26 November 2015

Bersiar Dengan KL Hop-On Hop-Off


Salam Readers..


KL Hop-On Hop-Off kami datang ! | Bersiar dengan KL HOHO pada pagi (Sabtu, 21 Nov) lepas. Bila train delay 3 jam maka kami pon sampai dalam pukul 7 lebih di KL Sentral. Sampai terus ke McD, mata layu jalan pon melelong je. Excited nak naik guna tiket free bas Hop-On Hop-Off yang dapat lepas event blogger "Fam Trip Fun Ride Penang HOHO" . Tiba masa untuk menjelajah Kuala Lumpur pula. Hehe..



KL Hop-On Hop-Off

Peta jelajah KL



Lepas makan terus cari shower room yang disediakan di stesen dengan harga RM 5. Tak sempat nak ambil gambar bilik sebab rushing. Mandi dulu sepuasnya sebelum tunggu kawan kolej datang pick up beg, kami plan naik KL HOHO di entrance KL Sentral, naik dan turun di tempat yang sama senang sikit. Dengan bantuan staf KL HOHO yang sedia menunggu di pit stop. KL Sentral ialah Pit Stop bernombor 11





KL HOHO (Pit Stop 11 - KL Sentral)

Tiada orang lain selain kami ber 6 incl driver

KL HOHO Tickets


Excited tunggu bas HOHO, rasa macam mimpi naik ber 6 termasuk 2 kanak-kanak. Orang KL pon tak pernah naik bas HOHO pusing bandar. Haha.. Disarankan pakai sunblock banyak-banyak sebab KL panas macam di Penang baq hang. Merelit muka lip lap. Sebelum naik bas, abang tiket tanya mana dapat tiket bas, terus cakap Munirah (Exec HOHO) yang kasi. Kahkah..



Next stop di Istana Negara (Pit Stop 13), banyak juga bas pelancong mostly luar negara. Bertuah kami pagi itu bila dapat tengok ahli bomba mandikan kanak-kanak yang bakal bersunat secara beramai-ramai. Meriah sangat di depan Masjid Negara (Pit Stop 16)


Istana Negara (Pit Stop 13)

Nice view KL waktu pagi

Kuala Lumpur Entrance

Gadis-gadis makan angin

Upacara bersunat beramai-ramai di Masjid Negara (Pit Stop 16)

Dataran Merdeka (Pit Stop 17)

Sangat tinggi ini tiang

Alhamdulillah cuaca baik 


Baru tahu di beberapa Pit Stop ada staf yang setia menunggu untuk collect tiket. Memandangkan hanya kami ber 6 termasuk driver bas, tak segan nak selfie atas bas. Perjalanan dari Pit Stop 11 (KL Sentral) ke Muzium Negara (Pit Stop 12) dan kami diberi tiket untuk 6 orang. Kalau di Penang HOHO still tak ada staf yang tunggu di setiap Pit Stop, maybe kat sini baru lagi, tak macam KL HOHO sudah 10 tahun. 





KLCC (Pit Stop 23) 


KLCC 

Tak nampak tangga kecuali papan ni :P

Menara Kuala Lumpur (Pit Stop 2)

Starhill (Pit Stop 6)

Pavilion !

Bintang Walk (Pit Stop 6)

Terminal Udara KL

NU Sentral - Shopping mall baru dan jatuh cinta 


Dah malas nak taip, readers malas baca dan sedia maklum KL HOHO public transport paling mudah nak jajah jelajah dalam sehari. Meh layan gambar-gambar pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang semakin berubah dari sehari ke seminggu dan setahun. Banyak tempat yang tak berapa kenal. Last datang KL tahun 2011 woihh.




Untuk maklumat lanjut, berminat untuk makan angin pusing KL / Penang menaiki bas HOHO boleh refer sini, promosi hujung tahun available !


Official Website : KL HOHO

Official FB KL HOHO : KL Hop-On Hop-Off

24 November 2015

Ke Kuala Lumpur Bersama Tersayang


Salam Readers..


