22 January 2016

Chocolate Boss, Sungai Nibong, Penang | Event Review


Salam Readers..


Tempat makan best di Chocolate Boss Sungai Nibong, Penang | Cafe hipster terbaru di Penang | Buat peminat coklat, ini lah tempatnya untuk korang habiskan masa sambil menikmati pelbagai jenis coklat ! Toink.. toink . Ini event ke 2 dalam sehari yang team Projek Blogger Utara terjah untuk memenuhi jemputan owner Chocolate Boss. Murah rejeki owner, sebabnya junior-junior kolej dah bawak geng terjah cafe ni. 



Chocolate Boss entrance yang simple
Jangan lupa hashtag dan promote


Sejarah Chocolate Boss


Hipster kan.. Suka sangat wall ni


Baru dibuka pada 3 Oktober 2015. Masih baru lagi broperasi. Cafe yang menggunakan tema ala-ala hipster. Bermula dengan waffle pada asalnya. Homemade kek dengan brownies. Menurut owner, mereka masih lagi membuat R&D pasal coklat untuk dapatkan hasil coklat yang paling sedap dan berkualiti. 



Nampak limpahan coklat atas kek. Sedapnya

Owner pun buat juga desserts

Walaupun ruang sangat terhad tapi dinding tetap menarik

Menu di Chocolate Boss

Suka style konsep hitam putih



Semoga Chocolate Boss terus success dan berjaya seperti owner "Rockstarz Burger" yang merupakan kawan sejak dari kecil. Seperti Rockstar Burger, para pelanggan boleh lihat sendiri cara penyediaan dessert di Chocolate Boss tanpa ragu-ragu dan tak sabar nak makan. Hehe.. Mesti akan repeat makan lagi di sini. 



Chocolate Boss Menu


Team Projek Blogger Utara berpeluang rasa semua menu yang ada di Chocolate Boss. Sedap kerana semuanya menggunakan bahan coklat tanpa rasa muak. Mungkin ada gabungan dengan aiskrim, waffle, kekacang etc. Harga jangan risau semuanya di bawah RM 10 ringgit je. Tak mahal kalau nak di bandingkan makan di Secret Recepi, Baskin Robbins, Salon Du Chocolate. 


Boss Waffle RM8 / Each

Belgian Chocolate Cake RM 6.90 / Slice

Brownies RM 6 / Pcs

Boss Tower RM 10

Ice Cream Oreo & Ice Cream Crush Cones RM 6 / cup


Belgian Chocolate Cake dan Boss Tower memikat hati. Nanti boleh singgah lagi. Brownies pun tak kurang sedap dengan topping chocolate & nuts. Semuanya sedap-sedap. Siapa penggemar aiskrim mesti suka. Konfem licin habis. Hehehe. Sebelum balik tu haruslah selfie beramai-ramai. Selfie itu wajib sampai Alyssa merungut. Haha.. Kelakar ayat dia.


Pakat-pakat merasa semua menu. Ok time ni stop makan

Selfie itu harus, tak perlu DSLR 

PBU makin happening


Terima kasih daun keladi buat owner Chocolate Boss, Encik Fauzi Mohamad yang sudi pelawa kami dan melayan kerenak kami. Sangat peramah dan boleh tanya macam-macam ye. Hehe.. Ada masa kami singgah lagi kot-kot balik dari event ke. Maklum lah kalau lapaq tu harus cari makan. All the best buat team Chocolate Boss.



Selfie dulu dengan owner Chocolate Boss



CHOCOLATE BOSS
D9, Kompleks Medan Suri,
Sungai Nibong Besar,
11900 Bayan Lepas, Penang.


Waktu Operasi : 1.00 PM - 9.00 PM (Monday - Sunday)

Telefon : 012-4146407 / 019-5121271

Official Instagram : @chocolatebossofficial

Official Facebook : chocolatebossofficial


13 comments:

Farrah MF said...

Setiap satu gambar buat air liur meleleh-leleh...semua dessert nampak very rich :)

Cik Ash said...

pagi2 dah lapar coklat ni nina hahahhaha... hai nina selamat pagi

Farah said...

Bila tengok dalamnya nampak hipster sangat. Bila tengok luar, nampak simple je kedainya. Tak sangka.

nuyui a.k.a miss YUI said...

tu dia sdpnya tgk..

el said...

sedap2 belaka diorg punya dessert

el said...

happening betul kat chocolateboss tu kan

JAMIL HASHIM said...

SINGGAH ~ http://jmbelog.blogspot.my/2016/01/aku.html

Aku Penghibur said...

alamak coklat ...tergoda tgk

Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini

namy yul said...

icecream oreo...sedapnya nyummy nyummy ;P

Hafiza AizZawa said...

jelos la.. jauh nak pegiii....

Shahida Dzulkafli said...

Wow.. Ohsemnye...
memang feveret nie.. mesti best lepak sini..

Pha Is said...

sampai sekarang x pernah sampai.. nk kena pi cari jugak nih...

Zie Has said...

terliur tengok semua menu yang ada ... tengok gambar dah tahu sedap :)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com