepan dengan Petron Seberang Jaya atau Klinik Singapore. Senang saja nak mencari kedai.



Green Tea 


Nina try rasa Green Tea, memang sedapppp ! Recommanded ! Beli satu dulu, kalau sedap boleh singgah lagi. Yeayy.. Harga cup besar cuma RM4.50. Sangat berpuas hati. Boleh tengok flavour di FB 'Border's Tea Seberang Jaya' :)



30 August 2015

Film Review : The Man From U.N.C.L.E


Salam Readers..

Movie Review The Man From U.N.C.L.E | Selamat petang ! Sambungan kisah marathon movie ke 2 selepas movie 'Pixels' . Officemate pun kata kelakar movie tu. Rugi tak bawa anak-anak nengok. Movie ke 2 diadaptasi dari drama series The Man from U.N.C.L.E dari tahun 1964 hingga 1968. Dah berdekad cerita dari US ni. So.. kita enjoy tengok dalam versi movie. Sesiapa yang minat Henry Cavill dan Armie Hammer sila nonton. Cair tengok hero handsome berlakon dalam versi kelakar tapi serius :)






Sinopsis The Man from U.N.C.L.E :


Pada tahun 1963, pencuri professional bertukar ejen CIA, Napoleon Solo dan Gaby Teller, anak perempuan ahli sains pihak Nazi berkolaborasi dari Amerika hingga Timur Berlin selepas Perang Dunia ke 2 bersama KGB, Illya Kuryakin. Bapa saudara Teller, bekerja di syarikat perkapalan milik Alexander dan Victoria Vinciguerra, yang bercadang menggunakan bapa Teller untuk bina senjata nukleur peribadi.


Oleh kerana misi menamatkan krisis ini, pihak CIA dan KGB bekerjasama. Solo dan Kuryakin diperintahkan untuk menghentikan rancangan Vinciguerra's. Rahsia kedua-dua lelaki ini mereka perlu mencuri maklumat penyelidikan Udo Teller untuk kerajaan masing-masing.


Napoleon Solo . Hensem Henry !
Misi di Rom, Gaby Teller, Kuryakin dan Solo



Ketiga-tiga mereka ke Rom, dimana Teller dan Kuryakin menyamar sebagai pasangan yang bertunang. Solo sebagai peniaga barangan antik. Solo mengatakan mereka sedang diperhatikan dan mengarahkan Kuryakin supaya tidak menimbulkan isu permusuhan dan provokasi antara mereka tetapi Kuryakin menumbuk muka pencuri jam tangan pemberian bapanya dan cincin tunang olok.


Di majlis perlumbaan kereta, Solo dan Teller bergilir-gilir menggoda pasangan Vinciguerra's untuk mendapatkan maklumat mengenai bapa Teller, dan Kuryakin mendapat info senjata nukleur mereka hampir siap.


Solo menggoda Victoria Vinciguerra

Teller menggoda Alexander Vinciguerra




Solo dan Kuryakin memecah masuk ke kapal untuk mencari uranium. Secara tidak sengaja membunyikan penggera, mereka melarikan diri ke bot tetapi disekat. Solo terjun menyelamatkan diri sementara Kuryakin masih dalam bot (part kelakar) . Dalam pergelutan dengan pengawal, Kuryakin hampir lemas dan diselamatkan oleh Solo. Mereka kembali ke hotel kerana Victoria mencari mereka untuk mengelakkan syak wasangka.



Teller bertemu Rudi dan Alexander, dia mengkhianati Kuryakin. Solo diberi ubat pelali dan ditawan Victoria untuk diseksi oleh Rudi (part kelakar juga) . Kuryakin menyelamatkan Solo dan mengikat Rudi, dia mendedahkan lokasi senjata nukleur itu di sebuah pulau. Teller bertemu bapanya dan ingin melarikan diri sebelum ditangkap oleh Victoria dan bapanya dibunuh.


