7 January 2016

Cara Buat Passport Pertama Kali 2015 / 2016


Salam Readers..


Cara Memohon Passport Pertama Kali Tahun 2015 / 2016 | Bagi pertama kali nak buat pasport jangan risau tak perlu isi borang lagi. Hanya bawa IC dan wang RM 200 kemana-mana pejabat Imigresen seluruh negeri. Bermula Januari 2015, pasport 2 tahun telah dimansuhkan dan jimat RM 100. Cepat kita renew pasport :)


Pagi khamis, 7 Jan lepas ke Imigresen George Town seawal 9 pagi dan mereput selama 6 jam setengah. Sempat merayau ke tempat lain sementara nak tunggu giliran dan semasa mengambil pasport. 



Pasport Malaysia tempoh 5 tahun

Pejabat Imigresen George Town


Step by step untuk memohon pasport Malaysia :

- Sila ke pejabat Imigresen awal pagi (untuk Penang memang ramai)

- Pergi ke kaunter dan ambil no giliran

- Tunggu nama dipanggil dan serahkan IC, ambil gambar pasport dah siap

- Pergi ke kaunter bayaran dan serahkan duit

- Diberi resit pembayaran dan waktu pasport anda telah siap

- Ikut jam pengambilan pasport di resit pembayaran dan pergi mengambil no giliran 

- Serahkan resit pembayaran di kaunter yang berkenaan

- Tunggu sehingga nama di panggil


Gambar pasport sedang diambil versi hitam putih muka berjerawat habis nampak dalam pasport

Resit pembayaran pasport dan masa mengambil

Tunggu pasport siap sampai tertidur haha

Dapnyaa Kak Farah makan, kesian tunggu giliran punya lama


Sementara tunggu pasport siap, kami singgah lunch di Esplanade, Padang Kota dengan Kak Farah sebab dia pun renew juga. Pekena air kelapa bakar dan nasi goreng ayam yang special. Entri kalau tak promosi pasal makan tak sah. Hehe.. Sempat lagi selfie dan jangan lupa bulan Feb ada Hot Air Balloon tau. Can't wait !


Dah siap ! Lepas tu kami nyanyi lagu Bawaku Pergi *tipu

Pasport Malaysia kau. Lawa muka blogger petai belalang dalam ni. Walaupun black and white nampak flawless :P
Tak sabaq nak naik belon panas

6 comments:

zarul farhana said...

mudahnya nk buat passport...
xpernah lagi buat..dok buat border pass ja

Pha Is said...

nk pi obersee lettew...

Sumber Informasi said...

nasib baik tak terjatuh mcm nangka busuk bila tidur lagu tu ... heheheee

Farah said...

Senang je kan nak buat passport sekarang. Kak Nina nak pergi mana? Turkey ke?

Farrah MF said...

Wahhh, buku merah panjang langkah! :)

Shahida Dzulkafli said...

Nice entry..
X pernah lagi buat pastport..
Kena atasi masalah gayat dan takut tinggi dulu..
heheheh..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com