6 January 2016

Pembukaan Rasmi MBO Cinemas Central Square Sungai Petani | Review


Salam Readers..

MBO Cinemas Central Sungai Petani. MBO Cinemas telah membuka pawagam terbarunya di Utara. Pawagam yang ke 26 ini telah dibuka di Kompleks Central Square Sungai Petani Kedah. Dengan pembukaan terbaru ini, MBO Cinemas kini menawarkan sebanyak 191 skrin di seluruh negara.


MBO Cinemas Central Square Sungai Petani menyediakan 8 dewan yang terdiri daripada 1,157 tempat duduk dengan dewan terbesar yang mampu menampung hampir 300 orang. 



MBO Cinemas Central Square Sungai Petani

Team Projek Blogger Utara dijemput bersama-sama media lain ke Pembukaan Rasmi MBO Cinemas Central Square Sungai Petani. Walaupun tak berpeluang untuk join tapi diberi peluang untuk review dan dapat tiket wayang free. Buat mereka yang pergi dapat menonton pra-tonton filem-filem 2016 yang akan ditayangkan di MBO Cinemas. Ohsem !



MBO Cinemas Central Square Sungai Petani

MBO Cinemas Central Square Sungai Petani

MBO Cinemas Central Square Sungai Petani

MBO Cinemas Central Square Sungai Petani


MBO Cinemas Central Square Sungai Petani



SIDANG MEDIA


Selepas tayangan pra-tonton, 1 sidang media telah diadakan untuk memperkenalkan MBO Cinemas Central Square Sungai Petani dan MBO Cinemas secara amnya. Penarangan dan ucapan ringkas oleh Director of Marketing & Sales MBO Cinemas, Mr Cheah Chun Wai. Menurutnya, ini adalah hari istimewa kerana Sungai Petani adalah lokasi ke 3 di Kedah selepas Alor Star Mall dan Landmark Central Kulim



MBO Cinemas Central Square Sungai Petani


Pawagam MBO adalah antara yang pertama bertukar dari projeksi filem 35mm kepada projeksi digital sepenuh pada kesemua skrin. Selain dari perubahan teknikal, para pengunjung boleh menjadi ahli secara percuma dan mendapat kelebihan dengan MBO StarClub terkini, di mana sebagai ahli AllStar, mereka layak mendapat ganjaran menggunakan StarPoints untuk menebus secara percuma tiket wayang, popcorn, minuman dan item ekslusif premium.  



MBO Cinemas Central Square Sungai Petani
Pengunjung mendaftar sebagai ahli MBO StarClub secara percuma


Sebagai satu-satunya pawagam dengan program kesetiaan yang menawarkan pelbagai faedah dan keistimewaan, ahli juga boleh menggunakan Lorong Istimewa Keahlian, mendapat tiket filem percuma pada bulan hari jadi mereka dan menikmati tayangan percuma khas untuk ahli sahaja. 



Tempahan tiket secara online begitu mudah menggunakan handphone tanpa apa-apa bayaran tempahan. Harga tiket adalah sama biar pun tayangan wayang 3D atau 2D. Pengunjung hanya perlu membeli kacamata 3D dengan harga RM 3.



Pembukaan Rasmi MBO Cinemas Central Square Sungai Petani


Pembukaan rasmi MBO Cinemas Central Square Sungai Petani dibuat secara meriah pada 26 Disember 2015. Pengunjung dihiburkan oleh Kumpulan ZERO, pemenang Maharaja Lawak Mega 2014. Kumpulan ZERO bersama-sama Mr. Cheah memotong riben simbolik perasmian. Pengunjung tak kering gusi dihiburkan dengan lawak kumpulan ZERO. 



MBO Cinemas Central Square Sungai Petani

MBO Cinemas Central Square Sungai Petani
Perasmian MBO Central Square Sungai Petani



Pengunjung juga sporting untuk bersama-sama naik ke atas pentas bersama mereka. Nampak begitu happening kan. Pengunjung yang bertuah memenangi telefon bimbit Vivo, jam tangan Ice, item premium MBO Cinemas dan kupon percuma MBO Cinemas dengan menunjukkan kad All Star atau menyertai keahlian secara serta merta. 