Comelnya Vespa
Kuryakin jatuh hati dengan Teller


Alexander Waverly, ejen MI6 bertemu Solo dan Kuryakin mengatakan Teller adalah ejennya. Alexander melarikan diri dengan Teller bersama bom tetapi dibunuh oleh Kuryakin. Victoria membawa lari bom pertama dengan bot. Solo menghubungi Victoria melalui radio dan memanipulasi untuk mendapatkan lokasi bom. Waverly melancarkan misil ke arah bot Victoria. Solo dapatkan semula cakera data penyelidikan bapa Teller.


Kuryakin ke bilik Solo untuk membunuhnya dan mencuri cakera, tetapi berubah fikiran apabila Solo menyerahkan jam tangan bapanya. Cakera dimusnahkan untuk mengelakkan kedua-dua negara mendapat data penghasilan nukleur. Waverly, mendedahkan ketiga-tiga mereka telah ditugaskan kepada organisasi antarabangsa yang baru di bawah arahannya. Misi baru di Istanbul dibawah kod baru : U.N.C.L.E (United Network Command for Law and Enforcement) 




3/5*

29 August 2015

Teater P.Ramlee The Musical Menggegar Penang


Salam Readers..

Finally dapat juga menonton teater P.Ramlee The Musical secara live buat pertama kali dan sebagai salah seorang peminat, rasanya sangat bertuah. Teater ini diadakan di Dewan Sri Pinang selama 3 hari berturut sebelum menjelajah ke Johor Bharu.



Terima kasih kepada pihak Enfiniti Vision Media kerana sudi menjemput beberapa Blogger's Utara untuk turut serta dalam tour pertama mereka. Biar gambar berbicara, bagaimana seronoknya menyaksikan perjalanan hidup P.Ramlee. Warga utara especially yang berada di Penang, jangan lepaskan peluang menonton. Teater ini mengenang jasa seniman agong di negeri kelahirannya. Namanya tetap diingatan buat rakyat Penang :)



Thanks for invite us ! Muah. Excited face

Tickets for 7 persons. Yeahh

WAJIB selfie bersama poster #bloggerutara


Tahun ini buat pertama kali diadakan Georgetown Festival selama sebulan. Memang happening


Show dijangka start dalam pukul 8.30, Alhamdulillah kami sempat sampai selepas stuck dalam jammed. Sementara menunggu, para penonton boleh membeli souvenir yang dijual di depan pintu masuk auditorium dengan harga yang berpatutan seperti bag cuma RM15 dan T-Shirt RM39 dan banyak lagi. Apa yang membanggakan apabila ramai bangsa lain datang tengok. Thumps up !



Sementara menunggu penonton masuk ke dewan

Muka-muka happy plus excited. Ceria je kan 

Boleh nampak keseluruhan. sangat puas dan tip top


Dapat duduk di kerusi, wah memang best sebab boleh nampak the whole stage dengan lighting yang clear sebab pakai LED, memang ohsem boleh duduk relax sampai berjam-jam. Sebaik show bermula, penonton dah ketawa sakan. Time tu rasa memang tak rugi datang tengok. Buat generasi muda Penang, dorang boleh tengok realiti perjalanan hidup P.Ramlee dari Penang ke Singapura. Jalan cerita yang mudah difahami.



Penggunaan dialoq dengan loqhat Utara memang buat kami terasa kelakar dengan banyak adegan lawak terutama dari Pak Nil bersama anak-anaknya membuatkan mata tak mengantok walaupun dah masuk waktu sepatutnya 'cium bantal' . Banyak part kelakar, hampir setiap masa ketawa tak kering gusi. Suka part sebelum P.Ramlee menjadi menantu Daeng Harris. Kahwin pun express. Hihi



Barisan pelakon teater P.Ramlee The Musical

P.Ramlee menjadi penyanyi

Kisah percintaan yang tak kesampaian bersama Azizah, budak Bukit Mertajam


Akibat frust dia berhijrah ke Singapura

Cepat betoi P.Ramlee sampai Singapura. Haha

P.Ramlee semakin menjadi kegilaan ramai gadis

P.Ramlee menjadi pelakon

P.Ramlee selepas berkahwin dengan Junaidah


Suka dengar suara Nadia Aqilah sebagai Saloma dan Asmidar sebagai Junaidah. Mereka berdua sangat berbakat. Sebelum ini pernah tengok drama lakonan Nadia dan Asmidar sangat comel. Setiap kali, mereka berdua menyanyi penonton akan bersorak. Cayalah ! Puan Sri TJ dan Tony pun apa kurangnya. Vokal tetap tak berubah walaupun bernyanyi berjam lamanya. First time dengar nyanyian abam Tony, penonton cair lettew.