Pengalaman ke Kuala Lumpur menaiki keretapi | Uhuk..uhuk..uhuk batuk gedik bila baca tajuk entri. Minum lah ubat batuk cap ibu dan anak. Harap tak rasa geli geleman, belom baca belum tahu. Ini pertama kali travel with someone that you love dengan ijin dari mak masing-masing. Sebelum ni tak pernah pon nak travel berdua dengan lelaki. Selalu dengan kawan girls dan mak risau kalau pi sorang diri.


Tiket keretapi Sungai Petani ke Kuala Lumpur 


Ini pengalaman baru buat tuan blog yang kadang-kadang hati sado tapi hati ada taman je. 20 Nov (Jumaat), balik kerja pukul 3 terus rushing balik rumah salin baju kekonon nak naik komuter 3.41 petang. Ala dari rumah 15 minit dengan KTM Butterworth. Akhirnya, terlepas komuter gara-gara tak sempat beli tiket. Beratur panjang kaunter buka 1 je. Servis agak lembab. Hampir-hampir nak gadoh dengan amoi. Tetiba cakap aku potong line dia. What de ! Terus blah sebab menyampah.



Kol bf, dia otw balik kerja. Walaupun kerja 1 tempat tapi waktu balik tak sama. Dia suruh naik bas Rapid Penang-Sungai Petani. Mulanya tak pecaya ada bas tu pi sana. Huhu.. Tengah cari bas, tengok bas dah nak gerak. Nasib baik driver benti, tak sempat nak salam kiss pipi Pak Mad. Melambai ala model kat anak tu. Harga tambang RM 4 je.




Tapau Pizza sekotak makan sebelum naik train sekotak lagi dalam train


Sampai SP (Sungai Petani), tunggu bf yang balik mandi, siap wangi-wangi sementara aku ni tak sempat mandi. Sedihh.. Sob.. sob. Plan nak tapau Pizza, pi Village Mall tengah renovate, patah balik ke Giant SP. Nasib baik tiket pukul 9.05 malam. Sampai je KTM, singgah makan pizza dulu di restoran depan stesen. Kami oder air je, pelayan situ usha. Makan dan masuk KTM balik, cuci muka serupa orang minyak. Dengar announcement train delay ada masalah technical dari Padang Besar.



Berjanggut tunggu train delay 3 jam woihh !

Sedih tengok muka. Macam orang lari rumah tidoq kat KTM


Apalagi mandi dalam toilet sebab tak tahan badan panas. Buat apa yang patut dan tidoq sat atas kerusi sebab mengantok ya amat. Delay 3 jam kot. Pukul 12 lebih baru train sampai. Syukur.. 1st time naik ketapi ada katil okay ! Cik Nina tak penah lagi tidoq atas ketapi. Rasa excited tapi mula relax takut kena bahan. Haha.. Landing atas katil terus mata terlelap. Penantian 1 seksaan. Lepas ni kalau travel kena bawa tikar sesiap kot-kot train delay boleh tidoq atas lantai badan tak sakit. Heee



Jadi model sat. Kami sampai KL Sentral jam 7.10 pagi. Hambek kau

Travel macam gini la banyak pengalaman best masam masin tawar. Dapat pula ehem-ehem jenis suka makan angin.. Yippiee. Tunggu next entry (KL HOHO)

20 November 2015

Rockstarz Burger @ Sungai Ara, Penang


Salam Readers..


Rockstarz Burger di Sungai Ara, Penang | Jalan-jalan ternak lemak bersama #bloggerutaraofficial pada 15 November 2015 lepas. Kami dijemput oleh owner kedai En. Saiful Danial dan En. Saiful Irwan (adik & abang) untuk merasai keenakan burger. Kalau nak tau, patty burger dibuat sendiri. Lebih sedap dari McD. Sehingga ke hari ini saat ini asyik teringat dan ketika edit gambar berapa kali telan air liur daa.. mencabar keimanan. Haha . Rock Yeyeyeh habis !


Board yang menarik tapi apa yang Pha Is buat depan tu? Haha



KEDAI BURGER BERTEMAKAN ROCK



Pertama kali masuk ke kedai Rockstarz Burger yang bertemakan rockers. Sangat sesuai dengan slogan 'Rock Your Mouth' ! Kalau korang peminat penyanyi rock inilah tempatnya. Menu burger inspirasi daripada nama kumpulan rock terkenal seperti Search, Wings, The Red Hot Chili Pepper, Heavy Metal, My Chemical Romance, Santanaz dan Metallica. Boleh dilihat art yang menghiasi dinding Rockstarz Burger. 



