31 December 2015

Menjahit Manik Di Baju Sendiri


Salam Readers..

Menjahit Manik Baju Kurung Moden | Sejak kecil suka berangan nak jadi anak yang superwomen boleh buat macam-macam sejak itu hati mula berangan nak jadi isteri yang superboleh asalkan boleh. Jangan tak sangka kami boleh jahit manik di baju sendiri selama sebulan setengah mengikut mood pasang surut. Hee...


Jahit manik lagi senang dengan ram ala yang orang guna untuk sulaman

Jahitan manik di baju sendiri janji siap 


Sebenarnya tak plan pun nak jahit untuk baju sendiri, memandangkan my Pak Long nak semua orang jadi pari-pari di hari bersejarah anaknya maka terpaksa order lace dan juga manik. Baju hantar ke tailor cina Sungai Petani, itu di urus oleh bf. Bila dah siap terus berkobar nak asah skills menjahit yang ditinggalkan sejak form 4.


Baju kurung moden dah siap ! Tak sabar nak pakai

Dibeli di FB sangat puas hati dengan kain lace ni

Beli online untuk pakai disebelah perempuan untuk majlis akad nikah


Ku fikir-fikir untung jahit sendiri sebab upah untuk 1 kuntum bunga pun mahal apatah nak jahit 5 kuntum. Harga 1 meter lace pun RM 50 termasuk postage dan 5 kuntum manik RM 24. Lebihan lace tak tau nak buat apa. Nantikan entry kenduri kendara hujung bulan Januari 2016. 

30 December 2015

Semakan Senarai Hitam PTPTN


Salam Readers..

Semakan Senarai Hitam PTPTN | PTPTN Blacklist ialah jalan terakhir buat si peminjam PTPTN. Sesiapa yang pernah buat pinjaman PTPTN tu boleh la buat semakan sama ada di senarai hitamkan atau tidak. Ini yang terbaru, sebab sebelum ni cuma ada semakan senarai hitam imigresen je. Senang nak check cuma perlu isikan no IC, no fon dan email.


Semakan senarai hitam PTPTN 2016


Dah isikan maklumat, selepas tu akan keluar 2 pilihan. Boleh semak untuk imigresen sekali. 



Blacklist Imigresen dan PTPTN





Buat peminjam MARAH MARA macam Nina lagi parah sebab bayar pun bakal disenarai hitam jugak walaupun ada tertunggak sikit. Tiada surat amaran terakhir dihantar. Semoga lepas nak buat pasport awal tahun depan. 




PESANAN KHAS BUAT BLOGGER'S YANG AKAN KE THAI FEB 2016 ! Sila check ye *ic 07 tak boleh pakai border noks.. nangis



p/s : Study pun payah, tak study lagi payah -_____-


28 December 2015

Sebab Kenapa Followers Blogspot Hilang


Salam Readers..

Sebab Kenapa Followers Blogspot Hilang | Ramai blogger buat entri kenapa tiba-tiba followers di blog masing-masing hilang sehari ke sehari. Blog petai belalang macam aku pun terkena tempias. Followers dari 641 kini hanya 622. Bermakna blogger petai dah hilang 19 followers. 



Sebab kenapa followers blogspot hilang


Sebabnya ialah followers akan berkurang kalau blogger tak guna akaun G+ . Seeloknya tukar blog korang ke G+. Sayang kalau followers beribu tetiba Google delete blog. Lagi pun bagus juga Google buat macam tu kadang-kadang orang follow bukan baca pun blog kita. Info dari CP 



Dah lah bila nak bom blog orang tak habis dengan ROBOT. Grrr robot mana reti komen bengapnya. Blogspot ni angin kus-kus tak tentu musim. Penat kumpul followers je kan :)


27 December 2015

Limau Gedang, Tipah Tertipu


Salam Readers..


Limau Gedang, kenapa ada gedang? Tak tau dari mana datangnya gedang tu. Kali ni Tipah tertipu dengan limau ni. Tertipu dengan kulitnya yang licin dan tegang tetapi di dalamnya hanya Tipah saja yang tau. Setiap kali buat muka masam mesti aku terbayang kemasaman + kepahitan buah limau gedang ni.



Limau Gedang atau Grapefruit


Limau gedang ialah pokok sitrus subtropika dikenali dengan buahnya yang masam hingga separuh manis. Ia adalah buah kacukan abad ke-18 pertama kali dibiakkan di Barbados. Siapalah orang yang kacuk buah ni. Huwaa...