Babak P.Ramlee terpikat dengan Saloma memang sweet. Skrip bersahaja bab satay 40 cucuk, mas kahwin RM30. Teringat-ingat setiap kata. Wahh.. hati pon boleh tertawan. Lagu pembukaan paling suka. Penang.. Lets party. Hehe. Banyak juga lagu yang best.



P.Ramlee berkahwin dengan Norizan









Ini Paparazzi atau Reporters
P.Ramlee telah mencipta rekod 

Babak P.Ramlee terpikat dengan Saloma. Sweet sampai kencing manis

Menyentuh jiwa part last ni. Semoga roh allahyarham tenang di sana

Lambaian dari team P.Ramlee The Musical



Di akhir pementasan teater, para pelakon yang terlibat mendapat tepukan gemuruh. Memang penonton sangat berpuas hati dengan hasil titik peluh team ini. Rugi tau rakyat Johor dan Melaka kalau tak tengok. Bayangkan setiap jalan cerita, skrin LED akan bertukar background. Sangat cantik, menarik dan colourful okay, sesuai dengan tema musical. Have fun !


Sengih memanjang lepas habis teater



Kami diberi peluang berada di PC, pihak Enfiniti Vision Media sangat sporting dan beri layanan yang baik kepada kami semua. Dapat berbual dengan pelakon-pelakon. All the best :)


Bersama pengarah teater

Bersama Nadia Aqilah dan Asmidar

Giliran bersama teraju utama, Datin Sri Tiara Jacquelina

Yeahh.. Pak Nil. Akhirnya dapat jumpa


Buat orang-orang Penang yang belom tengok, jangan risau masih ada lagi 2 show pada 29 August jam 8.00pm dan 30 August jam 3.00pm. Buat orang-orang Johor dan Melaka. Tunggu sat nah.. Jangan lupa beli tiket secara online sebelum sold out.


Souvenir P.Ramlee The Musical dengan harga RM 15 dan buat media diberi buku 



JOHOR BHARU
Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Nusajaya, Johor


4 September 2015 - 8.00pm
5 September 2015 - 3.00pm
5 September 2015 - 8.00pm
6 September 2015 - 3.00pm


MELAKA
Panggung Seri Taman Budaya, Ayer Keroh, Malacca


11 September 2015 - 8.00pm
12 September 2015 - 3.00pm
12 September 2015 - 8.00pm
13 September 2015 - 8.00pm



Tiket-tiket telah dijual pada harga RM83, RM103, RM153 dan RM203 dan boleh dibeli secara online di ( www.ticketpro.com.my ) atau hubungi 03-6142 9877 untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh ikuti perkembangan teater di laman sosial rasmi P. Ramlee The Musical di Facebook, Twitter dan Instagram .


25 August 2015

P.Ramlee The Musical Tour " Dari Penang Ke Singapura " August-September 2015


Salam Readers..

Bagi Penangites ini bulan paling banyak aktiviti boleh di join antaranya GEORGETOWN FESTIVAL | TEATER P.RAMLEE THE MUSICAL BAKAL BERLANGSUNG DI DEWAN SRI PINANG, PULAU PINANG.



Buat semua peminat seniman terkenal Allahyarham P. Ramlee, anda berpeluang menyaksikan persembahan teater Muzikal P. Ramlee yang berjudul 'Dari Pulau Pinang ke Singapura' bersempena dengan Georgetown Festival (GTF) 2015 dan sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini. Gandingan mantap para pelakon terkenal tanah air seperti Tony Eusoff, Tiara Jacquelina, Nadia Aqilah dan Aznil Hj. Nawawi terbitan Enfiniti Vision Media Sdn Bhd.




BUTIRAN JELAJAH TEATER P.RAMLEE THE MUSICAL


Teater P.Ramlee The Musical ini bakal berlangsung di 3 buah negeri bermula dari Pulau Pinang --> Johor  --> Melaka pada September 2015. Maklumat seperti yang tertera di bawah.