THE MENU


Tengok board menu pun dah menyelerakan 

Menu burger yang ada. Semua nampak sedap. Yummeh 

Minuman dan pencuci mulut ala McD . Meat Ball paling sedap !



Alhamdulillah, keenakan Rockstarz Burger membuatkan kami semua mengidam kalah ibu mengandung gayanya. Teringat cheese yang meleleh tu. Ya ampun.. Sedapnyaa ! Ada banyak jenis burger yang boleh dipilih mengikut selera.



Pelanggan boleh memilih 2 jenis daging: Ayam dan Daging dan juga beberapa keping patty daging iaitu Rock Slow (Single), Hard Rock (Double), Heavy Metal (Triple). Akhir sekali, 6 jenis sos: The RockStarz, The Red Hot Curry Chilleez, The Metallicheeze, The Santanaz, The Black Sabpper dan My Carbonara Romance. Nama-nama burger membezakan sos yang digunakan dalam burger. Menarik kan?


CARA ORDER



Pergi ke kaunter cashier, pilih yang mana berkenan di hati dan bayar. Boleh terus duduk, makanan akan dihantar cuma minuman kena self service. 



Mamarazzi snap gambar senyap-senyap eh

Krew-krew tengah memasak.. Nak tengok cara masak memasak pon boleh

Sedapnya Patty buatan Rockstarz Burger sendiri. Teringat patty dalam Spongebob

Boleh tengok cara penyediaan burger secara LIVE ! 





DEKORASI ROCKSTARZ BURGER



Bila tengok board kedai dah boleh agak memang have fun kalau makan di sini. Terdapat juga kemudahan seperti tandas dan surau. Sambil makan, boleh tengok gambar-gambar hiasan di dinding, warna dan tulisan begitu menarik tertarik kedai memang da bomb. Hehe



Pintu masuk kedai pon dah menarik

Rockstarz Burger Awesome ! Rock Ya Mouth

Jangan lupa untuk upload dan hashtag
Khusyuk main game. Membebel sebab kak Nina lambat. Haha



THE BURGER'S 


Antara burger-burger yang berjaya masuk ke dalam perut kami. Korang boleh juga order menu tambahan seperti onion ring, meatballs, fries etc. Kami diberi pilihan untuk pilih burger idaman h :)


My Carbonara Romance pilihan Nina . Sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana lebih bercheese dari sos

The Red Hot Curry Chilleez 

The Wings 

The Mettalicheeze

The Santanaz

The Search

Meatballs yang juicy. Recommended !





Inilah kedai yang selalu menjadi pilihan remaja untuk makan dan lepak. No wonderlah anak menakan (anak sedara) suka makan sini plus kekadang ada juga band buat persembahan depan kedai. Sesudah kenyang dan makan bertambah-tambah haruslah selfie bersama tuan kedai untuk diabadikan dalam blog.





Crew-crew Rockstarz Burger

CP bersama owner.. Sokonglah business bumiputra 

Happening ! JJCM pernah ke sini . Nasiblah Pha Is bertanduk :P

Rockers sudah mau balik.. Nasiblah aku pulak ada tanduk 

Membahan lagi. Pengaruh movie Hellboy banyak ni


Terima kasih buat owner Rockstarz Burger. Sangat berpuas hati dengan layanan yang baik dan ramah mesra bersama kami yang riuh rendah ni. Tabik dengan owner sebab sporting habis ! Siap tak kisah untuk selfie sana sini. Kipidap guys :) 


ROCKSTARZ BURGER

118, Taman Tunas Muda,
Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara,
11900 Bayan Lepas, Penang.

Tel : 019-429 9309 (Sg. Ara)
016-446 6036 (Ayer Itam / Greenlane)

Business Hours : 5.00pm - 1.00am (Isnin - Ahad)

Official IG : @rockstarzburgerofficial

Official FB : Rockstarz Burger


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com