28 January 2016

Review : Signature Hotel @ KL Sentral


Salam Readers..


Review Signature Hotel @ KL Sentral | Entri basi tahun lepas ye readers sayang. Kah kah.. Kalau dah nama travel mesti nak juga stay hotel, tak nak tumpang rumah orang katanya tak selesa sebab tak manis keluar masuk rumah sesuka hati. Ya, setuju dengan bf jadi malam ke 2 di KL selepas makan di 'Ikea Cheras' dan balik dari Uptown Danau Kota, minta Mas dan sepupunya hantar kami ke KL Sentral. 



Signature Hotel KL Sentral

3 branch Signature Hotel di Kuala Lumpur


Mujur kawan bf sanggup cari hotel malam-malam dan alhamdulillah dapat, kalau tak mau merempat. Huhu.. sadis. Bila check dalam Trivago ada rate untuk hotel yang kami stay dan sangat affordable, hanya 1 KM dari NU Sentral. Lepas ni kalau ke KL akan stay sini terus. Senang nak gerak ke mana-mana. Jangan risau walaupun 2 tingkat tapi ada lif okay. 



Harga untuk 1 malam
Bilik yang bersih dan kemas
Bahagia sangat dapat tidur atas tilam empuk buka air cond
Bilik air pon okay
Bukan nina lah kalau tak selfie depan cermin dalam jamban :P


Not bad biliknya dan kami disambut pekerja Nepalese. Tak kisah sangat keadaan hotel janji selamat dan dalam town. Tengah malam boleh keluar cari makan di kedai runcit berdekatan dan boleh nampak gelandanggan tidur berlapikkan kotak di kaki lima. Syukur masih ada lagi tempat tinggal yang selesa. Alhamdulillah :)


NU Sentral rasanya mall paling best tanpa pendatang makhluk asing


Signature Hotel @ KL Sentral

Address : No. 73, Jalan Tambipillai,
50470 Brickfields, Kuala Lumpur.

Tel : 03-2274 9595

Fax : 03-2274 3437

Email : info@mysignaturehotel.com

Website : www.mysignaturehotel.com.my


7 comments:

AinAthirah Anuar said...

entry takkan basi selagi dekt blog sis. ;) btw jemput join segmen pencarian bloglist theathra. 1st segmen nihuhu nebesss.
http://theathra.blogspot.my/2016/02/pencarian-bloglist-theathra.html

Siti Nurzafirah said...

Luas jugak bilik dia... okey lah kan... tempat untuk berteduh seketikaa...

Nurul Shahira said...

Dekat sangat dah dengan Nu Sentral. Best-best. Harga pun affordable.

izzeyda said...

ok laa tu nina.. selesa nampak hotel tu..

Cik Ash said...

nina paling win selfie dalam tandas hihihi

Murni Alysa said...

kalau dah penat dpt tilam dapat bantal lenaaaa laaa

Zie Has said...

selesa juga lah kan hotel ni wpun tak femes namanya :)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com