Percayalah walaupun makan dengan kuah rojak rasa masam pahit tak hilang





Tipah tak pernah makan limau gedang dan tak tahu limau ni dalam bahasa Inggerisnya dipanggil grape fruit. Kekonon nak beli limau sunkist untuk mak jadi bila tengok limau ni yang comel tanpa tengok nama buah sekali angkut 3 biji. Balik rumah, masam pahit sampai ke tekak. Nak hilangkan kena makan coklat. Sumpah lepas ni tak beli dah. Tipah tak nak tertipu lagi, tipah serik nak beli limau. Hahaha



24 December 2015

Tempat Makan Best Restoran Mutiara Bonda @ Autocity Juru, Penang | Review


Salam Readers..


Tempat Makan Best Restoran Mutiara Bonda, Autocity Juru | Kari Kepala Ikan pilihan utama di restoran ini. Alhamdulillah atas rezeki darinya kami dijemput ke sini pula selepas "Butik Malvita Penang". 2 event dalam sehari memang memenatkan janji happy. Ini kali ke 2 makan di sini selepas majlis iftar bersama officemate tahun lepas. Restoran yang WIN dengan kari kepala ikan.



Restoran Mutiara Bonda

Mutiara Bonda, Autocity Juru


Restoran Mutiara Bonda yang terkenal dengan masakan Melayu Tradisional. Kari Kepala Ikan dengan resepi tersendiri dari rempah ratus yang terpilih. Paling best ia sentiasa dihidangkan panas dari dapur. Sebut saja nama restoran mesti orang kenal dan ramai pelanggan setia Chinese. Pengunjung juga boleh memilih masakan kampung dan masakan ala Thai. Hidangan set dan juga ala carte. Makanan di sini memang sedap dan puas hati.


Orang terawal sampai


Bayang siapa tu? Hehe
Harga Kari Kepala Ikan


Suasana rsetoran


Pengurus restoran Kak Azam, cakap nama Bonda diambil sebab masakan dimasak style orang tua/orang dahulu yang dipanggil ibu/bonda. Restoran ini ada 2 team memasak. 1 team masakan kampung dan 1 team masakan ala Thai. Sebab itu lah servisnya sangat cepat. Restoran ini juga menerima tempahan makan tengah hari, makan malam atau apa jua majlis.



Set 3 - Set paling popular 

Kari Kepala Ikan

Sambal Udang

Ayam Kampung Goreng

Kailan Ikan Masin

Kerabu Mangga

Siakap 3 Rasa

Sotong Goreng Tepung

Telur Bistik

Ulam Ulaman

2 jenis air minuman 


Kami disajikan dengan set menu paling popular di kalangan pelanggan iaitu Set no. 3 untuk 9-10 orang makan. Harga untuk set ini berharga RM 310.00. Sangat berpatutan dengan 9 jenis lauk. 




Set Menu

Selfie dulu sebelum makan besaq


Restoran Bonda Mutiara juga menyediakan Servis Penghantaran. Buat yang tinggal sekitar Seberang Perai-Prai dan Seberang Jaya, Seberang Perai-Bukit Mertajam boleh membuat tempahan secara online melalui Restoran Mutiara Bonda Delivery Eat.



Team #projekbloggerutara bersama pengurus restoran, Kak Azam sporting habis



Terima kasih banyak Kak Azam dan crew restoran dengan layanan yang baik dan mesra. Kami doakan semoga perniagaan berkembang dan dimurahkan rezeki. Aminn



RESTORAN MUTIARA BONDA

1797-G-09, Kompleks Autoworld,
Jalan Perusahaan, Juru Interchange,
13600 Perai,
Pulau Pinang.

Tel : 04-502 5677

Business Hours : 11.30 am - 10.00 pm (Monday-Saturday)

Delivery Hours : Mon-Sat: 11.00-11.45; 14.00-21.00
Estimate Delivery Time : Within 1 hour
Coverage Areas (poscode) : 13600 13700 13400 14000

Official Facebook : Restoran Mutiara Bonda


21 December 2015

Malvita Penang Grand Opening | Review


Salam Readers..


Butik Malvita Penang sebuah Butik Exclusive Muslimah Fashion Hub Penang yang menempatkan puluhan brands terbaik dan fofular di bawah satu bumbung kini dibuka. Alhamdulillah, Sabtu (19 Disember) lepas, kami team #projekbloggerutara dijemput untuk hadiri Butik Malvita Grand Opening. Lepas ni boleh shopping sepuas hati tanpa perlu beli online especially MUMU SCARVES dan ASHH&ANNAS ! Yeahhh




Malvita Penang Grand Opening

Ala muslimah gituw, baju dinner semester 5 masih muat




Butik Malvita ini dimiliki oleh pasangan suami isteri, Puan Zurain Ahmad (Peah Ahmad) merupakan Founder, CEO at Adora.co dan Encik Ridzuan Azizah. Ramai #dreamlovers sudah kenal brand Adora.co . Ini butik ke 2 selepas Dreamon Boutique di Bandar Sunway Seberang Jaya. Harga setiap pakaian di butik dijual dengan harga yang berpatutan.