PULAU PINANG
Dewan Sri Pinang, Georgetown, Penang


28 August 2015 - 8.00pm
29 August 2015 - 3.00pm
29 August 2015 - 8.00pm
30 August 2015 - 3.00pm


JOHOR BHARU
Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Nusajaya, Johor


4 September 2015 - 8.00pm
5 September 2015 - 3.00pm
5 September 2015 - 8.00pm
6 September 2015 - 3.00pm


MELAKA
Panggung Seri Taman Budaya, Ayer Keroh, Malacca


11 September 2015 - 8.00pm
12 September 2015 - 3.00pm
12 September 2015 - 8.00pm
13 September 2015 - 8.00pm



TIKET TEATER P. RAMLEE THE MUSICAL


Tiket-tiket telah dijual pada harga RM83, RM103, RM153 dan RM203 dan boleh dibeli secara online di ( www.ticketpro.com.my ) atau hubungi 03-6142 9877 untuk maklumat lanjut. Bagi warga Pulau Pinang, anda boleh dapatkan tiket kaunter penjualan tiket di Lobby Dewan Sri Pinang, Georgetown bermula 12.00PM - 8.00PM setiap hari.


Anda juga boleh ikuti perkembangan teater di laman sosial rasmi P. Ramlee The Musical di Facebook, Twitter dan Instagram . Don't forget to hashtag #PRamleeMusical #GeorgetownFestival  



23 August 2015

Under The Windmills @ Ecoworld, Simpang Empat, Seberang Perai Selatan


Salam Readers..

Under The Windmill, Ecoworld Gallery | This weekend berjaya jejakkan kaki ke Under the Windmills di Simpang Empat, Seberang Perai Selatan. Yeahh.. akhirnya jumpa Mini Windmills ni walaupun sesat hingga ke Valdor, Sungai Bakap. Mini Windmills ni ialah tapak housing developer sedang buat promosi perumahan. Plan selepas habis tournament bowling company nak selfie dengan bebudak tu, sebelum Syafiq balik Shah Alam. 



Under the Windmills poster
Under the Windmills
EcoWorld Gallery



Alkisahnya, masuk tol simpang 4 terus jumpa tempat ni tapi lokasi sebenar kena masuk tol Tambun (U) baru jumpa. Huwaa.. Terima kasih waze membantu kami mencari Jalan Paboi. Dah la aku tak reti jalan seberang perai selatan ni maklum ler tak pernah pi. Pengalaman mengajar erti kesabaran, cari sampai jumpa. Mostly ramai datang sebab nak selfie bukan nak book beli rumah. Kaki selfie 75% Chinese dan 25% Melayu. Meh layan selfie kami ber 3 sampai juling :)



Rasa nak landing tapi waktu ni panas


The Elphin Windmill
Windmill belakang kami ni tak tau nama apa

Elphin Windmill ni banyak orang tua selfie


Ada 6 windmills kesemuanya dan 3 besar sesuai untuk orang dewasa selfie, 3 kecil untuk kanak-kanak. Siap ada kerusi untuk duduk, ada FRU jaga parking dan jalan. Kanak-kanak pon nak bawa balik kipas colourful tapi sayang tak dibenarkan. Kerana tempatnya public, rasanya sampai ke malam orang kaki selfie akan pergi. Hehe...



Windmill mini tak sesuai untuk orang dewasa. Mau jatuh timba orang

Sangat crowded Ecoworld ni

Gadis-gadis memetik dedaun yang tak berapa nak rendang

Ini Syafiq, my nephew bukan boyfie masih single, masih student.
Saja bawak kot2 dia nak buat plan rumah macam kat Belanda nanti. Haha 

Kami ni tengah shooting iklan gigi. Haa.. sengih tak sampai telinga
Darlie, Safi, Colgate

Muka excited dok atas bridge.. Jammed boleh la selfie


p/s: Mini Windmills pun dah buat orang excited. Tak tau ada rezeki ke tak nak p Netherlands. Huuu.. Doakan Ringgit naik :)



Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com