MBO Cinemas Central Square Sungai Petani



Mengenai MBO Cinemas



MBO Cinemas Central Square Sungai Petani


Dengan 26 lokasi dan 191 skrin di seluruh negara, MBO Cinemas menawarkan pengalaman yang selesa, menarik dan tak dapat dilupakan bagi penonton filem. 


MBO Cinemas telah memperkenalkan inovasi baru dengan menambah teknologi pawagam yang sedia ada dalam setiap satu daripada pawagam di seluruh negara, termasuk kerusi penggerak bergetar dengan bunyi filem dan juga sistem audio Auro 11.1 3D dengan 3 lapisan pembesar suara, simulasi akoustik 3D paling semula jadi yang memberikan pengalaman mendalam buat penonton di lokasi-lokasi berikut:


  1. Kerusi Penggerak : Dewan 1, 2 dan 7 di Citta Mall-Ara Damansara, Dewan 1 dan 2 di Imago Mall-Kota Kinabalu (pertama seumpamanya di Malaysia).
  2. Auro 11.1 : 1 dewan setiap satu di MBO Spring Kuching Sarawak, MBO Imago Mall-Kota Kinabalu, MBO Subang Parade, MBO KL Festival City dan MBO KSL, JB. 


MBO Cinemas Central Square Sungai Petani


Pengunjung boleh menonton filem blockbuster bila-bila masa di MBO Cinemas menerusi "Blockbuster Setiap 20 Minit" tayangan setiap 20 minit pada waktu puncak supaya pengunjung tidak perlu tunggu lama untuk menikmato filem kegemaran. Untuk maklumat lanjut sila layari www.mbocinemas.com 



Tiket percuma MBO untuk bloggers yang hadir

Ini yang Nina dapat walaupun tak join event tapi ada juga goodies sebab mempromosikan dalam blog dan ig hehe


Terima kasih MBO Cinemas, Mr. Cheah Chun Wai Director of Marketing & Sales MBO Cinemas, Mr Thong & Ms Angeline (Integrated Public Relations (IPR) kerana menjemput team Projek Blogger Utara ke majlis perasmian MBO Cinemas Central Square Sungai Petani

19 comments:

Umi Nazrah said...

teringat zaman dulu dok tengok wayang kat GSC. skrg dh bertukar dh ke MBO. hehehehhe

Murni Alysa said...

jom kita nonton

Farah said...

Woosshhhh! Nampak mewah sangat cinema nya :D

Deanna Morni said...

ooooo...dh ada ehhh....hritu berkampung kt SP xde pulak MBO ni hehehe

el said...

jom nina kita pi ghamai2 terjah MBO hehe

el said...

kita tgk movie makan popcorn pas2 campak kat org depan hahaha

Cik Ash said...

PBU terbaik

Zie Has said...

i'm coming nina ... datang bommm sini :)

Zie Has said...

banyak dapat jemputan review tau geng blogger utara ni ... tahniah :)

Zie Has said...

luas sangat ... yang penting brand new, memang super selesa :)

Zie Has said...

makin rajin lah nina tengok wayang pasni ;)

LYAfrina said...

besar... x pnh msuk MBO..dulu ada kt kuantan..tp dh ditutup

Kira Sakura said...

takpe tunggu kak sha pos tiket kita dlu, nanti kita boleh pegi rasmi pulak hihi

Azlan Strider said...

perghhh...lawa jugak MBO kat situ...Besar dan susun atur nampak kemas..hehehe..anyway, Selamat Tahun Baru.. :D

Regards,
-Strider-

Qaseh Vee said...

dapat lah org sg petani tgk wayang kat panggung canggih tu ... blh thn gak besarnya .

Mime MF said...

baru je tgk kat blog kak farah tadi..alahai syoknya gather sama² gini..☺

EZAN IDMA said...

nak stau ticket :P

zarul farhana said...

byknya tiket

Shahida Dzulkafli said...

Lama dah x gi Panggung Wayang..
MBO nie paling dekat ada kat Teluk Intan...
Bilalah nak melepak tgk wayang..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com