Owner Malvita Penang

Kami sedang menunggu tanpa perlu ambil no giliran

Kak El sibuk selfie aku sibuk gelak. Hihihi

Tahniah buat owner dan crew Malvita Penang ! Happening sangat

Lawakan kek tapi kami tak sempat makan sebab ada event lain



Perasmian butik bermula pukul 10.00 pagi dan kami sampai sebelum pukul 9 pagi. Excited sampai je dah ramai yang menunggu turn untuk shopping dan kena ambil no giliran, so takda kes rebut. Pelanggan terawal akan dapat 300 Goodies Bag dari brands seperti Alhumaira Contemporary, Neelofar Hijab, Marlena Hijab, Qaira Hijab dan Arricia Core manakala Cash Voucher dan Rebate Voucher dari Hd Cotone, Marlena Hijab dan Leeyanarahman.co tak lupa makanan dan minuman buat pengunjung.





Kasut dari Padieka Raccolta



Antara brands yang ada di butik Malvita ialah :

Edast
D'loris
Cattleya
Medifeet
Adora.co
Sha Zaha
Adleenur
Three_Ns
Claseekha
Sugarsista
Heaxabell
Jubah Souq
Qaira Hijab
Clarameeca
Arricia Core
Chentaqaseh
Shawlforyou
Neng Geulis
Wa.Clothing
Anggun Zara
Bynuramirah
Ashh&Annas
Wrap Official
Nealofarhijab
Marlena Hijab
Mumu Scarves
Qoma Boutique
Imaan Boutique
Elrah Exclusive
Malady Couture
Ammara Official
Fynnjamal RTW
Padieka Raccolta
Leeyanarahman.co
Bymawaddahizzati
Dewi Anggun Hijab
Sincerelybyus Shawls
Alhumaira Contemporary




Jangan rambang mata pula baca nama-nama brands yang ada di Butik Malvita ni. Usha jom baju-baju dan shawl kot-kot ada yang berkenan di hati boleh pakai pi kenduri, tunang, nikah tak pun baju raya 2016 ! Hehe.. Bukan pakaian muslimah saja yang dijual untuk lelaki pun ada. Teringin nak jadi macam Shaarnaz Ahmad boleh shopping di sini.




Baju dari Adora.co dan Shwalforyou

Baju Sincerelybyus dan Ashh & Annas
Baju dari Adleenur dan Wa.Clothing

Baju Alhumaira Contemporary dan Heaxabell

Baju dari Ammara Hijabi dan Marlena Hijab

Baju dari Anggun Zara dan Neng Geulis
Baju Cattleya dan Leeyanarahman.co

Baju Chenta Qaseh dan Marlena Hijab
Baju dari Sugarsista

Baju FynnjamalRTW dan Three_Ns 
Baju Sha Zaha dan Qoma Boutique . Sesuai untuk majlis tunang dan nikah
Baju dari Wrap dan Qaira Hijab

Koleksi Shawl dari Alhumaira Contemporary, Mumu Scarves, Anggun Zara etc
Koleksi tudung dari Qaira Hijab, Nealofar Hijab, Cattleya, Chenta Qaseh



Kalau baju banyak brands tudung pun tak terkecuali. Nak tudung mumu scarves, neelofa, alhumaira, edast dan macam-macam jenis dan corak. Serius rambang mata. Terima kasih yang tak terhingga buat owner yang sudi menjemput kami. Semoga terus success di masa akan datang. 



Aqil penat shopping . rehat sebentar bersama botol susu

Lepas habis selfie dapat goodies

Owner Malvita dan team #projekbloggerutara

Rojak Tonggek dan Jeruk Pak Ali tu sedap, nanti nak melaram pakai instant shawl 



Bagi yang ingin berkunjung ke Butik Malvita Penang, boleh refer alamat di bawah.


MALVITA PENANG

FRONTAGE Business Park,
Permatang Pauh,
Pulau Pinang.
(bertentangan dengan Mydin Mall)

Tel : 013-300 5540

Official Instagram : Malvita Penang
Official Facebook : Malvita Penang

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com